Assalamualaikum forumer sekalian..
Thread saya kali ini,saya nak menceritakan pengalaman ibu saya yang beliau ceritakan pada saya sendiri berkenaan penduduk kampung yang lemas.Ceritanya ringkas sahaja..seorang penduduk kampung yang fikirannya tidak waras,dan sawan telah lemas di sebatang sungai di Sungai Siput Perak, Sungai Pelus Agaknya..dan rangkanya dijumpai setalah beberapa hari tidak ditemui.Keluarganya mengecam mayat itu dengan melihat cebisan bajunya yang masih ada padanya.Tapi kenapa boleh tinggal rangka ? Dan penduduk kampung disitu mengatakan mangsa telah dimakan oleh hantu air.Benar atau tidak,wallahualam..tuhan yang lebih mengetahui..
Pada anggapan saya,mungkin mayat itu dimakan oleh biawak ke atau spesies ikan toman gitu..atau busuk dan reput..tapi orang cakap,kalau dia ada sawan,mungkin tempat dia meninggal tu dekat air atau air yang menjadi punca kematiannya.Tapi ini orang cakap la,dan tidak disokong oleh mana-mana fakta pon..
Bagaimanakah Mencari Mangsa Lemas?
Ok..saya nak bercerita sikit..siapa kenal Ustaz Kazim Ellias?
beliau adalah penceramah bebas dan pengetua Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi , Perak.Kadang2 selalu jugak dengar ceramah dia di perak.fm dan kat youtube.Kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal ustaz kazim pulak?Ha...sebenarnya pelajar ustaz kazim telah lemas dalam sungai,bomba,polis,dan orang kampung cari pun tak jumpa.Dan tiba masanya uztaz kazim elias meminta bantuan Allah s.w.t untuk menyelesaikan masalah ini.Caranya ustaz kazim ni buat:
Cara-cara:
Cari tujuh anak batu.
Duduk di kawasan kejadian.Tempat mula2 dia lemas/terjun.
Tumpukan perhatian
Baca pendinding:
أَعُوذُ بِكَلِمَاْتِ الله التَامَةْ
مِنْ كُلْ شَيْطَاْنٍ وَهَامَّة
و مِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَا مَّة
Kat setiap tujuh batu tu bacakan :
Batu 1=al-fatihah (7x)
Batu 2=selawat (7x)
Batu 3=ayat kursi(7x)
Batu 4=al-a’raf ayat 13 belas(7x)
Batu 5=al-ikslas (7x)
Batu 6=al-falaq (7x)
Batu 7=an-naas(7x)
Baling satu demi satu biji batu.
sebelum membaling baca.
Surah hud ayat 56 dan setiap kali nak lemparkan setiap batu tu baca بسم الله الله اكبر (bismilahiAllahuakbar).
Insyaallah batu tu akan menepis dan pukul segala gangguan dan benda yang menyembunyikan mayat budak tersebut dan kita akan jumpa budak yang lemas itu.Ustaz kazim amalkan perkara ini dan tiba-tiba mayat pelajar ustaz kazim timbul di hujung sungai.Subhanallah.besar kan kuasa Allah?
Video dari Ustaz Kazim Ellias,sama-sama kita pelajari untuk masa depan kita.Ilmu milik Allah s.w.t.Share!
Last edited by saifulperak on 7-2-2013 12:58 AM
|