CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12131|Reply: 23

Mothers' day Contest

 Close [Copy link]
Post time 27-4-2012 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cef_admin2 at 9-5-2012 15:45




Kehidupan yang sibuk mungkin dijadikan alasan manakala malu dan konservatif pula mungkin dijadikan sebagai sebab ... tetapi jadikanlah Thanks giving Festival ini sebagai satu cara untuk menghargai cinta dan pengorbanan ibu anda.

[Objektif]
Menghargai dan berterima kasih kepada kasih sayang para ibu

[Peserta]
Hantar gambar anda dan ibu, berserta ucapan kepada ibu anda dengan kandungan kira-kira 400-600 patah perkataan. Siarkan dalam thread ini.

[Jadual]
9 Apr - 8 Mei: Hantarkan Penyertaan
9 Mei - 10 Mei: Undian
10 Mei: Penghantaran Hadiah
12/13 Mei: Hari Ibu

[Hadiah]
Juara x1: Hadiah wang tunai + 1000 mata forum + 1 emas carnations, yang bernilai RM 208, dihantar menggunakan skynet kepada ibu tercinta anda


Naib Juara x1: 1000 Mata Forum + gelang berlian Korea

Tempat Ketiga x1: 800 Mata Forum + gelang berlian Korea
Anugerah Kecemerlangan x3: 500 Mata Forum
Semua peserta: 100 Mata Forum

[Terma dan Syarat]
Peserta mesti menjadi ahli CARI. Atau anda boleh mendaftar di sini.
Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan gambar dan artikel yang dihantar.
Perlu memberikan maklumat peribadi yang sebenar.
Keputusan penganjur adalah muktamad.
Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Jika mana-mana peserta didapati melanggar mana-mana peraturan, penyertaana akan dibatalkan secara automatik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2012 03:19 PM | Show all posts




Mak yang tersayang,

    Tiada apa dalam dunia ini yang boleh menggantikan kasih sayang mu. Tiada duanya kau dalam hidup ku ini, walau apa pun yang berlaku terima kasih mak di atas kesabaranmu membesarkan anak mu ini.

    Aku sedar betapa nakalnya diriku sehingga satu ketika mak rasa takut jika aku besar aku tidak menjadi manusia yang berguna. Tetapi mak seperti yang kita semua tahu doa seorang ibu itu sentiasa dekat dengan penciptanya. Tidak pernah sekali pun aku lihat kau berputus asa berdoa untuk anak mu ini supaya menjadi manusia yang berguna pada bangsa dan agamanya. Alhamdulillah mak, walaupun aku masih mencari arah hidupku tapi sekurang - kurangnya aku tidak akan berpaling daripada agamaku dan aku boleh hidup dengan hasil titik peluhku sendiri.

    Ketika orang lain menghamburkan anak mereka dengan kemewahan, kau mengajar kami untuk hidup secara bersederhana. Ketika kami cemburu melihat kekayaan orang lain dan memberontak kepadamu kau sentiasa bersabar menghadapi karenah kami dan sentiasa berpesan kepada kami tanpa mengenal erti jemu untuk menghargai hidup ini seadanya. Sebenarnya mak, bila aku sudah menjadi dewasa inilah pengajaranmu terhadapku yang paling berharga. Aku cuba menjadi manusia yang lebih bersyukur dan hidup dalam kemampuanku. Kehidupan kita lebih berkat begini tanpa perlu meminta kepada orang lain.

    Mak, maafkan anakmu ini, jika sepanjang kehidupanku ini banyak melukakan hatimu. Mak, banyak yang aku pelajari, aku tahu setiap leteranmu mengandungi pengajaran yang sangat berkesan untuk ku mengharungi hidupku ini. Mak dahulunya aku jahil tentang dunia ini, tetapi kau sentiasa membimbing aku untuk memahami hakikat tentangnya.

    Semakin jauh orang lain meninggalkanku, semakin dekat kau menghampiriku. Jatuh bangunku, kau sentiasa disisiku. Walau seteruk mana orang lain mencemuhku, sebanyak itu jugalah kau memberi kata semangat untuk mendorongku. Sokonganmu terhadap anakmu yang tidak pernah putus membuat aku untuk menjadi lebih kuat menghadapi dunia ini.

    Mak, hadirmu bagaikan pelangi yang mempunyai pelbagai warna. Setiap warna mewakilimu dari segi semangatmu , kelembutanmu, kekuatanmu, ketegasanmu, ketabahanmu, kasih sayangmu dan juga pendirianmu. Kegembiraan mu dan senyumanmu menandakan kebahagiaanmu cukup untuk aku merasa gembira dan bahagia juga. Kesedihanmu membawa duka kepadaku. Kau mendengar dan kau juga melihat kesusahanku. Tapi tidak semua dapat melihat kesusahanmu dan kedukaanmu mak. Mak, janganlah kau bersedih sesungguhnya aku akan berusaha untuk terus melindungimu dan membahagiakanmu.

    Kasih Ibu membawa ke syurga, jadi aku mohon kepada mu mak untuk berasa redha padaku kerana redhamu adalah redha Allah juga pada hambanya. Tidak akan senang hidupku jika kau berasa duka kepada ku. Kau adalah idolaku dan segalanya padaku. Aku melihatmu dan belajar daripada mu, semoga apa yang terbaik yang ada padamu ada padaku juga. Tanpamu mak , tiadalah aku di muka bumi ini.

    Walau sejauh mana aku berkelana, mak kau seperti darahku, jantungku dan kau sentiasa dekat dengan ku.  Walau selambat mana aku pulang ke rumah kau tidak pernah lupa untuk bertanya akan keadaan ku. Masakan mu yang sedap sentiasa dinanti , kelembutan belaian mu sentiasa mengamitku. Mak aku sentiasa berdoa semoga hidupmu akan sentiasa dirahmati Allah dan diberi kesenangan di dunia dan akhirat. Jazakallah khair.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 10:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by mummyqis at 4-5-2012 11:01




Assalamualaikum ku mulakan bicara,

Mama untuk panggilan bonda tersayang,

mama, aku sekarang telah dewasa, terlalu cepat waktu berlalu,masih lagi terasa belaianmu dikala malam ketika aku ditempat beradu.terasa kehangatan kucupanmu yg selalu hinggap didahiku. syahdunya saat itu.ma telah membentuk jiwa mentah ini,dengan nasihatmu tanpa pernah kenal erti jemu.

Di hari ini, aku ingin mengambil satu kesempatan,untuk mengucapkan terima kasih atas semua yang telah mama lakukan untuk hidup ini. Mama telah mengorbankan kehidupan,kebahagiaan dan seluruh waktu hanya untuk kami. `Aku sangat mencintaimu mama'. Tanpamu aku bukan siapa-siapa,bahkan tak pernah ada.

Mama, terima kasih di atas setiap belaian kasih sayang mama selama ini. Terima kasih sebab tidak pernah sekalipun merunggut dalam mendidik aku,walaupun aku tahu adakalanya mama penat & letih. Tapi, mama tidak pernah tunjuk,malahan senyuman terus terukir diwajah mama yang sentiasa cantik di mataku. Mama terima kasih telah bersabar selama ini,saat aku nakal,saat aku menanggis. Walau saat ini tidak dapat memelukmu kerana terpisahkan oleh jarak dan waktu, namun sayang dan hormatku akan selalu untukmu hingga selamanya.

Andai aku mampu, akan aku balas segenap cinta dan kasihmu,akan ku persembahkan sehangat dakapanmu setulus kasihmu dan sebijak nasihatmu.


Ku titipkan doa ini untuk mama,



Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas

didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas

kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah

mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan

atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku

atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku

jadikanlah itu semua penyebab susutnya

dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan

mereka dengan perkenan-Mu ya Allah

hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan

kebaikan berlipat ganda.



Terima kasih untuk setiap cinta dan kasih sayang yang mama berikan.
aku yang selalu mencintaimu dan merindukanmu,
mummyqis

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 02:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by reeny at 4-5-2012 14:35

  


Buat bonda tersayang…,

Sebenarnya anak mu ini tidak tahu bagaimana selayaknya untuk diri ini memanggil mu, samada harus dipanggil bonda, emak, ibu atau apa-apa panggilan yang sesuai dengan mu. Pastinya semua panggilan itu sesuai dengan seorang ibu yang sabar dan gigih seperti ‘NGAH’. Tapi kenapa dipanggil ‘Ngah’? Pastinya panggilan ‘NGAH’ itu amat janggal pada pendengaran orang lain yang tidak tahu tentang sejarah keluarga kita. Mungkin orang lain akan merasa pelik apabila mendengar aku, abang dan kakakku memanggilmu dengan panggilan itu. Tapi itulah keistimewaan keluarga kita.

Seawal usia muda, Ngah telah menjaga kami semua berlima beradik dengan penuh sabar. Dengan usia ku yang sekitar setahun lebih dan abang yang sulung cuma sembilan tahun, Ngah begitu gigih melayan kerenah kami yang nakal dan degil yang kadangkala membuatkan Ngah hilang sabar sekali-sekala. Mungkin mengenangkan amanat arwah kakak yang telah pergi, maka Ngah tega dengan semua ketentuanNya. Ibu kami itulah arwah kakak Ngah, yang telah meninggalkan kita semua, sewaktu usiaku cuma setahun. Amanat ibu sebelum meninggal ialah menyuruh Ngah menjaga anak-anaknya dan jangan dipisah atau diberikan kami kepada sesiapa pun. Kerana amanat itu jugalah yang membuatkan Ngah sanggup berkahwin dengan Babah seterusnya menjaga kami berlima yang masih kecil ketika itu.

Kalau hendak ku ceritakan semua pengorbanan Ngah memang akan habis bercerita sehari semalam pun. Memang terlalu banyak pengorbanan dan keringat yang Ngah curahkan untuk membesarkan kami disamping membesarkan anak Ngah sendiri. Bukan mudah untuk menguruskan anak yang seramai sepuluh orang. Salah satu kenangan yang masih kuat terpahat diingatan ku ialah sewaktu aku menghadiri kelas tuisyen petang sebagai persediaan untuk peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Ngah datang dengan berjalan kaki untuk menghantar makan tengahari untuk ku, sedangkan waktu itu tidak ada ibu lain pun yang berbuat demikian untuk anak mereka. Memang aku terperanjat sangat waktu itu, namun aku sungguh terharu dengan apa yang Ngah lakukan. Betapa Ngah begitu menyayangi kami, walaupun kami ini bukan lahir dari rahimnya sendiri.

Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga diatas segala kasih sayang pengorbanan serta kesabaran yang telah Ngah berikan kepada kami semua. Sesungguhnya pengorbanan Ngah membesarkan kami tidak mampu kami balas limpahan wang ringgit dan harta benda. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan, kasih sayang dan pengorbanan yang telah Ngah curahkan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 05:11 PM | Show all posts


Kenangan bersama mak dulu-dulu....

Masa kecil ketika menonton iklan makanan segera di televisyen, saya beria-ria minta mak belikan untuk saya. Jawapan yang saya dapat dari mak, saya ingat sehingga sekarang. Kata mak, “Nak beli kena pandai cakap orang putih. Mak tak pandai nanti susah nak order”.

Walaupun ianya mengecewakannya saya, tapi saya diamkan diri sahaja.  

Mak saya hanya belajar sehingga darjah 6. Pada masa itu, arwah datuk saya tidak menitikberatkan sangat pelajaran untuk anak perempuan. Baginya, orang perempuan kerjanya di dapur. Setakat pandai membaca, menulis dan mengira sudah mencukupi. Selepas berkahwin, mak terus bergelar surirumahtangga sepenuh masa.

Walaupun mak tidak belajar tinggi, tapi dia mahu semuanya anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. Dengan dorongan dan semangat dari mak, saya berpeluang menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi.

Dengan duit gaji yang saya dapat, saya belanja mak makan makanan segera yang saya tonton di televisyen masa kecil dulu. Rasa puas sebab dapat balas jasa mak, walaupun kecil jika dibandingkan dengan pengorbanannya selama ini.

"Eh! mak, nak order makanan segera tak payah pandai cakap orang putih pun boleh "  

Istimewa untuk ibu saya, Sarehah bt. Othman...

Kau menangis gembira
Kala aku mengecap bahagia

Kau ketawa
Bila lihat aku senantiasa ceria

Kau bersedih
Saat aku menanggung duka

Kasihmu tiada tandingannya
Bersama setiap ketika
Hingga ke syurga

Terima kasih mak
Sebahagian hidupku ada padamu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 05:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by saaya at 4-5-2012 17:41

MY MUMMY, MY SWEETHEART!


Emak, emak, emak. I love so much!
Kalau nilai kasih sayang itu boleh dikira maka nilainya adalah tidak terkira. INFINITY!

I know that I am your most naughty and stubborn daughter!
Suka sangat melawan cakap, keras kepala, mulut tak reti nak diam tp kalau dah diam tak reti nak bercakap pulak.
Of course emak mesti tension dengan perangai anak emak yang sentiasa berubah-ubah nih kan.
Tapi kadang-kadang emak pun banyak sangat membebel.
Hahaaa...

Sekarang nih bila kita selalu berjauhan baru lah anak emak nih semakin menghargai nilai kasih sayang emak.
Everyday I LOVE YOU! Kalau dekat, tak reti nak cakap I LOVE YOU tuh. Hahaaa...
Lepas tuh barulah nak rasa sangat terharu bila emak selalu risaukan anak emak nih.
Makan ke tak, sihat ke tak?
Suka sangat bila emak risau. Sebab tuh tanda emak sayangkan anaknya! Kasih sayang tuh dapat dirasai daripada jauh.
Peluk emak erat-erat!

Semestinya, anak emak nih tahu kesusahan yang emak kena lalui dalam membesarkan anak-anak yang degil termasuklah saya nih ha kan.
Emak seorang yang sangat tabah dalam menjalani kehidupan ini.
I know you! Kita kan selalu sharing is caring. Berkongsi masalah masing-masing.
Berkongsi suka dan duka bersama sampailah kita jadi kawan baik yang terbaik!
Kita gelak ketawa sama-sama, menangis sama-sama.
Oh My God, I love you so much Emak!

Masa kecil dulu, selalu emak suapkan makan.
Rindunya nak makan kena suap dengan emak!
Masakan emak adalah yang terbaik sekali! Tiada tandingannya tau!
Masa kecil dulu jugak, selalu nak tidur bawah ketiak emak!
Sekarang pun masih tak puas lagi bermanja!
Belaian seorang ibu itu adalah yang terbaik untuk anak-anaknya!

Sebagai emak, mestilah nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan.
Marah bukan bererti emak tak sayang, Marah tuh lah tanda sayang kan.
Emak bagi nasihat bukan atas dasar nak menjatuhkan anak-anak, tapi nak kan yang terbaik untuk anak-anak.
Cuma kadang-kadang anak-anak sendiri yang alpa sampai terkasar bahasa.
Anak-anak tak perasan bila terkasar bahasa tuh, hati kecil emak mesti menangis.

"Emak, orang nak mintak maaf atas segala kekasaran yang pernah ditimbulkan. I love you lotsa lotsa!"
(Isssyh, rasa nak peluk cium emak je sekarang nih)

Hati ibu mana tak luluh kalau ada orang sekeliling mengata anak-anaknya.
Kadang-kadang orang sekeliling tak pernah puas melihat apa yang kita ada.
Orang suka mengata tapi emak sendiri pun tahu kan yang sekarang nih anak-anak emak dah tunjukkan yang terbaik dalam kehidupan dan membuatkan orang yang mengata kita tuh terdiam tak cakap apa dah.
Atas berkat dan kesabaran emak selama nih.

Tapi percayalah emak, anak emak nih akan terus buktikan yang terbaik!
Emak berjaya mendidik kami ke arah kebaikan!
I promise to myself that I will make you happy and proud of us!
I LOVE YOU BANYAK-BANYAK!

From Goorge Cooper:
Hundreds of dewdrops to greet the dawn,
Hundreds of bees in the purple clover,
Hundreds of butterflies on the lawn,
But only one mother the wide world over

Anak yang sentiasa menyayangimu, emak~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2012 10:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by yantisa at 4-5-2012 22:48



Sempena Hari Ibu yang istimewa ini , inginku tujukan warkah buat wanita bernama Kalthum Darus . Seperti insan-insan bertuah yang lain , aku juga punya ibu yang ku panggil emak . Bagi aku emak seorang wanita yang yang cukup kuat walaupun pada zahirnya kederatnya tidaklah segagah mana . Wanita yang membesarkan 8 orang anaknya seorang diri setelah kehilangan suami pada usia yang muda . Saat baru dikejutkan dengan berita gembira yang kami bakal menerima adik baru , abah pergi tanpa pesan dalam kemalangan jalanraya . Jika hati kami adik beradik remuk dan sukar menerima kenyataan ini , apatah lagi emak . Seakan hilang separuh dari nyawanya .

Arwah abah pergi meninggalkan kami ketika umurnya 38 tahun , ketika kami dahagakan kasih seorang ayah . Siapalah kami untuk melawan ketentuannya . Sejak dari saat itu emaklah yang mengambil alih 2 tugas sekaligus . Dialah ibu , dialah juga abah kami . Demi anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan belanja yang besar , emak sanggup lakukan apa saja agar kami dapat ilmu yang secukupnya kerana emak tahu hanya ilmulah yang mampu merubah hidup kami . Kami tak punya harta tapi kami punyai emak , insan yang tak ternilai di dunia ini .

Dari mengambil upah di sawah padi hinggalah bekerja sebagai pekerja kilang , emak tak kisah asalkan kami adik beradik tidak berlapar . Setia emak juga hanya pada abah , takkan mungkin dicari pengganti.  Mungkin ada rahmat dari pemergiannya . Kami hanya punya emak yang menjadikan kami anak-anak sangat rapat dengan emak . Walaupun kini masing-masing punya keluarga sendiri , emak masih menjadi kawan setia , tempat kami mengadu . Kami masih lagi umpama anak-anak kecil emak yang dahagakan kasihmu .

Kini emak mampu tersenyum kerana anak-anaknya telah berjaya dalam hidup . Jasa emak tetap kami kenang hingga akhir hayat . Kini tiba giliran kami untuk melihat emak senang . Kalau dulu emak naik basikal mencari rezeki , kini emak dapat merasa naik kapal terbang pergi bercuti . Emak kini adalah ‘ibu duit’ bagi kami kerana lebih banyak kami memberi pada emak , lebih murah rezeki yang terima .

Ya Allah , berilah rahmatmu  agar emak kami akan sihat selalu , dipanjangkan umur untuk kami terus menumpang kasihnya , membalas jasa-jasanya hingga ke akhir hayatnya dan menjadi anak-anak terbaik buat seorang ibu.


Tiada kata secantik bahasa
Untukku puji ibuku
Tiada harta mahupun jasa
Yang standing jasa ibuku
Tiada cinta yang suci
Seikhlas kasih ibuku
Tiada terbalas oleh kami
Atas titis – titis keringatmu
Terima kasih emak atas pengorbananmu
Atas kasih sayangmu
Atas tunjuk ajarmu
Menjadikan kami insan berguna di bumi Allah ini
Kamilah insan paling bertuah di dunia ini
Punyai ibu sehebatmu

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 11:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by intanna at 5-5-2012 02:47




Buat Mama Tersayang…Puan Noriah Binti Md. Zain…

Mama,

Dalam coretan yang tak seberapa ini…Intan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu…tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan ini di kala nukilan ini terhasil. Rindu pada Mama yang berada nun di Utara tak dapat diluahkan walau dengan kata-kata….Namun keadaan Intan yang berbadan dua ini agak membataskan untuk Intan selalu pulang menjengukmu. Hanya coretan ini yang mampu Intan nukilkan buat Mama.

Mama,

Dari Intan kecil sememangnya Intan seorang anak yang manja, banyak karenah, keras kepala dan sebolehnya semua benda mesti ikut kehendak Intan. Namun Mama tak jemu-jemu melayan karenah puteri Mama nan seorang ni. Dalam kepenatan yang tak pernah terungkap…dengan kelelahan yang berpanjangan…Mama tetap setia mengasihi dan membelai dengan penuh kasih sayang…

Kini Intan dah dewasa…bukan lagi anak kecil…Mama lah yang telah membentuk jiwa mentah ini sehingga matang. Mama lah yang selalu memberi tunjuk-ajar dengan nasihatmu yang tak pernah lekang dimulut. Mama lah penyebab luasnya pengetahuanku…di kala kosa kataku hanya bagai setitik air…Mama lah yang memenuhinya hingga menjadi sebuah lautan. Di kala yang lain terlena…Intan tahu Mama tak pernah tidur lena. Fikiran, hati, jiwa dan emosi Mama selalu bekerja demi masa depan Intan. Namun Mama tak pernah mengeluh…selalu terukir senyuman di bibir Mama di kala bertutur. Tiada yang lebih berharga dalam hidup ini hanyalah pengorbanan Mama yang telah bersusah-payah membesarkan Intan…segala keperitan yang pernah Mama harungi ketika melahirkan serta membesarkan Intan tidak dapat Intan bayar dengan apa jua bentuk hadiah sekalipun. Andai Intan mampu…akan Intan balas segenap cinta dan kasih Mama dengan sehangat dakapanmu, setulus kasihmu dan sebijak nasihatmu.

Namun hanya doa yang mampu Intan panjatkan pada Allah s.w.t :
Ya Allah…Kau anugerahkan lah kesejahteraan, kasih sayang serta kecintaan sepertimana yang Mama selalu berikan padaku setiap hari.
Kau berikan lah kekuatan serta kesihatan yang baik pada Mama.
Ya Allah Ya Tuhanku…ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah Mama sebagaimana Mama mengasihaniku sejak kecil.
Panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidupnya agar tenang selalu.
Berikanlah balasan sebaik-baiknya atas didikannya padaku. Peliharalah Mama sebagaimana Mama memeliharaku…
Sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

Mama,

Terima kasih di atas segalanya…selama 30 tahun Mama membesarkan Intan selama itu jugalah Intan rasa cukup bahagia dan gembira ketika bersamamu. Kini Intan sudah berkeluarga…tanggungjawab Mama beralih ke suami Intan. Alhamdulillah…berkat restu dan doa Mama selama ini telah menjadikan hidup kami bahagia bersama puteri tercinta. Intan berharap…suatu hari nanti Intan dapat mencontohi Mama untuk anak-anak Intan. Mama, Intan mohon ampun dan maaf dengan segala kekhilafan yang pernah Intan lakukan. Intan masih memerlukan petunjuk Mama ke jalan kebahagiaan…memerlukan restu dalam setiap doa yang Mama panjatkan…maka setialah mengajar erti kekuatan dan kehidupan pada anakmu ini agar menjadi pedoman di dunia dan di akhirat. Jasa Mama akan Intan kenang sepanjang hayat…kerana kau adalah Mamaku…

Tidak dilupakan juga pada Mak Mertuaku. Terima kasih di atas kasih sayang yang diberikan. Terima kasih juga kerana menerima menantu Mak ini seadanya…

Akhir kalam…salam sayang dari anakmu Intan yang juga kini bergelar Mama…




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2012 12:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by noyya at 7-5-2012 00:55

Coretan hati seorang anak buat ‘Mak’ tersayang,Norhayati Binti Mohd Nor.Moga angin khabarkan ke cuping telingamu bahawa aku amat mengasihimu walau lidahku jarang sekali ucapkannya..

Bagaimana untuk aku mula bila perkataanya bermula dari ‘Mak’?.Entah dari mana nak datangnya ilham jika isi-isinya bermula dengan perkataan ‘Mak’.’Mak’ perkataan yang singkat sebutanya tapi amat besar ertinya.Soal dalam hatiku, adakah kata-kata atau gambaran yang dapat aku rungkaikan mengenai seorang wanita yang amat aku kasihi iaitu ‘Mak’.
Ini kata hatiku..,’Mak’..tiada kata yang secantiknya dapat aku tuliskan tentangmu ‘Mak’.Hatiku bisa saja sebak sebaik  mengingati segala apa yang kau lakukan untukku sejak dari kecil.Sama ada sebak itu adalah perasaan sedih atau gembira bagiku sama sahaja rasanya kerana itu adalah perasaan terindah dalam diriku untukmu .Dalam kaca mataku ini, kau adalah wanita terhebat dalam hidupku,biarpun aku tidak selalu menunjukkan kasih sayangku padamu.Maafkan anakmu ini andainya aku tidak selalu berbual denganmu biarpun kita serumah,tidak selalu memandang redup wajahmu ketika kau sedang tidur  ataupun tidak selalu memegang tanganmu yang dulu pemimpinku.Tahukah kau ‘Mak’,walaupun semua itu berlaku,jauh disegenap jiwaku sentiasa berlagu persoalan..Bagaimana dengan mak hari ni?dah makan ke?tengah buat apa di rumah?bagaimana keadaan ‘Mak’ yang sakit masih mampu menjaga anakku.Sakit?


Ya Allah, aku mohon agar mak ku cepat sembuh.’Mak’..Hanya Allah yang tahu betapa pecahnya hatiku bila diberitahu oleh doctor bahawa ibu jari kaki mak terpaksa dipotong kerana kencing manis.Aku cuba sedaya upaya ‘Mak’..namun apakan daya kita menghalang kehendakNya.Kenyataan itu harus kita tempuhi.Hati kecilku menjerit,seandainya  saja ‘Mak’ tak perlu untuk lalui semua itu.Hatiku menangis berkaca-kaca,bertaburan,berselerakan memenuhi ruang hati hingga terkadang aku rasa lemas dan tewas. Namun,biarpun dirimu sudah  beransur  sembuh,kepingan-kepingan hatiku bercantum perlahan-lahan,garis-garis halus keretakan itu masih kelihatan.Ahh,biarkan garis itu menyucuk mata, harapan aku takkan luntur dan aku akan tetap gagah memimpinmu agar segala kepincanganmu terbela .Apalah yang selama ini sudah aku berikan padamu.Tidak sebesar kuman pun untuk dibandingkan dengan segala apa yang telah engkau berikan padaku dan adik-adik.Tapi  sungguh ‘Mak’,jika sahaja aku mampu meminta,andai sahaja Allah kabulkan doa anakmu ini,ku pinta syurga buatmu ‘Mak’..kerana syurga destinasi abadi yang dijanjikan Allah.Andai kebahagiaan dunia tak mampu aku tunaikan,ku mohon padaNya agar kebahagiaan akhirat menanti buatmu ‘Mak’.


‘Mak’,sempena hari ibu dan bertambah istimewa lagi pada 8 Mei adalah hari lahirmu,dengan rasa bangganya aku ingin tujukan rasa cinta yang terpaling dalam untukmu ‘Mak’.Aku ishtiharkan,aku canangkan agar sayang ini dapat dirasai,dapat dikongsikan.Terima kasih untuk segala rasa dan pelajaran yang kau berikan.Moga cahaya kasihmu yang indah ini sentiasa menerangi hidupku agar aku bisa menjadi ibu yang hebat sepertimu.Semoga kebahagiaan dunia dan akhirat itu milikmu ‘Mak’.Itu doaku.

                                                                  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 05:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by comotcumil at 9-5-2012 14:44

Mak selalu kata, orang perempuan setinggi mana belajar suatu hari akan bergelar isteri dan ibu. Saya tidak ambil peduli kerana saya memang agak malas ke dapur.

Saya menghabiskan masa remaja di asrama, dan berjauhan dengan keluarga di universiti. Masa cuti selalunya saya habiskan di rumah untuk berehat (kononnya letih belajar). Saya memang tidak ambil tahu hal-hal memasak, kecuali yang mudah-mudah sahaja dan kadangkala hanya menolong di dapur dengan mengupas bawang, mengacau kuah atau memarut kelapa. Itu sahaja. Memang Mak tidak pernah berbunyi atau bersungut, Cuma kadang kada dia mengingati saya agar tidak ambil mudah tentang hal penyediaan makanan, dan Mak akan ulangi lag kata-katanya. Saya buat tidak peduli dan ketawa saja dan Mak seperti biasa hanya diam selepas itu. Dari kecil saya perhatikan, walau makanan yang disediakan sederhana tapi Mak pastikan semuanya cukup. Walaupun Mak tidak berpelajaran tinggi, hidangan harian mesti ada nasi, protein dari ikan, ayam atau daging dan satu hidangan sayuran. Kalau Mak masak mee atau bihun, lengkap dengan ayam dan sayuran. Sarapan dan minum petang juga lengkap. Mak memang hebat. Macam-macam kuih yang Mak buat, masih teringat kuih lompang warna warni dalam cawan comel. Mak tetap senyum walau penat mengukus. Roti dan biskut juga Mak beli untuk sarapan dan minum petang, bersama teh atau air coklat.

Usai belajar saya bekerja di Melaka, tinggal bersama ibu bapa. Memang seronok, makan pakai terjaga. Letih bekerja saya tahu di rumah Mak memang akan setia menyediakan makanan. Bila berkahwin, masih tinggal bersama Mak, cuma sekarang ada suami nak dijaga. Masa itu agak risau kerana skill memasak memang kurang. Mujur suami tidak cerewet seleranya.

Bila sudah beranak satu, suami mendapat kerja di Kuala Lumpur. Kami berjauhan selama 6 bulan sebelum saya dan anak mengikut ke sana. Bila hidup sendiri, baru saya rasakan semuanya. Kata-kata Mak sangat betul. Terkial-kial saya di dapur. Takkan hari-hari mahu makan di luar, memang mahal sungguh, Masak di rumah masakan telur atau  sambal sahaja. Anak pun hilang selera makan. Mak la juga tempat saya mengadu, dan Mak juga menadah telinga acapkali saya tanya resepi itu dan ini. Hatta memasak sambal ayam pun, Mak melayan dari bab menyedia sehingga la sambalnya masak. Rasa memang pasti tak sama dengan yang Mak masak.  Itu belum lagi masakan yang tidak menjadi, Mak juga yang kena mendengar keluhan saya.

Mak tetap sabar, dan Mak kata selera masing- masing berbeza. Saya yang bekerja mungkin tidak cukup masa seperti Mak untuk menyediakan 2 atau 3 jenis lauk sekali. Cukuplah satu lauk tapi lengkap semuanya. Saya tak lupa resepi Mak, kentang tumis air. Ada kentang, suun, telur dan sayur fucuk tauhu. Sungguh mudah, lengkap semua nutrisi. Lauk sesuai seisi keluarga. Sarapan juga paling penting. Anak-anak saya memang cerewet makan (sudah 3 rupanya anak saya). Mereka lebih kepada western-food. Azimat Mak saya pegang. Biar satu jenis makanan tapi lengkap semuanya. Anak-anak suka macaroni keju, saya tambahkan ayam (dicarik kecil-kecil), sup macaroni saya letak telur, lobak dicarik dan filamen ketam. Bila rasa bosan, saya masak bubur nasi. Ada lobak masin, telur hancur,ditambah kicap memang menyelerakan. Biar simple, tapi sedap dan semua nutrisi ada. MAK MEMANG TERBAIK (seperti kata Boboiboy!). Saya ajar kudapan mereka biskut yang berkhasiat, walaupun kadang-kadang terbabas juga dengan makanan ringan. Sekali sekali tidak apa, kata Mak. Biar mereka merasa semua. Nanti tahulah membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Cuma kawalannya kenalah ada.

Sekarang saya tahu benarnya kata-kata Mak. Bagaimana penatpun kita berkerja, makanan keluarga mesti dijaga. Letih sedikit untuk menyiapkan makanan keluarga, tapi kepuasan memang terasa bila melihat anak-anak dan suami makan dengan berselera. Patutlah Mak tidak jemu-jemu memasak. Pantang anak cucu pulang, riuh Mak ke dapur (walaupun sekarang saya rasa Mak lebihkan cucu-cucunya dari anaknya. Iya saya cemburu juga). Tapi nanti masa saya akan tiba juga, anak-anak akan besar juga. Akan saya sampaikan perkara yang sama kepada anak-anak saya apa yang Mak berikan pada saya.

Baru saya perasan, saya jarang mengambil gambar dengan Mak.  Azam saya lepas ini kita ambil gambar bersama dengan lebih kerap. Semoga segala memori kita saya simpan sehingga selamanya. Seingat saya, saya tidak pernah memberitahu Mak secara terus, saya sayangkan Mak, sangat-sangat sayang. Saya  harap Mak bangga dengan saya.

[img][/img]
http://imageshack.us/photo/my-images/696/dsc00018bn.jpg/


Mak, kamu ibu  terhebat di dunia, sekurang-kurangnya pada saya lah.  I LOVE YOU MAK, you are awesome!

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 11:29 PM | Show all posts
Hai...
Nak tanya...undian tu kat mana?baru 1st time join contest kt sini xtau sgt procedure...mekasih :-)
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 09:17 AM | Show all posts
Hai...
Nak tanya...undian tu kat mana?baru 1st time join contest kt sini xtau sgt procedure...mekas ...
intanna Post at 7-5-2012 23:29


Sy pon tertanya-tanya juga kat mana&siapa yang mengundi sebenarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 11:39 AM | Show all posts
Hai...
Nak tanya...undian tu kat mana?baru 1st time join contest kt sini xtau sgt procedure...mekas ...
intanna Post at 7-5-2012 23:29


Boleh rujuk sini...Baru post

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=651000&page=1&extra=#pid48874556
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 12:46 PM | Show all posts
Boleh rujuk sini...Baru post
admin6 Post at 9-5-2012 11:39



    blh undi utk diri sendiri ke? :-)
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 02:02 PM | Show all posts
blh undi utk diri sendiri ke? :-)
intanna Post at 9-5-2012 12:46


boleh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 05:08 PM | Show all posts
pemenang hanya berdasarkan undian terbanyak ke?
ada yang teksnya tak sampai pun 400 perkataan .

boleh tak buka undian pada reader forum cari juga ?.. tidak hanya pada ahli shj.

TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2012 10:15 PM | Show all posts
pemenang hanya berdasarkan undian terbanyak ke?
ada yang teksnya tak sampai pun 400 perkataan .

...
yantisa Post at 9-5-2012 17:08



Hi...
before this just baca2 kat FB forum jer...arini baru register forum...

agreed with yantisa...teks ucapan tak sampai 300 words pun...how come its qualified for voting?and i see with voting contest ni hanya contest popular vs unpopular entry....y?becoz for those who dah lama join sini sampai tahap tinggi for sure dah ramai kenalan utk undi dia...and poor to those who yang baru peringkat senior yg baru dalam forum of coz tak ramai kawan yg kenal kt sini utk undian walaupun entry yang bagus dan menepati syarat...

so i hope for this special day (Mother's Day) pihak admin contest boleh consider non voting entry or open to readers lain (bukan hanya untuk ahli) utk undi jugak...   

just my 2 cent opinion...peace
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 10:26 AM | Show all posts
Hi...
before this just baca2 kat FB forum jer...arini baru register forum...

agreed with  ...
Dyera Post at 9-5-2012 22:15



wah...ada yg tak sampai 300 words ke...huhu...tak cukup syarat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 01:54 PM | Show all posts
[Peserta]
Hantar gambar anda dan ibu, berserta ucapan kepada ibu anda dengan kandungan kira-kira 400-600 patah perkataan. Siarkan dalam thread ini.


Jika mana-mana peserta didapati melanggar mana-mana peraturan, penyertaana akan dibatalkan secara automatik.
cef_admin2 Post at 27-4-2012 10:15




Words count with Microsoft Word
1. 490 words
2. 281 words
3. 363 words
4. 217 words

5. 480 words
6. 440 words
7. 489 words
8. 408 words
9. 681 words
(not qualified coz of the picture)

So admin..please be fair..entry No.9 not qualified sebab gambar tak mengikut syarat..what about those entry yang tak cukup syarat ucapan teks tak sampai 300 words??   

thank you
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 02:38 PM | Show all posts
Words count with Microsoft Word
1. 490 words
2. 281 words
3. 363 words
4. 217 words
5.  ...
Dyera Post at 10-5-2012 13:54

lumah hidup...
keadilan jarang sangat berpihak pada kita.
harap Dyera tabah menghaungi liku2 kehidupan.


....mohon pihak penganjur buat kontest nih semula
i tak sempat nak join ponnn!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.422535 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list