CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 53224|Reply: 15

85 peratus kes Tibi babit rakyat tempatan - Menteri Kesihatan

[Copy link]
Post time 19-2-2026 12:12 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Menteri Kesihatan memaklumkan 85 peratus daripada kes penyakit Tuberculosis atau Tibi yang dilaporkan adalah melibatkan rakyat tempatan.


Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, hanya 15 peratus kes adalah melibatkan warga asing sekalis gus menunjukkan risiko penularan dalam komuniti adalah nyata dan tidak boleh dipandang enteng.


“Tibi bukanlah suatu fenomena baharu dalam landskap kesihatan awam kita. Malah, ia telah wujud sejak sekian lama dan kekal sebagai penyakit endemik yang memerlukan perhatian serius semua pihak.


“Mutakhir ini, timbul pelbagai persepsi yang mengaitkan penularan Tibi dengan kemasukan warga asing, Namun, fakta menunjukkan sebaliknya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.


Dr. Dzulkefly berkata, Tibi bukanlah sekadar isu klinikal, ia boleh disebabkan oleh faktor sosio-ekonomi seperti kesesakan penempatan dan kekurangan zat makanan.


“Kuman Mycobacterium Tuberculosis ini sangat degil, namun berita baiknya, ia boleh dicegah, boleh dirawat, dan boleh sembuh sepenuhnya jika dikesan awal serta pesakit patuh kepada rejimen rawatan antibiotik selama sekurang-kurangnya enama bulan.


“Saya menyeru masyarakat agar cakna gejala dengan segera ke klinik jika batuk melebihi dua minggu, demam atau berpeluh waktu malam, dan susut berat badan.


“Hentikan stigma, jangan memulaukan pesakit. Sokongan emosi daripada keluarga dan komuniti adalah kunci utama untuk mereka melengkapkan rawatan,” katanya.


Beliau berkata, orang ramai turut digalakkan mengambil langkah pencegahan dengan memastikan anak-anak menerima imunisasi BCG dan amalkan gaya hidup sihat serta pengudaraan rumah yang baik.


“Kementerian Kesihatan komited memperkasakan strategi ‘pengesanan aktif’ dan bekerjasama dengan pelbagai agensi melalui pendekatan whole-of-government bagi menamatkan endemik Tibi di Malaysia.


“Sama-sama kita lindungi keluarga dan komuniti kita,” katanya.  


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 12:51 AM | Show all posts
Berapa pati asing worangs masuk ada record ka? Kalu record masuk pun takde macamana nak tau?

Sebelum ni pun ada berita bangla tipu record kesihatan fomena. Orang sebenar tak pergi check up tapi diganti oleh geng lain yang sihat? Kalu dia sendiri sihat kenapa suruh kawan ganti?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebersihan di kedai makan dan kantin sudu garpu straw
Agak2 akan ada cluster terawih?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pesakit TB perlu quarantiti... Selagi suruh depa free selagi itu akan jankiti orang lain...

Tibi rehab di malaysia masih exist ka....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 09:26 AM | Show all posts








punca....yang merana rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke tu... Boleh percaya ke data tu? Kot ada yg sakit tapi tak gi buat rawatan camne nak tahu kan. Selalunya yg tak halal tu tak rasa diarg nak serah diri kalau setakat batuk selesema gitu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2026 02:18 PM | Show all posts
if org yg kena tibi, dia dah start treatment n consume ubat. Raya ni boleh jumpa dia tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap segera le berakhir... Nak gi masjid & nnt nak raya tak best la stress2 dgn penyakit2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan rakyat tempatan tu pergi check kat spital ke tak?


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 11:36 AM | Show all posts
Kalau bawa masuk pati ke malaysia semestinya akan bawa pakej dengan pengayakit sekali dan masalah gejala sosial. lepas tu berketurunan lah di sini. kesan dia sekarang la baru nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 11:43 AM | Show all posts
Fear yg dicipta sedangkan setiap tahun wujud shj kes tibi bukan lah selama ni sifar Tibi...
X perlu takut dgn naratif yg dibina KKM sebab dah pernah kena game dgn drama Covid. Adakah masih nak gerun pulak bila dibawa keluar jumlah kes2 TIbi pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 01:20 PM | Show all posts
tengok dekat tiktok punya ramai orang dekat bazaar i.e wangsa maju. nak berjalan pun susah apatah lagi nak membeli.
dengan kes Tibi tinggi macam ni rasanya takkan jejak bazar kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg le...pati mana pi berubat kt spital le pakcik..kang nak pakai dokument apa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya warga tempatan berjangkit dari siapa? Di Malaysia ni sejak kanak-kanak lagi cucuk vaksin BCG untuk elakkan tibi. Tiba-tiba muncul balik penyakit TB. Memang betul BCG tu beri perlindungan sementara. Tapi selama kini TB ni bukan berleluasa pun. Bila seorang warganegara terkena, logik akal la akan merebak di kalangan warganegara pula
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb ramai yg degil contact rapat xnak buat checkup...mmg snglah nk menular.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 11:05 PM | Show all posts
mmmmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.186831 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list