View: 5112|Reply: 103
|
[Tempatan]
Tanda Putera berjaya tarik penonton golongan muda
[Copy link]
|
|
Tanda Putera berjaya tarik penonton golongan muda
KOTA KINABALU 5 Sept. - Pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba gembira dengan perkembangan filem berunsur sejarah itu yang berjaya menarik golongan muda.
Menurutnya, sambutan daripada golongan muda sangat baik dan peningkatan golongan itu untuk filem berunsur sejarah memang sesuatu yang amat menggembirakan.
"Kalau hendak dibandingkan dengan filem berunsur sejarah yang dibikin sebelum ini, sambutannya kurang menggalakkan.
"Tetapi kali ini, sambutan yang diterima amat baik untuk industri filem berunsur sejarah. Malah, golongan muda juga semakin berminat menonton filem yang kurang nilai komersial seperti Tanda Putera," katanya ketika ditemui selepas majlis tayangan filem Tanda Putera bersama Yang Dipertua Sabah, Tun Datuk Juhar Mahiruddin semalam.
Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Kamaruddin Siaraf; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Md. Afendi Hamdan dan Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaime Raja Dalnish Shah.
Dalam pada itu, Shuhaimi gembira apabila mendapat tahu Yang Dipertua Sabah sendiri yang mahu menonton filem berkenaan.
"Saya gembira kerana sokongan yang diberikan. Malah, Yang Dipertua Sabah juga sempat berbisik kepada saya mengucapkan tahniah kerana menerbitkan filem berbentuk sejarah seperti ini," jelasnya.
Diaju mengenai sambutan filem ini di pawagam yang dikatakan semakin dingin, jelas Shuhaimi, dia tidak menolak faktor persaingan dengan satu lagi filem genre komedi seram juga menjadi faktor.
"Faktor persaingan memang memberi kesan dalam penayangan filem apatah lagi jika bersaing dengan filem komersial.
"Tetapi bagi saya sendiri, saya puas hati dengan kutipan filem dan hampir mencapai sasaran kami untuk empat hari pertama tayangan," katanya.
Jelas Shuhaimi, soal kutipan memang penting, tetapi apa yang lebih utama, tarikan penonton untuk melihat filem berunsur sejarah sudah meningkat.
"Saya melihat daripada segi industri filem berbentuk sejarah, filem ini banyak memberi kesan positif dan itu sangat menggembirakan saya sebagai pembikin filem," ujarnya.
Dalam pada itu, aktor yang memegang watak Tun Dr. Ismail, Zizan Nin turut menyatakan golongan muda banyak memberi sokongan terhadap filem tersebut.
"Ramai peminat saya terutamanya golongan muda yang memberitahu menerusi akaun Twitter miliknya, mereka gembira dengan filem Tanda Putera.
"Malah ada yang sempat mengucapkan tahniah kepada saya kerana melalui filem ini, mereka lebih kenal dengan pemimpin negara terdahulu seperti Tun Dr. Ismail," jelasnya.
Jelasnya, dengan sokongan yang diberikan generasi muda terhadap filem ini, tidak mustahil filem-filem berbentuk sejarah akan menjadi ikutan untuk mereka pada masa akan datang.
|
|
|
|
|
|
|
|
mana gambar penonton muda? |
|
|
|
|
|
|
|
kiss-ass |
|
|
|
|
|
|
|
Gua tengah layan lagu Suhaimi Mior Hassan.............. |
|
|
|
|
|
|
|
gambo...mana....
gambo...mana....
setakat ckp....
memeng la... |
|
|
|
|
|
|
|
kontroversi banyak. maunya golongan muda xtengok. golongan high curiosity la katakan.
huhu |
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 6-9-2013 12:23 PM
mana gambar penonton muda?
Tuuuuuu....
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk smlm...mostly audience mmg orang muda...bukan mostly...mmg 100%....walaupun weekdays, panggung ramai la jugak...mmg berbaloi la tgk citer ni....garapan dan olahan yg menarik...tak bosan spt filem shuhaimi yg dulu dulu.... lakonan rusdi dan zizan mmg cemerlang..betol2 menjadi...penghayatan dan gerak geri....last 1/2 hour tu mmg sebak semua orang dlm panggung...yg pompuan dah teresak esak masing2...aku pun bergenang air mata...tak caya , gi la tgk....Tun Razak sanggup sembunyikan penyakit luekimea nya demi negara....semua orang tak tahu kecuali doktor dan Tun Dr Ismail....sbb waktu tu negara tgh fragile...kalau gerakan radikal subversif tahu PM tgh sakit, akan bawa byk impak negatif terhadap negara....mmg syahdu dgn pengorbanan tun razak...beliau menanggung penyakitnya sorang diri...Bila tun razak dah nazak baru Tun Rahah tahu....sebak time tu....tp lakonan nazril mmg suxx utk watak Tun Mahathir....mencacatkan... Last edited by azre on 6-9-2013 03:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ade jugak yg mintak gambo......
kang aku cakap bodoh dia marah pulak......lantak ko la labu |
|
|
|
|
|
|
|
DTECCONAN posted on 6-9-2013 12:10 PM
check la twitter dia, ramai banyak mana tu?
kalau nak diikutkan cerita2 Shuhaimi Baba ni bo ...
aku pun memula jangka filem ni bosan mcm hati malaya...tp gigih gak nak g sbb curious....tp bila dah tgk filem ni mmg best la...tak bosan pun...muzik latar pun ok...
tun razak lah yg buka felda...bantu orang2 melayu utk keluar dari kepompong kemiskinan....syahdu bila filem ni selit skit2 the real filem....especially masa jenazah tun razak sampai kat airport subang...semua rakyat sedih dan menangis...even pak guard singh pun menangis... Last edited by azre on 6-9-2013 03:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jer org muda pi tgk....
ni kt queens bay mall Penang
|
|
|
|
|
|
|
|
Honeyda posted on 6-9-2013 03:11 PM
ada jer org muda pi tgk....
ni kt queens bay mall Penang
abis la jap lagi ko kene ludah dek totok puak pembangkang yg suci tak berdosa sikit pun atas perlindungan dewa raya mereka....
|
|
|
|
|
|
|
|
dapat tarik jumlah 5,000 orang anak
muda pun dah cukup baik
pada peringkat awal ni
daripada jutaan yang masih
lena diulit jentera penipuan
pembangkang,
sedikit sebanyak jumlah
yang hidup dalam kencingan
akan berkurangan
mengikut masa |
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 6-9-2013 12:23 PM
mana gambar penonton muda?
mana boleh ambik.. derang buat mini pilem dalam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Honeyda posted on 6-9-2013 03:11 PM
ada jer org muda pi tgk....
ni kt queens bay mall Penang
jap lagi ada la macai2 PR
yang cuba dakwa bebudak tu cuma lalu
dan bergambo je kat depan pawagam tu
pfftt
|
|
|
|
|
|
|
|
azre posted on 6-9-2013 03:04 PM
aku tgk smlm...mostly audience mmg orang muda...bukan mostly...mmg 100%....walaupun weekdays, panggu ...
cam ner ngan babak 13 mei dlm cite tu? babak yg paling panas....babak yg paling kit siang takut....
ade ke dlm filem tu....org yg kencing kat tiang tu pegang watak nama Lim Kit Siang?
aku tggu astro first je....dah beranak pinak ni payah nak ke panggung |
|
|
|
|
|
|
|
aku tercari2 angka di dlm artikel tu tp takdok..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|