CONTOH PRAKATA / PENDAHULUAN /
Prakata
dengan nama Allah Maha Pemurah lagiAmat Pengasih
"Sesiapa yang menyumbang kearah pembangunan Islam akan satu sumbangan yangbaik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan pahala sesiapayang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang sedikit pun pahalamereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah keburukanadalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepasdari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada." (Riwayat Imam Muslim)
Pengarang meneliti maksud hadisBaginda saw dan mendapat ilham untuk menulis sebuah buku bertajuk"Jasa-jasa polis kepada negara ".Profesion polis adalah satu profesionyang amat mencabar.Setiap individu yang menceburinya perlu mempunyai kekuatanfizikal dan mental yang kuat dalam bercepan pelbagai cabaran.
Polis memberi sumbangan yang amat besarkepada negara sejak negara merdeka.Malah sebelum merdeka,polis juga banyakmembantu dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.Walaupun negara masihdijajah,namun anggota polis membantu pemerintah demi mengekalkan keamanan dankestabilan.
Pada zaman moden ini,tugas polissemakin mencabar berikutan pertambahan penduduk,jumlah kes jenayah yang semakinberkembang,fasiliti dan kecanggihan benda yang digunakan penjenayah.Hanyamelalui jemari sahaja,penjenayah mampu melakukan pelbagai kes jenayah seperti mencuriwang dalam bank,mengugut dan pelbagai lagi.
Buku ini diharapkan membuka mata masyarakatdan rakyat Malaysia agar menghargai segala pengorbanan dan perit jerih anggotapolis yang banyak menyumbang kepada negara.Keamanan,kesejahteraan,kestabilandan keharmonian yang kita nikmati hari ini adalah berdasarkan kesungguhan dankekomitedan anggota polis menjalankan tugas tanpa mengira penat dan letih.
Dalam negara kita,polis mempunyaiperanan besar dalam menjaga keselamatan dan keamanan.Semua rakyat dapat hidupdalam keadaan yang baik,bebas mencari rezeki,bebas bergerak ke sana sini tanpa perasaan takut.Iadinikmati kerana anggota polis sentiasa berjaya mengekalkan keselamatan negara.
Ramai manusia masih memandang sinisdengan profesion polis dan sering memberi komen negatif kepada anggotapolis.Sikap buruk ini perlu dihakis dan perlu belajar menghargai semua anggotapolis yang banyak berkhidmat untuk negara.
Tiada manusia sempurna di dalam duniaini,begitu juga dengan polis.Mereka telah berusaha menunaikan tanggungjawab danamanah sebaik mungkin demi menjaga ketenteraman awam dan mengekalkan kestabilansupaya rakyat dapat hidup dalam harmoni dan bersatu padu.
Rakyat Malaysia perlu berfikiranpositif dan perlu lebih menghargai polisyang sentiasa berkhidmat siang dan malam.Semoga buku ini mengubah mentaliti sebilangan rakyat yangsering melemparkan tohmahan dan tuduhan negatif kepada polis.
Setiap pekerjaan di dunia ini adalahmulia dan profesion polis amat dipandang mulia kerana ia membantu semua lapisanmasyarakat dan mahu negara menjadi lebih maju dan aman damai.
Buat permata hati AMIRUL ERFAN,NUR ASSHAFIAH,NUR AS SAFA,NUR AS SYAHIRAH,jadilah manusia berguna dunia danakhirat.Hargailah polis kerana mereka amat berjasa dalam negara.
GUANAKMELAKA (Man who lookdummy but not Dumb!)
Prakata ini aku tulis tahun lepas bulan 9.....
|