CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7863|Reply: 21

Nenek Mimpi Arwah Minta Bersihkan Darah Bawah Tikar

[Copy link]
Post time 14-10-2013 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Jika kita mendengar kisah roh pulang ke rumah, hakikat sebenarnya ia adalah satu perkara yang bertentangan dengan Islam. Apabila matinya anak adam, maka terputuslah segala hubungan si mati dengan dunia ini. Ini kerana roh tersebut sudah berpindah ke alam yang lain. Maka, sebagai manusia yang lemah, kita perlu tahu bahawa segala rahsia di alam ini hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Di bawah ini terdapat satu kisah di mana seorang nenek telah bermimpikan arwah yang mana memohon supaya membersihkan darahnya di bawah tikar. Persoalannya, darah apakah itu?



Ibuku hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu. “Kami harap Cik Rahmah banyakkan bersabar,” nasihat anggota polis yang membawa berita berita sedih kepada keluarga kami pada petang itu, berita kematian bapa saudaraku iaitu adik ibuku. Walaupun umurku baru 12 tahun, namun aku masih ingat segalanya. Ia berlaku dalam tahun 1972. Pakcikku menemui maut dalam satu kecelakaan jalan raya di Jalan Bahar. Beliau menunggang skuter bersama isterinya yang sedang sarat mengandung enam bulan, anak sulung mereka.

Pakcikku yang kami panggil “Pak Su” baru berusia 33 tahun ketika beliau pergi meninggalkan kami. Masa itu keluarga kami tinggal di Pepsy Road di Pasir Panjang, berdepan dengan Masjid Islah. Apabila malam tiba, keadaan begitu gelap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerek dan unggas malam. Hanya sesekali terdengar bunyi kenderaan berlalu – kenderaan yang dimiliki oleh orang kampung tengah yang terletak tidak jauh dari rumahku. Sesekali terdengar bunyi salakan anjing. Semasa hidupnya, pakcikku adalah seorang yang peramah, mesra dan periang. Bergurau dan bersakat dengan kami adik beradik adalah antara kegemaraannya. Beliau juga suka menunggang skuter dengan laju.

Sering ibu dan ayahku menegur cara beliau menunggang skuter. Namun pakcikku tidak menghiraukannya. Pada suatu hari aku terdengar ibuku memarahi pakcikku, “Kau jangan degil, nanti kau mati pun dengan skuter ni!” Mungkin benar kata orang, seseorang yang mati secara mendadak seolah-olah terasa kerana tidak dapat berpesan atau meninggalkan wasiat. Mayat dan roh mereka dikatakan seolah olah tidak tenteram. Setelah tiga hari dikebumikan, kami sekeluarga sering didatangi roh arwah pak su. apabila masuk waktu maghrib, kami selalu ternampak semacam imbasan beliau di bilik belakang tempat beliau dimandi dan dikafankan.

terdengar seperti suara beliau berbual-bual, bunyi skuter beliau dan jugak bunyi siulannya.

Yang paling menghairankan kami, walaupun sudah hampir dua minggu berlalu,namun bau pacai dan setangi yang kami gunakan untuk menguruskan mayat beliau masih kuat baunya. Yang masih ku ingat, kakak dan kedua-dua abangku sering diganggu pak su, kerana semasa hayatnya pak su begitu mesra dengan mereka. Kakaklah yang sering melihat bayangan pak su. Abang-abangku pula sering diganggu semasa tidur, dicuit-cuit dihidungnya – kebiasaan pak su semasa hidupnya. Ibuku pulak sering terdengar bualan dan siulan adiknya itu. Isteri arwah pula sering terngigau-ngigaukan beliau. Beliau sering bermimpikan arwah pak su memesan agar beliau menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sempurna. Pernah juga isteri beliau terjaga kerana bermimpikan arwah pak su datang berjumpa dengannya lalu menunjukkan bekas jahitan post mortem pada tubuhnya.

Masih ku ingat ketika itu isteri pak su terjaga pada tengah malam sambil memekik nama pak su dan diikuti dengan salakan anjing yang mendayu-dayu. Sungguh menyeramkan ketika itu. Mungkin benar kata orang, roh orang yang baru mati akan berada di dalam rumah selama 40 hari. Kami sering mengaji dan membaca yasin serta berfatihah untuk disedekahkan kepada arwah tetapi kami hairan mengapa rohnya seolah-olah tidak tenteram. Apa yang menghairankan kami lagi ialah pada setiap hujung minggu ketika abang dan seorang lagi pakcikku menziarahi kubur allahyarham, terdapat lubang dihujung kaki atau di bahagian kepala kubur beliau.

Menurut pakcikku yang sorang lagi, lubang tersebut begitu dalam. Beliau cuba menyucuk lubang itu dengan kayu sepanjang 4 kaki dan dilepaskan, batang kayu itu terus jatuh ke bawah. Yang lebih menghairankan, apabila lubang di bahagian kakinya ditutup minggu ini, akan muncul pula lubang dibahagian kepalanya pada minggu depan. Begitulah keadaannya berterusan.

Kami pula sering berasa ketakutan – terutama sekali aku dan kakakku. Mentelah lagi salah sorang sahabat karib pak su pula dikatakan terkena “badi” beliau. Entah macam mana, dengan izin Allah swt. masuk minggu ketiga, nenekku (kini sudah arwah) bermimpikan pak su memberitahunya supaya membersihkan bilik bekas beliau dimandi dan dikapankan. Menurut arwah nenekku, pak su memberitahunya bahawa bilik itu tidak dibersihkan dengan betul. Masih terdapat bekas-bekas darah dan air mandi beliau yang bertakung dibawah tikar getah dalam bilik itu. Memang benar seperti kata Allahyarham di dalam mimpi arwah nenekku.

Keesokkan harinya, kami sekeluarga membersihkan bilik tempat Allahyarham dimandikan dan dikapankan – ternyata masih terdapat bekas-bekas darah dan air mandi beliau yang masih lembab di bawah tikar getah itu. Ayahku terus membakar tikar getah itu dan abunya ditanam. Kami sekeluarga lantas membersihkan bilik itu dengan lebih sempurna lagi. Hairannya, setelah itu kami sekeluarga tidak lagi diganggu. Kini sudah lebih 30 tahun berlalu, anak di dalam kandungan makcikku dulu sudah pun dewasa dan menjadi seorang isteri yang baik. Aku juga tidak pernah lupa mendoakan al-fatihah untuk allahyarham pak su setiap kali selepas solat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 04:48 PM | Show all posts
"Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan dan apa-apa yang di belakang, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi..... "
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 04:50 PM | Show all posts
euw...gerun sih!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Roh yg mati xkan dapt balik kedunia..dia akan sibuk dgn urusan alam kubur...
Yg datg tu mungkin syaitan yg dipanggil qarin..wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
huhuuu seram gilerrr.. kalau aku la sure dh tidur dgn mak pak aku..l
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 04:34 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 14-10-2013 06:13 PM
Roh yg mati xkan dapt balik kedunia..dia akan sibuk dgn urusan alam kubur...
Yg datg tu mungkin sya ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-10-2013 04:38 PM | Show all posts
ummukender posted on 14-10-2013 06:50 PM
huhuuu seram gilerrr.. kalau aku la sure dh tidur dgn mak pak aku..l



Tidur la n saya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pestol posted on 16-10-2013 04:34 PM

Itu yg dipanggil qarin.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 08:25 PM | Show all posts
Best kisah TT nie....mungkin waktu itu ( penceritaan ) zaman Singapura tahun era 1970an....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 09:39 PM | Show all posts
ex_klia posted on 16-10-2013 08:25 PM
Best kisah TT nie....mungkin waktu itu ( penceritaan ) zaman Singapura tahun era 1970an....

org singapura ke hiii selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 03:09 PM | Show all posts
seram kan....
best citer
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 03:28 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 14-10-2013 06:13 PM
Roh yg mati xkan dapt balik kedunia..dia akan sibuk dgn urusan alam kubur...
Yg datg tu mungkin sya ...

Ejekliiii... qarin nya... inilah yg ustaz akak citer jugak... Roh terus ke alam barzakh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 04:07 PM | Show all posts
peristiwa mcm ni pernah terjadi kat mak aku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
akakbosan posted on 17-10-2013 03:28 PM
Ejekliiii... qarin nya... inilah yg ustaz akak citer jugak... Roh terus ke alam barzakh.

Ada org percaya roh...sbb qarin ni mmg dia dok dgn kita dr lahir....
So mmg dia tau segla aktiviti kita...
Mmglah syaitn itu kerja menyesatkn manusia
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 06:02 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 17-10-2013 05:03 PM
Ada org percaya roh...sbb qarin ni mmg dia dok dgn kita dr lahir....
So mmg dia tau segla aktivit ...

Exactly itu yang ustaz saya kata...

And bila kita dah tak ada di dunia ni... tinggallah qarin yang kemudian akan "menyakat". Allahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 06:04 PM | Show all posts
hahaha adik beradik nenek belah emak ramai yang ada di singapura....biasa juga datang ke singapura...dengar nama jalan pun dah tau...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
akakbosan posted on 17-10-2013 06:02 PM
Exactly itu yang ustaz saya kata...

And bila kita dah tak ada di dunia ni... tinggallah qarin  ...

Yep... N qarin kita mmg bukn islam.... Hanya qarin Rasulullah saw jer islam dgn izin Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:05 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 17-10-2013 08:02 PM
Yep... N qarin kita mmg bukn islam.... Hanya qarin Rasulullah saw jer islam dgn izin Allah...

Exactlyyy.. Ustaz akak kata, either qarin Rasuluah SAW masuk Islam atau dia tunduk dan menurut cara Rasulullah sebab tak boleh menyesatkannya.. Allahua'lam bissawab.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
pestol posted on 16-10-2013 04:38 PM
Tidur la n saya

aku ni pondan.. ko nak tidur dgn aku ke..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 11:58 AM | Show all posts
pestol posted on 16-10-2013 04:38 PM
Tidur la n saya

hahaha bengong gamba nih..buat aku tegelak besar je kat opis nih..wakakkakakaka..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055462 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list