CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46219|Reply: 279

Kumpulan Diskusi billionaire

[Copy link]
Post time 15-11-2003 02:44 PM | Show all posts |Read mode
'Kesesatan syiah’ dan jawapan ringkas

salam
selamat berpuasa kepada kawan2 di Forum. Agak lama tidak berkunjung ke forum dan nampaknya telah ada beberapa pembaharuan.

bill lihat ada beberapa forumner yg pro ASWJ tanpa segan silu membangkitkan isu2 yg sebenarnya harus mereka ketepikan dahulu memandangkan isu2 sepenting Tsaqalain sehingga kini masih tinggal tidak berjawab. malah ada forumner baru yg tanpa benar2 mengenali Syiah,tidak mahu membaca jawapan2 Syiah; telah tanpa malu menafikan keislaman Syiah.

Remy-3d: Oleh kerana saya beranggapan Syiah terkeluar dari Islam, maka saya tidak sanggup makan sembelihan mereka


saudara Remy, apakah pada fikiran anda org yg menolak perintah Rasulullah saaw dan menafikan wasiatnya lebih Islam dari orang yg mengikuti dan mentaati wasiat dan saranannya? bukankah anda secara fanatik menolak hadis sahih wasiat Nabi saaw "Kitabullah dan Ahlul Bait"? kuman di seberang anda nampak! SIla ikuti thread ASWJ ataupun Syiah Imamiyyah: Kenali melalui ringkasan. ----------------------------------------------------------------------------------

[ Last edited by fleurzsa on 28-10-2004 at 09:46 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2003 02:45 PM | Show all posts
bukan main ghairah salagi saudara2 Islam kami dai ASWJ mempamerkan petikan2 dari laman2 web2 anti syiah dan mencari2 salah Syiah utk dipamerkan DI sini. Akhirnya, Syiah dihukumkan tersesat dalam mahkhamah yg mereka cipta sendiri. Mahkhamah adil manakah yg dapat memberi hukuman yg adil bilamana hakimnya, jurinya, dan semua isinya adalah dari kelompok yg sama dan yg diadili pula ialah org yg tidak dapat membela dirinya sendiri?

‘Kesesatan syiah’ dan jawapan ringkas:

Kesesatan 1: menolak sesetengah para sahabat
bill: Syiah tidak menolak sahabat melainkan yg berubah selepas Rasulullah saaw:
Sahih al Bukhari Bab ul Fitan Jil.9, kitab 88,
Narrated Usama bin Zaid:
Pernah sekali Rasulullah saaw berdiri di ketinggian bangunan di Mekah dan berkata (kepada orang ramai) "Apakah anda melihat apa yg saya lihat?" Mereka menjawab: "Tidak" Baginda saaw berkata: "saya melihat fitnah menimpa di celah2 rumah kamu seperti titisan hujan yg turun!"

Sahih al Bukhari mencatatkan bahawa Rasulullah saaw bersabda: "Ketika aku berdiri tiba2 datang sekelompok orang yg ku kenal. lalu keluarlah seorang antara kami dan berkata, 'Mari'. aku bertanya: 'ke mana?', apa kesalahan mereka? Dia menjawab, 'Mereka telah murtad sepeninggalanmu dan berbalik dari kebenaran.' Dan aku tidak melihat yg tersisa kecuali sedikit sekali, seperti sekelompok unta yg tidak mempunyai gembala."
Sahih Bukhari Hadis: 8.587


Jil 9, Book 88, Number 173:
Narrated 'Abdullah:
The Prophet said, "I am your predecessor at the Lake-Fount (Kauthar) and some men amongst you will be brought to me, and when I will try to hand them some water, they will be pulled away from me by force whereupon I will say, 'O Lord, my companions!' Then the Almighty will say, 'You do not know what they did after you left, they introduced new things into the religion after you.'"

Jil 9, Book 88, Number 172:
Narrated Asma':
The Prophet said, "I will be at my Lake-Fount (Kauthar) waiting for whoever will come to me. Then some people will be taken away from me whereupon I will say, 'My followers!' It will be said, 'You do not know they turned Apostates as renegades (deserted their religion).'" (Ibn Abi Mulaika said, "Allah, we seek refuge with You from turning on our heels from the (Islamic) religion and from being put to trial"

kerana itulah agaknya Rasulullah saaw tidak mahu memberi jaminan kepada Abu Bakar selepas Perang Uhud.

Imam maliki, Kitab al-Muwattha', pada bab Jihad, Section: The Martyrs in the Way of Allah, Book 21, Number 21.14.32:
Yahya related to me from Malik from Abu'n-Nadr, the mawla of Umar ibn Ubaydullah that he had heard that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said over the martyrs of Uhud, "I testify for them." Abu Bakar as-Siddiq said, "Messenger of Allah! Are we not their brothers? We entered Islam as they entered Islam and we did jihad as they did jihad." The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, "Yes, but I do not know what you will do after me." Abu Bakar wept profusely and said, "Are we really going to out-live you!"


2-Mempercayai al-Quran berubahbill: Padahal sudah dinyatakan berkali2 bahawa Syiah percaya al-Quran tidak berubah, tetapi org2 jahil musuh2 Syiah masih memetik tanpa memahami jawapan syiah terhadap isu ini:

http://almawaddah.hypermart.net/rencana/tahrif.htm

3- Mushaf fathimah a.sBill: musuh2 Syiah tanpa mahu benar2 mengkaji mengenai isu ini, dengan senang hati menuduh Syiah dengan yg bukan2 mengenai isu ini. Kami sedikitpun tidak pernah mengatakan bahawa Syiah mempunyai kitab bertentangan al-Quran al-Karim. Mengenai Mushaf ini:  

- Wahyu untuk Fatimah as.
Persoalannya di sini apakah ia mungkin atau tidak? Pertama kita perlu mengenal maqam Fatimah as. terlebih dahulu. Tiada siapa yang mengingkari bahawa ia adalah penghulu wanita sekian alam, yang paling mulia antara 4 wanita yang termulia. Kedua apakah Jibril boleh menurunkan wahyu untuk selain nabi. Yang mengatakan tidak bererti ia jahil tentang Al Quran. Dalam surah Ali Imran ayat 42 hingga 45 menceritakan pembicaraan jibril
dengan Mariam. Dan Fatimah as. lebih mulia dari Mariam. Riwayat tentang turunnya Jibril pada
Fatimah banyak dalam kitab-kitab syiah. Sudah tentu mereka yang menjauhinya tidak akan
meriwayatkan peristiwa tersebut.

Narrated from Abu Baseer, that he asked Imam al-Baqir about the Book of Fatima (mashaf). The Imam said, “it was sent to her from her Lord after the departure of her father”. I said, “does it contain anything from the Quran?” He said, “It does not contain anything from the Quran”.

4-Mutaah
bill: telah diterangkan dua kali dalam forum MM. Yg pertama telah hilang atau ‘dihilangkan’, dan yg kedua yg lebih ringkas dari yg pertama telah diterangkan DI dalam thread “Syiah Imamiyyah: kenali melalui ringkasan”

5-al-Bada
ASWJ seperti kebiasaan mereka yg suka memfitnah Syiah, tanpa usul periksa mengikuti kehendak nafsu mereka menuduh kami dengan yg bukan2 dan mengatakan kami berpegang dengan aqidah bada dan mengaitkannya dengan kejahilan Allah! Na’udzubillah!

"Abu 'Abdillah (peace be on him) said: 'No Bada occurs to Allah in anything but that it was in His knowledge before its occurrence."

"Abu 'Abdillah (a.s.) said: `Verily, Bada does not occur to Allah because of ignorance."'

"Mansur ibn Hazim says: `I asked Abu `Abdillah (peace be on him): "Can anything happen today which was not in the knowledge of Allah yesterday?" He said: "No. Whoever says it, may Allay humiliate him." I said: "Tell me, is it not that what has already happened and what is to happen upto the day of resurrection, is all in the knowledge of Allah?" He said: "Certainly, even before He created the creatures.""' (86)
http://www.wahhabism-info.com/AkhtarRizvi/Bada.htm

6-Abdullah bin saba’
Abdullah bin Saba' kali pertama dicatatkan oleh Umar bin saif at-tamimi.
Sayf adalah seorang penulis yang tidak dipercayai oleh kebanyakan penulis-penulis rijal seperti Yahya ibn Mu'in (w233/847H), Abu Dawud (w275H/888M), al-Nasai (w303H/915M), Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn (w353H/964M), Ibn Hibban (w354H/965M), al-Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim (w405H/1014M), al-Firuzabadi (w817H/1414M), Ibn Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti (w911H/1505M, dan al-Safi al-Din (w923H/1517M).
oleh itu, adalah menghairankan mengapa ASWJ masih terus berhujjah dengan Umar bin saif sedangkan ulamak2 mereka sendiri telah menolak penipu ini.

7-Raja’ah

bill: rajaah bermaksud dari segi bahasanya ialah kembali manakala dari segi teknikalnya dalam isu ini difahamkan sebagai ‘’kembalinya sekelompok manusia selepas mati dan ianya terjadi sebelum Kiamat’. Syiah mempunyai dalil2 mengenai ini dari sisi al-Quran. Antaranya ialah:

Maksudnya:" Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibahagi-bahagikan (dalam kelompok-kelompok)." (Al-Naml:83)

Hari yang disebutkan Allah SWT dalam ayat di atas, tentu bukan Hari Qiamat, kerana pada Hari Qiamat Allah membangkitkan semua umat manusia, sebagaimana yang difirmankanNya dalam ayat berikut:


Maksudnya:" Dan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka." (Al-Kahfi:47)

Dalam dua ayat di atas, Allah SWT menyatakan bahawa Hari Kebangkitan itu ada dua. Kebangkitan umum dan kebangkitan khusus. Hari yang dibangkitkannya segolongan orang-orang dari tiap-tiap umat itu bukan Hari Qiamat, jadi ia tidak lain adalah Yaumul Raja'ah.

Adapun tentang perincian Yaumul Raja'ah itu tidak ada hadith-hadtih sahih yang menyatakannya. Hadith-hadith yang menyebutkan tentang perincian Yaumul Raja'ah adalah hadith-hadith dhaif sama ada dari segi dalalahnya ataupun sanadnya. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Lutfollah Saafi Golpayegani dalam bukunya yang bertajuk "Aqidah Mahdi dalam Syi'ah Imamiyyah" menyatakan bahawa hadith-hadith perincian tentang Yaumul Raja'ah adalah hadith-hadith dhaif dan ditolak oleh ulama hadith syi'ah.
Aqidah Raja'ah mempunyai asas ajaran dalam al-Qur'an dan dinyatakan oleh para Imam Ahlul Bayt AS, oleh itu adakah wajar kita menolaknya?

Point Di atas dan lain2 isu tentang Syiah boleh anda ikuti DI
http://almawaddah.hypermart.net/rencana/Bahaya.htm

http://home.swipnet.se/islam/books/Shia-faith/04.htm#32
http://www.al-shia.com/html/eng/ ... -answer/036D711.HTM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2003 02:45 PM | Show all posts
8-imam maksum:
ASWJ menganggap tidak boleh disabitkan kemaksuman selain kepada para Nabi Rasul. Tetapi apabila Syiah memintakan dalil utk itu mereka tidak pernah berjaya membawakannya malah berpusing2 DI sekitar isu tersebut sebelum mencetuskan soalan2 dan isu2 lain pula.

Syiah, demi Allah, mempunyai hujjah2 berkenaan itu hanya orang2 yg mahu menilai secara adil sahaja insya Allah dapat melihatnya.

“Sesungguhnya Allah berkenan menyucikan kalian wahai Ahlul Bait, menyucikan kalian dengan sesuci2nya”
(Al-Ahzab 33)

“Ahmad Ibnu Hanbal dalam Musnadnya, jil.3, hlm.14, 17, 26 dan 59, terbitan Dar Shadir, Beirut, Lebanon.juga Riwayat at-Turmidzi, Jil.5, hlm.662-663, terbitan Dar Ihya at-Turats al-‘Arabi dengan lafaz hampir sama:

Telah berkata kepada kami Abdullah, “Telah berkata kepada kami Abi Tsana Abu an-Nadzar Tsana Muhammad, iaitu Ibnu Abi Talhah dari al-A’masy, dari ‘Athiyyah al-‘Ufi, dari Abu Said al-Khudri, dari Rasulullah saaw yang bersabda, “Aku merasa segera akan dipanggil (oleh Allah) dan aku akan memenuhi panggilan itu. Aku tinggalkan padamu dua perkara yang amat berharga, iaitu Kitabullah Azza Wajalla dan ‘Itrahku (Kerabatku). Kitabullah, tali penghubung antara langit dan bumi; dan ‘itrahku, Ahlul Baitku. Dan sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah berkata kepadaku bahawa keduanya tidak akan berpisah sehingga bertemu kembali denganku di Haudh. Oleh kerana itu, perhatikanlah bagaimana kamu memperlakukan keduanya itu.”

Oleh itu Syiah percaya bahawa Ahlul Bait a.s adalah suci kerana kekotoran tidak akan sama sekali hinggap kepada al-Quran manakala Ahlul Bait a.s pula adalah kembarnya dan tidak akan berpisah daripada Kitabullah selama2nya.

Kitab al-kafi dan lain2 kitab Syiah
Berbeza dengan ASWJ, Syiah tidak pengumpul2 hadis Syiah tidak menamakan kitab2 mereka sebagai ‘sahih’. Bukhari Muslim misalnya menamakan kitab mereka sebagai sahih, malah ASWJ meletakkan darjah ‘sahih’ kepada 6 kitab hadis utama mereka.

Masalah timbul apabila pihak Ahlul Sunnah tidak dapat membezakan antara hadith yang sahih atau sebaliknya dalam kitab-kitab Syiah. Menurut Imam Ja'far al-Sadiq AS hadith yang bercanggah dengan al-Qur'an hendaklah ditolak samasekali. Imam Ja'far al-Sadiq AS meriwayatkan sebuah Hadith dari datuknya Rasulullah SAWA [bermaksud]: " Setiap Hadith yang kamu terima dan bersesuaian dengan Kitab Allah tidak diragukan datangnya daripada aku dan Hadith-hadith yang kamu terima yang bertentangan dengan Kitab Allah, sesungguhnya bukan datang daripadaku." [Al-Kulaini, al-Kafi, Jilid I, Hadith 205-5].
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2003 02:48 PM | Show all posts

Khalifah Umar menghalang Nabi saaw menulis wasiat

salam

Tujuan thread ini dibuka ialah agar saudara2 kami ASWJ mengetahui antara sebab2 mengapa wujudnya Syiah dan ASWJ ini. Dan mengetahui juga isu2 dan persoalan2 pertama yg harus mereka kaji sebelum mencerca syiah.

Oleh itu, saudara2 kami ASWJ yg sering sahaja mencela Syiah dan mencari2 kesalahan mereka, kajilah isu2 yg dibangkitkan Di sini Di mana peristiwa Tragedi Khamis ini mempunyai nilai signifikan dalam perpecahan umat Islam.

[ Last edited by billionaire on 17-11-2003 at 02:38 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2003 02:53 PM | Show all posts
Namun begitu sedikit rentetan peristiwa perlu dinyatakan secara kronologi utk memahami sejarah perpecahan umat Islam ini.

---------------------------
1- Rasulullah saaw menunaikan Haji terakhir yg dikenali sebagai Haji Wida’ (perpisahan) – dalam keadaan panas terik Rasulullah saaw berkhutbah DI hapadan ratusan ribu umat Islam dan mewasiatkan umat agar berpegang dengan al-Quran dan Ahlul Bait. Hadis ini dikenali sebgai Hadis Tsaqalain. (Sahih Muslim, Juz 4, hlm.123, terbitan Dar al-Maarif Beirut Lebanon dll – sila rujuk thread ASWJ vs Syiah ataupun Syiah Imamiyyah: kenali melalui ringkasan)

2- Rasulullah saaw juga mengumumkan kepimpinan Imam Ali a.s yg disebut dalam hadis yg dikenali sebagai Hadis Ghadir Khum. "Barangsiapa yg aku adalah maulanya (pemimpinnya), Ali adalah maulanya!"

(Ahmad b.Hanbal, al-Musnad , IV, hlm. 370; Burhan al-Din al-Halabi, Sirah al-Halabiah , Cairo 1340 H, III, hlm. 302; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 65;Ibn Majah di dalam Sunannya, I, hlm. 55 -56; Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Aqd al-Farid, III, hlm. 38; Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa, hlm. 65 dan berkata al-Tirmidzi telah meriwayatkannya daripada Abu Sarihah atau Zaid bin Arqam daripada Nabi saaw beliau bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya...Dia juga meriwayatkan perkara yang sama di dalam Kunuz al-Haqa'iq di Hamish al-Jami' al-Saghir, II, hlm. 117. "Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya"Di dalam Is'af al-Raghibin, Hamisy Nur al-Absar, hlm. 51; Al-Baghawi di dalam Masabih al-Sunnah, II, hlm. 220; Abu Nu'aim Al-Isfahani di dalam Hilyah al-Auliya, IV, hlm. 23; Nathr al-Li'ali, hlm. 166; Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 10; Syaraf al-Muabbah, III; Al-Khatib di dalam Tarikh Baghdad, VII, hlm. 377; Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul. Asbab al-Nuzul, hlm. 150; Muhammad bin Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul, hlm. 100; Fakhruddin, Mafatih al-GhaibXII, hlm. 50; Imam Al-Tha'labi di dalam Tafsirnya,Tafsir al-Tha'labi, III, hlm. 120.; Al-Suyuti al-Durr al-Manthur; Ibn Sibagh al-Maliki Fusul al-Muhimmah, hlm. 23; Ibn Kathir al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 208 dll)

sila rujuk thread: Syiah Imamiyyah: kenali melalui ringkasan

3-sahabat mengucapkan tahniah atas perlantikan Imam Ali a.s
Al-Tabari di dalam bukunya al-Wilayah telah meriwawatkan hadis dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam dan diakhirnya dia berkata: "Orang yang pertama berjabat tangan (salam) dengan Nabi saaw dan 'Ali ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Muhajirin, Ansar, dan lain-lain sehingga beliau mengerjakan solat Zuhr dan 'Asr berjama'ah di dalam satu masa dan berpanjangan sehingga beliau saaw mengerjakan solat al-'Isya'in (solat Maghrib dan Isyak) di dalam satu masa. Para sahabat meneruskan bai'ah dan bertepuk tangan tiga kali." ( Kitab al-Wilayah, hlm. 18 dan seterusnya. )

Al-Darruqutni menyatakan bahawa Ibn Hajr telah meriwayatkan daripadanya di dalam fasal kelima, bab pertama al-Sawa'iq al-Muhriqah; Kuand Amir, Habib al-Siyar, III, hlm. 144. Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya,al-Musnad, IV, hlm. 281; al-Tabari di dalam Tafsirnya, Jami' li Ahkam al-Qur'an, III, hlm. 428; Ibn Mardawaih di dalam Tafsirnya,Tafsir al-Mardawaih, hlm. 58; al-Tha'labi, Tafsir al-Tha'labi, III, hlm. 428; al-Baihaqi di dalam al-Sunan I, hlm. 55-58; al-Khatib al-Baghdadi Tarikh al-Baghdad, VIII, hlm. 378; Ibnu al-Maqhazali, Manaqibnya, hlm.48-50. ; al-Ghazali di dalam Sirr al-'Alamain,hlm. 9; al-Syarastani di dalam al-Milal wa al-Nihal,hlm. 9-14; Abu l-Faraj Ibn al-Jauzi al-Hanbali dalam Manaqibnya hlm. 49.-60; Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib,III, hlm. 636; Muhibuddin al-Tabari di dalam Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 169; al-Hamawaini, al-Fara'id al-Simtin bab ketiga belas; al-Muqrizi di dalam al-Khutat, al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal, IV, hlm. 397; al-Samhudi di dalam Wafa' al-Wafa bi Akhbar Dar al-Mustafa II, hlm. 173.

4-Rasulullah saaw jatuh sakit dan ingin menuliskan wasiatnya, tetapi dihalang oleh Umar dan pengikutnya. Peristiwa ini dikenali sebagai Tragedi Khamis dan akan dibincangkan kemudian.

5-Rasulullah saaw wafat, para sahabat meninggalkan jenazah Nabi saaw utk menuntut jawatan khalifah. Ahlul bait a.s menyempurnakan jenazah suci Rasulullah saaw. (;ihat buku2 sejarah, dan kalau ada kesempatan bill akan muatkan rujukannya Di sini)

6- Baiah kepada Abu Bakar dilakukan dalam keadaan tergesa2, tanpa mengira pendapat majoriti umat Islam dan Ahlul Bait a.s. Umar mengakuinya dan mengatakan: “Jangan kalian membiarkan seseorang menipu dirinya sendiri dengan mengatakan bahawa pembaiatan kepada Abu Bakar adalah sesuatu kekeliruan kerana tergesa-gesa (faltah), namun telah selesai. Sebenarnya memang demikian!”
(Ibnu hisyam, Ibnu Ishaq dan Bukhari juga telah memetik khutbah ini dalam kitabnya pada bab 'Hukum rejam pada wanita hamil kerana berzina', jil.x, hlm.44. )

7- Ahlul Bait a.s menyembunyikan diri DI rumah Sayyidatina Fathimah a.s dan tidak meredhai perlantikan tergesa2 Abu Bakar sebagai khalifah. (dalam satu riwayat Umar berkata: "Kita mendapat khabar bahawa Ali dan Zubair serta beberapa orang bersamanya memisahkan diri dari kita dan berkumpul di rumah fathimah" (Musnad Ahmad, Jil. hlm.55; tabari, Jil.2, hlm.466; Ibnu Atsir, jil.2, hlm.124; Ibnu katsir, jil.5, hlm.246)

8- Abu Bakar mengarahkan rumah Ahlul bait a.s diserbu:
pada akhir hayatkany Abu Bakar berkata:  “Tidak ada satu pun yang saya sesalkan dari dunia ini kecuali tiga hal yang telah saya lakukan. Saya sangat berharap tidak melakukannya....(sehingga yang ketiganya)... saya sangat berharap tidak menyerbu/menyelongkar rumah rumah Fathimah, meskipun mereka menguncinya untuk melakukan perperangan."
(Tarikh Tabari, jil.2, hlm.619; Muruj az-Zahab, jil.1, hlm.414; Iqdul Farid, jil.3, hlm.69; Kanzul Ummal, jil.3, hlm.135; al-Imamah wa as Siyasah, jil.1, hlm.18; Tarikh adz-Dzahabi, jil.1, hlm.388.)

9-Serangan ke atas rumah Ahlul Bait a.s diketuai Umar al-khattab.
(Lihatlah dalil2 Syiah mengenai bagaimana Umar dan konco2nya menyerang rumah Sayyidatina Fathimah a.s DI thread Syiah Imamiyyah: kenali melalui ringkasan.)

10- Perampasan Fadak milik Sayyidatina Fathimah a.s oleh regime Abu Bakar
. Certainly, Abu Bakr snatched Fadak from Fatimah (as)
Sunni references:
 Sharah, Jil 16 p 219
 Wafa al Wafa (as Samhudi), Jil 3 p1000
 Sawaiq al Muhriqah, p 32
(Lihatlah dalil2 Syiah di thread Syiah Imamiyyah: kenali melalui ringkasan)

11- Kesyahidan Sayyidatina Fathimah a.s. selepas rumahnya diserang, dan Fadak dirampas, sayyidatina Fathimah a.s menjauhkan diri dari Abu bakar dan regimenya. Bukhari mencatatkan (Sahih BukhariJil 5, Book 59, Number 546)
: “…So she became angry with Abu Bakr and kept away from him, and did not task to him till she died. She remained alive for six months after the death of the Prophet. When she died, her husband 'Ali, buried her at night without informing Abu Bakr and he said the funeral prayer by himself…” lain2 ulamak yg meriwatkan kisah pengkebumian rahsia ini termasuklah Mustadrak, al Hakim, Jil,3 hlm.162-63; Ibnu Hisyam, Ansab al Ashraf, Jil 1 hlm.402, 405; al Istiab, Jil 4 p 1898; Usudul Ghabah, Jil 5 p 524-25; al Isabah, Jil 4 p 379-80; Tabaqat, Ibn Sa'ad, Jil 8 p 19-20; Sharah, Ibn al HAdid, Jil 16 p 279-81



12- Umat Islam berpecah kepada dua kumpulan utama:
- A)- yg mengikuti Abu Bakar dan Umar – mendokong doktrin2 keduanya dan menjadi ASWJ
- B)- yg tetap bersama Ahlul Bait a.s – dikenali sebagai Syiah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2003 02:59 PM | Show all posts
Tragedi khamis:

Peristiwa Umar menolak dan menghalang Rasulullah saaw menuliskan wasiatnya ini dikenali sebagai Tragedi Hari khamis dan diriwayatkan oleh ahli2 hadis pelbagai mazhab dalam Islam.  


Ianya disampaikan oleh semua pengarang sahih dan sunan, dan telah di dokumenkan oleh ramai ahli hadis dan ahli sejarah. Mencukupi bagi kita apa yg al-Bukhari, di dalam bhg pada memperkatakan kenyataan Rasulullah saaw yang sedang sakit: "Pergi jauh dari saya," pada ms 5, Jil. 4, dari Sahihnya, di mana pengarang bergantung pada penyampaian `Ubaydullah ibn Abdullah ibn `Utbah ibn Mas`ud yang menyebutkan dari Ibn `Abbas sebagai berkata bahawa apabila kematian menghampiri Rasulullah saaw, rumah baginda penuh dengan manusia termasuk `Umar ibn al-Khattab. Rasulullah saaw berkata:

"Biar saya tuliskan untuk kamu sesuatu yang akan selamanya menyelamatkan kamu dari kesesatan selepas saya." `Umar berkata: "Rasul sedang mengalami kesakitan, dan ada bersama kamu al-Quran; maka Kitab Allah mencukupi bagi kami." Mereka yang hadir disana telah berbalah diantara mereka, dan perbalahan mereka bertukar menjadi pertengkaran. Sebahagian mereka berkata: "Mari rapat kepada baginda supaya baginda dapat menuliskan sesuatu untuk kamu yang akan menyelamatkan kamu dari kesesatan selepas baginda," sedangkan yang lain mengulangi apa `Umar telah katakan. Apabila perbalahan dan pertengkaran memuncak di dalam kehadiran Rasul saaw, baginda berkata kepada mereka: "Pergi jauh dari saya." Ibn `Abbas selalu berkata: "Bencana, bencana sebenar, adalah apa yang menyebabkan Rasulullah saaw membatalkan dari menulis apa yang baginda hendak tuliskan, disebabkan dari perbalahan dan pertengkaran mereka."

Tidak terdapat perselisihan mengenai kesahihan hadith ini, tidak juga peristiwa dimana ia diucapkan. Al-Bukhari menyebutnya di dalam huraian pada ilmu pengetahuan Jil. 1, dari hasil kerjanya, dan terdapat juga ditempat-tempat yang lain dimana para penyelidik telah mengetahuinya. Dia menyebutnya dibeberapa tempat di dalam sahihnya. Muslim, juga menyebutnya pada penghujung wasiat Rasul saaw di dalam buku sahihnya di muka surat 14, Jil. 2.

Ahmad menyebutkan hadith Ibn `Abbas di dalam Musnad. Rujuk pada ms 325 dari jilidnya yang pertama. Ianya telah disampaikan oleh semua pengarang tradisi dan buku sejarah, setiap penulis menyuntingnya tetapi masih mengekalkan intipatinya, mengulangi fakta bahawa Rasul saaw telah disebutkan sebagai "meracau" atau "terganggu fikiran" Tetapi mereka juga mengatakan bahawa `Umar telah berkata: "Rasul saaw sedang mengalami kesakitan" hanya untuk memperelokkan kenyataan, dan mengurangkan sentimen mereka yang mendapatinya sebagai satu penghinaan.


Para Ahli hadis apabila menyebut Nama Umar secara jelas DI dalam hadis2 Tragedi Khamis, mereka menikgutkan dengan kata2nya “Sesungguhnya Rasul sedang dalam kesakitan”. Tetapi apabila nama Umar tidak disebut secara jelas, anda akan dapat melihat kata2 yg lebih kasar sebenarnya telah diucapkan iaitu “Nabi sedang meracau!” Ini dilihats ebagai usaha utk menjaga kemuliaan Umar.


Untuk menyokong fakta ini, apa yang Abu Bakr Ahmad ibn `Abdul-`Aziz al-Jawhari telah katakan di dalam bukunya yang bertajuk Al-Saqifah, bergantung dari penyampaian Ibn `Abbas dan menyebutkannya sebagai berkata,

"Apabila kematian menghampiri Rasulullah saaw, terdapat manusia hadir di dalam rumah baginda diantara mereka adalah `Umar ibn al-Khattab seorang darinya. Rasulullah saaw berkata: `Bawakan saya dakwat dan tempat tulis supaya saya dapat menuliskan kepada kamu sesuatu yang akan menyelamatkan kamu dari kesesatan selepas saya.' Mereka yang hadir dirumah baginda berbeza diantara mereka dan bertengkar, sebahagiannya berkata `Marilah rapat dan lihat apa yang Rasul tuliskan untuk kamu,' sedang yang lain mengulangi apa yang `Umar telah katakan. Apabila perbalahan dan pertengkaran bertambah, Rasulullah saaw, menjadi marah dan berkata: `Pergi jauh dari saya," seperti yang tertulis dimuka surat 20, Jil. 2, dari Sharh Nahjul Balaghah [Ibn Abul Hadid].

Di dalam Bab pada memberikan hadiah kepada perwakilan, di dalam bukunya Al-Jihad wal Siyar, ms 118, Jil. 2, al-Bukhari berkata:

"Qabsah menyampaikan tradisi kepada kami dari Ibn `Ayinah, Salman al-Ahwal, dan Sa`id ibn Jubayr, semuanya secara turutan menyebutkan Ibn `Abbas sebagai berkata: `Pada hari Khamis – Apakah hari; Hari Khamis itu...,' dan beliau mula menangis sehingga air matanya membasahi batu, kemudian beliau mula berkata, "...kesakitan Rasul Allah bertambah pada hari Khamis itu; maka baginda mengarahkan kami untuk membawa peralatan tulisan supaya baginda dapat menuliskan untuk kami sesuatu yang dengannya kita akan terselamat dari sesat selepas baginda, tetapi manusia berbalah, setelah mengetahui bahawa tiada siapa boleh berbalah dikehadiran mana-mana Rasul, dan mereka berkata: `Rasul Allah telah meracau.'(hajara) Baginda saaw kemudian berkata: `Tinggalkan saya, kerana sakit yang saya deritai lebih tertanggong dari apa yang kamu katakan kepada saya,' dan baginda meninggalkan di dalam wasiatnya sebelum baginda wafat tiga perkara: mengeluarkan segala musyrik dari tanah Arab, untuk memberi hadiah kepada perwakilan dengan cara yang sama baginda saaw pernah menghadiahkan kepada mereka,' dan saya terlupa yang ketiga."[1]

Hadith yang sama juga diceritakan oleh Muslim pada penghujung Bab yang berkaitan dengan wasiat di dalam buku sahihnya, dan oleh Ahmad di dalam hadith Ibn `Abbas pada muka surat 222, Jil. 1, dari hasil kerjanya, dan oleh semua tradisionis yang lain. Di dalam Bab wasiat di dalam sahihnya, Muslim menyebut Sa`id ibn Jubayr pada satu tempat, dan Ibn `Abbas di tempat yang lain, sebagai berkata, "Khamis itu, O apakah hari; hari Khamis itu...," dan air matanya terus mengalir, ianya kelihatan seperti mutiara yang tersusun, kemudian dia terus berkata: "Rasulullah saaw berkata: `Bawakan saya tempat tulis dan bekas dakwat,' atau bekas tulis dan sedikit dakwat, `supaya saya dapat menuliskan untuk kamu sesuatu dimana kamu tidak akan sesat;' maka sebahagian dari manusia berkata: `Rasul Allah telah meracau.'"


--------------------------
Sesiapa yang menyelidik insiden yang keji ini di dalam buku-buku sahih akan mendapati bahawa orang pertama untuk mengatakan bahawa Rasul Allah meracau adalah sesungguhnya `Umar, dan sebahagian dari mereka yang hadir disana kemudian mengikut jejaknya. Di dalam hadith yang pertama, kamu telah dengar Ibn `Abbas berkata:[3]

"Mereka yang hadir dirumah baginda berbeza diantara mereka dan berbalah, sebahagian mengatakan ` Marilah rapat dan lihat apa yang Rasul tuliskan untuk kamu,’ sedangkan yang lain mengulangi apa yang `Umar telah katakan," i.e. "Rasul Allah telah meracau."

Di dalam hadis yang lain oleh al-Tabrani, di dalam Awsat, dan pada ms 138, Jil. 3, dari Kanz al-`Ummal, `Umar telah disebutkan sebagai berkata:

"Apabila Rasul jatuh sakit, baginda berkata: `Bawakan kepada saya papan tulis dan bekas dakwat, supaya saya dapat menuliskan untuk kamu sesuatu yang mana selepasnya kamu tidak akan sesat;' maka wanita disebalik tirai berkata: `Tidakkah kamu mendengar apa yang Rasulullah saaw telah katakan?'" `Umar terus berkata: "Saya katakan kepada mereka: `Kamu adalah seperti wanita yang menyanjung Yusof; apabila Rasul Allah jatuh sakit, kamu perahkan mata kamu, dan apabila baginda sihat, kamu panjat tengkoknya!" Dia meneruskan katanya: "Rasul Allah kemudian berkata: `Tinggalkan saya, kerana mereka itu lebih baik dari kamu.'"
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2003 03:01 PM | Show all posts

mengapa Umar dan umat menolak wasiat ini?

anda boleh lihat bahawa mereka tidak pernah melaksanakan pengertian hadis ini. Jika mereka telah melakukannya, mereka telah terselamat dari kesesatan. Mereka dengan tanpa segan dan takut kepada Allah telah mengatakan: “Kitab Allah mencukupi bagi kami," seakan baginda tidak tahu status kedudukan kitab Allah DI antara mereka, ataupun mereka lebih mengetahui dari baginda mengenai sifat-sifat dan manfaatnya. Semoga mereka telah merasa puas dengan semua itu, selain dari mengejutkan baginda dengan kenyataan mereka yang keji: "Rasul Allah telah meracau," ketika baginda sedang menanggong kesakitan kematian. Apakah jenisnya ucapan selamat tinggal untuk Rasulullah saaw ini?

Mereka tidak mematuhi arahan Rasul disebabkan mereka telah merasa puas dengan kitab Allah seperti yang mereka katakan, seolah mereka tidak pernah membaca ayat:

"Apa sahaja yang Rasul berikan kepada kamu, ambillah, dan tinggalkan apa sahaja baginda melarang kamu darinya, patuhlah kepada baginda (Qur'an, 59:7)."

Mereka katakan: "Rasul Allah telah meracau," seolah mereka tidak pernah membaca ayat:

"Ianya adalah perkataan pesuruh yang mulia, yang diberi kuasa oleh yang mempunyai ‘Arasy, keamanan kepada mereka yang patuh kepadaNya; sesungguhnya sahabat kamu tidak gila (Qur'an, 81:19-22),"

dan kenyataaNya awj,

"Ianya adalah perkataan pesuruh yang mulia, bukan penyair, sedikit yang kamu percayai, tidak juga kata-kata rahib, sedikit yang kamu ingat; ianya adalah wahyu dari Tuhan sekelian alam (Qur'an, 69:40-43),"

dan kenyataanNya awj,

"Sahabat kamu tidaklah sesat, tidak juga dia mengikuti kehendaknya, dia tidak menyebutkan dari kehendaknya; ianya adalah apa yang telah disampaikan kepadanya dari wahyu; dia telah diajarkan oleh yang maha Berkuasa (Qur'an, 53:2-5),"

sebagai tambahan kepada banyak lagi ayat seperti itu yang penuh dengan hikmah ilahi, semuanya mengesahkan mengenai baginda yang terpelihara dari meracau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2003 03:05 PM | Show all posts

Mengapa Umar menolak wasiat Nabi saaw II?

Bahkan akal sendiri mengesahkan kepada perkara yang sedemikian, tetapi mereka sedar kepada fakta bahawa baginda, Rasulullah saaw berhasrat untuk memperkukuhkan ikatan kedudukan khalifah, dan menekankan bahawa ianya dimonopoli oleh ‘Ali seorang khasnya, dan para Imam diantara keturunannya yang disucikan secara amnya; maka mereka telah menjadi batu penghalang untuk baginda saaw melakukannya; seperti yang diakui oleh khalifah kedua sendiri di dalam perbualannya secara sulit yang dilangsungkan dengan Ibn `Abbas...! (baris 27, ms 114, Jil. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh Ibn Abul Hadid. (akan dilihat sebentar lagi) }

Jika anda pertimbangkan kenyataan baginda saaw,

"Bawakan saya papan tulis dan bekas dakwat, supaya saya tuliskan untuk kamu sesuatu yang mana kamu tidak akan sesat selepas saya,"
dan kenyataan baginda saaw di dalam hadith Dua Perkara Berat:

"Saya tinggalkan dengan kamu, yang mana selagi kamu berpegang teguh, ianya tidak akan membiarkan kamu sesat: Kitab Allah dan keturunan saya, Ahl al-Bayt,"

. Sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu dua perkara yg amat berharga, yang pertama adalah kitab Allah, yang merupakan tali Allah. Barangsiapa yang mengikutinya, maka dia berada di atas petunjuk, dan barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia berada di atas kesesatan.” Kemudian Rasulullah saaw melanjutkan sabdanya: “Adapun yang kedua adalah Ahlul Baitku. (Sahih Muslim, Juz 4, hlm.123, terbitan Dar al-Maarif Beirut Lebanon.)


dengannya kamu akan mengetahui tujuan kedua hadith adalah sama, dan bahawa baginda saaw berhasrat, walaupun ketika sakit, hendak menuliskan untuk mereka secara khusus arahan yang membayangkan di dalam hadith Dua Perkara Berat [al thaqalain].


Dan Umar sebaik sahaja mendengar Rasulullah saaw menyebut “sesuatu yang mana kamu tidak akan sesat selepas saya," segera menghalang wasiat yg ingin dijadikan dokumen bertulis dan menyatakan dengan terang dan bersungguh2 menghalang Rasulullah saaw dengan berkata : “Cukuplah bagi kami Kitabullah!” seolah2 memberi isyarat “Kami tidak perlukan Ahlul Bait !”  

------------------------------------------------------------------------------------
Dialog Umar dan Ibnu Abbas:

Umar: "Bagaimana anda meninggalkan sepupu anda [keadaannya]?"

Ibn `Abbas berkata bahawa beliau berfikir `Umar memaksudkan `Abdullah ibn Jaafar; maka beliau  menjawab:
Ibnu Abbas: "Saya tinggalkan dia bersama-sama dengan kawan-kawannya."

Umar berkata: "Saya tidak maksudkan dia; maksud saya yang teragung diantara kamu, Ahl al-Bayt."

Ibn `Abbas:"Saya tinggalkan beliau terusir, mengali parit sambil membaca al-Quran."

`Umar berkata: "Wahai `Abdullah! Saya meminta kamu janganlah malu tetapi beritahu saya jika beliau masih lagi mengambil berat mengenai isu khalifah."

Ibnu Abbas menjawab ya. Kemudian ‘Umar bertanya:
Umar: "Adakah beliau mengatakan bahawa Rasulullah saaw telah memilihnya untuk itu?"

Ibn `Abbas menjawab: "Sesungguhnya! Ya! lebih-lebih lagi saya tanyakan kepada bapa saya jika ada terdapat kenyataan yang dibuat oleh Rasul Allah mengenai pemilihan beliau untuk khalifah, dan bapa saya memberitahu saya bahawa itu adalah benar."

Umar berkata: "Rasul Allah memandang tinggi kepada beliau melalui percakapan dan tindakan dengan cara yang tidak meninggalkan sebarang hujah mahupun alasan untuk sesiapa, dan baginda terus menduga ummah mengenai beliau untuk beberapa waktu; bahkan ketika baginda [sebelum wafatnya baginda], baginda berhasrat untuk menamakan beliau untuk nya, tetapi sayalah yang menahan baginda."

( Imam Abul-Fadl Ahmad ibn Abu Tahir di dalam bukunya Tarikh Baghdad, menunjukan pencanya yang dipercayai adalah Ibn `Abbas. Ianya juga telah disebutkan oleh ulama Mu`tazilite yang membincangkan `Umar di dalam buku Sharh Nahjul Balaghah, ms 97, Jil. 3. ) kalau tak silap bill, Tabari ada memetik dialog Di atas, tapi buat masa ni bill kekurangan sumber utk itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2003 03:12 PM | Show all posts
Menentang Nabi saaw adalah kesesatan yg nyata!

Umar walaupun mengatakan sudah cukup al-Quran buatnya dan manusia, dia sendiri nampaknya mengabaikn ayat al-Quran yg mengatakan:

“Apa sahaja yang Rasul berikan kepada kamu, ambillah, dan tinggalkan apa sahaja baginda melarang kamu darinya, patuhlah kepada baginda (Qur'an, 59:7)."

dan juga:

"Dan tidaklah patut yang beriman lelaki tidak juga yang beriman wanita mempunyai sebarang hak, apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan sesuatu perkara, untuk mereka mengikuti pandangan mereka, dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya adalah pasti telah sesat dengan kesesatan yg nyata (Qur'an, 33:36)."

Apakah anda mengatakan tindakan Umar ini benar?
------------------------------------------------------
berbeza dengan ASWJ yg membersihkan para sahabat dari kesalahan (seolah memaksumkan mereka), Syiah tidak memuliakan seseorang berdasarkan pangkat dan kedudukannya. bagi sesetengah orang, mereka menjadikan para sahabat ini kebal dari sebarang kritikan malah kebal dari teguran al-Quran. Mereka percaya bahawa para sahabat berijtihad dan setiap kesalahan mereka lakukan tetap mendapat pahala dari Allah! bukankah ini seolah2 memaksumkan mereka dari sebarang kesalahan? Malah sesetengah umat ini juga berpegang kepada hadis2 yg dicatatkan hanya dari sisi mereka sahaja utk membela para sahabat tidak kira sebesar mana kesalahan mereka dan sekalipun telah terbukti!

DI situ ada Ahlul Bait a.s yg dijamin kesuciannya oleh al-Quran dan hadis, maka kami mengikutinya dan meninggalkan orang2 yg menolak Nabi saaw yg dinyatakan al-Quran sebagai tersesat.  oleh kerananya, umat menuduh dan menyesatkan kami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2003 03:28 PM | Show all posts

al-bada' dari pandangan Syiah (BUKAN ASWJ)

Salam,

Al-Bada' ialah suatu keinginan untuk melakukan sesuatu tetapi kemudian keinginan tersebut berubah kepada sesuatu yang tidak diinginkan sebelumnya, dikarenakan suatu hal lain.

Adapun pendapat Syi'ah mengenai Bada' dan usaha mengaitkannya kepada Allah Ta'ala telah dicemooh oleh Ahlussunnah, karena menurut ahlusunnah konsekuensi akan hal itu adalah menisbatkan kejahilan dan kebodohan kepada Allah SWT. Tuduhan itu suatu penafsiran yang batil dan Syi'ah tidak pernah mengatakan demikian, barangsiapa yang menuduh mereka berbuat demikian, maka ia telah melakukan suatu kebohongan, sebagai bukti inilah pendapat-pendapat mereka baik dahulu maupun sekarang :

Berkata Syaikh Muhammad Ridla Al-Muzhaffar dalam kitabnya "Aqaid Al-Imamiyah" : "Bada' dengan pengertian seperti itu adalah mustahil bagi Allah Ta'ala, karena ia termasuk dari kejahilan dan kekurangan yang mustahil bagi Allah Ta'ala dan bukan juga dari pendapat Imamiyah".

Berkata Imam Ash-Shadiq (AS) : " Barang siapa mengatakan bahwa Allah telah berkehendak melakukan sesuatu lalu menyesalinya maka menurut Kami ia telah kafir terhadap Allah yang Maha Agung". Dan beliau (AS) berkata lagi : "Barangsiapa mengatakan bahwa Allah telah berkehendak melakukan sesuatu yang tidak diketahui sebelumnya maka Aku berlepas diri darinya".

Kalau begitu Bada' yang dikatakan Syi'ah tidak melebihi batas-batas Al-Quran yang menyebutkan firman Allah : " Allah menghapus apa yang  Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuzh) ". [Q.S. Ar-Ra'd 39]

Pendapat Bada' ini sebenarnya juga diyakini oleh Ahlussunnah Waljama'ah seperti juga Syi'ah. Namun mengapa Syi'ah yang menjadi sasaran cemuhan dan bukan Ahlussunnah yang berpendapat bahwa Allah SWT merubah hukum-hukum dan menukar ajal dan rizki seperti dalam beberapa riwayat berikut ini.

Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dn Al-Baihaqy telah menyebutnya dalam As-Syu'ab dari Qais bin Ubbad, katanya : "Allah mempunyai instruksi pada setiap malam kesepuluh dari bulan-bulan suci, sementara pada 10 Rajab Allah menghapus apa yang Dia kehendaki dan menetapkannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2003 03:30 PM | Show all posts
Bukhari meriwayatkan dalam Sahih-nya, suatu kisah yang ajaib dan aneh yang
menceriterakan peristiwa mi'raj-nya Rasul SAWW dan pertemuan beliau dengan Tuhannya, di antaranya Rasulullah SAWW bersabda :

"Lalu diwajibkan padaku 50 kali shalat dan aku terima, ketika aku bertemu dengan Musa, ia bertanya : 'Apa yang kamu perbuat ?', aku jawab : 'Telah diwajibkan kepadaku 50 kali shalat'. Musa berkata : 'Aku lebih tahu tantang urusan manusia dari pada kamu, aku telah menghadapi bani Israil dengan susah payah dan sesungguhnya ummatmu tidak akan sanggup menunaikannya, kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan'. Maka aku kembali meminta keringanan dan dijadikannya 40 kali. Musa masih mendesakku untuk kembali, maka dijadikannya 30 kali, aku kembali lagi dan dijadikannya 20 kali, aku kembali lagi dan dijadikannya 10 kali, lalu aku mendatangi Musa dan beliau berkata hal yang sama, lalu Allah menjadikannya 5 kali. Kemudian aku mendatangi Musa lagi, Musa bertanya : 'Apa yang telah engkau  perbuat?', aku katakan : 'Allah telah menjadikannya 5 kali', maka Musa mendesakku lagi, maka aku berkata aku telah mengucapkan salam dan aku diberitahu bahwa aku telah menjalankan tugasku, kemudian Allah berfirman : 'Aku telah memberi keringanan kepada hamba-hamba-Ku dan Aku akan membalas setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda ".

Dalam riwayat lain  yang dinukil oleh Bukhari dikatakan bahwa setelah Nabi
Muhammad Saww menghadap Tuhannya beberapa kali dan setelah mendapat kewajiban 5 kali shalat, Musa AS meminta supaya Muhammad SAWW kembali lagi menemui Tuhannya untuk mendapat keringanan karena ummatnya tidak akan sanggup melakukan 5 kali shalat, akan tetapi Muhammad SAWW menjawab : "Aku malu kepada Tuhanku".

Ref.

1.       Sahih Bukhari, bab "Mi'raj".

2.       Shahih Muslim, bab "Isra' Rasulullah dan kewajiban shalat".

Apakah ini bukan Bada' ?
Sungguh ajaib pengertian Bada' yang diriwayatkan oleh Ahlussunnah Wal-Jama'ah ini, namun sungguhpun demikian mereka mencemooh Syi'ah yaitu para pengikut Imam Ahlul Bait (AS) yang mempercayai Bada' seperti yang dimaksud dalam [Q.S. Ar-Ra'd 39].
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2003 03:33 PM | Show all posts
Barangkali ada orang yang merasa keberatan kalau dikatakan bahwa perkataan Bada' itu juga terdapat dalam Ahlussunnah seperti dalam kisah di atas, sekalipun memberi arti perobahan dan penukaran dalam perkara hukum. Karena sering kali jika kisah Mi'raj ini dikemukakan untuk membuktikan bahwa pendapat Bada' juga ada pada Ahlussunnah, maka sebagian dari mereka merasa keberatan menerimanya. Karenanya ada baiknya saya bawakan riwayat lain dari Sahih Bukhari yang menyebutkan perkataan Bada' secara persis.

Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAWW bersabda :

"Sesungguhnya terdapat tiga orang dari Bani Israil yang mana mereka itu terdiri dari; seorang belang, seorang buta dan seorang lagi botak, maka Allah berkehendak merubahnya (Bada') dengan menguji mereka, maka Allah mengutus seorang malaikat kepadanya dan berkata kepada si belang : "Apakah gerangan yang paling engkau sukai ?" ia menjawab : "warna dan kulit yang lebih baik karena semua orang merasa jijik terhadapku". Lalu malaikat itu mengusapnya dan pergi, maka berubahlah warna dan kulitnya menjadi baik, kemudian bertanya padanya : "Harta apakah yang paling engkau senangi ?", ia menjawab : "Unta", maka diberinya seekor unta yang sedang hamil 10 bulan. Lalu mendatangi si botak dan menanyakan : "Apakah gerangan yang paling engkau sukai ?", ia menjawab : "Rambut indah yang dapat menutupi botakku karena semua orang mengejekku", maka malaikat itu mengusapnya dan menghilangkan botaknya dengan rambut yang indah, kemudian bertanya kepadanya : "Harta apakah yang paling engkau senangi ?", ia menjawab : "Sapi", maka diberinya seekor sapi yang sedang hamil. Kemudian mendatangi si buta dan bertanya : "Apakah gerangan yang paling engkau sukai ?", ia menjawab : "Aku ingin supaya Allah mengembalikan pengelihatanku", maka ia mengusapnya dan Allah kembalikan padanya pengelihatannya, ia bertanya lagi : "Harta apakah yang paling engkau senangi ?", ia menjawab : "Kambing", maka diberikan kepadanya seekor kambing yang subur. Kemudian malaikat itu kembali menemui mereka setelah masing-masing mempunyai ternak unta, sapi dan kambing yang banyak, lalu ia mendatangi si belang, si botak dan si buta untuk meminta kembali apa yang telah menjadi miliknya, tetapi si botak dan si belang menolak memberikan padanya maka Allah kembalikan mereka seperti keadaan asalnya, sementara si buta memberinya maka Allah kekalkan penglihatannya ".
Ref. :
Sahih Bukhari, juz 2, hal. 259.


Saya juga berharap agar umat Islam membuang rasa fanatik buta yang telah didoktrinkan selama ini, serta meninggalkan perasaan emosi, supaya "akal" dapat mengambil tempatnya dalam setiap penelitian sekalipun terhadap musuh-musuh mereka, dan hendaknya mereka belajar dari Al-Quran mengenai cara-cara pembahasan, diskusi dan perdebatan dengan metode yang baik. Sebagaimana firman Allah dalam [Q.S. Al-Ankabut 46] : "Janganlah kalian berdebat dengan kaum ahlil kitab kecuali dengan cara yang
paling baik".
Wassalaam,
Muh. Anis

artikel ini dan seumpanya boleh dilihat http://www.fatimah.org

[ Last edited by billionaire on 15-11-2003 at 03:36 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2003 03:47 PM | Show all posts

siapa yg mengumpulkan ASWJ kepada 4

salam

ada sebuah soalan yg memerlukan sebuah jawapan. ianya ringkas saja.

Siapa yg memasukkan 4 mazhab ke dalam AWSJ, dan mengeluarkan yg lain daripadanya? Apakah Nabi saaw memasukkan Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali ke dalam sebuah kumpulan, dan mengeluarkan mazhab Jafari, Auzaie, dsbg daripadanya? Kalau tidak maka siapa yg memasukkan ke 4 nya ke dalam sebuah kumpulan, dan agaknya pada tahun berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2003 12:33 PM | Show all posts
Masya Allah, beratnya tuduhan bill terhadap S. Umar bin al-Khattab r.anhu ni. Ish ish ish ... sampai hati bill kata macam tu yer di bulan Ramadhan yang mulia ini ... S. Ali dan AB pun tak ada kata macam tu. Tup tup bill kata lagu tu. Bill ada kot masa Tragedi Khamis tu ? Jgn mare, gurau je.

Saya tengok banyaknya rujukan bill sebut. Hebat, hebat. al-Tabari yang tulis kitab al-Wilayah tu al-Tabari yang mana satu? Pengarang kitab Tafsir yang masyhur tu ke atau al-Tabari lain. Yang ini terpikul atas bahu kami ke nak kena sahkan dan selidik dulu? ...

Apa pun bill, tak apalah. Anda begitu membenci mereka dua orang tu, S. Abu Bakar dan S. Umar, dan internet ni bebas. Tak ada orang boleh saman anda nak kata apa-apa hatta kat para Sahabat Rasulullah s.a.w. Tapi saya bila baca geram juga. Macam anda lah juga yang geram bila kita kata kat Syiah kan... Tapi kan bill, kalau anda perhatikan, kami tak kata kat S. Ali dan AB. Kami kata kat puak-puak (macam anda dan penulis artikel yang anda terjemahkan di sini) yang mengaku ikut mereka tu. Bagi kami, S. Ali dan AB samalah dgn S. Abu Bakar dan S. Umar. Mereka semua masuk bawah assabiqun al-awwalun yang Allah sebut dalam surah al-Taubah tu...

Bila baca tu timbul rasa geram. Geram tu bukan sbb apa. Sebab bohong banyak sangat! Bila geram timbul rasa nak jawab. Bila nak jawab, tak boleh jawab sekaligus. Masa bukan ada banyak sangat. Jadi saya jawab sikit-sikitlah yer. Lagipun anda pernah katakan dulu, kalau saya nak berhujah dgn anda, saya kena pikul tanggungjawab mengesahkan apa yang anda sebutkan. Betul tak? Kalau betul, boleh tak saya buat macam tu kat anda. Saya sebut dalam kitab Syiah tu kata gitu, dalam kitab Syiah ni kata gitu. Lepas tu kalau anda nak jawab, terpikul atas bahu anda untuk mengesahkannya... ;)

Apa pun, saya jawablah sikit-sikit, setakat sempat tgh hari ni. Yang baki tu, kena buka kitablah dulu! :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2003 12:52 PM | Show all posts

Jawapan kepada kecelaruan bill

Assalamualaikum. Saya jawab deh...:bg:


Tujuan thread ini dibuka ialah agar saudara2 kami ASWJ mengetahui antara sebab2 mengapa wujudnya Syiah dan ASWJ ini. Dan mengetahui juga isu2 dan persoalan2 pertama yg harus mereka kaji sebelum mencerca syiah.


Alhamdulilah, melalui ngaji ilmu dan pembacaan buku-buku, terutama buku ttg Firaq dan Mazhab, saya dah tahu sebab apa wujudnya Syiah dan ASWJ ini. Saya juga ada maklumat ttg isu-isu yang diketengahkan oleh Syiah. Bill juga ngaji dan baca bab ni. Jadi dia tahu sebab-sebabnya dan isu-isu tersebut. Mungkin sebab yang bill pegang tak sama dgn sebab yang saya pegang. Mungkin pendirian bill dalam sesuatu isu tak sama dgn pendirian saya. Oleh kerana ini thread bill dan ini adalah mukaddimah, kita biarkan bill teruskan dgn ceritanya...


Oleh itu, saudara2 kami ASWJ yg sering sahaja mencela Syiah dan mencari2 kesalahan mereka, kajilah isu2 yg dibangkitkan Di sini Di mana peristiwa Tragedi Khamis ini mempunyai nilai signifikan dalam perpecahan umat Islam.


Jgn salahkan kami kalau kami mencela Syiah di forum ini kerana kami tidak membiarkan orang yang mencela para Sahabat Rasulullah s.a.w berlalu begitu sahaja, diringi dgn kalungan bunga dan ucapan terima kasih. Jgn salahkan si anak yang membelasah anda di jalanan selepas anda membelasah ayahnya free-free atas rumahnya...

Anda sebenarnya mahu mencari2 kesalahan kami, dgn menyebut rujukan tu rujukan ni, dgn syubhat tu syubhat ni....macam yang anda lakukan sekarang di thread ini!

Isu Tragedi Khamis... mari kita bincang. :bg:

[ Last edited by nahzaluz on 16-11-2003 at 12:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2003 01:01 PM | Show all posts

masalah khilafah

aku hidup sabagai muslim - mazhab shafii - ikut Koran dan Hadith!

Tapi itu tak bermakna yang aku menetang perlantikkan Ali sebagai Khalifah atau Abu Bakar

Biarkan benda 1400 tahun lalu berlalu, kita tidak perlu jadik syiah , sunni utk buat semua rukun islam dan iman tue!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2003 01:07 PM | Show all posts
Namun begitu sedikit rentetan peristiwa perlu dinyatakan secara kronologi utk memahami sejarah perpecahan umat Islam ini.


Suatu teknik penyampaian yang bagus.


1- Rasulullah saaw menunaikan Haji terakhir yg dikenali sebagai Haji Wida’ (perpisahan) – dalam keadaan panas terik Rasulullah saaw berkhutbah DI hapadan ratusan ribu umat Islam dan mewasiatkan umat agar berpegang dengan al-Quran dan Ahlul Bait. Hadis ini dikenali sebgai Hadis Tsaqalain. (Sahih Muslim, Juz 4, hlm.123, terbitan Dar al-Maarif Beirut Lebanon dll – sila rujuk thread ASWJ vs Syiah ataupun Syiah Imamiyyah: kenali melalui ringkasan)


Dalam Sahih Muslim menyatakan bahawa Nabi berpesan ttg dua perkara: al-Qur'an dan Ahlul Bait Baginda. Tentang al-Qur'an Nabi pesan supaya ikut dan pegang. Tentang AB Nabi pesan supaya jaga hak-hak mereka. Sila baca baik baik lafaz dalam Sahih Muslim. Saya menyeru, tolong rujuk kepada lafaz dalam Sahih Muslim dan fahamilah betul-betul. Ia 'umdah atau pokok dalam membicarakan ttg hadis al-Thaqalain.

=========

Setakat tu dulu untuk tgh hari ni. Point selepas ni kena buka kitab dulu. Bill sebut banyak tu!

[ Last edited by nahzaluz on 16-11-2003 at 01:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2003 10:26 AM | Show all posts
Para penganut ajaran Mazhab 4 pun ramai tidak ambik tahu berkenaan hal ini. Mereka menyangkakan bahawa Mazhab 4 itu adalah evolusi perkembangan mazhab.
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 17-11-2003 11:16 AM | Show all posts
Sekarang ASWJ bertanya dan harap-harap SYIAH jawab ler....

"Al-Bida" has two meanings in the Arabic language:
The first meaning is "Appearance after hiding".  For example, you say "bada" the gates of the city, or the gates of the city had appeared.
The second meaning is the "origination of the new idea".  For example, you say "bada" for him a matter, or he got a new idea in a matter - Rerefence: Mukhtar Al-Sahhah 7/2278, Lisan Al-Arab 14/66, and Majma抋 Al-Bahrain 1/45.

The two meanings are reported in the Quran and are attributed to humans.
For the first meaning of the word, Allah says; "To Allah belongeth all that is in the heavens and on earth. Whether ye 'bida' show what is in your minds or conceal it, Allah calleth you to account for it. He forgiveth whom He pleaseth, and punisheth whom He pleaseth. For Allah hath power over all things." - Qur抋n 2: 284 (Al-Baqarah:284).
Translation in Malay:
"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

And the second meaning is when Allah says; "Then it occurred to the men after they had seen the Signs, (that it was best) to imprison him for a time." - Qur抋n 12: 35 (Yousef:35).
Translation in Malay:
"Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa."

These two meanings
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 17-11-2003 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 2003-11-15 07:33:
Barangkali ada orang yang merasa keberatan kalau dikatakan bahwa perkataan Bada' itu juga terdapat dalam Ahlussunnah seperti dalam kisah di atas, sekalipun memberi arti perobahan dan penukaran dala ...


Salam,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

"Orang-orang musyrik akan mengatakan: Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain) dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun. Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta."(Qur'an - Al-An'aam (6): 148).

"Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka." (Qur'an - Al-Najm (53): 23).

"Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)." (Qur'an - Al-Najm (53): 28).

[ Last edited by Terong Pipit on 17-11-2003 at 03:27 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.067885 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list