View: 5665|Reply: 32
|
WATER FOR ELEPHANT [ROBERT PATTINSON, REESE WITHERSPOON]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 13-5-2011 00:50

filem ni berdasarkan novel by Sara Gruen dgn tajuk yg sama...pelakon utamanya adalah Robert Pattinson, Reese Witherspoon, Christoph Waltz...
ynopsis: When Jacob Jankowski, recently orphaned and suddenly adrift, jumps onto a passing train, he enters a world of freaks, drifters, and misfits, a second-rate circus struggling to survive during the Great Depression, making one-night stands in town after endless town. A veterinary student who almost earned his degree, Jacob is put in charge of caring for the circus menagerie. It is there that he meets Marlena, the beautiful young star of the equestrian act, who is married to August, the charismatic but twisted animal trainer. He also meets Rosie, an elephant who seems untrainable until he discovers a way to reach her. Water for Elephants is illuminated by a wonderful sense of time and place. It tells a story of a love between two people that overcomes incredible odds in a world in which even love is a luxury that few can afford. |
|
|
|
|
|
|
|
bila tgk filem ni smlm terasa cam ada unsur2 filem Titanic...sbb filem ni guna pendekatan flashback...sekali baca review dlm Utusan arini, wartawan pun kata mende yg sama...
Titanic Di Atas Keretapi
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
[email protected]
PADA era Great Depression, Jacob Jankowski dilihat mempunyai masa depan yang cerah. Dia bakal menamatkan pengajian di kolej berprestij dalam jurusan veterinar, seterusnya mempunyai kehidupan yang stabil.
Bagaimanapun, Tuhan merencanakan yang sebaliknya apabila ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan semasa dia menduduki peperiksaan akhir.
Tidak layak menetap di rumah sendiri kerana bapanya menanggung hutang, Jacob bergelandangan sehinggalah dia mencuri naik sebuah gerabak keretapi yang mengubah destinasi kehidupannya.
Keretapi itu adalah keretapi kumpulan sarkas Benzini Brothers yang dimiliki August dan isterinya, Marlena yang merupakan penghibur utama.
Ilmunya mengenai haiwan melayakkan dia bekerja dengan pasukan itu. Namun dia tidak mampu menolak perasaan cinta terhadap Marlena dan secara senyap, menjalinkan hubungan di belakang August, lelaki yang sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa.
Water For Elephants adalah kisah cinta Titanic (1997) di atas keretapi. Bukan saja kerana isinya tentang asmara dua insan berlainan kasta, tetapi filem ini bermula dan berakhir dengan olahan serupa. Menerusi teknik imbas semula yang linear, saya dapat menangkap persamaan di antara dua filem tersebut.
Sesuatu yang menyegarkan mengenai Water For Elephants ialah latarnya yang berlegar dalam dunia sarkas, satu tema yang semakin terpinggir di sebalik lambakan adaptasi komik superhero atau filem sambungan dan bikin semula.
Rasanya kali terakhir saya menonton filem mengenai dunia sarkas ialah Big Fish (2003) arahan Tim Burton.
Barangkali kerana itu, saya lebih seronok mengikuti kisah survival Benzini Brothers untuk menjadi kumpulan sarkas terunggul, berbanding kisah cinta Jacob dan Marlena. Tambahan pula dengan lakonan cemerlang pemenang Oscar, Christoph Waltz yang menggalas peranan August sebaiknya.
Penonton dibawa merasai kesengsaraan yang terpaksa dihadapi pasukan itu, di sebalik cahaya terang dan warna-warni pentas sarkas. Bagaimana mereka gusar dan takut dengan kepimpinan August yang sering membuat keputusan di luar batas kemanusiaan, demi memastikan Benzini Brothers terus bergerak.
Seperti wataknya dalam Inglourious Basterds (2009) dan The Green Hornet (2011), dia menampilkan sisi yang selesa pada awalnya sebelum menunjukkan kejahatan.
Kebijaksanaan Waltz ialah memberikan dimensi kepada watak August. Ada ketika penonton dapat merasai betapa dia terdesak akan kehilangan isteri dan syarikatnya.
Kepada mereka yang sangsi dengan kemampuan Robert Pattinson, dia bukan lagi pontianak ‘kayu’ seperti dalam saga Twilight (2008). Dia tidak hebat, tetapi sekurang-kurangnya mampu mempamerkan spektrum emosi seorang lelaki yang cuba mencari arah hidup.
Raut tampan dan sifat budimannya membuatkan penonton mahu terus mengikuti filem ini.
Sebaliknya, Reese Witherspoon sekadar mengisi tempat kosong untuk watak heroin. Dia kelihatan kurang selesa sebagai primadona sarkas. Gerak lakunya janggal, begitu juga dengan babak-babak romantis di antara Marlena dan Jacob yang seakan tidak asli.
Sebagai peraih Oscar, semestinya Witherspoon punya pesona dan keupayaan, tetapi dia tidak bersinar dalam Water For Elephants. Keserasian di antara Jacob dan gajah bernama Rosie lebih dirasai. Penulis skrip, Richard LaGravenese (P.S. I Love You, 2007) bijak membina hubungan unik di antara dua mamalia tersebut.
Ada minit-minit filem ini kehilangan genggaman, membuatkan penonton mahu cepat berakhir. Apatah lagi ia berjalan tanpa sebarang kejutan dan boleh dibaca seperti kebiasaan novel cinta.
Begitupun, sebagai peminat filem tanpa CGI melampau, saya berterima kasih kepada Francis Lawrence (I Am Legend, 2007).
Dia mengembalikan pengalaman tontonan filem-filem klasik Hollywood yang mudah, ringkas dan menghiburkan. Nilai produksinya tinggi dengan sinematografi, set dan kostum yang cantik serta skor muzik James Newton Howard yang efektif. |
|
|
|
|
|
|
|
minat gak hero n heroin nyer.tapi rasenya kalo nak tengok lakonan...cristoph waltz that is tengok trailer cam tak best |
|
|
|
|
|
|
|
betul...lakonan Christoph Waltz mmg best...kejap rase geram, kejap rase pelik...pastu kang rase kesian pun ada...nyampah pun ada... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok trailer pun mcm menarik diri aku suruh tengok citer ni.maybe sebab ada pemenang Oscar Reese dengan Waltz kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Air Untuk Gajah?ape punya tajuk ni hmy3:
rasanya kalau cerita ni xbest pun mesti ramai yang tengok sebab hero adalah Robert Pattinson  |
|
|
|
|
|
|
|
agak boring cite ni...dah tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Waltz belakon  |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk pilem mcm citer great migration dlm discovery chanel |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk pilem mcm citer great migration dlm discovery chanel
chechelahbedah Post at 12-5-2011 20:25 
kannnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
so - so je citer nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
best ke tak best...ada aku kisah... i just loveeeeeeeeeeddddddddddddd Robert pattinson |
|
|
|
|
|
|
|
hehe...tak dinafikan filem ni biasa2 je...slow & boring bg org2 yg tak minat kisah sebegini...
sarkis & binatang2 pun tak ditonjolkan sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
masa shooting diaorg dera gajah2 ni...!!! ada pic ke dlm news ari tu, cheq x sure..tp mmg ye!!
cian..
BOIKOTT!!! |
|
|
|
|
|
|
|
robert pattinson!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ada baca review, robert dgn reese kimianya kureng.. |
|
|
|
|
|
|
|
i love this movie...its soo good...nak tau review citer tu best ke tak..i seeacrch water for elephants kat twitter then tgk apa orang kata...i think it more reflects the whole population punya tanggapan atas citer u...
visual-superb
dialogue-super
acting-especially supporting casts and august tu memang superb...
i bagi filem ni 4.5/5 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# ni2best
nk klik like statement u ni la...hahahah setuju bebenar |
|
|
|
|
|
|
| |
|