CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 407|Reply: 6

[Tempatan] Balu Mangsa Kemalangan Maut RXZ Member 8.0 Layak Terima Faedah Sepanjang Hayat - PERKESO

[Copy link]
Post time 5-8-2026 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Balu Mangsa Kemalangan Maut RXZ Member 8.0 Layak Terima Faedah Sepanjang Hayat - PERKESO


KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Waris kepada tiga peserta RXZ Member 8.0 yang maut dalam kemalangan jalan raya pada 31 Julai dan 1 Ogos lepas layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) manakala seorang lagi peserta yang cedera turut dilindungi menerusi skim perlindungan berkenaan.
PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan Skuad PERKESO Prihatin mendapati keempat-empat peserta berusia antara 20 hingga 47 tahun itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Kes pertama melibatkan Mohd Fauzi Othman, 44, yang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Terengganu pada 31 Julai.

“Menerusi caruman dibuat sepanjang arwah bekerja, waris Allahyarham, iaitu balu dan lima anaknya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan,” menurut kenyataan itu.
PERKESO memaklumkan waris akan menerima FPM sebanyak RM3,000 secara sekali bayar dan Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,794.58 sebulan mengikut syer masing-masing.
Pencen berkenaan akan dibayar kepada balu sepanjang hayat manakala anak-anak layak menerimanya sehingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian peringkat ijazah pertama.

Bagi waris Zulkanain Mat Said, 39, yang maut dalam kemalangan di Gambang pada 31 Julai, mereka turut layak menerima FPM sebanyak RM3,000 serta Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,840.13 sebulan mengikut syer masing-masing.
Sementara itu, waris Muhammad Shahrul Mohd Sabri, 20, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 258.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Terengganu pada 1 Ogos pula layak menerima FPM dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) di bawah Skim LINDUNG 24 Jam.
“Sebagai pencarum aktif LINDUNG 24 Jam di bawah Akta 4, waris beliau layak menerima FPM sebanyak RM3,000 secara sekali bayar serta pencen bulanan menerusi FOT.

PERKESO memaklumkan memandangkan Allahyarham belum berkahwin, FPM sebanyak RM3,000 diberikan secara terus kepada waris manakala FOT berjumlah RM1,115.10 disalurkan mengikut syer masing-masing kepada ibu bapa mangsa seumur hidup serta tiga adiknya sehingga berumur 21 tahun.
Jumlah keseluruhan FOT yang akan diterima waris bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun dianggarkan melebihi RM260,000.
Bagi Durulmaizi Salamon, 47, yang cedera pada bahu dan kaki kanan dalam kemalangan di Kilometer 294 LPT2, Kemaman pada 31 Julai, beliau layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara serta Bayaran Ganti Belanja mengikut tempoh cuti sakit dan kos rawatan.
PERKESO memaklumkan suami Durulmaizi yang maut dalam kemalangan sama tidak layak menerima faedah kerana bukan pencarum, namun kes itu dirujuk kepada agensi lain menerusi inisiatif Social Synergy.
PERKESO turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya serta mendapatkan perlindungan menerusi LINDUNG 24 Jam bagi memastikan kebajikan diri dan waris terus terpelihara sekiranya berlaku kemalangan di luar waktu bekerja.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2026 06:30 PM | Show all posts
Mungkin semakin ramai isteri akan menghadiahkan rxz kepada suami mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2026 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik, perkeso sekarang ada caruman rxz member pulak ke?  Kalau socso bukan ke pergi balik dan semasa kerja saja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2026 10:41 PM | Show all posts
Samerosie replied at 5-8-2026 07:56 PM
Aik, perkeso sekarang ada caruman rxz member pulak ke?  Kalau socso bukan ke pergi balik dan semasa  ...

mungkin masing2 dan mencarum yg cover 24/7 tu kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 10:27 AM | Show all posts
tahniah kepada anda yg masih mencarum skim 24/7 kerana membantu membiayai pampasan utk mangsa aktiviti tak berfaedah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 11:38 AM | Show all posts
perkeso kalau macam ni laju je interframe..
entah ye entah tidak semua tu ada carum perkeso..
punya banyak lagi kes pencarum tak selesai, yang ni kau dulukan untuk bayar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2026 01:32 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-8-2026 11:38 AM
perkeso kalau macam ni laju je interframe..
entah ye entah tidak semua tu ada carum perkeso..
punya  ...

into the scene sgt kan


anyway

yes, simpati dgn nasib balu dan anak2

tp disagree ye dgn tindakan ni

sbb berpunca dpd aktiviti2 yg merbahaya dan xde pekdah


mmg takde eh terms2 yg mn cover yg mn tidak cover 24/7 tu

kira pukul rata cetu?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.042515 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list