View: 9369|Reply: 61
|
MENGAPA KAUM CINA MENENTANG BARISAN NASIONAL...
[Copy link]
|
|
MENGAPA KAUM CINA MENENTANG BARISAN NASIONAL...
Zulkiflee Bakar, Front page of Utusan Masyarakat Cina gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang orang Melayu menjadi terasnya.
Kegagalan itu sudah tentulah mengecewakan mereka yang amat berharap dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ia menjadi medan untuk mereka 'menguburkan' UMNO melalui kejayaan pakatan pembangkang.
Biarpun mereka melakukan gerakan yang dilihat bersepadu di seluruh negara dengan memastikan hampir semua undi diberikan kepada parti cauvinis, DAP dan calon-calon pakatan pembangkang lain khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun ia belum cukup menumbangkan kepimpinan BN yang UMNO menjadi tonggak utama.
Justeru tidak hairanlah, semalam puak-puak yang dianggap tidak tahu mengenang budi ini melakukan tindakan yang memualkan apabila melancarkan apa yang dipanggil silent walk.
Program itu bertujuan menyatakan protes kononnya PRU-13 dijalankan secara tidak bersih dan mereka mahu rakyat bangkit melakukan protes berjalan secara senyap di kompleks-kompleks membeli-belah.
Malahan dalam laman Facebook dan Twitter tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.
Persoalannya apa lagi yang puak- puak ini mahu dalam bahasa mudah, 'apa lagi orang Cina mahu'! Tidak cukupkah DAP memenangi 38 kerusi daripada 51 kerusi yang parti itu tandingi dan seterusnya menjadikan ia parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Mungkin kekecewaan mereka biarpun diberi layanan yang begitu istimewa oleh kerajaan BN kerana pakatan pembangkang gagal memerintah.
Mereka membuat percaturan jika pakatan pembangkang menang ia akan membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua.
Melalui cara itu, mereka berharap ia boleh dijadikan platform untuk membuat pelbagai tuntutan termasuklah mungkin menganggu gugat hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.
Hakikatnya, masyarakat Cina sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kuasa politik yang kuat.
Berikutan kesediaan PKR dan Pas bekerjasama dengan DAP, masyarakat Cina melihat PRU-13 peluang terbaik, justeru mereka keluar habis-habisan mengundi dan memberi isyarat untuk menolak BN.
Segala kebaikan yang ditunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempelopori gagasan 1Malaysia langsung tidak dihargai.
Malahan kesudian Perdana Menteri melayani dan mempertimbangkan serta bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cauvinis Cina, Dong Zhong turut dilupakan begitu sahaja.
Begitu juga dengan pelbagai program, projek dan tuntutan masyarakat Cina yang hampir keseluruhannya dilaksana dan dipenuhi oleh kerajaan BN.
Tetapi ternyata, mereka menjadi kelompok yang tidak tahu membalas budi. Mereka hanya bijak bersandiwara di hadapan pemimpin-pemimpin BN dengan tujuan memperoleh apa yang mereka hajati.
Apa yang mereka pohon diluluskan tetapi undi diberi kepada DAP. Kini mereka cuba pula hendak mencetuskan suasana tidak tenteram apabila melakukan pelbagai protes yang boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.
Kelompok seumpama ini perlu diperingatkan bahawa jangan sampai mereka dilihat terlalu melampau untuk membuat tuntutan politik mereka kerana kesabaran orang Melayu ada hadnya.
Dan apa yang pasti seperti mana kata bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; ''... mereka kata orang Melayu rasis sebaliknya, kali ini mereka sangat rasis.''
sumber:http://www.malaysia-today.net/mt ... agi-orang-cina-mahu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina telah lakukan? ― Daniel Teoh Tzu Yong
May 06, 2013
6 MEI ― Sejurus selepas mengetahui bahawa Barisan Nasional telah memperolehi bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, Encik Najib Razak telah memberi analisis ringkas beliau terhadap keputusan Pilihan Raya Umum 13. Ia cukup senang: tsunami Cina.
Mungkin ini kerana penasihat-penasihat beliau merasakan dua perkataan ini mampu mengekalkan beliau sebagai Presiden Umno dan juga Perdana Menteri Malaysia. Kebetulan pula, parti DAP mendapat keputusan yang paling cemerlang dalam sejarah parti itu dan kini menjadi parti pembangkang terbesar dalam Parlimen.
Kita sedia maklum dengan tanggapan BN terhadap DAP: Parti Cina chauvinis yang sentiasa mengkritik kerajaan (Melayu) di samping hanya mengangkat agenda-agenda Cina seperti pendidikan sekolah Cina.
Maka dengan dua perkataan ini, Encik Najib berharap mendapat anggukan setuju dan sokongan orang Melayu umumnya, dan ini bertujuan untuk mematahkan sebarang cabaran daripada dalam parti beliau sendiri. Beliau turut disokong oleh Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang memberi komen bahawa kini Malaysia mempunyai sistem dua-kaum (two-race system).
Penulis tidak mampu menberi pencerahan terhadap apa yang berlaku semalam, daripada segi pendakwaan amalan penipuan undi, atau kembalinya undi Melayu ke pangkuan BN. Sudah pasti topik ini menjadi bualan para penganalisis dan pakar sains politik dalam hari-hari akan datang.
Ramai kawan-kawan penulis yang berbangsa Cina kecewa dan marah selepas mendapat keputusan. Mereka begitu terkilan dengan komen “tsunami pengundi Cina”. Bangsa penulis dijadikan senjata oleh Encik Najib dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dan ketakutan.
Jadi amatlah sesuai rasanya tajuk cerita ini. Apa yang orang telah Cina lakukan?
Dr. Mahathir pernah memuji kaum Cina sebagai lebih pragmatik dan praktikal. Penulis berterima kasih kepada Tun atas pujian tersebut dan akan cuba menjelaskan trend mengundi pengundi Cina, terutamanya yang muda.
Pengundi Cina disuap dengan pelbagai jenis berita rasuah dan salah-guna kuasa tiap-tiap hari di media sosial. Walaupun bukan semuanya betul atau tepat, malangnya kerajaan BN yang lepas ada juga mengaku atas tuduhan kepincangan pentadbirannya. Isu seperti skandal lembu NFC telah memberi persepsi buruk bahawa kerajaan (bukan parti) dipenuhi kekotoran dan memerlukan perubahan drastik.
BN tidak memahami sentiment anti-rasuah (bukan kerajaan Melayu) ini, maka mereka telah menggunakan taktik pendekatan yang amat salah. Cara seperti mempelawa Psy untuk menyanyi lagu ketika Tahun Baru Cina bukan sahaja tidak menyumbang kepada faktor “feel good” terhadap BN, tetapi mengukuhkan lagi tanggapan pengundi Cina bahawa BN kaya sangat dengan hasil rasuah sehingga Psy pun boleh dijemput macam itu sahaja. Ketidakfahaman ini juga mengakibatkan Encik Najib menanyakan soalan yang “memalukan” kepada hadirin-hadirin di Han Chiang itu.
Sebagai peringatan, BN wajar mendapat maklumat dan nasihat dari sumber yang lain daripada MCA. Kekalah teruk parti komponen itu telah menghantar mesej yang jelas lagi teru-terang.
Pengundi Cina juga tertarik dengan penawaran calon-calon yang berkaliber lagi menarik daripada parti-parti pembangkang. Kebanyakan calon-calon ini merupakan orang yang relatifnya muda, profesional, dan tidak mempunyai bagasi politik. Kebanyakan mereka bersih dan berani untuk berdepan dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan.
Calon-calon yang ditawarkan oleh MCA pula terkenal dengan nyanyian dan kelakuan yang memalukan. Malah salah satu calon profesional dari MCA ― calon Parlimen Pandan Encik Gary Lim ― dikatakan telah melanggar etika peguam dan surat-surat tunjuk sebab yang dihantarkan kepada beliau telah dibongkarkan oleh Rafizi Ramli.
Persepsi rasuah, cara pendekatan yang salah hasil ketidakfahaman aspirasi pengundi Cina, dan perbezaan kualiti antara calon-calon merupakan penjelasan penulis akan sokongan kuat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat.
Wahai Encik Najib, apakah yang orang Cina telah lakukan?
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
sumber : http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/ya-tuhan-apakah-yang-orang-cina-telah-lakukan-daniel-teoh-tzu-yong/
|
|
|
|
|
|
|
|
Lancau lah sesiapa yang memainkan isu perkauman dalam isu PRU13 ini.... adakah cuma kerana Cina ingin menolak sebuah kerajaan yang korup akan dilabel sebagai racist dan menentang Melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
from Baharuddin Bekri's fb, for us to ponder
say no to racism & let us unite against racism
Isu orang Cina bersatu mahu tumbangkan Melayu, hanya merugikan orang Malaysia.
Kita selalu kata, orang Korea, Jepun berjaya sebab mereka cuma ada satu bangsa sahaja, iaitu bangsa Korea dan Jepun, jadi mudah bagi mereka membangunkan negara.
Pointnya sudah ada, '1 bangsa' bagi membangunkan negara, tetapi sampai sekarang masih ada lagi slogan 'Melayu perlu bersatu'. Sepatutnya, slogan yang dilaungkan, 'Melayu bersatu dengan Cina dan India', barulah boleh jadi 'satu bangsa'.
Ok, katakanlah, DAP itu Cina dan mahu memerintah seperti kes Singapura dahulu. Mengapa ia terjadi? Adakah waktu itu Melayu tidak bersatu dan lemah, lalu tunduk kepada LKY?
Melayu pada waktu itu kuat bukan main, bersatu lagi tetapi Singapura tetap pergi. Antara sebabnya, orang Melayu kata Cina mahu memerintah dan menindas, Cina pula kata, orang Melayu kalau perintah mereka ditindas.
AKhirnya semua orang berasa mahu ditindas. Hakikatnya, yang menindas bukan orang Cina, dan bukan orang Melayu, tetapi 'orang jahat'.
Orang jahat ini, semua bangsa ada. Ada orang jahat Cina, ada orang jahat Melayu.
Selagi mana kita bersatu hanya berdasarkan 'bangsa', selagi itulah kita senyap2 membenarkan 'orang jahat' terus menindas.
Orang baik Melayu dan orang baik Cina perlu bersatu menentang orang jahat Melayu dan orang jahat Cina. Itu barulah betul.
Berkenaan PRU 13, analisisnya, DAP banyak menang sebab Cina bersatu undi Cina. Kalau begitu, sepatutnya Rafizi kalah, sebab lawan dengan calon Cina. Ini tidak, boleh menang besar lagi.
Sekiranya dilihat, yang DAP ini banyak menang di kawasan bandar. Kawasan orang Cina yang terdedah pemikirannya dengan pelbagai maklumat. Maklumat dari internet dan sebagainya.
Orang Cina boleh dikatakan adalah kaum yang paling celik berkenaan 'perlembagaan', berbanding orang Melayu.
Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham, 'kewajiban' sebuah kerajaan. Jadi, gula2 mengatakan, 'kerajaan BN sudah memperuntukkan sekian2 juta kepada orang Cina', tidak berkesan sebab mereka faham yang, itu memang kewajipan 'kerajaan'.
Ibaratnya, kita bayar buruh buat rumah kita. Jadi memang kewajipan buruh tadi bina rumah, siap ada tangga, tingkap, pintu. Takkanlah, buruh yang kita bayar tadi boleh kata, 'Tuan perlu membalas budi saya, sebab saya sudah buat pintu rumah Tuan'.
Lainlah kalau buruh tadi buat lagi jalan dan taman di hadapan rumah.
Jadi apa sebenarnya yang perlu kita takutkan sekarang? Yang kita perlu takutkan, adalah 'isu perkauman', yang senyap2 ditiup.
Isu perkauman bermula dengan kata, 'orang Cina pijak kepala orang Melayu'. Hakikatnya, 'orang jahat Melayu Cina', yang pijak kepala rakyat. Perlu dibezakan di situ.
Kesimpulannya, orang Melayu Umno dan PAS, sekiranya bersatu teguh bercerai roboh sekalipun, tetap Malaysia tetap tidak ke mana, tetap akan hilang tanah, sekiranya tidak mula 'bersatu' dengan kaum lain di Malaysia.
Adakah ini terlalu idealistik? Sekiranya kita kata ia tidak realistik, jadi bagaimana dengan saranan agama yang menyuruh kita berbaik-baik dengan kaum lain? Adakah agama juga sudah terlalu idealistik?
Sekian. Ada keperluan, nanti tambah lagi.
Yang ini boleh share ramai2. Biar orang Cina, India tahu, masih ramai lagi orang Melayu, yang masih 'waras'.
|
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet posted on 8-5-2013 01:55 AM
from Baharuddin Bekri's fb, for us to ponder
say no to racism & let us unite ...
Good point!! Melayu, Cina dan India yang baik vs Melayu, Cina dan India jahat. Ya, inilah baru Bangsa Malaysia yang sebenarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menolak Auta Dengan Fakta
by Suhaimi Md Saad (official)
Ketua Penerangan PAS Pahang
Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.
Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-
Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA
Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu
Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor
Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.
Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan
1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)
Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.
Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 8-5-2013 02:14 AM
Good point!! Melayu, Cina dan India yang baik vs Melayu, Cina dan India jahat. Ya, inilah baru Ban ...
tapi apabila meayu cina india dan lain2 bangsa yang baik berjaya menggugat kekebalan kuasa melayu cina india dan lain2 bangsa yang jahat itu, ketua kumpulan yang jahat itu memberi tafsiran & kesimpulan bahawa ianya adalah tsumani cina
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok gambar kat paper tu. anak cina semua
pegang bendera malaysia terbalik. simbol ape tu? |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 8-5-2013 12:56 AM
Lancau lah sesiapa yang memainkan isu perkauman dalam isu PRU13 ini.... adakah cuma kerana Cina ingi ...
meke dah corrupted ...beyond repair ...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ada borak dengan anak jiran rumah mak aku. ye parents aku memang pilih kawasan perumahan yg majoriti non malay atas sebab2 tertentu. Dia kata, Orang cina tak macam melayu. orang melayu jenis mengenang budi bagai, membalas budi. tapi bagi Cina, kerajaan memang tugasnya untuk serve rakyat. Tak kira la lapisan rakyat mana dan apa permintaannya, pemerintah memang tugasnya untuk berkhidmata kepada rakyat, not the other way around. pasal tu cina takde masalah nak singkirkan pemerintah yang mereka rasa corrupt, walau banyak mana pun jasa beliau pada negara. kalau takde guna, Cina memang akan terus singkirkan. Banding melayu, yang sedaya upaya akan menghargai jasa, walaupun individu tu banyak buat tahi.
tapi kemudian jiran aku ni katan, perkara ni bukan sahaja apply pada pemimpin, tapi juga pada insititusi kekeluargaan orang cina. pasal tu gak, ibu bapa cina, paling ramai ada di rumah penjagaan orang tua.
kat situ aku terdiam. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya allah bila la semuanya nak berakhir
semoga tiada berlaku pertempuran darah..amiin..
kepada BN..cukup2 la buka aib org..dan sedar la bahawa anda bkn berada di zon selesa
*hanya musuh je yg nampak kelemahan kita..maka kelemahan itu perlu dibaiki bkn ditutup..
sepatutnya apa yg pembangkang kata mengenai kelemahan sistem PRU13..BN perlu ambil tindakan utk pembaiki yg lebih baik..bknnya menafikan or mengutuknya balik..bkn x puas hati dengan kekalahan..tp biar la kekalahan tu dengan cara yg betul..kalu ikutkan DSAI x perlu nak bising2 sbb dia dah menang..tp disbbkan ramai dah mengadu kat dia..sbb tu DSAI bersuara juga..
hidup ni jgn la berlagak sgt..sesekali kena toleh ke bawah juga..jgn nak pandang ke atas je..
cuba pihak media sama rata dan adil pd sume parti..kalu kita wat keja dengan betul, kita x perlu risau..rakyat dpt fikir dan dpt menilai mana pemimpin yg layak utk jd pemimpin..maka x perlu risau pd kekalahan or kemenangan..rakyat x bodoh..yg bodohkan rakyat adalah org yg ada kepentingan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana harapan telah hancur janganlah pula mau jadi sore losers....
life goes on guys....
keep working hard to gain more money and wealth in Malaysia....
This message is dedicated to all Malaysian...... |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet posted on 8-5-2013 03:02 AM
tapi apabila meayu cina india dan lain2 bangsa yang baik berjaya menggugat kekebalan kuasa melayu ...
Inilah jawapan kepada Najib mengapa Cina tak sokong UMNO yang rasis!
Bukan Tsunami Cina tapi gelombang kedua Tsunami 2008
KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan perkauman kononnya sebagi 'Tsunami Cina' disanggah banyak pihak.
Penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut.
Katanya, apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.
"Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat, dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.
"Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.
"Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media dan juga kenyataan Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN pada PRU13 ini akibat Tsunami orang Cina yang menolak BN.
Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008.
Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008.
Generasi Y, orang Islam
Sementara itu, pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad turut memberi pandangan serupa berhubung isu ini.
Katanya, dakwaan bahawa 'Tsunami pengundi Cina' semata-mata bukan sahaja tidak tepat malah dilihat cuba menjuzukkan keputusan ke arah perkauman.
"Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain.
"Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu ‘wake up call’ kepada BN," katanya juga dalam Facebook.
Menurut beliau, PRU13 ini bukan sahaja golongan Cina yang bangkit, malah sebenarnya menyaksikan kebangkitan beberapa golongan lain termasuk golongan pengundi muda, Gen-Y.
Golongan ini kata Asmadi banyak terdedah kepada media sosial untuk mendapat maklumat dan mereka tidak takut untuk membuat sebarang perubahan.
"Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka," katanya.
Perubahan juga katanya berlaku di kalangan orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.
"Kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku.
"Malah mereka mengangkat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
1 Malaysia dah tak relevan dah sekarang ni................... |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet posted on 8-5-2013 01:55 AM
from Baharuddin Bekri's fb, for us to ponder
say no to racism & let us unite ...
Bagus.. tgk singapore sebagai contoh |
|
|
|
|
|
|
|
Jika boleh, harap-harap depa yang tinggal kampung yang buta IT dan buta politik serta sokong buta kepada BN, boleh mendapat info, pendidikan, expostasi daripada golongan melayu yang elit di bandar! Jangan sekadar bersandar pada TV1, utusan, suratkhabar tempatan yang racist, memutarbelitkan kebenaran, atau yang cuba menimbulkan perasaan benci terhadap kaum-kaum lain!
depa yang tinggal di kampung berfikiran sempit bukan salah depa, tetapi golongan pentadbir yang jahat dan tidak berfikiran waras!
Sekian! Kita berusaha for better malaysia!!! |
|
|
|
|
|
|
|
the only person who Chinese and DAP should mad of is Anwar Ibrahim dan Haji Hadi...
DAP has do their part to convince Chinese to swing their vote to PR but Anwar and Hadi has failed big time to convince Malay and Bumiputra Sabah Sarawak to swing to PR...
DAP has deliver with flying color... PKR n PAS... flop!
Because of that now Chinese has no representative in Federal Government...
total looser in this battle is Anwar and Hadi... blame on them... |
|
|
|
|
|
|
| |
|