View: 18280|Reply: 135
|
Artis Upah Pelajar RM30 Sejam Sebab Nak Tercalon Anugerah
[Copy link]
|
|
KL, 23 JAN 2014: Kalau tak silap Murai Batu ini bukanlah kali pertama Murai Batu terdengar golongan artis mengupah kelab peminat untuk menghantar undi semata-mata untuk menang sesebuah anugerah yang membabitkan undian peminat.
Terbaru Murai Batu terdengar seorang artis wanita telah mengupah sekumpulan pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi untuk menghantar undi supaya dirinya tercalon untuk kategori top 5 sebuah anugerah berprestij.
Naik semput Murai Batu bila mendengar cerita ini. Bagaimanapun Murai Batu ingin tahu juga siapakah gerangan selebriti itu dan siapakah yang telah diupahnya untuk menghantar undi?
Selidik punya selidik, artis wanita berkenaan adalah salah seorang yang cukup cantik dan kalau tak silap Murai Batu pernah beberapa kali tercalon dalam anugerah berkenaan. Tapi sayangnya rezeki masih belum menyebelahinya lagi.
Bagaimanapun Murai Batu kurang bersetuju apabila artis berkenaan telah mengupah sekumpulan pelajar dengan harga RM30 untuk sejam semata-mata untuk mendapatkan khidmat bantuan mereka untuk mengundinya.
Benar, kalau di lihat dari sudut berbeza, cara artis berkenaan mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu strategi untuk tercalon, tapi dari sudut lain pula, ianya bukanlah pendekatan yang positif atau boleh dicontohi.
Kenapa Murai Batu berkata demikian? Kerana anugerah berteraskan undian adalah berdasarkan undian telus daripada peminat. Kepada peminat yang benar-benar merasakan seseorang artis itu popular atau layak, maka mereka akan mengundi. Macam pilihan raya juga.
Jadi cara yang digunakan oleh pelakon itu sama sekali bukanlah pendekatan yang baik atau boleh dicontohi oleh sesiapa. Dalam kata lain, ini dah kira main tipu.
Tapi apa yang membuatkan Murai Batu pelik, walaupun pelakon berkenaan mengupah sekumpulan pelajar untuk mengundinya, tapi nampaknya namanya langsung tak melekat dalam carta top 5 anugerah berkenaan.
Eh! Apa sudah jadi? Murai Batu takut undian yang dihantar itu tidak sampai ke pihak sepatutnya atau mungkin usaha artis berkenaan masih belum kuat untuk melayakkan dia tercalon untuk kategori yang dipertandingkan.
Sayangnya.....
Mana tidaknya, kebelakangan ini Murai Batu lihat terdapat ramai pelakon baru yang berbakat besar dan cantik-cantik belaka lagi popular yang nampaknya boleh menandingi populariti artis seorang ini.
Jadi apa yang boleh Murai Batu katakan di sini, kuatkanlah usaha dan pertingkatkan prestasi supaya nama anda terus mekar, segar dan sentiasa berada di hati peminat. Bukan senang untuk kekal popular ya kawan-kawan.
Murai Batu: Banyak betul artis baru yang di TV nampak lain dan di luar nampak lain. Hampir tak kenal Murai Batu dibuatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terdesak sangat ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sanggup buat gitu? Ish ish ish.. |
|
|
|
|
|
|
|
stars83 posted on 23-1-2014 12:31 PM
mcm FS je..
X kot. FS tiap2 thn tercalon |
|
|
|
|
|
|
|
stars83 posted on 23-1-2014 08:31 PM
mcm FS je..
FS mmg dah diketahui ramai upah org mohon simpati untuk undi dia
Aku sendiri pernah baca msg dia hantar pd satu dato. Mintak derma untuk sponsor undi dia 5ribu ker 10k tak bro ingat. Rasanya mintak 10k.
Dia mintak datok tu beli undian pakai sms.
Datok tu tunjuk pd aku dan bbrp orang yg ada kat situ.
Kami gelak sakan and perli ler datok muda yg mmg miang tk semengah tu.
Kami ni crew. Ikut jer boss kami suruh buat kerja. Boss aku pun jumpa datok tu nk mintak sponsor buat drama.
La ni, abp dah xsyok. Sbb sapa ada duit, dia meng. Or sapa pandai cakap or girlgirl sikit dpt la
Yg buat duit berita harian. Lg banyak org sponsor, lg banyak ler masuk.
Almaklumnya... nilai sebenar lakunan dah tak ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Ee toksah la sampai tahap ni..desperate sgt nk menang knape. Kalo ade bakat x dpt anugerah pun org appreciate laa |
|
|
|
|
|
|
|
Fazura kut
Dia x pernah tercalon
Last year ada drama dia blakun |
|
|
|
|
|
|
|
kumanheart posted on 23-1-2014 08:44 PM
FS mmg dah diketahui ramai upah org mohon simpati untuk undi dia
Aku sendiri pernah baca msg dia ...
Time tu dia single ke dah couple ngan jije selipar biru?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tak upah bangla atau nepal |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi apa yang membuatkan Murai Batu pelik, walaupun pelakon berkenaan mengupah sekumpulan pelajar untuk mengundinya, tapi nampaknya namanya langsung tak melekat dalam carta top 5 anugerah berkenaan.
tak tercalon top 5 pun lah
definitely bkn FS |
|
|
|
|
|
|
|
Sape2..takde kije heh dok upah org semata-mata nak tercalon..:Q |
|
|
|
|
|
|
|
utk retis2 ni menang ABP atau at least tercalon dalam top 5 tu penting
sbb ia kayu ukur samada ko akan ada job atau tak sepanjang tahun lepas ni
that's why jangan heran kalo retis mesia beriye2 berhabis duit sbb nak menang ABP
terbaik atau populer
produser2/penganjur2 mesia ni lebih amek yang populer dari yang terbaik
that's the truth |
|
|
|
|
|
|
|
setankuning posted on 23-1-2014 09:19 PM
utk retis2 ni menang ABP atau at least tercalon dalam top 5 tu penting
sbb ia kayu ukur samada ko a ...
Betul sgt..... Yg kayu kayan...semue jadi heroin.... Yg hebat2 jadi pmbantu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Desperate btl |
|
|
|
|
|
|
|
MAK AIH .. XKAN FS KOT .. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berani dedahlah nama |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin posted on 23-1-2014 10:15 PM
Kalau berani dedahlah nama
Kaannnn.... Dedah je la nama tu oiii.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah berkali kali tercalon tp x pnh menang.....
Bkn FS kot sbb dia tercalon n menang berkali kali....
RR atau fakezura kot....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|