CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11686|Reply: 64

[La Race] JODOH - Rockin'AfterMidnight

 Close [Copy link]
Post time 27-2-2012 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cinta_ungu at 28-2-2012 01:03


Jangan Risau Tentang Jodoh


Assalamualaikum & Selamat sejahtera pengunjung Board PP.


Hari ini kita nak bersembang sedikit tentang tajuk Jodoh.



Menurut Saudara Pahrol Mohamad Juoi (empunya blog Genta-Rasa), Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.


Di board PP pun ramai forumer yang membuka topic berkaitan jodoh...betapa risau mereka kerana jodoh belum sampai misalnya anda boleh rujuk di thread ini...keluh kesah seorang insan yang masih menantikan kehadiran jodohnya..

: http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=536249&highlight=Jodoh






Seorang Ustaz yang dikenali dengan nama Ustaz Zikir pula menyatakan bahawa jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. sebagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.

Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa-doa lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditengah-tengah bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.

Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.






Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.



“Seorang teman pernah berpesan..”Kadang2-kadang Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”




“..Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”




Wahai Wanita Solehah
Jangan risau akan jodohmu
Kerana Muslimin yang bijaksana itu
Tidak akan terpaut pada wanita
Hanya kepada kecantikan , lirikan senyuman,
Pada bicara manja yang menggoda
Atau pada pujuk rayu seorang wanita
Yang meruntuhkan imannya.


Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita
Andai belum sampai jodohmu
Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinan
Bagi memimpin dirimu
Kerana pada wanita itu
Pasti ada kekurangan dan
Lelaki yang benar-benar layak
Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu…



Saya teringat seorang akak forumer yang sehingga ke hari ini saye berpegang pada kata2 tu :


Kadang2 kita sendiri tak tahu apa yg kita nak sebenarnya tapi rest assure, ALLAH KNOWS AND HE WILL GIVE YOU THE BEST sehinggakan CU AKAN BENAR2 GEMBIRA DAN BERSYUKUR DGN ANUGERAH ALLAH.

Just wait anugerah allah itu dengan sabar dan perbanyakkan amalan ibadah. jangan sesekali termasuk dlm kancah syaitan berbuat maksiat. walaupun sekali jgn cemarkan diri dgn perkara tu.terus berubah nasib badan nanti.

hang on there sis.


Maka, usahlah terlalu risau tentang Jodoh kita. Seandainya kita pernah gagal dalam melayari bahtera percintaan atau perkahwinan, jangan berputus asa untuk membina mahligai yang baru..Yakin pada Allah. Semoga DIA memberikan yang terbaik untuk kehidupan dan jodoh kita. InsyaAllah.

Wallahu'alam.........

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2012 11:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by cinta_ungu at 27-2-2012 23:59








puisi kahlil gibran untuk kita hayati


Cinta yang agung


Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu
menitikan air mata dan masih peduli terhadapnya,
adalah ketika dia tidak memperdulikanmu dan
kamu masih menunggunya dengan setia.

Adalah ketika di mulai mencintai orang lain dan
kamu masih bisa tersenyum dan berkata
” aku turut berbahagia untukmu ”

Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus
berhenti mencintai seseorang, bukan karena orang
itu berhenti mencintai kita melainkan karena kita
menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.

Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas lagi ..


Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..
tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati
bersamanya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 11:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by cinta_ungu at 28-2-2012 00:09

Semoga Forumer, Moderators & SM dapat memberikan komen positif untuk thread ini.


Terima kasih




Diharap Peserta La Race yang merupakan ahli berdaftar PP

tidak memberi komen di dalam thread ini.


Kerjasama anda amat kami hargai.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:07 AM | Show all posts
Berilmiah dan good info


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 00:22

yup setuju sangat.isi sangat sesuai dengan tajuk utama iaitu jangan risau tentang jodoh.sangat padat dan penuh dengan informasi serta membuatkan kita pikir dengan lebih positif


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 00:22

info yg sangat berguna utk dihayati

"jodoh itu adalah anugerah,bukan ketentuan"


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2012 12:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 00:35

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

cantiknya ayat diatas menguatkan lagi artikal tentang "jangan risau tentang jodoh"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 00:50

jangan risau pasai jodoh.. enjoy ur life....... comei nye gambauuuuuuuuuu heheheheheh


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2012 12:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 00:48

Rockin' AfterMidnight




YUNAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!



e'eh...thread pasal jodoh eh, igtkan thread psl yuna td...



errrrrr....tp ada jugak org yg risau psl jodoh memasing, contoh cam ada satu thread kat PP ni, nape jodoh aku lambat??hah!!gitula bunyinya....tp ada gak org yg langsung x kesah psl jodoh ni, hader haku kesah???katanya.....so, terpulangla pada memasing punya tapsiran....btw, beri gud inpo....hehehe


aku merepek lg ke tgh2 mlm ni??tp xpe, lepas dengar lagu yuna tuh, aku jadi coollll kembali...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:35 AM | Show all posts
er ..rujukan dr thread mn neh ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 00:44

sama2 menantikan jodoh dgn sabar..

comel sungguhla penerangan dr group  ni...x puas baca..sgt2 bagus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 12:39 AM | Show all posts
er ..rujukan dr thread mn neh ?
juju_amin84 Post at 28/2/2012 00:35



   dah letak...sori lupa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:43 AM | Show all posts
info yg sgt menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 12:45 AM | Show all posts
Berilmiah dan good info
camrey Post at 28/2/2012 00:07



   terima kasih atas komen anda kemeri
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:46 AM | Show all posts
gud info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 12:46 AM | Show all posts
yup setuju sangat.isi sangat sesuai dengan tajuk utama iaitu jangan risau tentang jodoh.sangat padat ...
chit_ana Post at 28/2/2012 00:10



      terima kasih atas komen anda chit ana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2012 12:47 AM | Show all posts
info yg sangat berguna utk dihayati

"jodoh itu adalah anugerah,bukan ketentuan"{: ...
babablec Post at 28/2/2012 00:15


terima kasih babablec...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 12:49 AM | Show all posts
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Ber ...
moyas Post at 28/2/2012 00:22


thanks sudi komen momoy
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 01:36

Cinta unggu berjaya mengupas topik jodoh dengan begitu baik sekali, and ofcourse, verry good article, full of info and usefull. keep it up cinta unggu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:52 AM | Show all posts
thanks sudi komen momoy
cinta_ungu Post at 28-2-2012 00:49

wilkum Rockin'AfterMidnight
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.064440 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list