|
Menantu Raja Sepanyol hadapi kes rasuah
MADRID: Menantu lelaki Raja Sepanyol, Juan Carlos diperintahkan untuk hadir ke mahkamah sebagai suspek dalam satu kes rasuah, menjejaskan lagi hubungan awam dengan keluarga diraja itu ketika krisis ekonomi yang dihadapi penduduk setiap hari kian meruncing.
Kes membabitkan Inaki Urdangarin, suami kepada anak perempuan raja berkenaan, Cristina, yang menjadi tajuk muka depan berita sejak beberapa minggu. Bagaimanapun ia menjadi lebih buruk apabila Hakim Jose Castro di pulau Mediterranean Mollorca menamakan Urdangarin sebagai sus-pek rasmi dalam satu siasatan jenayah. Hakim Mahkamah Balearic Island berkata dalam satu kenyataan bahawa Urdangarin dipanggil untuk memberi keterangan pada 6 Februari di Palma, ibu kota kepulauan terbabit. Dokumen satu muka surat itu tidak menjelaskan dakwaan.
Media Sepanyol berkata, bahawa Urdangarin, 43, disyaki menggunakan wang dari kontrak awam yang diterima dari 2004 dan 2006 kepada sebuah yayasan diketuai beliau.
Beliau tidak didakwa dengan jenayah.
Seorang pegawai di Istana Diraja enggan mengulas kecuali mengatakan mereka menghormati keputusan hakim.
Sepanyol mempunyai hampir 22 peratus pengangguran, masalah ekonomi, hutang menggunung dan beberapa masalah lain, turut berhadapan dengan masalah ahli keluarga diraja yang menjejaskan kerabat diraja Sepanyol.
Pada 12 Disember Royal Palace dikejutkan dengan pengumuman Urdangarin buat sementara waktu tidak akan akan hadir dalam sebarang majlis rasmi membabitkan keluarga diraja.
Istana minggu ini turut menjelaskan perbelanjaan yang diterima keluarga diraja daripada belanjawan negara. Pada masa sekarang, Raja Juan Carlos berpendapatan 292,552 euro (RM1.19 juta) setahun membabitkan gaji dan perbelanjaan manakala anak lelakinya, Putera Mahkota Felipe secara purata menerima separuh daripada jumlah itu.
Dalam ucapan Krismas baru-baru ini, Raja Juan Carlos melahirkan kebimbangan mengenai apa yang disifatkan beliau sebagai hilangnya keyakinan rakyat Sepanyol dalam institusi diraja, kenyataan yang merujuk kepada skandal membabitkan menantunya, seorang rakyat biasa yang juga pemain bola baling profesional.
Spanish Infanta Cristina (top C) and her husband Inaki Urdangarin (top L) pose for a picture with their children Juan (top R), Pablo (bottom L), Miguel (bottom C) and Irene in a Christmas greeting card distributed by the Spanish Royal House on December 16, 2011. |
|