CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13577|Reply: 30

Akibat Penggunaan Mouse Komputer Yang Salah. Jangan Sampai Terjadi Dengan Kita

[Copy link]
Post time 23-5-2013 05:26 PM | Show all posts |Read mode
BERHATI-HATILAH!

Bagi anda yang selalu bekerja dengan menggunakan KOMPUTER, kesalahan dalam penggunaan MOUSE sehari-hari akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam perubatan untuk kelainan pada otot lengan).Gunakan Mouse dengan BAIK dan BETUL!

Ini adalah gambar pembedahan tangan pesakit yang mengalami karpal sindrom.











Para pembaca sekalian, memang kita harus betul dalam menggunakan komputer, meskipun rawatan sekarang telah mencapai kemajuan pesat. Cukup banyak pesakit karpal sindrom yang dikurangkan dengan fisioterapi, beberapa kes karpal sindrom memang memerlukan tindakan pembedahan, namun kemajuan ortopedik sekarang amat pesat, beberapa pesakit hanya dibuka kulitnya 1 cm sampai 2 cm saja.

Namun bagaimanapun, MENCEGAH lebih baik daripada mengubati.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2013 05:36 PM | Show all posts
ada baca
nampak sakit aje kan?? huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 05:37 PM | Show all posts
good info...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 05:38 PM | Show all posts
nice info. cara pegang mouse dah okay dah.. hmm, cara menaip tak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 05:42 PM | Show all posts
scary lahhh!! dengan hadap pc je dah sakit macam2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 05:42 PM | Show all posts
Nasihat berguna
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2013 05:55 PM | Show all posts
Alamak. Keje aku mmg xleh elak dari pakai pc dah.
Kene betulkn cara pggunaan le gini
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 09:32 PM | Show all posts
peduliklah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2013 02:51 AM | Show all posts
kelainan pada otot tangan je. bukannya mati pun. yg gambo operate tangan sampai nampak otot ngan daging tu saje je doktor tu bedah bagi menunjukkan penyakit dimaksudkan. tapi takdelah tangan jadi pecah macam dalam gambo tu kalau kita tersalah guna cara berkomputer. paling2 pun tangan jadi krem atau lenguh atau lumpuh.






Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 11:36 AM | Show all posts

oo ada kesan buruk jgk yerr..thanks tt.
aku lebih suka guna mouse dari sentuh dgn jari..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 01:17 PM | Show all posts
Kapral syndrom ni kan pasal selaput saluran sempit kat pangkal  tangan..selaput tu bertindak macam cable tie la yg mengikat urat2 tangan...so kalau tersalah posture..saluran darah akan jadi besar..urat2 membengkak dan menjadi semakin sempit....so takda cara lain nak ubat melainkan doctor buang selaput tu...



Antara simptom Sindrom Terowong Karpal ialah:-
  • Kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk dan tengah.
  • Rasa kebas dan sakit boleh menular hingga ke lengan, terutama jika tanda awal tidak dihiraukan.
  • Biasanya ia hanya berlaku pada sebelah tangan, terutama tangan yang banyak membuat kerja.
  • Ia bukan masalah serius, kecuali jika sukar memegang barang.


Last edited by anaktoyol on 24-5-2013 01:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 02:34 PM | Show all posts
Alamak.. lengan aku pun dah mula sakit.. nak buat apa ye klu permulaan baru berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 10:35 PM | Show all posts
Semua ni berkait juga dengan ergonomik. Ergonomik ni maksudnya :

Merujuk Wikipedia, terma ergonomik berasal dari perkataan Greek iaitu ergon yang bermaksud kerja dan nomos yang bermaksud hukum semula jadi.

Ergonomik diterjemahkan sebagai satu disiplin dalam bidang sains dan teknologi yang bertujuan untuk menyesuaikan penggunaan peralatan-peralatan pekerjaan, reka bentuk tempat kerja, persekitaran dan cara bekerja mengikut had serta kemampuan fizikal dan mental para pekerja.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, memadankan mesin atau peralatan dengan manusia juga sebaliknya agar boleh berinteraksi atau bekerja dalam suasana yang harmoni.


Rekaan pada persekitaran kerja termasuklah kerusi-meja, peralatan komputer mestilah ergonomik, sesuai, selesa digunakan oleh pengguna. Walau secanggih dan seselesa mana pun peralatan komputer dan perabot yang direka designer,  kita masih berisiko mendapat penyakit di atas sebab tabiat kita sendiri yang duduk/guna ikut selesa kita walaupun bukan itu cara yang sebenarnya.

Selain sindrom carpal tunnel (pergelangan tangan), satu lagi penyakit berkaitan ni ialah penyakit otot rangka (muscular skeletal disorder - MSD)

Langkah positif bagi mengelakkan MSD:-

Antara langkah yang boleh diambil:

- Tetapkan suhu persekitaran sekitar 22 - 25C dan kelembapan pada 40-70 peratus.

- Ubah ketinggian monitor komputer pada aras yang sesuai, pastikan bahagian atas monitor berada pada aras yang sama dengan mata bagi memastikan pekerja tidak tunduk atau mendongak ketika melihat skrin.

- Bagi pekerja yang menggunakan komputer riba, ubah sudut skrin sehingga pada jarak penglihatan optimum manakala jarak antara skrin ditetapkan pada satu depa.

- Ubah suai arah dan sudut skrin bagi mengelakkan silau serta gunakan tirai untuk mengawal cahaya.

- Rehatkan mata dengan melihat objek-objek segar seperti pokok, rumput, daun dan ikan.

- Pekerja disarankan mengambil tempoh rehat selama lima minit setiap satu jam bekerja dan masa santai di kerusi selama satu hingga dua minit setiap setengah jam bekerja atau bila yang dirasakan sesuai.

- Ketika masa rehat pekerja dinasihatkan bangun dan berjalan kerana pergerakan dapat mengurangkan tekanan pada minda serta membantu pengaliran darah.

- Semasa santai pula, pekerja dinasihatkan melakukan senaman regangan ringkas bagi membantu pengaliran darah dan mencegah kelesuan otot.

- Posisi atau kedudukan papan kekunci atau tetikus perlu berada dalam keadaan mudah dicapai dan dekat dengan badan.

- Gunakan kerusi yang sesuai dan boleh diubah ketinggian dan kecondongan bagi memberikan keselesaan kepada pekerja. Seandainya kaki tidak mencecah ke lantai, gunakan bangku kecil untuk menampan.

Kesan ergonomik yang tidak baik :

- kemalangan dan kecederaan

- MSD

- morbiditi psikologi

- kejadian kritikal (termasuk kemusnahan persekitaran)

- pengurangan kecekapan dan produktiviti terjejas

- kegagalan sistem

- ketidakpuasan kerja

- moral rendah di kalangan pekerja

- berhenti kerja



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 1.htm#ixzz2UJaTtCVC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 08:25 AM | Show all posts
nape tetibe ak rase sakit2 lengan n tapak tangan nie..LOL..

#nice info..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 08:08 PM | Show all posts
mmg sakit bila kena... alhamdulillah dh ok sekarang... walaupun sesekali terasa sakit... pergelangan tangan tak boleh ke kiri kanan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 11:53 PM | Show all posts
good info tp kalau dah terbiasa masalah gak nak tukar cara penggunaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 09:58 AM | Show all posts
saya pun kena karpel tunnel gak...dah buat operation ogos last year.. skang dah ok takde kebas2 lagi
tapi masa buat nerve test aritu doktor kata tangan sebelah kiri saya pun ada penyakit nie jugak tapi saya tak rasa lagi kebas2 or sakit..

nasib baik leh claim socso... dpt la 39k.. atas penyakit khidmat... alhamdullilah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 09:43 PM | Show all posts
Selain daripada penyakit Carpal Tunnel Sindrom, penggunaan komputer yang habitual dan tidak berdisiplin juga boleh menyebabkan penyakit lain seperti sakit pinggang, sakit bahu, sakit kepala, gangguan pengelihatan, gangguan pendengaran dan penyakit psikososial. Dapatkan maklumat lanjut di laman web penyakitkomputer dan facebook Amalan Terbaik Komputer.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2014 02:07 PM | Show all posts
sebab over sgt pakai pc la mata aku jadi rabun,taulah monitor crt zaman dulu yang gabak tu camne pinar2 dia kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2014 03:12 PM | Show all posts
resah posted on 24-5-2013 02:34 PM
Alamak.. lengan aku pun dah mula sakit.. nak buat apa ye klu permulaan baru berlaku

buang mouse dalam sungai, tak pun bagi kuching makan

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.058713 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list