CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6766|Reply: 36

[Jenayah] Merempuh 2 Remaja Sehingga Maut, Pemandu Honda Jazz Takde Lesen Memandu!

[Copy link]
Post time 10-3-2025 08:21 AM | Show all posts |Read mode


Pemandu Honda Jazz yang merempuh 2 remaja sehingga maut disahkan tiada lesen memandu.

Sebelum ini tular video menunjukkan sebuah kereta dipandu laju gagal untuk berhenti di lampu isyarat merah telah merempuh 2 remaja yang lain yang menunggang motosikal.

Netizen mengecam tindakan pemandu Honda Jazz tersebut yang dianggap sebagi membahayakan pengguna jalan raya lain serta meragut nyawa orang lain.

Pemandu Honda Jazz ‘langgar’ lampu merah

Kejadian berlaku pada Khamis lalu. Dua mangsa yang dilanggar ialah Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16. Kedua duanya maut di tempat kejadian.

Penumpang Honda Jazz serta 2 orang penunggang motosikal Honda Vario disahkan cedera parah dan menerima  rawatan di  Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Polis mengesahkan pemandu Honda Jazz itu berusia 18 tahun, bukannya 15 tahun seperti didakwa netizen di media sosial.

Polis mennyatakan bahawa buat masa ini, kes masih disiasat dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang perkara tersebut.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut, dan orang ramai diharap tidak membuat spekulasi tentang perkara terssebut, kerana ia boleh mengganggu proses siasatan, dan pada masa yang sama, mahu menjaga sensitivi mereka yang berkenaan,” tegas Ketua Polis Serembah, Asisten Komisioner Mohamed Hatta Ce Din.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – menurut laporan Astro Awani.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2025 12:20 PM | Show all posts
Kakak kepada pemandu Honda Jazz tersebut meminta orang ramai mendoakan adiknya agar cepat sembuh.

Kakaknya mengangap semua ini ujian pada bulan yang mulia, bulan ramadan. Dia menulis di media sosial:

“Cepat sembuh ya adikku. Semua takdir Allah, ujian pada bulan mulia. Rindu nak tengok kau senyum dik.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2025 08:24 AM | Show all posts
Kakak pemandu Honda Jazz terkilan melihat banyak komen kecaman ke atas adiknya. Dan yakin bahawa Allah sentiasa bersama dia sekeluarga.

Kakak penandu Honda Jazz itu berkata: “Did [Aidid] akan tak kuat nnak tengok kau macam ni Did.

“Akak tahu kamu bukan macam yang netizen cakap. Tak apa Did kami sekeluarga tahu kamu macam mana. Allah itu ada Did.

“Biarkan mulut orang berkata macam macam. Cukuplah Allah dengan kami sekeluarga yang tahu. Tetap kuat ya Aidid. Akak sentiasa doakan kamu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2025 08:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2025 08:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2025 08:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2025 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ni ke kejadiannya. Semoga dapat balasan dunia dan akhirat pada si punca
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kakak dia sama bangsat dgn adiknya, kan main bertalu2 up kat medsoc.
yg parah tu tgk kat ig teruk giler keadaan segala maknenek organ dalaman pecah baca pun gerun.
yg mati tu mmg kesian tgk maknya meraung.

iols doakan bdk yg langgar ni cepat sihat, cepat diangkut ke balai, cepat dijatuhkan hukuman semaksimum mungkin dan disaman family mangsa (mati dan parah) nilai setinggi mungkin.

takde lesen, langgar lampu merah, speeding, cuai, membunuh bkn sorg, dua skaligus anak org mati, yg parah tu harapnya hidup tanpa cacat la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2025 09:28 AM | Show all posts
ni yg mak victims dtg tgk tu kan?
aku ada tgk dashcam yg dia pecut tu.
pergh. bodo apa bwk keta speed tu kt jln dlm pekan.
klo kt highway takpa la lg.
ngn xda lesen dh bwk jazz.
dulu aku xda lesen, pak aku bg bwk keta lama ja, manual ja dek. tu time 2005.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailahirojiun
Kesiannya mangsa...  
Eh yg kakak mamat ni pun patutnya senyap2 dah le yg salahnya adik awak.. Ni tak dia lebih2 lak drpd kedua ahli keluarga arwah tu. Mmg Allah ada sbb Dia tak pernah lupakan kita tp awak je yg lupa hakikat sebenar siapa yg bersalah

Nak harapkan mangsa nnt dpt keadilan yg sewajarnya pun mcm susah sbb mcm dtg dr keluarga berada...  Tp ye Allah ada, terlepas di dunia di akhirat belum tentu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaessence replied at 10-3-2025 12:22 AM
Kakak kepada pemandu Honda Jazz tersebut meminta orang ramai mendoakan adiknya agar cepat sembuh.

K ...

No no. Mudah2an mati dek. Hutang nyawa dibalas nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 09:58 AM | Show all posts
Edited by dewi_rina at 10-3-2025 02:00 AM

Orang tu anak meninggal sbb adik kau tau kak oi, adik kau salah tapi buat mcm dia pulak mangsa
Nasib je zaman sekarang ada kamera apa semua as bukti, kalau zaman dulu dah boleh acah2 mangsa dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:03 AM | Show all posts
ada nmpak video saksi kejadian
smpai trauma brader tu nmpak kemalangan ni dpn mata dia
mmg dia ckp Honda laju betul
mcm nak sama nangis
aku tgk video mak mangsa meraung
family mangsa sila saman tuntut gantirugi byk2
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
adik ko tu pembunuh!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:09 AM | Show all posts
minah tu dah mintak mahap uols..
tak tahan kena kecam dgn netijen.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengar cita mendadih pod flavour mushroom.
Patot la bukan main laju bawak kereta masa redlight.
Kau tk layak hidup pon dek...menyusahkan orang lain je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2025 11:05 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 10-3-2025 09:43 AM
No no. Mudah2an mati dek. Hutang nyawa dibalas nyawa.

Jangan. Cacat kekal lepastu kena minum susu khas RM50 ribu sebulan. Biar mak dia jatuh miskin. Ada anak pun tak reti nak jaga
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 11:29 AM | Show all posts
dasar hanat ek adik kakak ni.. rasakan kene kecam
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 10-3-2025 11:43 AM

saya percaya MEREKA YG TIDAK ADA AGAMA...akan berfikir balik nak 'beragama' ke tak..bila baca 'BENDA YG DITULIS KAKAKNYA ITU'.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
apech replied at 10-3-2025 03:05 AM
Jangan. Cacat kekal lepastu kena minum susu khas RM50 ribu sebulan. Biar mak dia jatuh miskin. Ada ...

Hoho, lagik kejam.

Ex students meols dulu gini la. 2 ekor tu lepas habis SPM, pi bawa keta tadak lesen. Pehtu sebab dah memang kat kelas pun lembam lemah IQ, pi la pula langgar kereta ibu mengandung masa overtake driver lain. Akibatnya meninggal aruah tu, dengan anak dala perut. Sia2 saja seorang suami kehilangan isteri dan anak, anak2 kehilangan ibu dan adik, mak bapak kehilangan anak perempuan dan cucu.

Ex students meols tu hapa, hidup macam biasa. Nikoh, beranak pinak. Meols ghasa injustice sangat la bila baca kes camni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.052623 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list