@atw V71
Selamat Hari Kemerdekaan
dan Hari Malaysia
Pemberi Soalan akan memberikan SATU PERKATAAN dan para pemain dikehendaki membuat ayat menggunakan perkataan yang telah diberikan. Ayat –ayat tersebut mestilah mempunyai 3 patah perkataansahaja.Para pemain akan diberikan masa selama 7 MINIT untuk membuat seberapa banyak ayat yang boleh.
Sebagai contoh:
Perkataan yang diberikan: BUKU
Ayat – ayatnya:
Itu buku saya.
Ibu belikan buku.
Buku sudah terkoyak.
Harga buku mahal.
1. Hanya satu perkataan yang boleh diberikan pada satu-satu masa (penggunaan bahasa rojak tidak dibenarkan)
2. Ayat-ayat yang dibuat tidak boleh mengandungi perkataan yang kesat, tidak sopan dan berbaur lucah.
3. Sekiranya terdapat persamaan, peserta yang terlebih dahulu menghantar ayat tersebut akan di kira
4. Jumlah minima pemain adalah 2 orang tidak termasuk pemberi soalan.
5. Para peserta mestilah memulakan permainan dengan membuat post ‘ count me in’ bagi memudahkan pemberi soalan mengira jumlah pemain sebelum soalan diberikan.
6. Penggunaan perkataan yang sama (berulang) sebagai soalan adalah dilarang sama sekali 7. Pemain hanya boleh membuat satu ayat di dalam satu post.
8. Tidak perlu menulis nombor soalan.
9. Hanya ayat penyata & ayat perintah akan diambil kira dalam pemarkahan.
10. Ayat yang tidak logik & berulang2 tidak akan diambil kira.
11. SILA BUAT AYAT YANG BERSIH,AYAT STANDARD,TIDAK BERBAU LUCAH,TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR SENSITIVITI
** SOALAN HANYA BOLEH DIBERIKAN SETELAH KEPUTUSAN SOALAN SEBELUMNYA DIUMUMKAN, MELAINKAN BAGI SOALAN TERJAH.
** bagi soalan TERJAH, sesi count me in bermula 2 minit sebelum waktu menjawab & pengira jawapan tak dibenarkan turut serta dalam menjawab soalan bagi mengelakkan bias ketika proses pengiraan jawapan. ** sekiranya tiada yang volunteer untuk mengira jawapan bagi soalan TERJAH, maka tuan rumah/ pembuka thread dimestikan untuk menjadi tukang kira..
Last edited by tudung_bawal on 26-11-2013 03:17 PM
|