CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 55805|Reply: 51

Kes Pembunuhan VVIP, Malaysia BOLEH......!!!

[Copy link]
Post time 19-7-2012 12:22 AM | Show all posts |Read mode
SUNDAY, DECEMBER 17, 2006
Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia

16/12:
Percaya Atau Tidak: Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia

(‘Believe it or not’: high profile murders Malaysian-style)

Oleh: Ibnu Hakeem - Malaysia-Today

Terjemahan -marhaintua-


Kita kerap tertekan dengan wayang gambar Hollywood yang menonjolkan orang-orang Dunia Ketiga sebagai si tolol, pasukan polisnya begitu korup, dan para pemimpinnya sebagai perancang yang pandai berkomplot. Rakyatnya pun tidak dibiarkan . Kerana mereka juga kerap dimomokkan sebagai kebudak-budakan tanpa kelakuan yang bertamaddun. Fiksen Hollwood sememangnya kerap memaparkan realiti tetapi bukankah ada peribahasa yang berkata bahawa kebenaran adalah lebih pelik dari fiksyen?


Ada satu jurusan di mana Malaysia mengatasi imaginasi Hollywood, malahan boleh memalukan panulis skrip Hollywood ialah kes pembunuah berfrofial tinggi yang telah menggegarkan negara ini sepanjang zaman. Tentu ramai yang tidak tahu, mungkin kerana belum dilahirkan lagi ketika itu, akan kisah pembunuhan Samad ‘Gol’ di Kelantan. Pada satu ketika beliau sedang bersyarah di hadapn khalayak ramai. Tiba-tiba muncul seorang pembunuh upahan yang menghayunkan kapak kecil untuk membelah kepala Samad ‘Gol’ dan membunuhnya serta merta.
.
Kemudian ada kisah seorang Timbalan Menteri Beliau, Mokhtar Hashim yang telah dihukum kerana membunuh saingan politiknya dengan cara yang amat ngeri tetapi tidak pernah didedahkan semasa perbicaraan kerana ada kaitan dengan kisah kebal si mangsa. (Untuk menentukan si mangsa yang dikatakan kebal itu betul-betul mati dia terpaksa ditembak melalui lubang duburnya - penterjemah).

Mungkin, kes yang paling hebat ialah kisah Mona Fendy di mana seorang ahli politik yang ghairah mahu kuasa besar telah kecundang kerana tangkal yang dicarinya tidak menjadi. Tangkal itu tidak dapat membantunya melalui ujian menentukan kekebalannya (Mona Fandy telah mengerat badan Dato’ Mazlan dan menanamnya di Gong Raub Pahang – penterjemah).

Apapun, kisah itu semunya terlalu jauh dalam lembaran sejarah bangsa dan kalaupun ia mengimbau nostalgia ia mugnkin tidak melekat kepada ingatan mereka yang masih hidup ketika itu. Namun, tidak kiralah yang dulu-dulu ataupun yang baru-baru, semuanya mempunyai satu persamaannya -- semuanya mempunyai unsur misteri. Sepanjang siasatan ataupun perbicaraan, banyak persoalan yang hanya tinggal menjadi teka-teki, tidak terjawab hingga ka hari ini, tidak jauh bezanya dengan kisah pembunuhan John Kennedy

Pada November 1988, ada satu pembunuhan kelas atasan yang melibatkan seorang wanita bernama Mustakizah Jaafar. Mengikut lapuran akhbar, Mustakizah telah ditetak hingga mati oleh pembunuh yang tidak dikenali. Mustakizah adalah serong wanita yang cantik dan memilikki satu perniagaan sewa video di Melaka. Kononya, dia ketika itu sedang mengandungkan hasil perselingkuhannya dengan seorang ternama yang amt rapat dengan pucuk kepimpinan yang mencengkam kuasa.

Sebelas tahun kemudian, semasa berucap melancarkan Manifesto Bersama Pilihanraya untuk Barisan Alternatif, menjelang Pilihanraya Umum ke-10 pada November 1999, Lim Kit Siang telah membangkitkan kisah testimoni Anwar Ibrahim semasa perbicaraan beliau.

“Martabat Kerajaan Barisan Nsional telah terancam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang pada Jumaat lalu mendengar testimoni mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Sri Anwar Ibrahim. Dengan lantang beliau menuduh bekas rakan sekabinetnya dulu berkonspirasi untuk menyingkirkan beliau.....Tersebut kisah pembabitan Megat Junid berkonspirsi untuk menjatuhkan beliau yang bermula sejak Anwar bertanya perihal pembabitan Megat dengan pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah dan tabiat Megat suka berjudi selalu di pejabatnya,” kata Kit siang.

Kemudian muncul kes pembunuhan isteri kedua kepada Raja di Hilir Perak, Hasleza Ishak pada 2002. Empat orang lelaki telah ditangkap, dibicarakan dan dihukm penjara kerana membunuh. Seorang adalah pembantu istana, seorang ialah bomoh, sedangkan yang lain adalah seorang nelayan dan tukang kayu. Perbicaraan itu tidak pun menyerlahkan apakah motif pembunuhan, khususnya penglibatan si tukang kayu dan si nelayn. Untuk membunuh isteri muda Raja di Hilir Perak. Memang jelas ada konspirasi untuk membunuh Hasleza dan mereka telah bertindak kerana mengikut arahan. Tetapi, tidak ada seroang pun yang ditangkap dan didakwa kerana menjadi tukang rancang keseluruhan konspirasi itu. Kenapa?

Si pembantu istana dan si bomoh telah pun dibebaskan setelah merengkuk dalam penjara selama tiga tahun setengah. Dua orang lagi yang dulunya dikenakan hukuman 20 tahun penjara dapat izin mahkamah untuk dikurangkan hukuman kepada 14 tahun sahaja. Selalunya banduan perlu menjalani dua pertiga tempoh hukumannya selepas satu pertiga itu dipotong kerana baik-laku. Jadi merka mungkin merengkuk di penjara untuk sembilan tahun. Oleh kerana pembunuhan terjadi pada 2002, dua orang pembunuh yang didapati bersalah tadi akan dibebaskan pada 2011, yakni lima tahun dari sekarang.

Selepas itu muncul lagi satu kes pembunuhan membabitkan masyarakat kelas atasan degnan terbunuhnya Norita Shamsudin pada 2003. Seorang yang tidak besalah, Hanif Basree telah ditangkap dan didakwa kerana membunuh kekasihnya, konon. Sejak dari mula lagi Haniff kelihatan lebih sebagai orang ngok yang mudah dikelentong. Memang jelas dari awal perbicaraan lgi Haniff akan dibebaskan dari segala tuduhan.

Memang terdapat banyak perkara yang amat ganjil dalam kes itu – antaranya ialah lapuran berita TV pada 14 Disember 2003, mengatakan bahawa KPN ketika itu, Datuk Seri Mohd Bakri Omar, telah mentakrifkan kes itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

Gambar Otopsi


Norita telah didapati terbunuh di satu apatmen yang disewanya di Sri Hartamas di mana mayatnya telah dijumpai oleh rakan sebiliknya. Mengikut testimoni mahkamahdua orang matagelap polis adalah yang mula-mula sekali tiba di tempat kejadian dan dengan serta- merta telah menutup pintu bilik untuk bersendirian dengan mayat Norita lebih dari dua jam. Pasukan penyaisat polis tiba di tempat kejadian hanya selepas itu. Rakan sebilik Norita telah menyatakan di mahkamah bahawa kali pertama dia (bersama seorang rakannya) terjumpa Norita si mati berada dalam keadaan terbaring dengan kaki terkangkang, tetapi sejurus dua orang matagelap itu pergi, dia mendapati mayat Norita sudah diikat tangannya di bahagian belakang.

Mereka telah menjumpai telfon bimbit Norita dan adalah dipercayai beliau memang ada membaut dan menerima panggilan yang melibatkan seorang ternama (VIP) pada malam dia dibunuh. Panggilan telefon itu tentu sekali dapat membuka kunci rahsia mengenai keadaan kematian. Akan tetapi kenapakan Pendakwaraya tidak pernah mengemukakan rekod telefon Norita di mahkamah? Apabila bahan bukti yang amat penting semacam ini sengaja diketepikan, Pendakwaraya sengaja melemahkan kes itu. Itu sebabnya Hanif Basree berjaya keluar bergaya tanpa perlu mempertahankan dirinya.


Sebagai rumusan; seorang insan yang tidak bersalah telah ditangkap, kemudian dibicarakan sebelum dibebaskan. Keadilan telah dilaksanakan, konon. Yang pentingnya kes itu sudah ditutup. Selepas dua minggu, semua orang akan melupakannya untuk terus hidup semacam biasa. Sehinggalah muncul satu lagi pembunuhan melibatkan orang ternama.

Kini pada 2006, sekali lagi kita ada kes pembunuhan melibatkan golongan atasan. Inilah kes Altantuya Shaaribuu, seorang wantia berusia 28 tahun yang telah ditembak mati, kemudiannya dihancurkan jasadnya dengan menggunakan peledak C4. Orang yang araif dengan penggunaan C4 berkata, peledak yang digunakan untuk menghancurkan Altantuya adalah mencukupi untuk merobohkan sabuah bangunan empat tingkat. Di mana dan bagaiman mereka memperolehi peledak C4? Siapakah yang mempunyai kuasa mengeluarkan C4 dalam bungkusan yang besar seperti itu?

Pada mulanya Altantuya telah ditembak untuk membunuhnya. Jelas, dia telah diletupkan untuk melupuskan apa juga kesan mayatnya. Ini bererti bahawa untuk mengebumikan mayatnya dianggap tidak mencukupi untuk menyembunyikan apa yang mahu mereka sorokkan. Itu sebabnya terlalu banyak spekulasi, semacam dalam kes kematian Mustakizah dulu juga. Altantuya dipercayai telah mengandung ketika dia mati. Menghancurkan jasadnya sudah tentu menyulitkan pencarian DNA janin kandungannya. (Sekaligus menafikan kemungkian mengesan siapa bapa kandungan itu).

Dua orang anggota UTK , Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dan seorang analis poltiik Abdul Razak Baginda yang ternyata rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah didakwa kerana kematian Altantuya. Ada seorang polis wanita, yang terlibat dalam kes itu gara-gara keretanya digunakan untuk menculik Altantuya, tidak pula dikenakan tuduhan. Kenapa? Polis wanita yang khusus ini dipercayai menjadi eskot ataupun pengawal peribadi kepada seorang ternama di peringkat atasan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2012 12:22 AM | Show all posts
Reply 1# Acong


Apabila kes itu dibicarakan pada 14 Disember di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Timbalan Pendakwaraya, Salehudin Saidin, telah mencetuskan keraguan lagi apabila beliau mengumumkan bahawa selain tiga orang tertuduh yang membunuh tidak ada orang lain yang terlibat. Bukankah ini satu perkara yang mesti ditentukan oleh Mahkamah? Seandainya Mahkamah mendapati ketiga-tiga yang tertuduh tidak bersalah, tentulah ada orang lain yang menjadi pembunuh. Kalau Mahkamah mendapati ketiga-tiga tertuduh itu bersalah, ia tidak bermakna tidak ada orang lain yang terlibat. Kenapa pula polis wanita itu tidak didakwa setidak-tidaknya kerana bersubahat dengan penculikan Altantuya?

Pengunduran seorang peguambela ternama, Dato Shafee Abdullah sebagai peguambela adalah dianggap pelik. Shafiee telah mengumumkan kepada media bahwa Razk Bagidn tidak bersalah. Perkara pelik lain dalam kes ini ialah si tertuduh pada mulanya direman di Mahkamah Session Kuala Lumpur sedangkan kesalahan telah dilakukan di Shah Alam. Kemudian, Razak Baginda telah dibebaskan tanpa ikat jamin. Yakni memang ada ikat jamin yang ditetapkan tetapi tidak ada sebarang pembayaran wang telah dibuat. Sekali lagi ini telah ditentukan oleh mahkamah Kuala Lumpur dan bukannya di Shah Alam.

Akan tetapi seperti yang terjadi kepada Hanif Basri dalam kes pembunuhan Norita Shamsuddin, media arus perdana yang mudah dipulas telinga, telah menonjolkan Razak Baginda sebagai seorang lelaki yang baik-baik sedangkan Altantuya ditonjolkan sebagai seorang wanita peleseran yang mempunyai sejarah yang diragukan. Sekarang kita tunggulah bagaimana perbicaraan akan dikendalikan. Apakah segala bahan bukti yang penting-penting akan dikemukaan semasa perbicaran? Apakah saksi yang penting-penting akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah? Apakah wujud janin dan apakah identiti ayah si janin itu dapat dikenali? Dan akhir sekali nanti, bolehkah kes itu terhumban ketepi seperti banyak kes pembunuhan melibatkan orang ternama sebelum ini?

Mungkin juga semacam kes Hanif Basree, Razak Baginda akan didapati tidak bersalah dan bebas keluar daripada kes itu nanti. Apabila menyebut pembantu penjenayah dalam kes pembunuhan semacam itu, setakat ini tidak ada seorang pun yang pernah dijatuhkan hukuman mati Sebelum ktia sedari, para pembunuh Hasleza Ishak akan dibebaskan daripada penjara. Yang amat penting lagi antara semua ini, kes itu akan ‘ditutup’ dan rakyat Malaysia akan beralih pandang kepada perkara lain lagi seperti kes kenaikan harga tol ataupun kemungkinan kenaikan harga minyak pada awal tahun hadapan.


Terjemahan -marhaintua-

http://mandat2020.blogspot.com/2006/12/pembunuhan-kalangan-orang-atasan-ala.html



apasal semua suspek/OKT tak dinyatakan motif pembunuhan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 12:52 AM | Show all posts
x pa..di dunia korang berkuasa, korang lepas la... tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 03:28 PM | Show all posts
menarik..lagi2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 04:34 PM | Show all posts
Hebat betul kes kat Malaysia kita.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 05:34 PM | Show all posts
yelah...yg ats x kene..yg kene tu seme kambing itam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2012 08:12 PM | Show all posts
Ini hakikat apabila kroang berada di dalam lingkungan golongan VVIP...
Hatta kalau memana wanita yg sedia dicongkak oleh memana menteri, tetiba jek, berpaling tadah, anytime boleh dipadamkan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 09:29 PM | Show all posts
kes norita tu dulu saya ikut sgt2. mmg sgt keliru time tu tp time tu internet terbatas penggunaannya buat saya so berpandukan apa yg diberitakan di media sajalah.
kalau ada maklumat lain, ceritala, TT. menarik kesnya. dna dari semen yg didapati pada badan mangsa pun tak dikenalpasti kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2012 10:26 PM | Show all posts
bukan tu aje... kes liwat Anwar Ibrahim tangguh berpuluh2 kali wehhhhh... selambe aje... last2 pun terlepas juge... mmg ada something wrong weh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2012 01:06 AM | Show all posts
bukan tu aje... kes liwat Anwar Ibrahim tangguh berpuluh2 kali wehhhhh... selambe aje... last2 pun t ...
ummukender Post at 19/7/2012 22:26
cian mangsa liwat..... sampai 3-4 hari tak berak nak simpan dna anwart.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 01:19 AM | Show all posts
klu dah namanya org atasan...mmg terlepas je la...wat la pe pun...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 05:30 AM | Show all posts
Konspirasi Pembunuhan Mustakizah

Sewaktu Haniff Omar menjadi Ketua Polis Negara dulu negara kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam seorang wanita yang menjadi eksekutif video bernama Mustakizah. Beliau telah dibunuh kejam dengan ditembak dan dikapak
kepalanya oleh tiga orang lelaki Cina sewaktu sedang mengelap cermin  keretanya pada jam 7.30 pagi sebelum keluar bekerja, di depan rumahnya  sendiri.

Haniff Omar, dalam gerakan memburu pembunuh berkenaan nampaknya menghadapi  kesulitan kerana cara pembunuhan tersebut dilakukan begitu profesional.

Pihak polis terpaksa melakonkan semula cara pembunuhan tersebut dan  ditayangkan di tv dengan harapan mencari maklumat daripada orangramai yang  ada ternampak kejadian berkenaan, baik secara langsung ataupun tidak.
  
Ekoran daripada itu, pihak polis akhirnya berjaya menemui 'punca' kepada  pembunuhan kejam tersebut bilamana akhbar harian (tarikh dan tahunnya saya  dah lupa) melaporkan dalam berita kakinya, " Timbalan Menteri Ditangkap ? " - dengan menyiarkan berita penafian KPN Haniff Omar bahawa seorang Timbalan   Menteri telah ditangkap oleh polis ekoran pembunuhan kejam Mustakizah.  Bangkai gajah, manakan boleh ditutup dengan nyiru ! Selepas itu berita  merebak begitu cepat bahawa Timbalan Menteri yang dimaksudkan itu ialah Megat Junid.

Demi melindungi pembunuhan tersebut, PM Shit telah mengarahkan Haniff Omar  melanjutkan 'pelajarannya' ke London. Bila Haniff kembali semula 2 tahun kemudian, isu tersebut sudahpun reda. Bijak sungguh PM makcik itu  melindungi konspirasi pembunuhan yang dilakukan oleh Megat Junid. Kesian Mustakizah, sudahlah mengandungkan benih haram Megat Junid, dibunuh kejam pulak. Apa dosanya terhadap Megat Junid, hanya Allah dan Megat Junid saja yang tahu. Pembunuh upahan tersebut nampaknya lepas bebas dan mendapat upah  yang lumayan pulak, manakala Megat Junid si pembunuh itu dinaikkan
pangkat  menjadi Menteri penuh pulak. Hebat ! Hebat ! Hebat sungguh politik PM  makcik itu. Seolah-olah negara kita ini diperintah oleh Ketua Mafia ! Pembunuh sentiasa dilindungi asalkan tidak derhaka kepada ketua.

http://mahazalimz.tripod.com
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 05:42 AM | Show all posts
Tan Sri Yahaya Ahmad Terkorban - Kipas helikopter patah sebelum terhempas


GAMBARAN daripada udara tempat nahas helikopter di kebun getah di Kampung Atong, Kuala Lipis, Pahang.

Nahas helikopter di hutan Kuala Lipis korbankan tokoh korporat bekas pengerusi DRB-HICOM, isteri dan juruterbang

MAC lalu, genap 11 tahun negara kehilangan tokoh korporat yang juga Pengerusi Kumpulan DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Secara kebetulan, kejadian itu berlaku pada tarikh 3.3.1997 yang dianggap sebagai 'Triple Three Tragedy' kerana membabitkan tiga angka tiga, iaitu berlaku pada hari ketiga di bulan tiga dan mengorbankan tiga nyawa.

Selain Yahaya, dua lagi mangsa ialah isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 49, dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas, 32.

Helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, dilaporkan hilang pada skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Terengganu.

Yahaya dan isteri dikatakan ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibunya yang sakit, tetapi malang umurnya tidak panjang kerana dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang.


PASUKAN penyiasat menjalankan siasatan di kawasan nahas.

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, kali terakhir dilihat menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada malam sebelum nahas.

Ketika dalam penerbangan, enjin pesawat malang itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat terhempas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.

Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhempas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan libasan kipas pada pokok sekitar kawasan kemalangan.


JENAZAH mangsa dibawa untuk pengkebumian.

Sebaik saja helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan. Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran dikatakan mendengar dua letupan, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjunam.

Helikopter buatan Itali, Agusta A 109E, dengan nombor pendaftaran 9M-DRB dikatakan jatuh menjunam dan berkecai bertaburan di kawasan kebun getah.

Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, bangkai helikopter itu masih terbakar dan ada serpihan ekor yang tertulis perkataan DRB.

Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari mangsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian, tetapi gagal menemui mayat berkenaan.

Gerakan yang turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung diteruskan hingga mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 1 pagi di bawah serpihan helikopter itu.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain. Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.

Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu. Jenazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu dan dikebumikan.

Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.

Pada hari ke-12 selepas nahas, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menemui bilah rotor terakhir helikopter. Sebelum itu, satu daripada kipas helikopter dijumpai kira-kira satu kilometer dari bangkai pesawat, manakala tiga lagi dijumpai antara 200 hingga 300 meter dari situ.

Sebelum kejadian, Yahaya adalah antara tokoh perniagaan Asean yang diundang menghadiri `Sidang Kemuncak Perniagaan Asean' pertama di Jakarta, Indonesia yang dijangka diadakan seminggu selepas tarikh nahas.

Pada 3 Mac 2001, Mahkamah Koroner memutuskan tiada sebarang unsur niat jahat, perancangan atau sabotaj oleh mana-mana pihak dalam nahas helikopter itu dan tidak dapat menentukan punca sebenar menyebabkan kemalangan.

Inkues selama 32 hari itu bertujuan menentukan punca tragedi, sebab kematian mereka bertiga, dan sama ada kematian dan nahas itu disebabkan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang atau khianat.

Kronologi kejadian:

# 10.45 malam - Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.

*
# 11.07 malam - Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.

# 11.11 malam - Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.

# 11.15 malam - Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.

# 11.25 malam - Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.

Gerakan mencari dimulakan

# 12.05 tengah malam - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.

# 1 pagi - Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

# 9.52 pagi - Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik.

# 10.50 pagi - Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.

# 2.05 petang - Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.

# 2.30 petang - Jenazah Yahaya dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian.

Sumber - Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 04:39 PM | Show all posts
cam ni lah..tu kena tanya sama hisaputing....dia menteri dalam negeri skrg.. Minta siasat sapa sahaja kes yang berkaitan tanpa mengira apa2 parti politik. wikileak dedahkan kes liwat anu wat..siasatlah.. wikileak dedah kes bijan dan altantuya..siasatlah.. wikileak dedah menteri rogol amah..siasatlah..wikileak dedah kes noritta..pun siasat juga la.. yg bersalah kena la hukum.. siasat secara adil. kami mahu tahu kebenaran.. jangan sorok2... ada berani ke? cer tengok kes noritta...langsung tak penah hakim... ag... pulis.. utusansex munteri2.. suara katak lompat..3 stoggies ..balaci2..nak mahu tahu DNA sedangkan tempat kejadian dan pada mangsa penuh dgn air duetperogol dan pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 12:17 AM | Show all posts
brookemcqueen posted on 19-7-2012 09:29 PM
kes norita tu dulu saya ikut sgt2. mmg sgt keliru time tu tp time tu internet terbatas penggunaannya ...

zaman sy duk perlis dlu, ada jugak sy lalu kawasan kg utan aji, kg asal arwah norita, ade jugak kedengaran urban legend, sal beberapa hari lepas arwah norita meninggal, org2 kt situ gi public phone, cal henpon arwah norita, pastu trus norita yg jawab phone call tu, walhuallam....

tp kawasan kg utan aji tu, mmg seram, especially time memalam.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 05:34 AM | Show all posts
aal maut ditangan Allah..selamat berpuasa semua pada forumrs CF
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2012 10:48 AM | Show all posts
best la benang ni. nak lagi TT
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 12:05 PM | Show all posts
benang yg best tapi sangat mengerikan bila kebenaran diketahui...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 01:01 PM | Show all posts
boleh sambung lagi TT banyak permintaan ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 01:54 PM | Show all posts
bleh masuk tak dlm kategori misteri yg tak terungkai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.086754 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list