CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1055|Reply: 0

[Tempatan] Tabung Haji kekalkan kos haji

[Copy link]
Post time 7-9-2013 04:22 AM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai komitmen dan usaha Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengekalkan kos mengerjakan haji pada kadar RM9,980 berbanding kos sebenar sebanyak RM15,555 seorang.
   
Beliau berkata, kerajaan sangat prihatin terhadap umat Islam di Malaysia dan telah memberi bantuan subsidi sebanyak RM5,575 kepada setiap bakal haji memandangkan sebahagian daripada mereka adalah daripada golongan miskin.
   
Selain itu katanya, beliau menerima panggilan telefon daripada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz yang memuji sikap dan disiplin jemaah haji dari Malaysia ketika menunaikan ibadah itu di Tanah Suci Makkah.
   
Berucap di majlis meraikan jemaah haji tajaan 1Malaysia Development Berhad (IMDB) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini malam ini, beliau berharap bakal jemaah haji akan meneruskan tingkah laku yang baik ketika berada di Tanah Suci itu.
   
Pada majlis itu Perdana Menteri telah menunaikan solat Maghrib, solat Isyak, solat hajat, bacaan Yasin dan bacaan doa selamat bersama jemaah haji yang akan berlepas ke Tanah Suci Makkah.
   
Seramai 800 orang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang telah menerima surat tawaran menunaikan fardu haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB, diraikan di majlis itu.
   
Perdana Menteri juga berkata, kerajaan menghargai sumbangan yang diberikan oleh imam, ketua kampung dan pengerusi JKKK dan memutuskan untuk menaja mereka menunaikan ibadah haji menerusi 1MDB.
   
"Peranan pemimpin masyarakat ini sangat penting dalam memastikan masyarakat setempat hidup dalam keadaan aman dan damai," katanya.
   
Jemaah yang mendapat tajaan 1MDB itu sangat beruntung kerana dapat menunaikan haji pada satu tempoh yang cepat berbanding prosedur biasa yang mungkin akan memakan masa sehingga berpuluh-puluh tahun ekoran kuota kemasukan jemaah haji yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi, katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 02:49 AM GMT+8 , Processed in 1.306064 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list