View: 30998|Reply: 74
|
[Penerbit]
** SR PUBLICATION **
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by attokz at 23-4-2012 17:28
Syarikat SR Publication didaftarkan secara rasminya pada 22hb. Januari, 2010. SR yang membawa maksud Siti Rosmizah mula beroperasi pada 1hb.Jun 2010 dengan menerbitkan novel pertamanya Lafazkan Kalimah Cintamu. Novel Lafazkan Kalimah Cintamu merupakan novel sulung terbitan SR Publication dan novel ke-3 karya Siti Rosmizah.
SR Publication bukan sahaja selaku penerbit tetapi juga menjadi pengedar tunggal pada novel keluarannya sendiri. Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. telah memberi ruang kepada SR Publication untuk melayarkan sayap perniagaannya. Novel Lafazkan Kalimah Cintamu boleh di dapati di seluruh kedai Buku Popular sahaja ataupun boleh di perolehi melalui langganan secara online mahupun pos.
Kualiti Keutamaan Kami (Quality Is Our Priority) telah di pilih sebagai motto syarikat kami. SR Publication akan terus berusaha untuk memberikan karya-karya yang terbaik dan berkualiti buat pembaca-pembaca semua. Sokongan dan dorongan dari anda semua akan menjadi inspirasi kejayaan kami.
LAMAN WEB: http://srpublication.com.my
FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/Siti-RosmizahSR-Publication/238285629523989?sk=wall |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
7Hari Mencintaiku
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Penerbit : SR Publication
Harga : RM32.90
Lafazkan Kalimah Cintamu
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
Penerbit : SR Publication
Harga : RM26.90 |
|
|
|
|
|
|
|
Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina. Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkankan rasa sayang di hati. Namun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam. Apatah lagi Salina dipertemukan kembali dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun yang lalu
Sueraya, gadis lembut yang periang. Walaupun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbersit dihati untuk membenci ibunya. Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad. Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.
Firrhan pula hadir dalam hidup Sueraya kerana rasa tanggungjawabnya terhadap kedua ibubapanya. Gadis itu perlu ditolong walaupun dia tidak pernah mengenali gadis itu. Apatah pula secalit rasa cinta pun tidak pernah terputik dihatinya apabila dia diijabkabulkan dengan gadis itu. Hatinya telah diserahkan kepada gadis lain.. Emilia! Mimpinya selama ini, hanya Emilia yang akan dikahwininya. Hanya Emilia di dalam hatinya kerana dialah CINTA pertamanya. Namun takdir tuhan tiada siapa yang tahu.
Harga : RM22.90 |
|
|
|
|
|
|
|
alamak, ada karya penulis izzul izzati under SR...
rasa sayang sbb kalau diperbitkan di bawah sykt yg baru nak bangun, maka kualiti tak de sbb editor mungkin masih belajar atau masih tidak kuat lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak, ada karya penulis izzul izzati under SR...
rasa sayang sbb kalau diperbitkan di bawah sykt ...
mijot Post at 28-11-2011 20:17
tulah mijot...excited nmpk nama izzul izzati...tp bwh SR plak...takut x menepati citarasa plak nnt...dah ada org baca lum buku nih...bleh bg review |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# miz_elec
lom baca gi..tp dah beli..review mcm ok..
member terdekat yg beli pun kata best..
hopefully tidak mengecewakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply miz_elec
lom baca gi..tp dah beli..review mcm ok..
member terdekat yg beli pun kata best ...
faizafariza Post at 29-11-2011 09:09
hope tak la mengecewakan....cepat baca..nnt bleh review...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
dua buku best............ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# anick
yang mana?..rindu tanpa kata tu ke?..bg la review sket.. |
|
|
|
|
|
|
|
rindu tanpa kata - kahwin paksa ( tapi jatuh cinta pandang pertama bila nampak isterinya telah sembuh ) dan cite keluarga dan perniagaan
kelat-kelat sayang - akhirnya aizam dapat juga kahwin dengan salina. tapi tengah2 cite aizam dan salina putus tunang.
ini review tentang hero n heroin je ........................... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau best nak beli..tengok je.,tapi was was nak beli |
|
|
|
|
|
|
|
dah baca 7 hari mencari cinta-- tebal ya amat....
bolehlah pada sesiapa nak testing kelenjar air mata best juga |
|
|
|
|
|
|
|
memang tebal gila 7HM ni...seram nak beli, buatnyer tak best, mau meraung... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# AzzaleaKhaliq
pada sy citer dia best...even my husband pun leh habiskan baca novel ni
lg best dr lafazkan kalimah cinta kot
mix of feeling..cuma part gaduh-baik-gaduh tu yg x thn..
hehe
tp..lain org lain citarasa kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
RIBUTNYA CINTA ~ PHIDOT [ SR PUBLICATION ]
RM24.90 [ SM ]
RM27.90 [ SS ]
M/S : 618 muka surat
Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya.
“You sebenarnya tak layak belajar kat sini. Park Choi College ni cuma sesuai untuk orang bandar dan kaya macam kami je. Tengok pakaian you? Eiii…Kolotnya...” kata-kata yang dilemparkan oleh Emma benar-benar membuatkan darah Edasha mendidih. Melampau! Memang nak kena cili mulut minah mat salih celup ini.
‘Prince No Smile’ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa dipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka.
Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?
“Eis tak nak libatkan diri dengan perjanjian ni. Eis tak ada perasaan cinta pada Hanie dan Hanie pun sama. Betul kan Hanie?” “Tidak Eis! Aku sebenarnya cintakan kau sejak dulu lagi. Cuma kau yang belum tahu perasaan suci ini.” Rintih hati Edasha Hanie.
Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan ‘macho’ ini.
“You ingat I nak sangat ke kat you? Bagi I you tak layak jadi isteri I pun. So, berhenti bermimpi di siang harilah Hanie…!”Edasha Hanie mengepal penumbuknya cuba menahan marah. ‘Memang nak kena mamat ni. Aku dah lama tak tumbuk orang.’
“Hey, you ingat I excited sangat ke dapat suami macam you. I pun ada maruah okay. You jangan ingat I diam selama ni, I lemah. Jangan nak perasanlah, macamlah kita tergilakan dia sangat, I tak pernah kemaruk kat you lah. Sebenarnya you yang kemaruk sangat kat I sebab itulah you kahwin dengan I bukannya Emma..!”
Alahai! Ribut sungguh cinta mereka, mudah-mudahan selepas ribut reda, cinta mereka akan bertaut semula. Di waktu itu, walau kulit muka dah berkedut, gigi dah rongak kasih sayang tetap utuh untuk selamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
baru abes baca : rindu tanpa kata - ain marissa
2.85 bintang
akibat telah baca banyak sgt novel, rasa novel ni plot dia ada sikit-sikit drpd novel itu lah, novel ini ...dah terbuat perbandingan ...
pada permulaan baca best, nak2 masa sue lumpuh dan tak boleh bercakap...sesekali mengalir air mata baca luahan tak berdaya sue...tapi selepas sue sihat, pambacaan rasa sedikit hambar...tapi masih boleh dibaca... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah baca 7HM... citer ok.. plot menarik tp cam byk gak yg tak logik... antaranya.. pempuan dlm pantang 2 minggu pas bersalin leh solat.... author kena wat homework... n kena reread byk kali cite ni utk tau kelogikan sesuatu scene tu... over all 'not bad' |
|
|
|
|
|
|
|
tak jumpa lagi izzul izzati kt seremban...
hujung minggu ni nak cuba cari lagi sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya jumpa juga dgn karya terbaru izzul izzati - kelat2 sayang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|