View: 12219|Reply: 63
|
Ulik Mayang Yang Berhantu
[Copy link]
|
|
aku x de la citer pasal ulik mayang yang aku alami sendiri. hope ada sesape pengalaman pernah main ulik mayang or kena ganggu ke ape ke bolehla share kat sini.
ini semua sebab terbaca berita d harian metro.
PORT DICKSON: Hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terkena histeria ketika mereka sedang mengadakan persembahan kebudayaan tarian Ulik Mayang dan Kuda Kepang dalam Himpunan Pertahanan Awam Malaysia kali ke-19 di Batu 1, Jalan Pantai di sini malam tadi.
Kejadian bermula kira-kira jam 10 malam ketika persembahan terakhir mengikut kontinjen apabila dua anggota wanita tiba-tiba menjerit diikuti beberapa anggota lain termasuk lelaki.
Keadaan menjadi kelam kabut seketika namun berjaya dikawal sehingga jam 12.30 tengah malam dengan dibantu lima orang pengamal perubatan Islam yang dipanggil bagi menenangkan keadaan.
udah gatal tangan deme main ulik mayang tepi pantai. btw, ada terbaca dalam buku mata tak berhijab 2, dia kena ganggu masa kawan pasang lagu ni kat p.d.
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan kalo dimainkan kat pantai terengganu jer yg jd angker..nie kat PD pun same..
|
|
|
|
|
|
|
|
baru last night kawan aku cerita pasal budak tempat dia blaja dulu,
cakap besar katanya lagu tu tuh xde apa2 yang menakutkan,
then dia nyanyi kat PCB tiba2 ghaib dari pandangan kawan2 dia,
till now tak jumpa lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Degil ni. Nk kene tunjal kepala seko2. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak aman2 adja konsepnya menyanyi lagu ini berpuluh kali, sambik minum air milo yang lazat. Takde pun mampos atau kena histeria. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan nyanyi di kawasan yg dekat dgn laut |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog posted on 10-11-2013 06:37 PM
baru last night kawan aku cerita pasal budak tempat dia blaja dulu,
cakap besar katanya lagu tu tu ...
wow. serius betul ni kat mana jadi?
btw, memang dengar orang larang main tepi laut. mana2 laut pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penah ada jabatan pelancongan buat persembahan lagu ni di pulau redang. Time tgh hari buta tapi, tu pun dh rsa lain mcm. Mmg la kat tepi laut berangin, tpi masa lagu dmainkan rsa anginnye cam lain skit. mujur tak jadi pape yg tak elok. |
|
|
|
|
|
|
|
uishhhhhhh
aku dgr pun scary dah niiiii
lagu tuh kalau dgr teliti betul2 pun serammmmm kottttt |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog posted on 10-11-2013 06:37 PM
baru last night kawan aku cerita pasal budak tempat dia blaja dulu,
cakap besar katanya lagu tu tu ...
tak report polis ke?
polis tak carik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
BurningTimes posted on 10-11-2013 07:18 PM
Akak aman2 adja konsepnya menyanyi lagu ini berpuluh kali, sambik minum air milo yang lazat. Takde p ...
akak nyayi tepi sg klang takde kesan... |
|
|
|
|
|
|
|
BurningTimes posted on 10-11-2013 07:18 PM
Akak aman2 adja konsepnya menyanyi lagu ini berpuluh kali, sambik minum air milo yang lazat. Takde p ...
maknenye sore akak x sedap ler tu
x sampai standad piawaian lagu tu
sila berlatih lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
kat chalet morib sedara aku menari ala2 tarian ulik...malam2 laktu...dia menari2 tapi bila stop byg dia tkhenti2 pitam gila aku masa tu... |
|
|
|
|
|
|
|
story orang JPAM d hmetro hari ni
Port Dickson: “Ketika asyik menari ulik mayang, seperti ada bayang-bayang di belakang dan sebaik menoleh, saya terkejut melihat beberapa kanak-kanak memakai baju berwarna-warni dengan seorang daripadanya berpakaian cantik seperti seorang puteri ikut menari.
“Saya menggigil ketakutan, namun meneruskan persembahan sambil berzikir sebelum tidak sedarkan diri,” kata Nazar Mohd Amin, 22, mengenai kejadian histeria dialaminya bersama hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), ketika mengadakan persembahan kebudayaan mengikut kontinjen sempena Himpunan Pertahanan Awam Malaysia (HPAM) ke-19, di Batu 1, Jalan Pantai di sini, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, persembahan tarian ulik mayang dan kuda kepang masing-masing dipersembahkan kontinjen dari Perlis dan Selangor bertukar kecoh apabila terdapat peserta dirasuk lalu menjerit dan berlari tidak keruan selain ada yang pengsan.
Difahamkan, ketika itu, seramai 1,700 anggota JPAM dari 14 kontinjen berkumpul menyaksikan persembahan mengikut negeri dan menurut Nazar yang berasal dari Perlis, itu pengalaman pertamanya menjayakan persembahan ulik mayang.
SEORANG anggota JPAM yang terkena histeria dirawat pengamal perubatan Islam.
“Apabila tersedar, saya sudah berada di bawah khemah dikelilingi beberapa rakan yang memberitahu kami mengalami histeria.
“Saya bersyukur kerana tak cedera atau alami kejadian lebih dahsyat,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di tempat kejadian.
Rakannya, Nurul Ain Kasa, 25, yang baru tiga tahun menjadi anggota JPAM berkata, dia trauma apabila rakan-rakan memberitahu ketika kejadian itu mereka melihat mukanya seperti nenek yang hodoh dan menakutkan.
Menurutnya, ketika itu, 15 hingga 20 peserta mempersembahkan tarian ulik mayang di atas pentas sebelum beberapa orang rebah sambil ada menjerit dan berlari tidak keruan seperti dirasuk.
“Saya yang terkejut cuba bangun untuk lari, namun terasa seperti ada orang menarik bahu lalu terjatuh dan pengsan.
“Apabila tersedar, beberapa rakan memberitahu mereka cuba membantu, namun takut melihat wajah saya seperti nenek yang menakutkan.
“Saya paling akhir tersedar dan dipulihkan daripada histeria ini iaitu kira-kira jam 3.30 pagi,” katanya.
Nurul Ain berkata, dia amat takut dan trauma kerana kejadian itu pertama kali dialaminya serta akan lebih berhati-hati pada masa depan.
Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Noor, 22, berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba dan dia sendiri tidak pernah mengalami dan tidak tahu puncanya.
“Waktu kejadian, saya dan rakan anggota JPAM terhibur melihat persembahan wakil kontinjen yang hadir. Saya tidak berasa apa-apa yang pelik pada mulanya sehinggalah satu ketika badan terasa panas dan pandangan berpinar.
“Selepas itu, saya tidak sedar sehingga dimaklumkan rakan saya pengsan dan rasa amat letih,” katanya.
Seorang saksi, Zulhelmi Kadirun, 26, berkata, dia sampai di tapak himpunan berkenaan kira-kira jam 9 malam dan ketika itu persembahan kebudayaan sedang berlangsung.
“Kira-kira sejam kemudian, saya terdengar jeritan dua orang yang amat mengejutkan dan seingat saya ketika itu baru selesai tarian kuda kepang.
“Keadaan jadi kelam-kabut kerana jeritan itu bersambung seorang demi seorang yang saya dapati cukup ramai.
“Mereka seperti dirasuk dan ada peserta berlari seperti mengejar sesuatu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Sekretariat HPAM Mejar Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, kejadian histeria itu amat mengejutkan dan pihaknya mengarahkan persembahan dihentikan serta-merta bagi mengawal keadaan dan mengubati mereka yang tidak sedarkan diri.
“Pihak sekretariat memanggil lima pengamal perubatan Islam yang berada di sekitar Port Dickson untuk memulihkan hampir 50 orang yang dirasuk sebelum keadaan kembali tenang kira-kira jam 12.30 tengah malam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut Lokman, sebahagian daripada mangsa dibawa ke dalam khemah dan sebahagian lagi ke Masjid Jamek Port Dickson untuk tujuan pemulihan.
HMETRO - Ulik Mayang
|
|
|
|
|
|
|
|
ulik mayang , kuda kepang , main puteri .. mmg klau histeria tu br klimax , org kebudayaan mmg suka la. org jabatan agama tak suka la..
|
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman ms ak plkn dlu...
masa tu dah nak tamat program.. sblum makan malam, kitaorg praktis2 utk malam kebudayaan dekat dewan makan.. ada lah sekumpulan wira/wirawati ni gtal g pasang lagu ulik mayang kt dewan makan ni masa makan..
masa makan tula, ada seorg wirawati ni kena histeria.. amek kau, gelak kuat giler... trus jurulatih pgang die msuk dalam bilik rawatan.. ustaz dipggl utk kenalpasti punca.. ustaz ckp bdak ni ade saka.. Wallahualam.. lps kjadian tu, pelatih tidak dibenarkan memasang lgu ulik mayang tkt ape2 terjadi..
*ntah la.. ak rs kebetulan je kot dengan lgu ulik mayang dengan bdak tu kena histeria.. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak zaman berzaman lagi kan dah tau
yg lagu ulit mayang ni lagu mantera panggil jin puteri laut
pastu degil lagi nk mainkan lagu ni berhampiran laut
itu mencabar namenye, kan dah mendapat
|
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 11-11-2013 10:58 AM
maknenye sore akak x sedap ler tu
x sampai standad piawaian lagu tu
Takpelah nanti akak orchestra terus.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|