CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1984|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Rezeki ikan kelah 3kg

[Copy link]
Post time 11-3-2025 11:13 AM | Show all posts |Read mode


MOHD Fadzilah menunjukkan ikan kelah yang berjaya dipancingnya sebelum dijual RM1,800. FOTO Ihsan Pembaca

Tampin: Bagai bulan jatuh ke riba. Itulah tuah nelayan, Mohd Fadzilah Kadir, 60, apabila berjaya memancing ikan kelah seberat lebih kurang tiga kilogram kemudian dibeli seorang individu pada harga RM1,800.

Fadzilah dari Kampung Pasir Besar berkata, ini kali pertama sepanjang 40 tahun menjadi nelayan dia berjaya memancing ikan kelah, menjadikannya tangkapan paling bernilai dalam hidupnya.

"Saya memancing di sungai terletak lebih kurang 100 meter dari rumah pada 9 pagi tadi. Ini diumpamakan seperti cencaru makan petang, memang tidak sangka hampir satu jam memancing, tiba-tiba ikan kelah menyambar umpan.

"Memang terasa berat apabila mahu menaikkan ikan ini, ingatkan ikan keli atau baung, tak sangka pula ia adalah ikan kelah. Saya anggap ia sebagai rezeki menjelang Aidilfitri," katanya ketiak ditemui, hari ini.

Mohd Fadzilah berkata, ikan kelah itu dibeli seorang individu dari Gemencheh yang datang ke rumah sebaik mengetahui dia berjaya memancing ikan berkenaan.

"Duit jualan ikan ini akan digunakan bagi membeli keperluan hari raya, malah hasil jualan ini cukup besar maknanya bagi saya apatah lagi menjelang ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, memang tidak sangka ia betul-betul rezeki saya. Biarpun joran patah disebabkan ikan kelah itu berat, namun saya tidak kisah," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.637835 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list