View: 12720|Reply: 147
|
[Tempatan]
update #126 selepas Adam Adli, Tian Chua pula ditahan, mahkamah arah bebaskan
[Copy link]
|
|
Tian Chua, Haris Ibrahim pula ditahan
12:40PM Mei 23 2013
Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua dan juga seorang akvtivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.
Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.
"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.
Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.
Beliau juga turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.
Tuduhan yang dikenakan ke atas Adam Adli hari ini adalah berdasarkan ucapan siswa berkenaan dalam forum sama.
Last edited by mirage_46 on 24-5-2013 05:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tu dia... operasi pembersihan anti umno dah bermula....
owhhhhhhhhhhhh .... tidakkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
words yg diguna pakai kena betul.. so kalo masuk mahkamah at least boleh dipertikaikan.. kalo cakap "tumbangkan kerajaan" mmg sah sah la nak mulakan rebellious movement.. unless sanggup melihat org luar involve in ur country mcm berlaku kat Libya Syria mesir ... .... reason y Karpal buat repot pasal Haris tue la.. sekian terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
patt_sue posted on 23-5-2013 01:55 PM
hishammudin rais bila ?
diok ...kebal ...macam raja2 ...eek ...akta salah guna kuasa ado tak ...???
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahah elok la tu....mesti ramai macai yg meratib ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis habisla dorang berdemo depan balai polis jinjang tu nanti....takyah pasang lilinla...pasang mercun bawak group lion dance sekali tambah meriah ... |
|
|
|
|
|
|
|
http://zhaf-akumenulis.blogspot. ... litik-bebaskan.html
Hentikan penganiayaan politik
(Kenyataan bersama pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat)
Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat hari ini bersama untuk mengecam tindakan Barisan Nasional yang menyalahguna kuasa pihak polis dengan melakukan penganiayaan politik (political persecution) ke atas Adam Adli serta menuntut supaya Adam Adli dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat.
Pihak polis pada 18 Mei telah menahan Adam Adli berdasarkan Seksyen 4 dalam Akta Hasutan dan pada hari 19 Mei aktivis mahasiswa tersebut sekali lagi ditahan mengikut Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan yang menyabitkan kesalahan terhadap sesiapa yang “menjejaskan demokrasi berparlimen”.
Malah, polis juga telah menggeledah pejabat dan kereta Adam Adli untuk kononnya, mencari bukti kes. Tindakan-tindakan Barisan Nasional berjumlah kepada suatu penindasan terhadap Mahasiswa dan sekali lagi menjadi bahan lawak kepada negara-negara demokrasi di seluruh pelusuk dunia.
Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat Malaysia untuk bersuara, berhimpun serta berpersatuan. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dalam negara ini dan harus dipertahankan oleh setiap rakyat Malaysia.
Tindakan polis yang menangkap Adam Adli tanpa sebarang sebab boleh disifatkan sebagai tidak menghormati hak rakyat Malaysia dalam menggunakanhak-hak perlembagaan mereka. Adam Adli yang berucap dalam ceramah “13 Mei – Hari Bangsa Malaysia, Selamatkan Demokrasi!” hanya memberikan pandangan yang munasabah dan berpatutan dengan menyeru rakyat Malaysia berhimpun untuk memprotes pilihan raya yang kotor.
Seruan beliau tidak melampuai hak-hak yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tidak berunsur hasutan dan tidak mempunyai motif-motif untuk menjejaskan demokrasi berparlimen kerana kebebasan berhimpun adalah hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Akta Hasutan yang digunakan untuk menahan Adam Adli jelasnya melanggari hak asasi manusia dan tidak menghormati prinsip perlembagaan khususnya kebebasan untuk bersuara.
Akta sedemikian patut dihapuskan dan tidak patut disalahgunakan untuk menzalimi rakyat biasa. Kredibiliti Najib sekali lagi dipersoalkan kerana beliau pernah menyarankan untuk menghapuskan akta ini pada tahun 2012. Ini menunjukkan bahawa Najib hanya bersandiwara dan tidak mempunyai niat politik untuk menghapuskan undang-undang yang langsung tidak mematuhi semangat ketertinggian perlembagaan.
Janji Najib bukan sahaja tidak ditepati, malah dimungkiri oleh beliau sendiri juga. Sebenarnya tindakan undang-undang harus diambil terhadap individu yang membakar sentimen perkauman seperti Ibrahim Ali yang kononnya ingin membakar kitab Injil, Zulkifli Noordin yang mencemur penganut Hindu ataupun bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah yang mengeluarkan hujahan orang Cina akan dibalas dendam.
Pihak polis menggunakan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan untuk menahan Adam Adli bahawa beliau telah menjejaskan demokrasi berparlimen. Sesungguhnya Barisan Nasional adalah pihak yang telah menjejaskan demokrasi berparlimen dan bukannya Adam Adli.
Barisan Nasional telah menghapuskan nilai demokrasi di negara ini dan terus memerintah tanpa berasa segan dengan sokongan yang tidak melebihi 50% di seluruh Malaysia. Selama ini kerajaan Barisan Nasional telah menyalahgunakan peraturan mesyuarat parlimen yang berat sebelah untuk menghalang wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada bersuara demi rakyat.
Malah pada tahun 2009, BN telah merampas kerajaan negeri Perak tanpa menghormati kehendak rakyat Perak dan mengangkat Speaker Perak keluar dari dewan undangan negeri secara terang-terangan. Itulah bukti-bukti “menjejaskan demokrasi berparlimen”.
Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat ingin bertanyakan Khairy Jamaluddin, selaku Menteri Belia dan Sukan yang baru mengenai pendiriannya dalam isu ini kerana Khairy pernah menyatakan bahawa beliau akan memastikan suara orang muda didengari dalam Kabinet.
Mesej yang disampaikan oleh Adam Adli mengenai keputusan pilihan raya yang kotor merupakan suara orang muda yang harus diberikan perhatian oleh kerajaan tanpa berlengah dan tanpa berdalih-dalih lagi. Khairy harus mempertahankan dan membela hak perlembagaan Adam Adli sekiranya beliau memang berniat untuk memenuhi aspirasi anak muda.
Kerajaan BN nampaknya sudah mula bimbang & takut akan ‘tsunami rakyat’ yang menentang keputusan pilihan raya ke-13 yang nyatanya kotor dan tidak adil. BN yang semakin resah dan mula untuk mengambil tindakan keras terhadap rakyat biasa seperti mahasiswa yang hanya menyatakan pandangan & pendirian mereka. BN harus diingatkan bahawa bukan sahaja Adam Adli seorang sahaja yang menentang pilihan raya yang kotor, malah beliau akan disokong oleh rakyat jelata yang menginginkan pilihan raya yang bersih dan adil.
Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat menyeru supaya BN menghentikan segala taktik dan tindakan kotor yang menindas rakyat dan membebaskan Adam Adli yang hanya melaksanakan haknya untuk bersuara. BN diingatkan untuk menepati janjinya dengan menghapuskan Akta Hasutan & kesemua akta zalim yg sedia ada. Hak perlembagaan rakyat harus dibela dan bukannya dizalimi.
Gelombang hitam yang membanjiri sewaktu Himpunan Suara Keramat yang diadakan di seluruh negara telah membuktikan rakyat telah bangkit untuk menolak BN yang memenangi pilihan raya dengan cara yang kotor dan menjijikkan. Selagi pilihan raya yang bersih dan adil tidak dikembalikan kepada rakyat, maka lebih banyak Adam Adli akan bangkit dan lawan tetap lawan demi negara Malaysia!
Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (Ahli Parlimen Temerloh)
Ketua Pemuda Sosialis DAP
Teo Kok Seong (Ahli Parlimen Rasah)
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ahli Parlimen Bukit Katil)
|
|
|
|
|
|
|
|
yang nak tumbangkan kerajaan demokratik secara Arab Spring tidak dipersalahkan...yang dipersalahkan orang yang menguatkuasakan undang2.... negro |
|
|
|
|
|
|
|
akughi posted on 23-5-2013 02:24 PM
hahahahahahahah elok la tu....mesti ramai macai yg meratib ni.....
geng umno dan macai umno dah gelabah
sian
|
|
|
|
|
|
|
|
as usual guna polis |
|
|
|
|
|
|
|
MissMamamia75 posted on 23-5-2013 02:31 PM
http://zhaf-akumenulis.blogspot.com/2013/05/hentikan-penganiayaan-politik-bebaskan.html
Hentikan ...
ada aku kesah?
|
|
|
|
|
|
|
|
nuar tgh sembunyi kat kedutaan mana...??? |
|
|
|
|
|
|
|
NAGAmerah posted on 23-5-2013 02:34 PM
ada aku kesah?
ada aku heran??
|
|
|
|
|
|
|
|
MissMamamia75 posted on 23-5-2013 02:31 PM
http://zhaf-akumenulis.blogspot.com/2013/05/hentikan-penganiayaan-politik-bebaskan.html
Hentikan ...
jap2... tang zul nordin tu bukan ker dia bagi ucapan tu waktu dlm parti pembangkang dulu ?????
kes yang dah bertahun2 mendap tetiba pembangkang sendiri yang naikkan balik (sebenarnya pembangkang telupa yang zul nordin tu dulu, dulu la tapi, org kuat depa, katanyaaa) |
|
|
|
|
|
|
|
bagilah depa krja sikit, klu tak, goyang teloq je 24 jam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tudioooo akta anti umno wajib masuk lokap tgh berjalan |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa lagi yang bakal ditangkap? Adam Adli, Tian chua and haris ibrahim dah...
Mesti depa buat kesalahan yang sama kat tempat yang sama.
Last edited by baulu on 23-5-2013 02:48 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dakwa je pastu penjara
Kalau betul salah
|
|
|
|
|
|
|
|
fizamn posted on 23-5-2013 01:47 PM
words yg diguna pakai kena betul.. so kalo masuk mahkamah at least boleh dipertikaikan.. kalo cakap ...
belajar pon result corot....
res ipsa loquitur...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|