Edited by Kemaruk-Taikk at 16-2-2026 11:11 PM
KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan pada Isnin, didorong oleh momentum positif berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 sebanyak 6.3 peratus yang lebih baik daripada jangkaan diumumkan pada Jumaat lalu, kata penganalisis.
Pada 8 pagi, ringgit dibuka mengukuh kepada 3.8970/9190 berbanding dolar AS daripada 3.9060/9155 semasa ditutup pada Jumaat lalu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata unjuran rasmi KDNK terkini bagi 2026 antara 4.0 peratus dan 4.5 peratus dijangka disemak semula kepada paras lebih tinggi dengan mengambil kira daya tahan ekonomi negara dalam ketidaktentuan luaran.
"Ini bermakna Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dikekalkan pada 2026 berikutan tiada keperluan mendesak untuk memacu ekonomi secara berlebihan," katanya kepada Bernama.
|