Aku merupakan seorang pelajar yang baru menerima keputusan SPM pada tahun 2009, Sambil menunggu tawaran sambung belajar aku telah bekerja di sebuah kilang yang membuat aksesori kereta. Akhirnya pada pertengahan tahun2010 aku telah mendapat tawaran sambung belajar di sebuah institusi swasta yangterletak di Bangi, Selangor. Aku terima tawaran itu tanpa berfikir banyak.
Pada semester pertama aku telah duduk di hostel yang seperti sebuah apartment disebabkan aku lewat mendaftar aku, duduk seorang diri sementara menunggu pelajar panggilan kedua masuk. Aku pun bermula program orientasi yang diuruskan oleh semua senior di kolej tersebut .
Kisahnya bermula apabila, Setelah hampir dua minggu aku duduk keseorangan aku telah mendapat roommate yang merupakan kenalanaku disekolah rendah dahulu yang bernama Azim. Kami pun bermulalah aktiviti sebagai pelajar yang siangnya sibuk dengan aktiviti kampus dan malamnya sibukmenyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah . Apartment yang aku duduki mempunyai dua bilik setiap satubilik disediakan 3 katil satu apartment boleh menempatkan 6 orang pelajar. Setelah lama aku dan Azim tinggal berdua. Apartment aku telah penuh dihuni 6 orang pelajar iaitu aku (Syafiq), Azim, Ajan, Baith, Azmir dan Khairul.
Kisah seram bermula apabila kami semua hendak menghadapi midterm yang selalunya kami akan membuat ulangkaji hingga ke lewat malam. Pada suatu malam kesemua roommate aku telah tidur, aku yang masih membuat ulangkaji dikejutkan dengan ketukan pada pintu utama apartment tanpa berfikir panjang aku pun membuka pintu tersebut malangnya tiada siapa diluar.
<bersambung PART 2>
Last edited by pena_pena on 5-1-2013 04:44 PM
|