CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4302|Reply: 6

[Tempatan] Tengah berak, Irwanshah dibaham boyak...

[Copy link]
Post time 30-5-2013 08:55 AM | Show all posts |Read mode
MIRI: Ibu kepada pekerja balak, Irwanshah Radin, 26, yang hilang semasa membuang air besar di Sungai Karap, Bakong malam Sabtu lalu berharap mayat anaknya itu dapat ditemui dalam masa terdekat untuk dikebumikan di Daro.

Mariah Ismail, 49, ibu tunggal kepada 11 anak berkata, Irwanshah amat dekat dengan keluarga terutama adik bongsu perempuannya.

“Saya tidak menduga sama sekali perkara buruk ini berlaku memandangkan saya selalu mengingatkan dia agar tidak menghampiri sungai tersebut,” katanya ketika ditemui di kediaman mangsa terletak kira-kira 50 meter dari tempat Irwanshah dipercayai diheret oleh reptilia berkenaan.


Mariah tiba di sini dari Daro malam Isnin lalu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memberitahu masih mempertimbang cadangan untuk menggunakan khidmat bomoh yang mempunyai pengalaman untuk mencari mayat anaknya yang sudah dimakan oleh buaya.


“Buat masa ini, saya tidak berani meminta bantuan daripada mana-mana bomoh kerana masih baharu di sini dan tidak biasa de-ngan penduduk dan kawasan ini.

“Namun, jika ada bomoh yang sudi membantu untuk mencari anak saya sudah pasti saya gembira dan menghargainya.

“Saya hanya mahu anak saya dijumpai, walaupun hanya bahagian kaki atau tangan sahaja,” katanya dengan nada sedih.


Mariah menambah, adik-beradik Irwanshah yang lain kini menunggu di Daro.

Sementara itu, Saimah Bakar, 58, berkata mereka kerap melihat buaya yang mempunyai saiz sepanjang lima meter di tebing sungai tersebut.


“Kami selalu diingatkan agar tidak menghampiri sungai tersebut, malah pengurus kami pernah memberi amaran untuk tidak ke sungai itu,” katanya.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat yang kini memasuki hari ketiga masih diteruskan dengan bantuan beberapa anggota polis daripada Balai Polis Beluru dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi.



Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/29/ibu-mangsa-baham-buaya-harap-mayat-anaknya-ditemui/#ixzz2UjUVvU1t


>>>..kesiannya, tengah melepas pun sang boyak tak nak bagi lepas peluang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 09:00 AM | Show all posts
boya tu terliuq kut meliat montot mangsa ...

bertabah lak mocik... semoga jadad arwah bisa akan balik kepada keluarga agar urusan pengebumian boleh dilaksanakan dengan sempurna ...

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 09:01 AM | Show all posts
beliau memberitahu masih mempertimbang cadangan untuk menggunakan khidmat bomoh yang mempunyai pengalaman untuk mencari mayat anaknya yang sudah dimakan oleh buaya



luas skop keje bomoh...

niway takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 09:15 AM | Show all posts
adoiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 09:22 AM | Show all posts
aku mmg pencinta wanita...namun ku bukan buaya...


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 09:48 AM | Show all posts
bersobar lah mokcik...dah hadam dlm perot boya tu mungkin,
mungkin boya pun x boleh tahan tengok bontot diwaktu ketika berak, terus ja terkam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2013 09:54 AM | Show all posts
Kenapa diorg tak tembak je buaya2 ni yg byk berkeliaran di sungai2 berampiran penempatan org awam..mcm di bako tu, budak2 sekolah ulang alik di sungai yg penuh buaya, nampak je buaya tu terapung, kenapa biarkan, xke bahayakan org awam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.683814 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list