|
View: 3635|Reply: 70
|
KILAUAN EMAS SELEBRITI 2026
[Copy link]
|
|
|
Program realiti Kilauan Emas kembali dengan pembaharuan apabila buat julung kalinya menghimpunkan 10 selebriti veteran menerusi edisi Kilauan Emas Selebriti 2026 yang bakal membuka tirai pada 22 Ogos depan.
Berbeza berbanding musim terdahulu yang mempertaruhkan peserta dalam kalangan orang awam, edisi kali ini memberi peluang kepada personaliti terkenal berusia 50 tahun ke atas untuk mencungkil bakat terpendam dalam bidang nyanyian.
Bagaimanapun, peserta yang dipilih bukan penyanyi profesional, tidak pernah menerima latihan nyanyian secara profesional serta tidak pernah menghasilkan atau menerbitkan album muzik.
Ketua Saluran Melayu Astro, Norzeha Mohd Salleh berkata, Kilauan Emas Selebriti bukan sekadar pertandingan nyanyian, sebaliknya turut membawa misi kemasyarakatan menerusi konsep Talent That Gives Back.
“Kilauan Emas Selebriti lebih daripada sekadar sebuah pertandingan nyanyian, ia turut membawa misi kemasyarakatan menerusi konsep Talent That Gives Back.
“Menerusi inisiatif ini, setiap kemenangan mingguan akan disertakan dengan sumbangan amal kepada rakan-rakan artis veteran yang memerlukan.
“Sekali gus menjadikan program ini sebagai platform yang bukan sahaja meraikan bakat, tetapi turut memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.
Selain itu, program berkenaan turut memperkenalkan segmen istimewa Telan Kaset yang menyaksikan kemunculan artis legenda tanah air pada setiap minggu.
“Segmen khas ini direka bagi menghidupkan kembali nostalgia dalam kalangan penonton serta menyuntik nilai sentimental yang menjadi antara kekuatan utama Kilauan Emas sejak ia diperkenalkan,” ujarnya.
Tambah menarik, Raja Azura yang pernah mengendalikan Kilauan Emas dari musim pertama sehingga kelima bakal kembali sebagai pengacara utama.
Kali ini, Raja Azura akan digandingkan bersama Keanu Azman sebagai rakan pengacara.
Kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap selain kehadiran seorang juri jemputan berbeza pada setiap minggu.
Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.
Kilauan Emas Selebriti 2026 bakal berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.
Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.
Dalam masa sama, penonton boleh mengikuti perjalanan peserta termasuk sesi latihan vokal, persiapan persembahan serta misi bantuan kemasyarakatan menerusi Diari Kilauan Emas Selebriti 2026 bermula 17 Ogos.
Podcast Kilauan Emas Selebriti yang dikendalikan penyampai radio Sinar, Faliq pula akan menemui penonton bermula 14 Ogos bagi menyelami kisah perjalanan dan pengalaman lampau peserta.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rashdan Baba je eyecandy 
yg lain semua atok2 jah 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Interesting
ada
Datuk Ahmad Tarmimi
Datuk Jalaludin Hassan
(2 Datuk ni mmg terer ye menyanyi)
Fazlina adik Ogy
Mubarak Majid
Zila Bakarin
Khaty Azean
Maria TS
Amyza Adnan
Rahhim
sorang lagi
tapi kenapa Juri tetap Jihan Muse
semua ni bkn biasa2 ni
dr aku
yg tak pnh tengok pun Kilauan Emas
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tok jalal malam td mcm dh tak cukup oksigen. hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
juri tu mgkin astro just nak have fun dgn peserta.
harap sangat astro tak buat penyingkiran awal sangat. looking forward dgn konsep Kilauan Emas tahun ni. menarik idea ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
owh nama dia rahim omar.selalu nampak berlakon drama tapi taktau nama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CikAm92 replied at 5-8-2026 11:05 AM
Jemput @fadz84 @Rhyno
dtg mengadap uols |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow best…kaneno nak tgk sebb ada Dato Jalal…suka tgk Dato Jalal sebb resemble my late father…tinggi dan hensem  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa bukan gv? sebab dah tua kah? kenapa nek liza boleh jah join gv sampai menang juara? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rotiban at 5-8-2026 02:02 PM
gv tu kan utk retis yg dah ada album. kiranya gv khas utk penyanyi. yg kilauan emas kali ni khas utk retis2 yg tak pernah nyanyi, tak pernah ada album & org pun tak tau sisi gelap dorang..eh sisi lain  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|