BAB 1
“ Cepatlah sikit buka mangga tu! Panas dah ni!” Dira mengipas-ngipas
badannya dengan tudung sekolah yang sudah senget sebelah. Tak payah nak lawa-
lawa dah. Nak balik rumah je.
Bella merengus. “ Sabar boleh tak? Apehal mangga ni susah sangat nak
dibuka?”
Dira mengerling sekilas. “ Dah berkarat kot.”
“ Banyak kau punya berkarat! Mangga ni baru beli kelmarin tau!” Bella masih
cuba berusaha memusing-musingkan kunci yang sudah masuk ke dalam mangga
namun tetap tersekat.
Dira menolak Bella ke tepi. “ Bagi Dira cuba pula.”
Sekarang, giliran Dira pula terbongkok-bongkok cuba membuka mangga pintu
pagar.
Tak sampai dua saat, mangga berjaya dibuka. Dira mengukir wajah kemenangan.
“ Apalah akak ni! Yang masukkan kunci mangga pintu depan buat apa?
Macamlah baru duduk sini.” Mulut Dira memerli kakak kembarnya yang tersengih.
Laju kasut sekolah dibuka. Perut sudah berbunyi sejak tadi. Fikirannya mula
terbayangkan makanan yang enak yang pastinya sudah tersedia atas meja.
Pintu depan dibuka. Salam diberi walaupun rumah tiada orang. Ibu pesan syaitan
akan ikut masuk ke dalam rumah jika kita tak bagi salam. Jadi, jangan lupa beri
salam ye adik-adik.
Bella meletakkan beg sandangnya di atas sofa. Tudung dibuka lalu dibaling
menutupi begnya.
“ Mana along?” Bella bertanya pada Dira yang sudah mula menyedok kuah. Tak
sopan punya adik! Bukan nak tunggu aku!
“ Keluar dengan kawanlah tu. Meh makan.” Dira mengajak namun matanya
masih memandang isi di dalam pinggan.
Kerusi ditarik. Punggung dilabuhkan di sebelah Dira. “ Lauk malam tadi?”
Dira terhenti dari terus menyuap nasi. “ Dah tu, akak harap lauk esok yang
terhidang atas ni? Lauk malam tadi pun sedap tau! Kalau tak nak makan sudah.
Ayam goreng seekor ni Dira punya.”
Pantas Bella merampas kembali ayam paha goreng yang sudah elok terletak di
atas pinggan Dira.
“ Jangan mimpilah. Dia dah ada ayam nak ambik orang punya. Tamak haloba
betul!”
Terlepas ketawa Dira. Nasi yang penuh di dalam mulut tersembur sedikit. Cepat-
cepat Bella mengelak.
“ Tak ada adab ke? Kalau kau ada balak dah lama balak tu cabut tak cukup
tanah tengok aweknya tak senonoh.” Berkerut Bella memarahi adik kembarnya
yang terus-terusan ketawa.
Dira meletakkan tangan kirinya di atas dada. “ Lelaki yang baik akan menerima
Dira seadanya, kak.”
Bella membuat muka geli. Sumpah aku geli dengan ayat-ayat jiwang leleh.
*baru permulaan. jadi, sila beri komen yeaa *
|