CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10726|Reply: 37

[Tempatan] “Kalau Aidil hidup kembali, saya boleh maafkan” - Ibu remaja maut dirempuh Honda Jazz

[Copy link]
Post time 11-3-2025 08:38 PM | Show all posts |Read mode


Ibu kepada salah seorang daripada tiga remaja yang maut akibat dirempuh sebuah Honda Jazz dalam kejadian di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban, pada 6 Mac lalu, enggan memaafkan pemandu kereta berkenaan dan mahu kematian anaknya terbela.

"Saya tidak akan biarkan saja orang buat anak saya macam ini.

"Sudahlah anak dua orang sahaja, sekarang seorang sudah tiada," kata Haslinda Jupri kepada sekumpulan wartawan yang menemuinya di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, pada Selasa.

Dalam kejadian pada sekitar pukul 8.30 malam itu, dua anak Haslinda iaitu Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Asraf Adha Abdullah, 14, yang menaiki dua motosikal berasingan, dirempuh Honda Jazz dipandu seorang remaja berusia 18 tahun yang gagal mematuhi lampu isyarat.

Muhammad Aidil Ramdan dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Muhammad Asraf Adha masih dirawat di HTJ berikutan mengalami kecederaan parah.

Seorang lagi rakan anaknya, Aisar Azim Abdullah, 17, yang sebelum ini bertarung nyawa di HTJ, disahkan meninggal dunia pada pukul 7.23 malam Isnin.

Tambah Haslinda, bapa kepada pemandu Honda Jazz berkenaan ada menemuinya dua hari lalu, namun menurutnya tiada permohonan maaf dibuat lelaki tersebut.

"Kalau anak saya hidup kembali, saya boleh maafkan," katanya lagi.

Terdahulu pada Isnin, kakak kepada pemandu kereta berkenaan tampil memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia.

Wanita dikenali sebagai Nur Athirah Najwa berbuat demikian susulan tindakannya mengeluarkan komen berhubung insiden tersebut yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan pemandu remaja berkenaan tidak mempunyai lesen memandu.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 11:42 PM | Show all posts
lama2 hati dah terima kenyataan
pasti boleh berbicara dengan tenang
masih bersedih, percakapan pun ikut perasaan
anak sorg lagi masih bertarung nyawa
semoga keluarga mangsa di dalam rahmat Allah
dan diberikan kekuatan dan kelapangan dalam menghadapi dugaan ini

dah jumpa pasai apa tak minta maaf pakcik oittt
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 11:56 PM | Show all posts
Bijak jawapan tu. I like.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tertanya-tanya jugak... Anak anak yang bawa motor ni ada lesen ke takde? Pakat pakat semua takde lesen lah kan termasuk pemandu kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
elokla bg pengajaran sikit pd pemandu2 yg sengaja cuai menyebabkan kemalangan maut ni.. kasi saman je keluarga yg penyebab kemalangan tu makcik.. kasik ada akal sikit... bab maaf tu biar lah makcik dh tenang2 nanti br boleh pikir balik.. kita x boleh nk komen on behalf sbb kita tak berada dlm situasi makcik.. apa pun semoga dipermudahkan urusan keluarga makcik dan keluarga mangsa yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 12-3-2025 12:12 AM
Tertanya-tanya jugak... Anak anak yang bawa motor ni ada lesen ke takde? Pakat pakat semua takde les ...

Bagi akak ni bukan isu ada lesen tak ada lesen sissy. Ini isu ada otak tak ada otak sissy. Dalam banyak2 babi, akak boleh tolerate semua babi tapi ada satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu jah babi yang akak wish lekas mampus sissy, iaitu babi menonong kat mana2 persimpangan sissy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2025 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
leh faham perasaan mak mangsa ni,dhla kakak suspek kemain up post kat internet serupa cam adik dia pulak mangsa,cedera kena accident sedangkan dia yg langgar org,dengan bawak keta laju,langgar trafic light siap xde lesen bagai mmg mngundang kemarahan org ramai,x terkejut pon kalo mak bapak suspek xde nk mintak maaf bagai,yg kakaknya tu pon minta maaf lepas dh kena serang ngan netizen
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.. Kakaknya play victim, bapaknya takde nak mintak maaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 08:57 AM | Show all posts
tumpang simpati...makcik masih dalam kesedihan, slowly nanti akan dpt terima ujian Allah. InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya dah 3 org la yg meninggal ye...dh level teroris ni rempuh org sampai mati pakai kete ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:08 AM | Show all posts
JunkMail replied at 12-3-2025 12:12 AM
Tertanya-tanya jugak... Anak anak yang bawa motor ni ada lesen ke takde? Pakat pakat semua takde les ...

tu lah..aku tgk umur anak pun dah hmm....nak kesian tapi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
dahsyat ye ayah mai jmp tak minta maaf lgsg, maknya lagi hebat tak dtg jmp lgsg.
keras pedal betul anak branak ni patut peel menurun ke anak tegar langgar lampu merah, si kakak pun sakan provoke org.

dah serupa b*b* tunggal gayanya sekali sondol habis semua org.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:10 AM | Show all posts
hiswife replied at 11-3-2025 08:21 PM
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.. Kakaknya play victim, bapaknya takde nak mintak maaf

Dapat info dari dekat nurse spital bebudak jazz ni, kemain menjawap kata benda dah nak jadi. Pastu demand nak duduk 1st class atau hantar masuk KPJ. Sebab orang dok datang ward situ nak hentam, maybe family members & kawan2 mangsa. Dia igt nurses kat situ nak layan. Lagi nak di drip nya racun kat ngko.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:22 AM | Show all posts
semoga budak jazz ni lumpuh satu badan
mkn pakai straw
babi
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kenyataan ibu mangsa dah la anak ada dua je, sorg dah meninggal. habis org len yg xde anak lgsg acaner? anak2 ni hiasan dunia je. mmg sedih dah la xlama lg nk raya, ofcoz ibu mangsa xready dan xjangka pon kejadian mcm ni berlaku, semoga tabah lah dan lama2 redha. kita pon akan mati juga cuma xtau bila kat mana dan cara mcmn kita mati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya masa yang dapat sembuhkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 02:02 PM | Show all posts
Aku pula tak faham kenapa keluarga kena minta maaf. What if keluarga tak terlibat langsung, pun kena minta maaf juga ka? Then, all is forgiven and no further action? Soalan serius ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 02:34 PM | Show all posts
Prickford replied at 12-3-2025 09:10 AM
Dapat info dari dekat nurse spital bebudak jazz ni, kemain menjawap kata benda dah nak jadi. Pastu ...

amboii, memang padan la kalau ahli keluarga mangsa tak maafkan pun sebab cara bercakap takde rasa insaf & bersalah langsung.

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sapeka replied at 12-3-2025 01:07 PM
Hanya masa yang dapat sembuhkan

Hanya Allah S.W.T. yang dapat sembuhkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 12-3-2025 02:48 PM
imanda replied at 12-3-2025 12:55 PM
kenyataan ibu mangsa dah la anak ada dua je, sorg dah meninggal. habis org len yg xde anak lgsg acan ...


Betul semua di dunia ini milik Allah...kita sayang ternakan, pokok tanaman, harta haiwan peliharaan, anak, isteri, suami...hakikatnya itu semua milik Yang Paling Maha Kaya dan Maha Kuasa iaitu Allah, Tuhan yang Satu....tiada yang kekal kecuali Allah yang Baqa'/ abadi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046549 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list