|
Pengalaman iols :
Maya Karin : Jiran iols. Walopun jiran tp jumpak pes time kat Jaya Grocer ngah beli sayur. Banyak sungguh makan sayur. Patutla santekkk makan sayur banyak. Badan kurus, cantik, gebu dan putih. Hidung mancung terpacak. Lam tibi nampak besa2 je khennn. Kacukanlah katakan. Muka senyum manjang, sambil pilih sayur pun leh senyum. Iols rasa sebab pekerja2 Jaya Grocer yg jakun tu asek dok usha sheols so dia pun senyum set siap. Kawasan sayur dkt dgn kaunter. Ada orang tegur dia, happy ja dia sapa balik.
Mimi One Nation Emcee : Jiran iols jugak. Iols minat dia, iols rasa sora dia sedap dan yang paling best menari masyuuukk tuuu! and tak sangka jiran iols jugak. Terserempak dalam lif. Masa tu iols dgn hubby. Dia ngan boyfie dia ahli ONE gak. Boyfie dia tu senyap jek. riak muka pn biasa2 jek, iols tak tgk sgt pun, dh retis yg iols suka ada dpn mata. Mimi tegur iols dulu, rancak gila bersembang. Siap tanya iols, kawen bape lama, anak bape? Sheols siap kata weols sweet couple lagi (taktaula puji ikhlas ke tak), tp janji sheols tak shombong, lagila iols makin sukaaaa
Puteri Sarah Liyana : Jiran iols jugak. Comel sangat!! Muka baby face. Kecil molek. Tak sombong, boleh bersembang jugak. Kuat gelak, bila sembang pun kuat, kira spesis tak main2 kontrol2 ni hokkay. Sempoiiii
Ammar (ex bf Sarah Liyana) : Muka masam mencuka, asek kontrol handsome, hitam manis, bajet pemes mcm orang sekeliling suma nk tgk dia je. boooo
Fauziah Ahmad Daud a.k.a Kak Ogy : Jiran iols lagi. Sangat bubbly. Muka biasala, nampak kedut2 berusia, kira okla tak botox bagai, original. Tak sombong, sangat ramah. 2 3 kali jumpak kat kedai makan area rumah iols gak, dia ja yg riuh tegur orang dulu. Mcm mana riuhnya dia lam tv, samaje kat luar..
Harith Iskandar : Jiran iols jugak, tp tak jumpa kat area rumah, jmpak kat OU skali Tropicana skali. Dah nama pun pak lawak kan.. harusla senyum manjang, iols tak rasa dia kekwat. Sebab skali tu selisih ngan dia kat toilet, ter eye contact ngan dia, dia yg senyum dulu. Ada 2-3 kali jugak ternampak heols berjoging sorang2 kat area rumah weols.
Remy Ishak : Ok, ni bukan jiran. Jumpak 2 kali bila teman my hubby konvoi superbike ke Genting. Hitam manis, sembang meriah bagai nak rak. Okla, tak sombong.
Iqram Dinzly : Pun bukan jiran gak, yang ni masa iols teman "seseorang" tu shooting kat Wangsa Maju, iols duduk semeja dgn Iqram Dinzly, tetiba dia yang tarik stool duduk sebelah iols, terus tegur iols. Siap tanya apa twitter iols and terus follow iols kat twitter on the spot. Padahal iols takde pun polo heols kat twitter - bkn dalam senarai retis yg iols gemari pun. Tapi heols sangatlaaaaa peramah tamah. Handsome tak yah cakapla. Mmg gentleman looking abes. Sembang cam dh kenal lama. Bagus!
Rasa mcm ramai lg tp tak teringat plak skang ni..
Mcm boring je kan cite iols sb takde pengalaman lg jumpak retis kekwat or bajet good (selain Ammar tu). And so far ada lagi 2-3 retis yg berjiran dgn iols tp tak berkesempatan lg nk bump into each other mcm Zed Zaidi, Siti Saleha, Joe Wings (pnh nampak skali lalu kat kedai mamak je) dan ramai lagi.. Lom ada rezeki nak tau theyols sombong ke tak khen..
Jumpa di lain hari.
|
|