CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26872|Reply: 11

Opai Ajak Pekerja Khatam Al-Quran Ramadan Ini

[Copy link]
Post time 20-2-2026 05:29 PM | Show all posts |Read mode





Usahawan dan pempengaruh media sosial, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang mengambil inisiatif menggalakkan pekerja khatam al-Quran sempena Ramadan ini.


Menerusi perkongsian di TikTok, Opai yang juga suami kepada Fatin Afeefa meminta pekerjanya masuk kerja seawal jam 8:00 pagi untuk sama-sama membaca Al-Quran serta bertadarus.





“Inisiatif aku adalah, kita semua masuk kerja pukul 8:00 pagi dan kita cuba tadarus. Walaupun mungkin tak berkemampuan nak khatam sendiri, tapi sekurang-kurangnya kita dapat bertadarus dan dapat pahala khatam. Kita akan cuba buat sepanjang bulan Ramadan,” katanya.


Sementara itu, Opai berkata dia turut menyediakan Al-Quran baru sebagai galakan serta untuk memberi semangat.


“Kita khatam 2 kali. Kalau sorang baca 5 muka surat sehari, akan ambil dalam 30 minit. Kalau lancar lah. Aku akan beli Quran banyak-banyak. Bagi korang semua semangat,” katanya.


Dalam pada itu, Opai berkata Ramadan adalah bulan terbaik mendekatkan diri dengan Al- Quran serta banyak peristiwa penting dalam Islam berlaku di bulan Ramadan.


“Pukul 8:00 pagi mengaji sampai pukul 9:00 pagi. Kita akan balik 3:30 petang. Sebab Ramadan ini bulan al-Quran. Jadi kalau setahun kita tak baca, ini lah bulannya untuk kita mula membaca Quran,” katanya.




SUMBER : ROTIKAYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2026 05:57 PM | Show all posts
Ahhh, wayang la kau
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 08:34 PM | Show all posts
dulu office kitorang guna al-quran gedabak besar, pun tak jalan tadarusnya. sebab masing2 tinggal spek, hahahahaha

last2, budak IT kata, download je app qur'an. banyak jenis

pastu sekarang, masing2 zoom kat phone, zoom kat tab sambil baca qur'an. pastu standard acik2 sedunia, brightness maximum. memang semua tadarus muka disimbah nur

nampak jelas, cukup pencahayaan, tak yah berebut bawah lampu, gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik...x semua org sanggup mengeluarkan kata2 yg mcm.ni...yg baik kita sokong...moga Ramadhan kita diberkati Allah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 20-2-2026 11:35 PM

Dah lupa dia ni siapa. Kenapa berada di bod gosip ini?



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2026 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
usahwan niaga apa si opai ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Khatam 1 Quran nak kongsi ramai2 ka
Kalau baca sendiri2 boleh je dpt khatam syarat 1 hari 1 juzuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2026 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekabar opai forex. Hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
b_n_c: usahwan niaga apa si opai ni


Skarang dh buat perfume
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 01:54 AM | Show all posts
b_n_c replied at 21-2-2026 01:51 PM
usahwan niaga apa si opai ni

Jual perfume, jual baju, bini dia jual supplement
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 01:55 AM | Show all posts
mrseller replied at 21-2-2026 06:36 PM
Pekabar opai forex. Hihihihi

Dah lama stop. Dia sendiri bgtau kalau ada org guna nama dia untuk promo forex, tu scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.064912 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list