CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25868|Reply: 29

Mengapa Cinta Hilang Selepas Kahwin

[Copy link]
Post time 24-9-2013 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Ramai yang salah anggap tentang cinta. Bila kita ‘sukakan’ seseorang berlainan jantina cinta ke tu? Bila kita anggap dia seseorang yang special lebih dari orang lain cinta ke tu? Bila selalu angaukan dia cinta ke tu? Bila selalu buka profile dia, komen status dia, like gambar dia cinta ke tu? Bila kita ada perasaan ingin menjaga dia, ingin melindungi dia cinta ke tu?

Bukan. Tidak. No. Nehi. itu bukannya cinta. Cinta bukan sejenis emosi. Cinta bukan sejenis perasaan. Menerusi lagu, filem, drama, cerita dongeng zaman dulu kita selalu di’konspirasi’kan bahawa cinta adalah sejenis perasaan. Kononnya timbul dari dalam hati. Dari mata jatuh ke hati

Cinta sebenarnya adalah perbuatan

Dengan erti kata lain cinta adalah sama seperti berjalan, berlari, memasak, melompat

Ok.

Semua tahu. Semua baca surat khabar. Semua baca internet, bahawa kadar penceraian di Malaysia adalah tinggi. Semua juga tahu yang kadar penceraian tersebut di’sumbang’kan oleh pasangan muda yang berkahwin tak melebihi 5 tahun. Mengikut kajian juga (betul-betul kajian atau memandai2 je pihak tertentu, ntahla..haha), tempoh getir sesebuah perkahwinan adalah tempoh 5 tahun selepas mula berkahwin dan seandainya pasangan dapat melepasi 5 tahun tersebut, kemungkinan untuk mereka hidup bahagia kemudian hari adalah tinggi

Ok.

Ada orang hidup bercinta bertahun-tahun, tapi hidup berkahwin hanya sebulan dua kemudian bercerai. Pernah dengar?

Ada orang bercinta pakai panggilan ‘bi’ ‘sayang’ ‘ling’, tapi sesudah beberapa tahun kahwin hilang panggilan tu. Pernah dengar?

Ada orang bercinta sanggup telefon bermesej hari-hari tapi sesudah beberapa tahun kahwin sama-sama duduk meja makan pun diam
tak cakap apa-apa. Pernah dengar?

Agak-agak kenapa semua tu boleh berlaku?

Apa punca?

Apa punca hidup bercouple tak sama dengan hidup laki bini?

Apa punca kemanisan ketika becouple hilang ketika hidup sebagai suami isteri?

Kerana kita salah anggap tentang cinta. Kita anggap ketika bercouple ‘perasaan’ mesra, seronok, selesa, atau indah itu lah ‘cinta’. Maka, setelah berkahwin ‘perasaan’ mesra, seronok, selesa, atau indah tersebut  terhakis secara perlahan-lahan dan kita beranggapan cinta dan kemanisan turut hilang secara perlahan-lahan sekaligus hilang panggilan ‘bi’, ‘sayang’ dan sebagainya hal-hal lain.

Macammana tak terhakis kalau benda yang remeh seperti kedudukan almari pun boleh jadi gaduh?

Macammana tak terhakis kalau baby tiap-tiap malam nangis?

Macammana tak terhakis kalau tiap-tiap hari bincang pasal masalah kewangan keluarga?

Hidup bercouple tak sama hidup berkeluarga. Hidup berkeluarga banyak cabaran. Anak, rumah, kereta, pinjaman bank, nafkah anak bini, barang dapur. Benda ni semua adalah cabaran dan masalah. Mana mungkin kita ni kuat sangat (kecuali segelintir kot) masih nak ber’perasaan’ mesra, seronok, selesa, atau indah semasa nak settle kan semua benda-benda tersebut?

Ok.

Kalau time couple ‘perasaan’ mesra, seronok, selesa, best dan sayang si dia tu bukannya cinta..abis tu apa benda tu?
Sebenarnya itu bukannya cinta. Itu hanyalah perasaan excited atau teruja semata-mata. Perasaan teruja apabila kita menerima sesuatu benda yang ‘baru dan berlainan’ dalam hidup kita. Atau perasaan teruja apabila mendapat apa yang kita ‘ingin’kan. Atau perasaan teruja apabila mendapat apa yang ‘ditunggu-tunggu’. Perasaan yang hanya ada dalam hati kita. Dalam hati kita semata-mata untuk kita, bukan untuk si dia. Perasaan tersebut lah yang disalah anggap sebagai cinta.

Cinta sebenarnya perbuatan. Perbuatan di mana kita ‘mendahulukan’ diri dia daripada diri kita sendiri. Perbuatan di mana kita ‘mengorbankan’ keinginan kita untuk keinginan dia. Perbuatan di mana kita ‘memberi’.

Ketika dia sakit, kita sanggup berkorban masa untuk menjaga dia. Itulah cinta

Ketika dia dalam masalah, kita orang pertama membantu dia. Itulah cinta

Ketika dia inginkan sesuatu, kita sanggup mencari untuk dia. Itulah cinta

Ketika dia dalam kejahilan, kita membantu membimbing dia. Itulah cinta

Dan lain-lain……..

Disebabkan inilah orang dulu-dulu walaupun kahwin dengan seseorang yang tidak mereka kenal, mereka masih boleh bersama sehingga tua dan bercerai mati. Mereka bercinta melalui perbuatan. Mereka bercinta secara matang. Mereka saling ‘mengorbankan’ keinginan mereka untuk memenuhi keinginan pasangan mereka. Mereka tak perlukan ungkapan-ungkapan atau ayat-ayat jiwang yang geli-geli untuk mendapat kebahagiaan.

Sebab cinta itu bukan pada mulut atau hati, tapi cinta tu ada pada tangan kita.


Tulisan ini adalah subjektif maksudnya tulisan ni mungkin ada yang setuju, ada yang tak setuju. Bahkan semua tulisan dalam dunia ni subjektif kecuali 2 tulisan iaitu Al-Quran dan Hadis.

*update tukar tajuk (saje2)

Last edited by anwarnuwa on 3-10-2013 12:30 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 02:11 PM | Show all posts
Sebab cinta itu bukan pada mulut atau hati, tapi cinta tu ada pada tangan kita.
ooo...patutla ramai lelaki yg tangan2 mereka jd tangan 'sotong' ms bercinta...

tu blom kira depa ajak ppuan bersenggama utk buktikan samada cinta atau idak..

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 02:28 PM | Show all posts
TT ni MN mamat tunjuk ketiak tu ke? ooyeah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 03:42 PM | Show all posts
Sebab cinta itu bukan pada mulut atau hati, tapi cinta tu ada pada tangan kita

betul la tu..

'saya cinta isteri/suami saya ..sebab itu saya sepak , tumbuk , belasah isteri / suami saya'
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 06:42 PM | Show all posts
sgt elok di situ..mmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Celik hati dulu tentanh cinta apa yang pertama dalam carta ..baru la bole berani untuk memberi cinta pada manusia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2013 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Celik hati dulu tentanh cinta apa yang pertama dalam carta ..baru la bole berani untuk memberi cinta pada manusia
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 10:58 AM | Show all posts
CINTA...adalah saling memberi dan memberi.....bukan saling  menerima dan menerima....bukan saling memberi dan menerima..amat mudah....tp mende yg mudah nie...manusia susah mempercayai dan tak mampu melaksanakan....yg susah2 jugak dicari dan diusahakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2013 01:28 PM | Show all posts
ana_una posted on 24-9-2013 02:11 PM
ooo...patutla ramai lelaki yg tangan2 mereka jd tangan 'sotong' ms bercinta...

tu blom kira depa  ...

laju tol pikiran ko ke arah tu hahaha

tapi

'bertangan kerana cinta' tak sama 'bertangan kerana nafsu'. nafsu dan cinta tu lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 03:38 PM | Show all posts
awanjingga posted on 24-9-2013 03:42 PM
Sebab cinta itu bukan pada mulut atau hati, tapi cinta tu ada pada tangan kita

betul la tu..


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 07:40 PM | Show all posts
what i'm sure now,i just love my family...especially my parents and my only sister ..
ow..just knew..i never fall in love with any guys..even to my boyfriends ...hukhukkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 04:27 AM | Show all posts
cinta adalah apabila kita membawa orang yang kita cinta menuju jalan kesyurga.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:48 AM | Show all posts
Cinta adalah kejujuran.. kesetiaan..pengorbanan..

it takes two to tango..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 02:55 PM | Show all posts
OOOWH..BARU AKU FAHAM.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 06:21 PM | Show all posts
Observantt posted on 30-9-2013 07:40 PM
what i'm sure now,i just love my family...especially my parents and my only sister ..
ow.. ...


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 12:58 PM | Show all posts
Observantt posted on 30-9-2013 07:40 PM
what i'm sure now,i just love my family...especially my parents and my only sister ..
ow.. ...

u r lesbo maybe ??? hahaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 03:42 PM | Show all posts
awanjingga posted on 24-9-2013 03:42 PM
Sebab cinta itu bukan pada mulut atau hati, tapi cinta tu ada pada tangan kita

betul la tu..

part ni ai agree...

sanggup dijual pula tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 12:51 AM | Show all posts
tak hilang lagi cinta tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 01:18 AM | Show all posts

     






SIGNATURE .........................................................................................................................................................

Last edited by tokmanting on 6-10-2013 01:44 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 04:26 PM | Show all posts
Sebab tu org kata masa bercinta jgn bagi semua, reserve certain percentage utk diri sendiri, tak kira perempuan atau lelaki. Berkahwin itu satu step utk manusia menaikkan graf kehidupan, menghalalkan yg haram. Banyak fasa dlm perkahwinan, fasa baru nikah, fasa di mana kita baru nak mengenal individu yg bernama lelaki dgn lebih mendalam. Bayangkan dalam kita berkawan sesama lelaki atau wanitapun kita berselisih faham inikan pula berlainan jantina.

Fizikal dah lain, emosi juga lain, itu belum lagi masuk hal-hal sekufuran, latar belakang dll. Jika anda menerima kelebihan pasangan anda maka terimalah segala kekurangannya kerana kita sendiri sebenarnya tak sempurna mana.

Sebelum kahwin iolls dgn hubby panggil nama, selepas kahwin panggil nama, dapat anak panggil mummy daddy...anak dah besar panggil darling / sayang......ahhhhhhhhhhh I love him....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.085227 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list