View: 21322|Reply: 45
|
Kau Curang! (U) TAMAT
[Copy link]
|
|
Part 1
“Hmm, mane abang ni tak balik-balik lagi ni?” Fathia menunggu suaminya pulang sejak petang tadi. “Dah pukul 1 pagi dah ni.” Fathia mengeluh pelahan. Dia betul-betul sunyi apabila ketiadaan suaminya. Kalau lah ada anak.
Sudah 2 tahun mereka berkahwin, mereka belum tiada rezeki untuk menimang cahaya mata. Ibu mentuanya selalu menghina dirinya. Kata dirinya mandul tidak boleh mengandung. Bukan dia nak, dia pun inginkan seorang anak. Tapi belum ada rezeki. Fathia hanya mampu berdoa. Tanpa dia meminta, air mata mengalir pelahan-lahan di pipi gebu milik Fathia. Dia terlelap di atas sofa.
_______________________________________________________________________________
Kereta BMW milik Hakimi memasuki perkarangan rumah banglo miliknya. Dia mengeluh. Kalau lah ada anak. Tidak perlu dia balik lewat macam ni.
Hakimi membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejut apabila terpandang isterinya sedang nyenyak tidur di atas sofa. ‘Mesti Fathia tunggu aku balik.’ Hakimi melangkah perlahan-lahan menuju ke arah Fathia. Tidak mahu Fathia terjaga.
Hakimi duduk di tepi sofa lalu mengelus perlahan rambut milik Fathia. ‘Sayang, abang mintak maaf. Abang sayangkan sayang. Abang tak nak sayang menderita lagi sebab anak.’ Hakimi mengucup lembut bibir mungil milik isterinya.
Fathia terjaga. Terkejut dia melihat suaminya di hadapan dia. “Eh, abang dah lama abang balik? Mintak maaf. Thia terlelap tadi masa tunggu abang. Lewat abang balik. Banyak kerja?” Fathia menyalami tangan Hakimi.
Hakimi sebak dengan layanan Fathia. Kalau lah Fathia tahu apa yang dia sudah lakukan terhadap isterinya, adakah Fathia akan tinggalkan dia? Fathia terlalu baik untuk di lakukan seperti itu. Fathia jaga makan pakai dia. Layanan Fathia tidak pernah cacat celanya. Semuanya sempurna. Cuma, dia inginkan seorang anak. Anak dari benihnya.
“Hey, abang kenapa ni? Abang penat? Abang dah makan? Thia ada masak makanan kegemaraan abang. Abang nak makan? Thia panaskan. Abang pergi mandi dulu. Lepas tu kita makan.”
“Abang dah makan tadi dengan kawan abang. Thia tak makan lagi?”
Terkejut Fathia. Dia menunggu suaminya untuk makan bersama. Sudah lama dia tidak makan bersama suaminya. Suaminya selalu outstation. Hmm. Fathia menggelengkan kepalanya. “Belum, Thia ingatkan nak makan dengan abang hari ni. Thia dah lama tak makan dengan abang.”
Hakimi rasa bersalah apabila terpandang wajah isterinya yang berubah kelihatan mendung.
“Dah berapa kali abang cakap. Kalau Thia nak makan Thia makan jangan tunggu abang. Nanti sakit siapa yang susah? Abang juga.”
Terkejut Fathia mendengar suara suaminya yang tinggi. Suaminya tidak pernah meninggikan suaranya. Fathia cuba menahan air mata yang ingin mengalir. Dia menunduk kan wajahnya.
“Thia mintak maaf. Sepatutnya Thia call abang dulu. Hmm, Thia mengantuk. Thia tidur dulu. Selamat malam.” Laju Fathia bangun dari sofa lalu memanjat tangga. Sampai di bilik tidurnya, air mata yang ditahan laju keluar dari matanya.
‘Arghhh! Bodohnya aku. Yang aku pergi tengking isteri aku tu kenapa?! Dia tunggu aku nak makan sama-sama tapi aku pergi marah-marah dia plak. Mesti dia terasa dengan aku.’
____________________________________________________________________________
Hakimi menapak ke bilik tidurnya. Dia terpandang susuk tubuh Fathia terbaring di atas katil mereka. Dah sebulan dia tidak ‘bersama’ Fathia. Bukannya Fathia tidak mahu tapi dia sendiri tidak mahu. ‘Arhh. Kalau bersama pun bukannya dapat anak. Tetap tak jugak.’ Dia menghempas pintu biliknya lalu menuju ke bilik tetamu. Dia mahu tidur di bilik tetamu.
Fathia menangis teresak-esak. ‘Sampai hati abang. Dah sebulan kita tak tidur bersama. Abang dah berubah. Abang dah tak macam dulu.’ Fathia memeluk erat batal Hakimi. Bagaikan dia memeluk Hakimi. Dia betul-betul rindukan Hakimi.
____________________________________________________________________________
Keesokkan hari, Fathia bertemu dengan kawan baiknya, Suraya. Mereka makan tengah hari bersama kerana Hakimi tidak akan pulang pada tengah hari itu.
“Su, aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Bukannya aku yang mintak tak nak anak. Tapi belum ada rezeki lagi. Kimi betul-betul dah berubah sekarang.”
Suraya menarik tanga sahabatnya lalu mengelus lembut tangan itu.
“Thia, kau kena banyak bersabar. Mesti Kimi ada masalah dekat pejabat.”
“Masalah pejabat? Kitorang dah berjanji. Masalah pejabat tak akan buat balik kat rumah. Dulu, masalah pejabat jugak, tapi dia tetap layan aku dengan baik. Tapi sekarang, jangan kan nak ‘bersama’ aku, tidur sekatil pun dah tak nak.”
Terkejut Suraya mendengar. “Are you serious?” “Yes, I’m. Dah nak dekat sebulan dah kitorang tak tidur sekatil. Dia selalu tidur dalam bilik tetamu. Aku rindukan dia. Aku tak nak kehilangan dia. Aku dah tak ada siapa-siapa lagi kecuali dia. Mama dan papa dah lama tinggalkan aku.”
“Kau sabar, Thia. Satu hari nanti, Allah akan makbulkan doa kau, Thia. Kau banyakkan berdoa. InsyaAllah, Allah akan bantu kau. Kau jangan nangis macam ni, dah tak cute dah aku tengok. Lap air mata kau tu.” Suraya menghulurkan tisu kepada Fathia. ‘Kesian kau Thia. Kimi tak patut buat kau macam ni.’
“Oh ya, next week, aku nak kenalkan kau dekat fiancée aku.”
“Fiancee? Kau dah bertunang? Bila? Sampai hati tak beritahu aku.” Terkejut Fathia mendengar.
“Kitorang baru lagi bertunang. Tunang pun tiba-tiba. Aku tak sempat nak jemput kau dengan kawan-kawan yang lain. Family aku je yang tahu. And kau sorang je kawan aku yang tahu. Aku tunang dah dekat sebulan dah.”
“Oh really? Siapa tunang kau? Congratulations, Su. Handsome tak tunang kau? Dia atau suami aku lagi yang handsome?” Fathia mengangkat kedua-dua belah keningnya.
“Eh, kau ingat tak Haris yang aku cerita kat kau dulu. Haris yang kitorang putus sebab dia nak kat orang lain. Btw, aku tak pernah jumpa suami kau pun. Macam mana aku nak tahu. Nanti aku kenalkan kau. Next week. Kau jangan tak datang pulak. Kita jumpa kat sini jugak.” Suraya begitu bersemangat untuk perkenalkan tunangnya kepada Fathia.
“Ooo. Haris yang tu. Dah tu kekasih dia macam mana? Okey, aku janji. Kat sini, next week. Okey. Aku happy bila kau happy, Su.”
“Kekasih dia aku tak tahu. Tapi dia cakap, dorang dah berpisah dah.”
“ooo.” Fathia hanya menganggukan kepalanya saja.
____________________________________________________________________________
Fathia tersenyum melihat kereta BMW milik suaminya terparking di bawah porch rumahnya.
“Assalamualaikum.”
“Lewat Thia balik.” Tiada secalit senyuman pun di wajah Hakimi. Yang ada wajah yang masam.
“Thia kan dah beritahu abang, Thia pergi jumpa kawan Thia. Kebetulan dia ada kat KL.” Fathia melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya. Dia mengucup pipi suaminya. Lama. Dia betul-betul rindukan suaminya.
Hakimi bangun dari kedudukan lalu berjalan menuju ke dapur. Fathia kecewa dengan layanan dingin Hakimi. Fathia mengekori Hakimi ke dapur.
“Abang, next week Thia nak keluar dengan kawan Thia, boleh?” Fathia sedikit takut kerana Hakimi masih dalam keadaan marah.
“Pergilah. Next week abang tak ada. Outstation.” Hakimi menuangkan air ke dalam gelas.
“Berapa hari abang nak pergi?” ‘Abang nak tinggalkan Thia lagi?’ Fathia mengeluh pelahan.
“Ermm, maybe 3 days.”
“Ooo. Nanti Thia kemaskan pakaian abang.”
“Abang nak keluar sekejap. Nak jumpa kawan.” Belum sempat Fathia membalas percakapan Hakimi, hakimi telah menghilangkan diri di dalam kereta.
Setitik air mata turun laju dari pipi gebu Fathia. “Abang, Thia rindukan abang.”
____________________________________________________________________________
Fathia rasa kepalanya di hempap batu. Sakit sangat. Hari ni, Suraya nak kenalkan tunang dia kat Fathia. Dan, kelmarin Hakimi pergi outstation. Hm, terpaksa pergi klinik laa jawabnya.
Fathia cuba bangun untuk ke bilik air dengan berhati-hati. Selesai mandi Fathia bersiap untuk pergi ke klinik. Dia sudah tidak tahan dengan sakit yang di hadapinya.
____________________________________________________________________________
“Tahniah, puan. Puan mengandung 3 minggu.” Fathia terkejut mendengar ucapan dari mulut doctor muda di hadapannya.
“Men..gan..dung?” Air mata Fathia mengalir perlahan. Akhirnya, Allah makbulkan doanya.
“Ya, puan. Boleh saya berjumpa dengan suami puan?”
“Suami? Maaf, suami saya outstation.”
“Ooo. Kalau macam tu. Temu janji seterusnya, saya nak jumpa dengan dia, ya puan.”
“InsyaAllah.”
Setelah mendengar penerangan dari doctor muda itu, Fathia segera menelefon suaminya, tetapi panggilan tidak di jawab. ‘Meeting kot’
Fathiah memandu kereta dengan berhati-hati. Dia menuju ke café tempat dia berjanji dengan Suraya.
____________________________________________________________________________
“Suraya!” Fathia memeluk Suraya dengan gembira.
“Kau kenapa ni, Thia? Hakimi marahkan kau lagi ke?” Terkejut Suraya apabila melihat Fathia menangis di dalam pelukannya.
“Tak.” Fathia melepaskan pelukannya.
“Habis tu?” Suraya mengerutkan dahinya.
“I’m pregnant!” Lalu Fathia memeluk Suraya. Bertapa gembiranya dia.
“Alhamdulillah! Thia, akhirnya Allah makbulkan doa kau! Dah berapa bulan?”
“3 weeks” sambil menunjukkan 3 jarinya.
“Aku tumpang gembira. Nanti aku dapat anak buah baru. So, hubby kau dah tahu?”
Fathia mengeluh perlahan. “Dia outstation.”
“Kau tak call dia?”
“Tak angkat. Busy kot. Nanti la aku call dia. So, where is your fiancée?” Fathia
menukar topic. Tidak mahu pertemuan mereka bertukar menjadi hambar.
“Haris tengah cari parking. Nanti dia datang.”
Semasa Fathia dan Suraya berbual, seorang lelaki datang menegur mereka.
“Sayang?”
Fathia terkejut. Dia kenal dengan suara garau itu. Fathia mengangkat wajahnya. Lalu wajah lelaki itu di pandangnya. ‘Abang!’
Bersambung...
Thanks for read this
Last edited by NaylaArisha on 16-2-2014 12:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Part II
Hakimi terkejut. Ternyata isterinya kawan baik Suraya, tunangnya. Pucat wajah itu. Terkejut barangkali.
“Su, ini tunang kau?” Fathia berpura-pura tidak mengenal Hakimi. Dia hanya terenyum hambar apabila Suraya merangkul erat lengan Hakimi. Air mata yang ingin mengalir di tahan.
“Bie, ini Fathia. Kawan baik sayang dari sekolah menengah lagi tau. Thia, inilah Haris yang aku cakap kat kau tu.” Suraya senyum bahagia sambil memperkenalkan Hakimi kepada Fathia.
Hakimi hanya mendiamkan diri semasa Suraya berbual dengan isterinya. Dia hanya memandang wajah pucat isterinya. ‘Sakitkah dia?’ Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Dia hanya membiarkan Suraya memeluk lengannya. Dan Fathia hanya mendiamkan diri. Tidak ada wajah marah, cemburu hanya ada riak kecewa dan pucat.
“Su, aku balik dulu. Dah lewat ni.” Fathia mengalihkan matanya saat suaminya memandang ke arahnya. Tidak mahu memandang muka lelaki itu.
“Nak balik dah?”
Fathia hanya mengangguk kan kepalanya. Dia berpelukan dengan Suraya lalu berpaling menuju ke kereta Mini Cooper pemberian arwah papanya. Masuk saja ke dalam kereta, air mata yang cuba di tahanya tadi, akhirnya jatuh mengalir di pipi nya.
“Kenapa dengan Fathia tu?” Hakimi tidak lepas memandang isterinya. Dia bimbang kalau-kalau isterinya itu buat sesuatu di luar jangkaannya.
“She’s pregnant” Kata Suraya sambil tersenyum manis ke arah Hakimi.
“What? Pregnant?” Terkejut Hakimi mendengarnya. ‘Thia mengandung? Ya Allah!”
_________________________________________________________________________________
“Kenapa abang buat Thia macam ni? Apa salah Thia? Abang curang dengan Thia. Thia benci abang.” Fathia memukul stereng keretanya lalu menghembamkan wajahnya di stereng kereta. Beberapa minit kemudian, dia menghidupkan keretanya lalu memandu ke tempat yang boleh membuatkan dia lebih tenang.
_________________________________________________________________________________
Sudah 2 jam Hakimi pulang tapi dari tadi kereta Mini Cooper milik Fathia tiada di porch rumah mereka.
“Thia, where are you, sayang?” Hakimi menelefon Fathia tetapi gagal.
“Thia< please pick up my call, sayang.” Hakimi duduk di sofa lalu meraup wajahnya. Dia menyesal kerana curang. Dia betul-betul rasa bersalah. Dia risaukan keadaan Fathia dan kandungan yang di bawa.
Fathia tidak pernah pulang lewat macam ni. Walaupun dia berkecil hati dengan Hakimi. “Argghh! Mesti Thia marahkan aku! Thia, baliklaa. Abang mintak maaf.”
_________________________________________________________________________________
Tepat pukul 12 tengah malam, kereta Fathia kedengaran. Cepat-cepat Hakimi menyambut Fathia di depan muka pintu.
“Thia, Thia pergi mana ni?” Hakimi memandang wajah milik isterinya. Kelihatan mata Fathia sembap. Fathia menangis.
Fathia tidak menghiraukan Hakimu lalu memanjat anak tangga. Belum sempat memanjat anak tangga yang ketiga, Hakimi memegang tangan Fathia dengan lembut.
“Thia, sayang pergi mana? Kenapa tak angkat abang call?” Hakimi bertanya dengan lembut. Tidak mahu melukakan hati isterinya lagi.
“Thia, abang nak cakap sesuatu dengan Thia ni. Pasal kita and that baby. Thia pregnant kan? Kenapa tak beritahu abang?” Hakimi tersenyum gembira apabila menyebut perkataan ‘pregnant’.
Fathia merentap tanganya.
“Saya penat. Saya nak tidur. Tak ada apa yang perlu kita cakap kan. And
about this baby, saya dah call awak. Awak busy kan. Phone tak aktif. Busy dengan tunang kot, kan?” Fathia tersenyum sinis lalu meninggalkan Hakimi di atas tangga.
Hakimi terkedu di atas tangga. ‘Saya? Awak?’ Hakimi terduduk di atas tangga. Dia meraup wajahnya dan mengeluh kecil.
Fathia bersandar di pintu bilik tidur miliknya dan Hakimi. Air mata mengalir laju di pipi gebunya. “Thia benci abang!”
_________________________________________________________________________________
Halimi cuba membuka pintu bilik tidurnya tetapi gagal. Fathia mengunci pintu itu dari dalam. Hakimi negetuk pintu itu dengan perlahan. “Thia. Thia. Buka pintu ni. Abang nak tidur.”
Fathia masih tidak menyahut. “Thia. Fathia. Sayang, buka lah pintu ni.”
Fathia membuka pintu sambil memisat-misat matanya.
“Awak nak apa?”
“Kenapa kunci pintu? Abang nak tidurlah.”
“Kalau nak tidur, pergi jelah. Tak payah ganggu saya.” Fathia ingin menutup pintu itu kembali tetapi gagal apabila Hakimi menahan pintu itu dengan tanganny.
“Thia, inikan bilik kita. So, abang kena lah tidur dalam bilik ni.”
Fathia membuka pintu lalu keluar dari bilik itu. Belum sempat Fathia melangkah, Hakimi menarik tangan isterinya dengan lembut.
“Sayang nak pergi mana ni?”
“Tidur lah. Tak akan terjun bangunan plak.” Fathia merentap tangannya tetapi gagal.
‘“Hakimi, lepaslah.”
“Sayang nak tidur kat mana? Inikan bilik kita. Abang nak tidur dengan sayang.”
“Selama ni, okey je tidur sesorang. Kenapa malam ni nak tidur dengan saya?”
“Thia, please.” Hakimi berharap agar Fathia ingin tidur dengannya. Dia betul-betul rindukan isterinya.
“Hakimi, please jangan paksa saya. Saya penat. Saya tak ada mood!” Suara Fathia mula meninggi. Dia tahu berdosa meninggikan suaranya dengan suamianya, tetapi Hakimi betul-betul hancurkan hati dia.
“Okey, abang tak akan paksa Thia. Thia tidur la dalam bilik ni, abang tidur bilik tetamu.”
Fathia berjalan masuk ke dalam biliknya, lalu menutup rapat pintu biliknya. Hakimi terdiam. Hakimi mengeluh kecil. ‘Thia betul-betul marahkan abang.’
_________________________________________________________________________________
Pagi itu, Hakimi tidak pergi kerja. Dia ingin memujuk Fathia. Dia memandang ke arah isterinya yang sedang membaca buku mengenai ibu mengandung. Dia melabuhkan punggungnya lalu merangkul pinggang Fathia.
Fathia menepis tangan Hakimi lalu menjarakkan dirinya dengan Hakimi. Hakimi kembali merapatkan dirinya dengan isterinya.
“Awak nak apa? Jangan rapat boleh tak? Saya rimas.” Fathia menolak lembut badan Hakimi.
“Sayang, kenapa ni? Masih marahkan abang pasal semalam?”
Diam.
“Sayang, abang mintak maaf.”
Sepi.
Hakimi mengeluh kecil. Dia tidak tahu macam mana lagi ingin memujuk Fathia.
Tiba-tiba,
“Kenapa awak buat saya macam ni?” Fathia menahan sebak di dada.
“Awak dah tak sayang kan saya?”
“Thia, abang bukan,”
“Abang masih cintakan Suaraya?”
Hakimi terkejut dengan pertanyaan isterinya. Hakimi diam.
“Awak diam maknanya, betul la. Awak cintakan Suraya.” Fathia menangis.
‘Sampai hati abang.”
“Sayang, abang,”
“Jangan panggil saya sayang, kalau awak sayangkan orang lain.” Fathia bangun lalu meninggalkan Hakimi seorang diri di sofa.
Hakimi terkedu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NHSMUM posted on 14-12-2013 05:56 PM
Part II
Hakimi terkejut. Ternyata isterinya kawan baik Suraya, tunangnya. Pucat wajah itu. Terkej ...
cerita baru.... bagus...
erkkk yg lama tenggelam terus ke |
|
|
|
|
|
|
|
Part 3
Hakimi menyediakan sarapanbuat mereka suami isteri. Memandangkan Fathia masih marahkan dirinya, Hakimibercadang untuk memujuk hati Fathia dengan memasak makanan kesukaan Fathia,Nasi Goreng Kampung buatan Hakimi.
Selepas dia siap menyediakansarapan, dia memanjat anak tangga untuk mengajak Fathia makan. Sepatutnyaawal-awal lagi Fathia turun. Kerana kebiasaannya Fathia yang akan menyediakansarapan sebelum Hakimi bertolak ke tempat kerja.
Semasa Hakimi memanjat satupersatu anak tangga, hatinya mula berasa sesuatu. Berdebar-debar. Setibanya diadhadapan pintu bilik utama mereka, Hakimi mengetuk daun pintu tersebut.
“Sayang, jom sarapan denganabang. Abang ada buatkan makanan kesukaan sayang. Nasi Goreng Kampung.”
Sunyi. Hati Hakimi mulaberasa tidak sedap. Sekali lagi dia mengetuk pintu dan memanggil nama Fathia.
“Sayang. Fathia. Sayang dahbangun ke belum ni?”
Sepi.
“Sayang, abang tahu sayangstill marahkan abang sebab abang dah lukakan hati sayang. Tapi, sayang kenaturun makan. Please. Kalau sayang nak pukul abang, sayang pukul je, abang takkisah. Nak marahkan abang, abang pun tak kisah. Sebab memang abang yang salah.Tapi, please jangan seksa diri sayang dengan baby kita. Please, sayang. Pleasejangan macam ni.” Hakimi cuba memujuk Fathia. Tetapi, tetap sunyi sepi. Tiadabalasan daripada Fathia.
Sudah beberapa kali Hakimimengetuk pintu bilik tersebut, tetap tiada balasan daripada isterinya.Akhirnya, Hakimi mengeluh sendiri.
“Kalau sayang tak nak sarapansekarang, nanti sayang makan, okey? Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa, sayangcall abang cepat-cepat. Keluar makan, ye sayang. Abang sayangkan sayang.”Hakimi merenug daun pintu tersebut. Dan beredar dari situ. Biarlah, isterinyamemerlukan masa untuk tenangkan fikiran. ____________________________________________
Fathia memandang ke luarberanda bilik tidur mereka. Apabila dia pasti Hakimi telah pergi kerja, diakeluar dari bilik tersebut dan menurun anak tangga dengan perlahan-lahan. Diatidak boleh terlalu aktif. Dia sekarang berdua, bukan seorang.
Fathia berjalan k arah mejamakan. Terpandang tudung saji yang berada di atas meja lalu dia membuka tudungsaji tersebut. Hmm, Nasi Goreng Kampung kesukaan dia. Terdapat stick note ditepi pinggang itu.
Fathiasayang,
Sayang jangan lupa makan tau. Abang dah buat makanan kesukaan sayang. Like usually,abang letak ayam banyak-banyak buat isteri abang yang comel ni. By the way,jangan buat kerja rumah. Sayang berehat je. Jangan aktif sangat. Balik nantibiar abang yang kemaskan. And I love you!
XOXO,
Your handsome husband
Fathia menarik kerusi laludia duduk dan dia menikmati sarapan yang telah disediakan oleh suaminya itu. 'Hmm, awak fikir dengan caraawak sediakan sarapan buat saya dan tulis macam ni, luka yang awak hadiahkan tuakan sembuh? Not, Hakimi. Awak silap. Hati saya tak akan sembuh. Tak akan.’
Setitik demi setitik airmatanya jatuh membasahi pipi gebunya itu. Terlalu sakit apa yang telah Hakimilakukan kepadanya. Mungkin dengan orang lain dia tak akan sesakit ini. Tapi,Hakimi curang. Dengan kawan baik dia sendiri. Hati isteri mana yang tidak akansakit. Terluka. Kecewa.
Dia menolak pinggang yangmasih berbaki nasi goreng itu. Seleranya terbantut apabila dia memikirkan soalitu. Perlahan-lahan tangannya mendarat ke atas perutnya yang masih tidak nampakbentuknya.
‘Adakah sebab baby ni Hakimimula mengambil berat tentang dirinya? Setelah sebulan Hakimi mengabaikannya’
“Baby, walauapapun yangterjadi, mummy tetap sayangkan baby. Walaupun daddy dah tinggalkan kita. Babyjanji ya, baby akan terus bertahan.”
******************************************************************************************************************
Satu kerja pun dia tak dapat lakukan. Dia masih memikirkan Fathia dirumah. Dapatkah isterinya memaafkan diri dia setelah apa yang terjadi? Setelah apayang dia lakukan terhadap Fathia?
Dia telah menduakan Fathia. Malah dia sudah bertunang dengan gadisitu. Bukan orang lain. Kawan baik isterinya sendiri. Tapi, dia dah terlanjurcintakan Suraya sekarang. Mungkin cintanya melebihi cinta dia terhadap Fathia. Diamengeluh perlahan. Dia meraup mukanya dengan kasar. Apa yang harus dia lakukan?Berpisah dengan Suraya? Atau ceraikan Fathia? Dalam keadaan Fathia macam tu?
Arghh! Dia bingung memikirkan semua tu. Sebelah sini isteri dia yangtengah mengandungkan zuriatnya yang dia inginkan dari dulu lagi. Sebelah sanapulak, tunangnya yang sangat dia cintai.
Terkejut Hakimi apabila seseorang membuka pintu pejabatnya.
“Weh, kau tak reti nak ketuk pintu dulu ke? Kau ingat kau tu pengacaraMelodi nak main terjah-terjah macam tu?” Sembur Hakimi apabila kawan baiknya,Emir berada di hadapannya.
“Tangan aku ni dah nak patah sebab ketuk pintu. Berkali-kali aku ketuktapi kau tak jawab. So, aku terjah jelah.” Balas Emir. Dia yang salah nakmarahkan aku pulak. Hish!
Hakimi hanya diamkan diri dia tanpa membalas kata-kata Emir. Emirsedar Hakimi seperti tengah mengalami masalah apabila memandang wajah Hakimi.
“Kau kenapa? Kau ada problem ke? Tak nak share dengan aku?” TanyaEmir.
“Huh, susah aku nak cakap. Sebab ni salah aku. Aku tak tahu nak buatapa lagi dah.” Jawab Emir.
“Apa masalah kau? Cerita jelah. Sebelum ni besar mana pun masalah kau,kau selalu share dengan aku. Why not sekarang?” Pelik Emir. Apa sebenarnyamasalah si Hakimi ni?
“Aku, aku… dah duakan Fathia.” Perlahan-lahan Hakimi beritahu Emir. Diatakut Emir marahkan dia. Emir adalah bekas kekasih Fathia, isteri dia.
Sebelum munculnya dia dalam hidup Fathia, Emir adalah kekasih Fathia.Mereka bercinta sejak sekolah menengah lagi dan berpisah disebabkan Emirterpaksa melanjutkan pelajarannya di overseas. Dan dia muncul apabila merekaingin menghantar Emir terbang ke US. Di situlah semuanya bermula. Dan Emir pernah berpesan semasa dia dan Fathia bersanding.
“Kau jaga Fathia baik-baik dan jangan pernah sakitkan hati dia macam yangaku buat dulu. AKu menyesal sebab tinggalkan dia dulu. Dan kalau kau sakitkanhati dia, aku bersumpah yang aku akan rampas dia semula daripada kau walaupundia isteri kepada kawan baik aku sendiri.”
Memang dia terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Emir.Dia tahu Emir masih cintakan Fathia. Dan mungkin sampai sekarang cinta itumasih wujud dalam diri Emir untuk Fathia.
Bukk!
Satu tumbukan melayang di muka Hakimi. Habis terbang semua kata-kataEmir dulu. Kini, hanya wajah Emir yang macam mahu menerkamnya.
“Kau apa?!” Tanya Emir dengan wajah yang menyinga. Sumpah diaterkejut. Kenapa Hakimi sanggup duakan Fathia? Apa Fathia tidak cukup?
“Kau jawab Hakimi. Kenapa kau sanggup duakan Fathia? Fathia taksempurna sebagai seorang isteri? Apa kau dah lupa pesanan aku dulu?” Satu lagitumbukkan melayang di muka Hakimi.
Perit. Itu yang dia rasakan sekarang. Mana janji Hakimi dulu? Janjibahawa dia tidak akan pernah lukakan hati Fathia.
“Aku tahu ni semua salah aku. Tapi, aku nak anak. Anak dari benih akusendiri. Fathia, dia…” Belum sempat Hakimi menghabiskan ayatnya, satu lagitumbukkan melayang.
“So, sebab Fathia tak mengandung lagi, kau curang? Aku tak sangka kaulelaki yang tak cukup dengan satu. Hakimi, kau dengan Fathia baru 2 tahunkahwin. Bukan 20 tahun. Tak akan kau langsung tak boleh nak bersabar?” SemburEmir dengan perasaan marah. Hakimi betul-betul membuatkan hati dia panas.
“Emir! Kau dengar dulu apa yang aku nak cakap.”
Emir lepaskan Hakimi. Dia memberi peluang untuk Hakimi jelaskan semuaini.
“Fathia, she’s pregnant now.” Terkejut Emir. Apa yang mamat ni cakap?Macam anak keling je. Tadi cakap lain. Sekarang lain.
“What do you mean?”
“I mean, Fathia dah mengandung.”
“See, Fathia dah mengandung. So, kenapa kau perlu duakan dia?”
“It was happened before she’s pregnant, Emir.” Hakimi mengeluhperlahan.
“So, after she’s pregnant? How? Kau still dengan perempun tu?” TanyaEmir untuk memdapatkan kepastian.
Tapi memandangkan Hakimi hanya mendiamkandiri, Emir dapat menganggap jawapannya.
“Hakimi, make sure kau clash dengan perempuan tu, before aku rampasbalik Fathia daripada kau. I think, you still remember what I had said to you,2 years ago. Right, Kimi?” Ugut Emir.
Langkahnya mati apabila Hakimi berkata sesuatu yang membuatkan hatinyayang panas bertambah panas.
“I can’t leave her.”
“You what?” Emir berpaling memandang wajah Hakimi.
“Aku tak boleh tinggalkan dia, sebab kitorang dah bertunang.”
“Damn it! You’re such a jerk, Hakimi! Aku akan rampas Fathia daripadakau. I will!” Ucap Emir dengan bersungguh-sungguh.
Hakimi terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Emir. See,Emir masih cintakan Fathia.
Damn!
bersambung...
*Oh yaa, Sya rasa part kali ni macam ko skit, right? And I'm sorry.
|
|
|
|
|
|
|
|
Good Job!! |
|
|
|
|
|
|
|
zu_nia posted on 19-12-2013 09:23 PM
Good Job!!
Thanks
|
|
|
|
|
|
|
|
NHSMUM posted on 20-12-2013 12:49 AM
Thanks
bila nak sambung lagi nih?
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 20-12-2013 10:34 AM
bila nak sambung lagi nih?
On the way
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 4
Keesokkan harinya, Fathia dikejutkan dengan satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Dia hanya membiarkan panggilan itu tanpa menjawabnya. Dia tidak berapa gemar untuk menjawab panggilan daripada nombor yang dia tidak kenal. Tapi pemanggil itu masih tidak berputus asa. Dalam keadaan terpaksa, Fathia menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.” Jawab pemanggil yang tidak dikenali itu.
“Waalaikumussalam.” Balas Fathia. Walaupun dia tidak kenal, dia wajib menjawab salam itu.
“Can I speak to Miss Fathia?” Tanya pemanggil tersebut.
“Before that, may I know who is this?” Soalan dibalas dengan
soalan. Saja dia tidak mahu menjawab soalan pemanggil itu. Sebelum dia jawab, baik dia tahu siapa pemanggil itu dahulu.
“Opss, sorry. This is Emir.” Jawab panggil itu.
“Emir?” Terkejut Fathia apabila pemanggil yang menelefon dia adalah Emir, bekas kekasihnya masa di sekolah menengah dulu. Bekas kekasih merangkap teman baik suaminya.
“Thia? Are you still there?” Tanya Emir apabila dia dapat mengecam suara milik Fathia. Dia rindukan suara Fathia.
“Ermm, ya, ya. I’m here. Sorry. Thia terkejut sebab tiba-tiba je dapat panggilan daripada Emir.”
“Ohh, sorry sebab Emir tiba-tiba je call Thia.”
“Ada apa Emir call Thia ni? And mana dapat nombor Thia ni?”
Rasanya last dia jumpa dengan Emir masa dia bersanding dengan Hakimi. Tu pun 2 tahun yang lalu. Dan dia rasa dia tak pernah bagi nombor telefon dia pada Emir selepas dia berpisah dengan Emir dulu. Selepas Emir pergi tinggalkan dia, dia terus menukar nombor telefonnya. Sebab masa tu dia dah bersama Hakimi.
“Mana Emir dapat nombor Thia, semua tu tak penting. Yang penting sekarang tujuan Emir telefon Thia.” Terubat rindu dia apabila mendengar suara Fathia. Walaupun Fathia adalah isteri Hakimi, dia masih cintakan Fathia. Hatinya masih penuh dengan nama Fathia.
“Can we meet?” Sambung Emir lagi.
“Meet? For what?” Nak jumpa? Untuk apa? Dia agak kekok untuk berjumpa dengan Emir setelah beberapa tahun tidak bertemu.
“I have something to discuss with you. And Emir rasa tak sesuai untuk dibualkan dalam telefon. We have to meet, Thia.” Pujuk Emir. Dia tahu Fathia tidak akan mahu berjumpa dengannya kerana Fathia sekarang adalah isteri orang. Isteri kepada teman baiknya sendiri.
“Hmm, okay. Kita nak jumpa kat mana?” Tanya Fathia. Apa salahnya dia berjumpa dengan Emir. Sekarang dia hanya menganggap Emir sebagai seorang kawan dan juga abang. Sebab jejaka itu lebih tua daripada dia.
“Nanti Emir text Thia balik.” Senang hati Emir apabila Fathia setuju untu berjumpa dengannya.
“Okay. I got to go. Assalamualaikum.”
“Okay. Waalaikumussalam.”
Beberapa minit kemudian dia dapat mesej daripada Emir.
‘We meet at your favourite café. Lunch nanti kita jumpa. See ya.’ - Emir
‘Okay. I’ll be there’ - Fathia
____________________________________________
Seperti yang dijanjikan, Emir dan Fathia berjumpa di café Starbucks, One Utama. Pada waktu lunch. Fathia melangkah ke dalam café tersebut. Tempat yang penuh bersejarah itu. Tempat dimana di lamar sebagai teman wanita Emir dan tempat perpisahan mereka berdua. Banyak kenangan yang dilakarkan bersama dengan Emir.
Anak mata Fathia meliar ke sekeliling café tersebut untuk mencari gerangan yang mahu berjumpa dengannya itu. Mata dia dapat menangkap satu susuk tubuh yang amat dia kenal itu. Di café kegemaraan dia. Di meja kegemaraan dia. Kenangan lama mula terbayang di mindanya. Arghh! Kenapa kenangan-kenangan itu mesti bermain di mindanya lagi?
Dia tidak mahu membua jejaka itu menunggu dia dengan lama. Laju sepasang kakinya melangkah ke arah meja tersebut. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang bertentangan dengan Emir.
“Assalamualaikum, Emir, Dah lama tunggu?” Tegur Fathia.
“Waalaikumussalam. Tak. Emir baru je sampai.”
“Thia, this is your favourite. Chocolate ice. Like usually.” Ucap Emir sambil menghulurkan air itu pada Fathia.
“Emir still ingat my favourite?” Tanya Fathia sambil menyambut huluran Emir.
“Yes, all about you. Termasuk café ni, tempat duduk ni and that chocolate ice.” Jawab Emir.
“Ohh. Hmm, so ada apa Emir nak jumpa deng Thia ni? Macam penting je samoai tak boleh nak cakap kat phone.” Fathia mula menukar topik apabila dia dapat merasakan bahawa Emir mula mahu mengingati kisah-kisah lama di antara mereka.
“Hmm, do you happy with Hakimi?”
Terkejut Fathia apabila Emir menanyakan soalan sebegitu. Apa Emir tahu bahawa Hakimi tengah menduakan dirinya? Nak jawab ya atau tak?
“Err.. Ya.. I’m happy now. Why?”
“I know you’re not, Thia. Kenapa Thia mesti tipu Emir?” Emir kecewa apabila Fathia tidak mahu berterus terang dengannya.
“Err.. I’m not lying. Thia tak tipu Emir. Thia betul-betul bahagia sekarang.” Tipu Fathia.
Emir mengeluh perlahan apabila Fathia masih mahu menipunya.
“Thia. Tell me the truth. Kimi dah lukakan hati Thia, right?”
Tersentap Fathia apabila Hakimi tanya soalan sebegitu. Apa yang Emir tahu tentang rumah tangga dia dan Hakimi?
“What do you mean? Apa yang Kimi dah ceritakan pada Emir?”
“Semuanya. Pasal dia duakan Thia. Pasal pertunangan dia dengan perempuan tu. And I know that girl, kawan baik Thia kan? Suraya, right?”
Semalaman dia memerah kepala otaknya untuk mencari siapa kawan baik Fathia. AKhirnya dia dapat tahu. Fathia hanya ada seorang kawan baik. Siapa lagi kalau bukan Suraya. Mereka bertiga satu sekolah dulu. Dan dia hanya tahu Fathia cuma rapat dengan seorang perempuan saja. Tu pun dengan Suraya je.
Air mata mula mengalir di pipi Fathia. Dia tidak sangka Emir akan dapat tahu tentang hal ini. Dia cuba menepis air mata itu tapi usahanya gagal apabila air mata itu tidak mahu berhenti. Terus mengalir di pipinya.
Terkejut Emir apabila melihat air mata mengalir di pipi gebu Fathia. Perasaan bersalah mula hadir dalam diri dia. Dia tak patut tanya Fathia dengan soalan macam ni. Nal-nak Fathia sekarang tengah mengandung.
“Thia, Emir mintak maaf. Emir tak patut tanya Thia dengan soalan macam ni. Emir…”
“Kenapa Kimi buat Thia macam ni? Apa salah Thia? Thia ni tak cukup baik ke untuk jadi isteri dia?” Fathia memotong percakapan Emir.
“No. Thia dah cukup baik buat Kimi. Kimi tu aje yang buta. Tak cukup dengan satu. Bagi Emir, Thia dah cukup sempurna untuk menjadi seorang isteri. Kimi memang tak tahu nak menghargai Thia.” Pujuk Emir apabila Fathia masih teresak-esak. Malah, makin menjadi-jadi.
“Apa yang Thia perlu buat Emir? Hati Thia terluka sangat.”
“Emir dah nasihatkan Kimi, but… entahlah Emir sendiri tak faham dengan Kimi tu.” Eh, ada ke dia nasihatkan si Hakimi tu? Bagi amaran adalah. Eh, sama je tu.
“Hmm, so how baby?” Emir menukar topik. Dia tidak mahu perjumpaan di antara mereka berakhir sebegini.
Hampir satu jam mereka berbual-bual. Daripada masalah rumah tangga Fathia hingga ke baby dalam kandungan Fathia itu. Setelah berbual-bual, Fathia meminta diri untuk pulang. Dia tidak kuat untuk berlama-lama dengan Emir. Cukuplah untuk hari ini saja.
“Kalau ada apa-apa, just give me a call . I’ll be there for you.”
Hanya itu yang Emir pesan sebelum dia meninggalkan café tersebut.
bersambung.... Last edited by NHSMUM on 3-1-2014 10:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon update yer dear... moga idea mencurah2 macam air hujan :lol |
|
|
|
|
|
|
|
5
Hakimi melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu. Sudah beberapa kali dia cuba menelefon Fathia. Tapi, hampa. Fathia tidak menjawab panggilannya. Lebih hampa lagi, apabila dia pulang untuk makan tengahari bersama dengan Fathia, kereta Mini Cooper milik Fathia tidak kelihatan di ruang porch rumah mereka.
Fathia keluar. Dan dia keluar tanpa meminta izin Hakimi. Hakimi kecewa dengan sikap Fathia yag telah berubah 100% itu. Dulu, ke mana saja Fathia mahu pergi pasti dia akan meminta izin Hakimi, walaupun untuk keluar berbual dengan jiran sebelah. Dan dia tahu perubahan itu berlaku disebabkan dia. Dia tahu Fathia kecewa dengan dia. Tapi, dia tidak sangka Fathia akan berubah sebegini. Hakimi mengeluh perlahan sambil meraup mukanya.
Hakimi memandang ke arah pintu utama rumah sebaik sahaja dia mendengar pintu itu dibuka. Siapa lagi kalau bukan Fathia. Dia memandang Fathia yang ternyata terkejut dengan kepulangan dia pada tengahari itu.
“Kimi, awak tak kerja ke hari ni?” Tanya Fathia dengan riak terkejut. Dia tidak sangka Hakimi akan pulang begitu awal hari ini.
“Abang ingat nak lunch dengan Thia hari ni. Tapi, bila abang balik, Thia tak ada kat rumah. Thia pergi mana?” Tanya Hakimi. Dia cuba untuk mengawal perasaan marahnya. Dia tidak mahu melepaskan kemarahannya pada Fathia. Dia takut Fathia akan semakin jauh dari dia.
“Ohh, sorrylah. Saya dah lunch tadi.” Kata Fathia dengan selamba. Langsung tiada perasaan bersalah dalam diri dia.
“Sayang, sayang pergi mana? Kenapa keluar tak beritahu abang? Thia buat abang risau. Tahu tak?” Hakimi semakin berang apabila Fathia hanya membuat seperti tiada apa yang berlaku.
“Kenapa awak sibuk nak tahu hal saya?” Tanya Fathia sambil memandang ke arah Hakimi dengan pandangan tajam.
“What do you mean, Thia? Kenapa abang tak boleh nak ambik tahu hal Thiah? You’re my wife, Fathia!” Marah Hakimi. Kenapa Fathia menjadi sebegini?
“Wife? Layak ke orang macam awak ni menjadi suami saya?” Soal Fathia. Dan soalan Fathia untuk telah mmbuatkan Hakimi bertambah berang.
“Fathia! What are you talking about?!” Jerkah Hakimi.
“Hmm, awak jerkah saya? Siapa yang patut marah sekarang ni? Saya atau awak? Siapa yang buat salah? Saya atau awak? Siapa yang curang sekarang ni? Saya atau awak? Jawab, Hakimi. Jawab!!”
Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Fathia. Dan Hakimi hanya mampu mendiamkan diri. Dia terkejut melihat Fathia seperti itu. Sebelum ini, Fathia tidak pernah tengking dia. Tapi, sekarang. Semunya telah berubah. Fathia yang sekarang bukan yang dulu lagi.
“By the way, awak nak tahu sangat saya pergi mana kan? Okey, saya akan jawab. Saya keluar dengan Emir. Puas?!”
Terkejut Hakimi apabila Fathia beritahu bahawa dia keluar dengan Emir. Tapi, kenapa? Apa Fathia sudah lupa yang dia tidak suka kalau Fathia rapat dengan Emir. Walaupun Emir tu kawan baiknya.
“Thia keluar dengan Emir? Why? Kenapa keluar dengan dia? Thia dah lupa yang abang tak suka Thia rapat dengan dia. Kenapa? Thia nak mengadu yang abang dah duakan Thia? Macam tu? Thia nak dia tahu masalah rumah tangga kita?”
Kali ini Hakimi pula yang menanyakan soalan. Tapi Fathia tidak mendiamkan dirinya seperti dilakukan Hakimi tadi. Soalannya hanya dibiarkan.
“Saya tak pernah beritahu Emir yang awak dah duakan saya. Awal-awal lagi Emir dah tahu. And, awaklah orang tu. Awak yang beritahu Emir sekarang awak nak salahkan saya plak?” Fathia tersenyum sinis. Suasana di ruang tamu menjadi sunyi beberapa minit.
“Sayang, kenapa Thia berubah macam ni sekali?” Hakimi memecahkan kesunyian.
“Berubah? Berubah macam mana?” soalan Hakimi dijawab dengan soalan Fathia.
“Sayang sekarang dah tak macam dulu. Yang cakap lemah lembut dengan abang. Selalu tersenyum manis dengan abang. Selalu, selalu mintak izin dengan abang bila sayang nak keluar. I want my old sayang.” Sayu hati Fathia apabila Hakimi meminta sebegitu. Salahkah dia berubah?
“Dan abang mintak maaf atas semua yang telah abang lakukan pada sayang. Abang tahu abang yang salah. Abang curang. Abang jahat dan abang teruk. Abang tak patut buat sayang macam ni. Dan abang langsung tak tahu Suraya teman baik sayang. Abang langsung tak tahu, sayang. Abang sanggup lakukan apa saja, asalkan sayang maafkan abang. Please, maafkan abang. Kita baik macam dulu? Kita buka buku baru and kita mulakan hidup baru. Abang, sayang and our baby?”
Hakimi menangis? Terkedu Fathia. Untuk menolak semua itu, Fathia rasa bersalah. Malah, dia dapat merasakan bahawa baby juga mahu dia berbaik semula dengan Hakimi.
“Abang sanggup lakukan apa saja? Apa saja?” Tanya Fathia.
Senyuman Hakimi melebar apabila Fathia memanggilnya dengan panggilan ‘Abang’. Sudah lama dia tidak mendengar suara manja itu memanggilnya dengan panggilan itu. Sungguh dia rindu.
“Yes, everything.” Jawab Hakimi dengan bersungguh-sungguh. Dia menarik kedua-dua tangan Fathia dan mengenggamnya dengan kemas. Dia tidak akan lepaskan peluang itu.
“Tinggalkan Suraya.”
Dumm!
Terlepas tangan Fathia. Satu ayat itu membuatkan lututnya lemah. Tinggalkan Suraya? Mampukah dia lakukan semua itu? Mampukah dia tinggalkan Suraya perempuan yang dia cintai? Jika dia tidak mahu tinggalkan Suraya, Fathia yang aku meninggalkan dia? Ya Allah, dugaan apakah yang telah Engkau berikan kepadaku ini. Rintih Hakimi dalam hati.
Terkedu Fathia apabila Hakimi melepaskan tangannya. Fathia menunggu jawapan daripada Hakimi, tapi memandangkan Hakimi hanya mendiamkan dirinya, Fathia tahu, Hakimi tidak akan meninggalkan Suraya. Jadi, diakah yang perlu pergi? Melepaskan lelaki yang dia cintai? Kuatkan aku Ya Allah? Begitu istimewakah Suraya pada abang? Sampai abang sanggup lukakan hati Thia lagi? Fathia meninggalkan Hakimi yang terkedu di ruang tamu itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
6
Fathia memandang kereta Honda Civic yang berwarna merah itu. Kereta terparking elok didalam porch mesti tuannya juga ada. Dengan jantung yang berdegup laju Fathia menekan butang loceng yang terletak elok ditiang pagar itu.
Fathia tidak akan melepaskan Hakimi dengan mudah. Dia sanggup berdepan dengan Suraya kalau Hakimi tidak mahu melepaskan Suraya. Biar dia sahaja yang melutut merayu dengan Suraya. Demi rumah tangga dia. Demi baby yang berada dalam rahimnya. Dia perlu buat sesuatu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Eh, Thia. Masuklah.”
____________________________________________
“Mimpi apa kau semalam tiba-tiba je datang rumah aku?” Tanya Suraya. Pelik dia. Tiba-tiba je Fathia datang ke rumahnya tanpa memberitahu dia terlebih dahulu. Dengan wajah yang tidak berapa ceria itu.
“Kau ada masalah ke? Tak nak share dengan aku? Mana tahu aku boleh tolong ke?” Tanya Suraya.
“Su, memang kau je yang boleh tolong aku. Hanya kau je.” Jawab Fathia sambil memegang kedua-dua belah tangan Suraya.
Suraya semakin pelik. Masalah apa yang Fathia hadapi sampai macam ni sekali. Dan hanya dia yang dapat membantu Fathia. Maksud Fathia?
“Apa yang aku boleh tolong? Kau cakap dengan aku.”
“Kau, kau tinggalkan Haris.” Berat dia untuk mengatakannya. Tapi, demi baby ini dia terpaksa.
“Apa maksud kau, Thia? Kenapa kau suruh aku tinggalkan Haris?” Terkejut Suraya. Kenapa Fathia minta dia tinggalkan Haris? Apa yang dirancangkan oleh Fathia? Laju dia menarik tangannya daripada Fathia.
“Tunang kau, Haris Hakimi. Suami aku.”
“What?!”
Haris tunang aku. Suami Thia? Kawan baik aku? AKu mimpi ke ni? Jadi yang merampas Haris dari dia adalah, Fathia kawan baik dia sendiri? Dan sekarang, dia yang merampas suami Fathia?
“Ya, Su. Haris Hakimi adalah suami aku. Tunang kau, suami aku, Su.”
Fathia memadang wajah Suraya. Dia tahu Suraya pasti terkejut. Tapi dia masih perlukan Hakimi. Dia terpaksa melakukan ini. Apabila Suraya hanya mendiamkan dirinya dia melutut didepan Suraya.
“Su, aku merayu dengan kau, Su. Please tinggalkan Hakimi. Aku perlukan Hakimi. Anak dalam kandungan aku ni juga perlukan Hakimi. Aku sanggup lakukan apa saja asalkan kau sanggup tinggalkan Hakimi.” Fathia menyeka air matanya Dia memandang Suraya yang masih terkejut.
“Su, aku tahu aku salah dengan kau sebab aku rampas Hakimi daripada kau dulu. Tapi, kau tak tahu yang Hakimi tu kekasih kau, Su. Sumpah, kalau aku tahu, aku tak akan terima dia, Su. Aku tak akan. Tapi, sekarang. Please, Su. Aku merayu sangat-sangat dengan kau. Please, tinggalkan Hakimi. Kau kesiankanlah anak aku, Su. Selama ni kau yang tahu macam mana sakitnya hati aku bila Hakimi abaikan aku. Kau saja yang faham perasaan aku. Please.”
Suraya menarik Fathia dari melutut.
“Thia, jangan macam ni. Hati aku sakit bila kau melutut merayu macam ni dengan kau. Ye, ye. Nanti aku bincang dengan Hakimi. Aku akan tinggalkan Hakimi. Demi kau dan anak kau ni. Aku tak sanggup tengok kau macam ni. Tak apa. Aku dah pernah kehilangan dia. Tak akan sekarang aku takleh kan? Dah, jangan nangis. Aku sayang kau. Walaupun sakit untuk kau lakukan, tapi tengok kau macam ni lagi sakit hati aku, Thia.” Suraya menyeka air mata yang mengalir dipipi Fathia.
“Thanks, Su. Kaulah kawan baik aku dunia akhirat. AKu mintak maaf sebab paksa kau lepaskan Hakimi. Aku mintak maaf sangat-sangat dengan kau, Su.”
Suraya menarik Fathia dalam pelukannya lalu mengusap belakang Fathia.
“Thia, kau isteri dia. Dan aku hanya tunang dia. Kau lebih layak dengan dia berbanding aku. Kau lebih dekat dengan dia berbanding aku. Dah, jangan nangis lagi. Nanti baby terikut-ikut macam kau nanti. Dah, lap air mata kau ni.”
Selepas hampir 1jam Fathia berada di rumah Suraya, dia meminta diri untuk pulang. Dia mahu menyediakan makan malam buat Hakimi. Dia mahu mulakan hidup baru dengan Hakimi. Dia yakin Suraya tak akan kecewakan dia.
Suraya hanya memandang Mini Cooper itu berlalu pergi. Dia mengapai iPhonenya lalu mendail nombor seseorang.
“Bie..”
____________________________________________
“Fathia! Fathia!”
Terlepas senduk ditangan Fathia apabila dia mendengar Hakimi balik dan menjerit-jerit memanggil namanya. Tergesa-gesa dia mendapatkan Hakimi.
Takut apabila memandang wajah Hakimi seperti mahu makan diri dia. Kenapa dengan Hakimi? Dia dah tahu tentang aku ke rumah Suraya untuk meminta Suraya meninggalkan dia? Tiba-tiba bulu romanya meremang. Takut berlaku sesuatu diluar jangkaannya.
“Abang, abang dah balik?”
“Petang tadi Thia pergi mana?”
Takut Fathia memandang muka Hakimi yang merah menyala seperti menahan marah. Dengan suaranya yang tinggi.
“Thia, Thia…”
“Thia apa?! Thia pergi jumpa Suraya kan?”
Fathia hanya mendiamkan diri. Tidak berani bersuara.
Terkejut Fathia apabila Hakimi mencengkam kedua-dua belah bahunya. Sakit. Laju air matanya turun.
“Abang, sakit.”
“Thia buat apa pergi rumah Suraya?! Thia serang Suraya kan? Thia pergi pukul Suraya kan?!”
Terpampan Fathia. Dia pukul Suraya?
“Abang, memang betul Thia pergi rumah Suraya. Tapi,”
Pang!!!
Belum sempat Fathia menghabiskan ayatnya, laju saja tapak tangan Hakimi melayang ke mukanya. Fathia jatuh terjelopok diatas lantai. Terkejut. Pedih. Perit. Sakit. Itu yang dia rasakan sekarang.
“Jadi memang betullah kau pergi rumah dia tadi. Kau serang dia kan? Kenapa kau serang dia? Sebab aku tak nak tinggalkan dia, sebab tu kau serang dia? Macam tu? Jawablah.” Sakit hati dia melihat Fathia hanya mendiamkan diri. Dia menarik Fathia bangun lalu mencengkam pipi Fathia dengan kuat.
“Abang, lepaskan Thia. Sakit abang.” Teresak-esak Fathia sambil merayu agar Hakimi melepaskannya. Senak diperut mula terasa.
“Ohh, tahu pun sakit. Habis tu yang kau pergi tampar Suraya sampai habis bengkak pipi dia tu, kau tak fikir plak sakit dia.”
Sekali lagi tapak tangan Hakimi melayang ke pipi Fathia. Sakit hati apabila muka bengkak Suraya terbayang. Petang tadi, Suraya menelefon dia. Memberitahu bahawa Fathia datang menyerangnya dan memukulnya. Pada awalnya dia tidak percaya tapi apabila dia sendiri pergi ke rumah Suraya, terkejut melihat rumah Suraya tak ubah seperti pencuri masuk. Dan apabila Suraya menangis teresak-esak sambil menunjuk mukannya yang luka berdarah dan bengkak di pukul Fathia.
Fathia tersentak apabila Hakimi menamparnya sekali lagi dan perutnya jatuh tersemban mengena bucu meja makan. Ya Allah. Jerit Fathia didalam hati. Sakitnya. Senak. Sakit. Sangat sakit. Ya Allah, janganlah Engkau ambil anak ku sekarang. Hanya dia yang aku ada, Ya Allah.
“Kenapa kau diam?! Jawablah aku tanya kau kan?!”
Terdiam Hakimi apabila dia melihat Fathia jatuh tersemban dan memegang perutnya.
“Thia, Thia.” Suaranya mula mengendur.
Saat dia melangkah mendekati Fathia, matanya terpandang cecair merah yang mengalir di lantai. Membulat matanya apabila otaknya mula dapat mencerna cecair merah itu. Darah!
Dia membalikkan tubuh Fathia. “Thia, are you okay?” Suaranya kedengaran cemas. Apa yang aku dah buat ni, Ya Allah!
“Sakit.” Hanya itu yang keluar dari mulut Fathia sebelum matanya tertutup rapat. Hakimi mula panik.
“Sayang, jangan tinggalkan abang. Maafkan abang sayang. Sayang buka mata sayang, please. Baby, bertahan ya. Daddy bawa mummy pergi hospital. Sayang, sayang bertahan ya.” Minta Hakimi dengan nada yang cemas.
Hakimi mencempung Fathia ke kereta untuk dibawa ke hospital.
|
|
|
|
|
|
|
|
7
Kata-kata doktor yang merawat Fathia tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya. Sungguh dia sedih. Menyesal! Dia yang bersalah.
“Puan Fathia kehilangan banyak darah. Pihak kami tidak dapat menyelamatkan baby dalam kandungannya. Hentakkan yang kuat menyebabkan Puan Fathia keguguran. Encik Hakimi banyakkan bersabar, ya. Allah lebih sayangkan anak Encik Hakimi. Maafkan saya.”
Doktor itu mengusap bahu Hakimi perlahan-lahan. Dia faham perasaan Hakimi. Sudah banyak kali kejadian seperti ini berlaku. Dia pergi meninggalkan Hakimi sendirian disitu.
Ya Allah, ini semua salahku Ya Allah. Kalaulah aku tidak mengasari isteriku, pasti kami tidak kehilangan anak kami Ya Allah. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah.
Baby, daddy mintak maaf. Daddy dah bunuh anak daddy sendiri. Daddy minta maaf sayang. Daddy mintak maaf. Rintih hati Hakimi. Sungguh dia menyesal.
Kalaulah dia tidak mengasari Fathia. Kalaulah. Dia tidak pernah membelai perut Fathia semasa isterinya mengandung. Sekarang peluang itu sudah tidak ada untuk dia. Teresak-esak dia menangis disitu. Banyak dosa yang telah dia lakukan terhadap Fathia. Dia duakan Fathia. Sekarang? Dia bunuh anak yang dia mahukan dari dulu. Dengan tangannya sendiri.
Bagaimanakah penerimaan Fathia nanti? Dapatkah Fathia memaafkan dirinya? Takut apabila memikirkan soal itu. Takut Fathia pergi meninggalkan dirinya.
Dia menapak perlahan-lahan ke dalam bilik yang menempatkan Fathia di hospital itu. Dia memandang sekujur tubuh yang berbaring membelakangkannya. Pasti Fathia sudah tahu mengenai anak mereka. Dia meraup kasar mukanya sebelum mendekati Fathia.
“Sayang,” Dia cuba menyentuh tangan Fathia tapi cepat saja tangan itu dilarikan oleh Fathia.
“Jangan. Sentuh. Aku.”
Satu persatu perkataan keluar dari mulut isterinya. Perkataan terakhir itu membuatkan diri dia seperti terhempap batu besar.
“Puas hati kau sekarang kan? Puas?!” Jerkah Fathia sambil tangannya menolak Hakimi jauh dari katil.
“Kau dah sakitkan hati aku. Kau dah hancurkan hati aku. Kau dah lukakan hati aku. Kecewakan aku,
sekarang kau dah bunuh anak aku! Puas hati kau? Puas?! Kaulah manusia yang paling aku benci dalam hidup aku! Kau tau?!”
Fathia menyapu kasar air matanya. Sakit hati dia tidak dapat disembukan lagi. Mungkin kecurangan Hakimi dapat dia maafkan kalau Hakimi memujuknya dengan baik. Tapi, sekarang anaknya Hakimi bunuh. Sungguh dia tidak dapat maafkan Hakimi lagi.
“Kau tak nak dengar penjelasan aku. Kau pukul aku. Kau sanggup pukul aku sebab nak bela perempuan tu. Kau tahu kenapa aku pergi rumah tunang kau? Aku pergi dengan cara baik. Aku merayu, melutut depan Suraya. Aku pujuk dia supaya dia lepaskan kau. Sebab aku masih perlukan kau. Aku sayang cintakan kau. Aku tak pukul dia. Aku tak serang dia. Aku datang dengan cara yang baik. Aku pulang dengan cara yang baik. Tapi, kau! Kau hukum aku tanpa dengar penjelasan aku. Sekarang, kau bunuh anak aku, Hakimi. Kau bunuh anak aku!”
Terkedu dia apabila Fathia membuka mulut menceritakan sebab kedatangan Fathia ke rumah Suraya. Tapi, mengapa Suraya memberitahu dia, bahawa Fathia datang dan memukulnya? Siapa yang menipu dia, Fathia atau Suaraya? Dia bingung. Isteri atau tunang?
“Aku tahu kau tak percayakan aku. Aku tahu. Tengok wajah kau pun aku dah tahu. It’s okay. Aku tak kisah kau nak percayakan aku atau tak. Terpulang pada kau. Sebab semuanya dah terlambat. Anak aku pun dah takde. Nampaknya, aku dah tak perlukan kau lagi, Hakimi.”
Hakimi mengangkat mukanya. Memandag wajah Fathia yang langsung tidak mahu memandang ke arahnya. Dia tidak marah kalau Fathia tidak mahu memandangnya. Tapi, apa maksud Fathia dia tidak diperlukan lagi? Jangan kata Fathia mahu…
“Sayang, apa maksud sayang dah tak perlukan abang lagi?” Berdebar-debar menunggu jawapan daripada Fathia.
“Maksud aku, aku nak kau lepaskan aku. Ceraikan aku.”
“Sayang, sayang tengah binggung ni. Sayang tak sihat lagi kan. Sebab tu sayang cakap mengarut ni. Abang tahu sayang masih sedih sebab kita kehilangan baby. Dan abang tahu sayang marahkan abang. Sebab abang, kita kehilangan baby. Tapi, bukan dengan cara ni sayang nak hukum abang. Okay, abang janji abang akan tinggalkan Suraya. Abang tak akan lukakan hati sayang lagi. Abang janji, sayang.”
Rayu Hakimi. Dia tahu dia yang salah. Sekarang dia menyesal. Dia sangat menyesal apa yang telah dia lakukan terhadap Fathia. Tapi, untuk ceraikan Fathia, dia tidak akan lakukan itu.
“No! Aku tetap dengan keputusan aku. Aku nak kau ceraikan aku. Sekarang. Dan kau tak payah nak peningkan kepala kau lagi untuk pilih siapa. Jawapannya dah ada. Aku nak kau lepaskan aku. Aku dah tak sanggup nak hidup dengan kau lagi. Aku benci dengan kau. Dulu, kenapa kau tak tinggalkan Suraya masa aku mintak kau tinggalkan dia? Kenapa sekarang? Setelah anak aku pergi tinggalkan aku?”
Fathia membalingkan semua barang yang ada berdekatan dengannya ke arah Hakimi. Biar, dia sudah tidak kisah lelaki itu luka atau apa. Apa yang tahu hati dia puas.
Hakimi hanya membiarkan saja Fathia membaling barang-barang ke arahnya. Biarlah asalkan hati Fathia
puas.
“Thia!”
Satu suara datang dan menghentikan tangan Fathia daripada membaling barang ke arah Hakimi. Hakimi hanya memandang lelaki dihadapannya kini. Apa yang Emir buat di sini? Siapa yang kasi tahu Emir?
“Emir.” Panggil Fathia dengan suara yang sebak.
“Emir tolong Thia. Tolong Thia.” Rayu Thia.
“Ya, Thia nak Emir tolong apa? Kasi tahu Emir. Nanti Emir tolong Thia.” Sedih dia memandang Fathia dalam keadaan sebegitu. Masalah dengan Hakimi masih belum selesai. Sekarang, berlaku keguguran. Pasri Fathia sangat tertekan saat ini.
Benci Hakimi tengok Emir datang mendekati isterinya. Dayuskah dia hanya memandang lelaki lain mendekati isterinya?
“Suruh Hakimi ceraikan Fathia. Sekarang!”
“Thia!”
Hakimi dan Emir terkejut mendengar permintaan Fathia. Emir memandang ke arah Hakimi. Dia tidak tahu mahu menunaikan permintaan perempuan yang dia cintai atau tidak. Ia juga melibatkan kawan baiknya.
Apa yang hrus dia lakukan?
|
|
|
|
|
|
|
|
NHSMUM posted on 3-1-2014 09:25 PM
I'm so sorry sebab lambat post. Busy lately ni. Ni Sya daa kasi banyak. Takut tak sempa ...
x cukup... nk entry lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Best giler...harap jgn tulis sekerat jalan tau... |
|
|
|
|
|
|
|
menagis iols baca taw... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|