Salam semua,
lama tak buka thread ni, since ada black knight roda dua, boleh la bagi review dekat motor ni:-
ni spek motor RKV 200G:-
Spesifikasi * Jenis enjin : 4 lejang, 1 silinder sejukan cecair, 4 injap (SOHC) * Gerek x lejang : ( 68.0mmx 55.0 mm) * Isi padu sesaran : 199.7cc * Kuasa maksimum : 12.0kw/9000 rpm * Tork maksimum :14.5 Nm/6000 rpm * Nisbah mampatan : 9:5:1 * Sistem nyalaan : C.D.I * Sistem penghidup : elektrik * Sistem Bahan Api : Carburxxor * Sistem klac : Basah,plat berbilang,manual * Transmisi : 5 kelajuan * Suspensi depan : USD telescopic Fork * Suspensi belakang : Telescopic coil spring * Brek hadapan : Cakera tunggal * Brek belakang : Cakera tunggal * Jenis kerangka : Bassisnet * Saiz tayar depan : 100/80/17 Pirelli Sport Demon (Official tires) * Saiz tayar belakang : 130/70/17 Pirelli Sport Demon (Official tires) * Tinggi pelana : 770 mm * Tapak roda : 1330 mm * kelegaan bumi : 190mm * P x L x T : (2,090 x 830 x 1060)mm * Berat kering : 123kg * Muatan tangki : 17 liter
*petik dari group fb RKV 200
parts dari China, design dan engineered dari Italy, pasang dekat Bukit Beruntung.
motor dah cecah first service. motor enjin dia mmg kasar sikit, tapi lepas first service pakai full sintetik plus pakai petrol ron95 campur octane booster Bardahl tu, enjin kurang bising.
idling dia menten 1500RPM - 2000RPM.
sparepart tak banyak lagi, tapi setakat tayar, set spoket leh cari dkt kedai motor beso.. rantai oring klu tak silap..
motor pikap mmg best.. top speed kureng.. tp nk cruise santai 80kmh-90kmh-100kmh mmg best..
paling jimat penah buat 448.5km utk RM24 mente 60kmh - 80kmh.. since dah buat first, enjin dah ringan.. mmg rasa nk lenjan je hehee
semalam try top speed dgn berat saya ni, dpt ler 118kmh at 8000RPM.. ada yg penah dpt 130kmh.. tp org kuruih ler
ada cut off pada 10000RPM.. huhu..
pejalanan jauh selesa, penah buat bandar tasik puteri - ampang - desa sri hartamas.. tade masalah setakat ni hehe
ada oil coolant.. orait la tu hehe..
and apa lagi eh, motor baru lagi dalam market. April 2013 baru masuk, so belum setahun jagung mcm TX200g. minor problem kena expect la eh..
sekian review dari saya
|