CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1191|Reply: 35

‘Karaoke tempat saya berangan menyanyi di pentas AJL’ - Nabila Razali

[Copy link]
Post time 8-8-2026 08:26 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Sedar diri bukan dalam kelompok ‘power vocal’, penyanyi Nabila Razali memilih karaoke sebagai ruang untuk melepaskan geram, bereksperimen dengan lagu bernada tinggi serta bermain teknik vokal kompleks tanpa dibelenggu tekanan pentas sebenar.


Ujar Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 34, karaoke menjadi ‘pentas peribadi’ buat dirinya kerana di situ dia bebas mencuba lagu daripada rakan-rakan industri, termasuk karya penyanyi memiliki kekuatan vokal luar biasa.


“Saya sedar kemampuan saya di mana. Saya pergi karaoke sebab itu tempat untuk melepaskan tekanan dan geram. Ada lagu saya tidak boleh (mampu) nyanyikan di atas pentas, jadi karaoke menjadi pentas saya.


“Karaoke tempat untuk menjerit, berangan dan rasa macam sedang menyanyi di Anugerah Juara Lagu (AJL). Lagu yang saya nyanyikan di karaoke pun banyak daripada kawan-kawan seperti Nadeera, Ernie dan ramai lagi.


“Kalau lagu lama pula, saya boleh nyanyi lagu Ziana Zain dan Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya kepada Kosmo! Online.


Paling penting kata pelantun lagu Pematah Hati itu, dia boleh menyanyi dalam karaoke tanpa tekanan dan tidak dihakimi sesiapapun.


“Semua lagu tu memang tidak lah saya nyanyi di atas pentas. Malah, kalau nak menyanyikan semula sebagai lagu saduran pun akan fikir banyak kali.


“Paling penting, tiada orang menghakimi dan tiada tekanan. Kalau nyanyi dengan kawan-kawan pun mereka tidak boleh hendak menghakimi sebab suara kami pun lebih kurang sama,” ujarnya.


Sebelum ini, seorang netizen meluahkan rasa ingin tahu sama ada penyanyi dengan julat vokal tidak terlalu besar seperti Nabila kurang berani mengambil risiko membawakan lagu mencabar dan kompleks.


Persoalan tersebut kemudian menjadi buah mulut dalam kalangan netizen, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai sejauh mana kemampuan vokalnya untuk keluar daripada zon selesa dan meneroka karya lebih mencabar. – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2026 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nozot at 11-8-2026 09:59 AM

But kak nab, suara u hanya sesuai kareoke kat tandas sendiri ja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wpun nmpak kaknab mcm dalmation je pakai cenggitu tp masuk plak kaler ni dgn kaknab
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ada peluang sore pecah fail
gle lu

gi lah royal albert hall
mungkin sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 07:24 PM | Show all posts
sheols nyanyi dlm iklan kat tv tu pun iols dengar mcm flat jah..
for me, dia ni antara contoh artis yg maybe boleh nyanyi cuma suara tak merdu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahahafa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2026 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko jangan Nab. Nanti orang up balik video ko nyanyi kt AJL terkucil dulu. Ingat lg masa tu yg main violin tu pun terkemut² tahan gelak
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 08:20 AM | Show all posts
Kalau lagu lama pula, saya boleh nyanyi lagu Ziana Zain


celah mana nyah? kak jena jen sendiri pun dah tak boleh nyanyi lagu2 lama heshe sampai kena banyak turun key sampai jadi tak sedap arrangement dia ni pulak kau yang asik terkucil jah bila nyanyi live yihhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2026 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp k nab ni bernasib baik..dpt laki orka.. nyanyi buat hobi masa lapang je lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 08:42 AM | Show all posts
kak nab ni walaupon suara biasa2 ja tp iolls suka personality sheols, lagu sheols boleh nk sing along.. tp kalau sheols masuk AJL, mmg iolls skip la
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 09:07 AM | Show all posts
Mujur tiada masa dgr lagu terbaru. Kalaupun buka radio, tinggallah dgr infoberita, semua maklumat terbaru termasuk info sukan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 09:28 AM | Show all posts
sphinx replied at 9-8-2026 01:24 AM
sheols nyanyi dlm iklan kat tv tu pun iols dengar mcm flat jah..
for me, dia ni antara contoh artis  ...

Hahahahahahahahah aku tiap kali iklan dia lalu kat youtube mesti tergelak... lagu jingle simple pun tak sedap langsung dia nyanyi..


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 10:12 AM | Show all posts
mcm tu kak nab teruskan je nyanyi dkt karaoke tu.. netizen semua okay
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 11:22 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 10-8-2026 09:28 AM
Hahahahahahahahah aku tiap kali iklan dia lalu kat youtube mesti tergelak... lagu jingle simple pu ...

iye weyhhh.. dah la tu iklan pampers baby kan.. iols cannot imejin how stressful anak sheols dengar maknya nyanyi lullaby gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 11:51 AM | Show all posts
sphinx replied at 9-8-2026 05:22 PM
iye weyhhh.. dah la tu iklan pampers baby kan.. iols cannot imejin how stressful anak sheols denga ...

untuk uols.


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 11:53 AM | Show all posts
tukul: Tp k nab ni bernasib baik..dpt laki orka.. nyanyi buat hobi masa lapang je lah


knnnn.. tp pernah tgk laki dia pkai suar atas lutut g vacation.. nmpk gaya alim2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2026 12:20 PM | Show all posts

choiii... iols mmg stress kalau dengar jingle sheols kat last2 tu.. sheols baca skrip dlm tu ok je, ade tonasi and nada yg sesuai tp bile nyanyi, terus flatttt.. nmpk sgt sheols sesuai jadi pelakon je and not penyanyi.. dua rangkap gitu pun fail, ade hati nk berangan ke pentas AJL
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 12:20 PM | Show all posts
- terdouble post plak gara2 annoyed dgn jingle kak nab
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 12:21 PM | Show all posts
sphinx replied at 9-8-2026 06:20 PM
choiii... iols mmg stress kalau dengar jingle sheols kat last2 tu.. sheols baca skrip dlm tu ok je ...

hahaha masalahnya suara dia bercakap pun tak sedap ek... tapi tu mmg signature dia kan suara chipmunk... ingatkan forumer & netizen mengata je, rupanya betul... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 12:41 PM | Show all posts
lagu baru dia buat balas balas baik tu ya rabbi, macam kartun
aku malu dengar
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065393 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list