CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 2

[Tempatan] Permintaan tinggi bunga ganja di Eropah jadikan KLIA sasaran sindiket

[Copy link]
Post time 5-8-2026 05:04 PM | Show all posts |Read mode





Permintaan tinggi bunga ganja di Eropah jadikan KLIA sasaran sindiket

MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
04 Ogos 2026 01:41pm
Masa membaca: 4 minit





SHAH ALAM - Permintaan tinggi terhadap bunga ganja di negara-negara Eropah dikenal pasti menjadi antara faktor utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadikan sasaran sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk membawa keluar bahan terlarang itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain permintaan yang meningkat, sindiket turut percaya KLIA mempunyai kelebihan tertentu berbanding lapangan terbang lain sebagai laluan transit ke Eropah.

"Daripada jumlah tangkapan dan rampasan yang dibuat, memang boleh dikatakan KLIA menjadi antara hab utama untuk membawa keluar bunga ganja ke Eropah.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu mengulas secara terperinci mengenai prosedur keselamatan di lapangan terbang lain," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa.

Menurut beliau, peningkatan permintaan bunga ganja di Eropah didorong oleh penggunaannya bagi tujuan perubatan di beberapa negara selain ekstraknya digunakan dalam produk vape.

Hussein berkata, siasatan turut mendapati sindiket yang beroperasi mempunyai rangkaian antarabangsa selain rangkaian tempatan.

Beliau berkata, polis percaya bekalan bunga ganja dibawa masuk ke Malaysia melalui laluan laut dan darat di bahagian utara Semenanjung sebelum dihantar ke pasaran luar negara.

"Kira-kira 80 peratus bekalan yang masuk ke Malaysia dibawa keluar semula ke pasaran luar negara seperti Indonesia, Filipina dan beberapa negara lain," katanya.

Mengulas mengenai aspek keselamatan, Hussein berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama semua agensi berkaitan sedang meneliti penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) di KLIA.

"Sebelum ini, keutamaan pemeriksaan keselamatan lebih tertumpu kepada penyeludupan senjata api dan barangan terlarang.

"Bagaimanapun, kini semua pihak bersetuju supaya ancaman penyeludupan dadah turut dijadikan keutamaan dalam prosedur keselamatan di KLIA," katanya.

Beliau menambah, polis tidak menganggap KLIA mudah ditembusi, namun mengakui sindiket sentiasa mencari dan mengeksploitasi sebarang kelonggaran yang wujud.

"Walaupun banyak tangkapan dan rampasan berjaya dilakukan, sindiket tidak pernah berputus asa dan akan terus mencuba membawa keluar dadah melalui KLIA," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2026 05:12 PM | Show all posts
hehe tangkap je...ramai tu dah kenyang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2026 05:39 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-8-2026 02:06 AM

Ganja menjadi permintaan tinggi di Eropah disebabkan pemimpin negara Eropah terpengaruh dan belajar dari politician businessman ceo etc Malaysia cara rasuah merasuah. Pengedar dadah terdiri dari pendatang haram dari benua Africa mereka mengedar dadah secara terbuka di tempat awam. Era kejatuhan negara eropah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.040172 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list