CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5488|Reply: 27

5 Tip Elak Menjerit Pada Anak Degil

[Copy link]
Post time 13-2-2014 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Ramai ibu bapa terpaksa menjerit untuk menarik perhatian anak-anak yang degil. Semakin anda menjerit, semakin kurang perhatian yang diberi oleh anak-anak. Ikuti lima teknik mudah anak mendengar kata tanpa perlu meninggikan suara.


Bagi amaran. Anak-anak lebih takut apabila anda memberi amaran kerana mereka takut mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Sebagai contoh, selagi anak anda tidak mengemas barang-barang permainan, selagi itu mereka tidak boleh bermain di bermain basikal di taman.

Sentiasa bertenang. Hati ibu bapa mana yang tidak 'panas' apabila melihat makanan bersepah di ruang tamu gara-gara sikap anak yang gemar makan di depan tv. Teknik terbaik sebelum anda mahu menjerit adalah dengan bertenang sambil melihat anak-anak yang kian membesar dan semestinya sikap mereka hanya boleh dilihat ketika mereka masih kecil.


Ingat peranan anda. Apabila anda memilih untuk menjerit pada anak anda, sebenarnya anda telah merendahkan peranan anda sebagai ibu. Anda tidak boleh menuntut penghormatan daripada anak anda dengan menjerit sebaliknya anda perlu ingat peranan anda sebagai ibu adalah menunjukkan moral yang baik. Bercakap perlahan dan kawal dengan tenang menunjukkan anda ibu yang bijak.


Jadi lebih rapat. Anda menjerit dari tingkat atas atau dari dapur, namun anak-anak tetap mengabaikan anda. Ramai ibu bapa bertindak demikian kerana sudah memanggil anak-anak banyak kali tapi tidak didengari. Cara terbaik adalah pergi ke arah anak, tarik perhatiannya, lakukan 'eye contact' dan bercakap perlahan dengannya.

Bayangkan anda mempunyai tetamu. Kawal kemarahan dan rasa mahu menjerit dengan membayangkan jeritan anda mungkin akan didengari oleh jiran atau tetamu di dalam rumah anda. Membayangkan anda mempunyai tetamu membuatkan anda menolak untuk menjerit kerana memalukan anda sekeluarga.


Ada ibu bapa memang terpaksa memanggil anak berulang kali sambil menjerit kerana sikap anak yang sukar memberi kerjasama apabila dipanggil. Menjerit bukanlah jalan penyelesaian kerana sikap anda akan dijadikan contoh buat mereka kelak sama ada bersama adik-beradik atau rakan-rakan di sekolah. Jika anda tidak mahu anak-anak anda menjerit sesama sendiri, anda sendiri perlu datang dan bercakap perlahan di depan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 01:12 PM | Show all posts
Good ips. tips yg 1st tuh mmg selalu di praktikkan... hehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 02:25 PM | Show all posts
memang dgn cara eye contact, anak2 akan mudah mengikut arahan.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 02:38 PM | Show all posts
Cara terbaik adalah pergi ke arah anak, tarik perhatiannya, lakukan 'eye contact' dan bercakap perlahan dengannya.


okay...

tapi kalau anak main kt dalam ban belakang rumah aku kena jerit gak a
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 02:45 PM | Show all posts
manehnya posted on 13-2-2014 02:38 PM
okay...

tapi kalau anak main kt dalam ban belakang rumah aku kena jerit gak a

Ni harus. Especially kalau maknya tak larat nak pi lokasi anak dan urgent.

Komen saya, anak degil ni tak perlu tunggu jerit, depan muka dia boleh buat donno.

Sebelum nak anak "dengar" kita sama ada jarak jauh atau dekat, eye contact atau tidak, degil atau patuh, amalkan dan biasakan berbincang dengan hemah, ada kasih sayang etc.

Insya allah, lama2 anak yang kita anggap degil tu akan senang ikut kita. Sebab message yang kita sayang kat dia, boleh bawak berbincang dan respek dah sampai kat dia. Lama2 tak degil la. Lepas tu jerit ka, eye contact ka, senang dia nak paham dan terima message kita.




Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 02:34 PM | Show all posts
thanks for the tips..  ada sapa2 leh bg petua utk anak lelaki darjah 4 yg masih kencing mlm tak..  penat dah I nak kena beli pampers org tua.. siang pun kdg2 kalau tgh main sanggup kencing skit kat seluar sbb sayang nak tinggal... dan mcm2 cara I buat.. yg tegas, yg slow talk bawak jumpa doctor..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2014 02:40 PM | Show all posts
good tips..hope blh try..xlarat jd tarzan dh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 08:08 PM | Show all posts
Maybe u can share di bod ibu bapa juga. Thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2014 09:39 AM | Show all posts
carly selalu denda anak2... denda paling depa takut ialah... x boleh main ipad... kena denda lagi mengerikan dari kena rotan... so, depa lebih mendengar kata apabila terkeluar perkataan denda, dan paling best, mama dan ayah pun nak kena denda...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 03:57 PM | Show all posts
harimau76 posted on 17-2-2014 02:34 PM
thanks for the tips..  ada sapa2 leh bg petua utk anak lelaki darjah 4 yg masih kencing mlm tak..  p ...

hahha bukan ko sorg je anak darjah 4 masih kencing tilam, aku pun sama hoohoho
cara aku sejak 2 taun lepas kunci jam tiap pkl 1 @ 2 pagi....kejut dia bangun pi kencing....kalau dia minum byk waktu sblm tido, aku kejut  2 kali...

kdg2 kalau aku termiss kejut dia, ada gak la di bantainya atas tilam
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 05:39 PM | Show all posts
carly_lah posted on 19-2-2014 09:39 AM
carly selalu denda anak2... denda paling depa takut ialah... x boleh main ipad... kena denda lagi me ...

kalu kat angah mende ni jalan.....kalu kat along hadoiii....sanggup dia tak main especially kalu soh kemas bilik....

me jarang jerit,kecuali mende tu akibatkan kemalangan teruk, luka,lebam dsbginya.....slalu kalu tak tahan sgt me cuma ubah sket suara pastu sebut nama penuh dia dengan bin skali...derang tau la me tgh marah, pastu bru la derang bg attention pada apa kita nak ckp

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 05:41 PM | Show all posts
harimau76 posted on 17-2-2014 02:34 PM
thanks for the tips..  ada sapa2 leh bg petua utk anak lelaki darjah 4 yg masih kencing mlm tak..  p ...

badan big size ke? atau siang dia main lasak sgt?

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 05:49 PM | Show all posts
juita posted on 19-2-2014 05:41 PM
badan big size ke? atau siang dia main lasak sgt?

Yup.. Bdn agak big size and tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 05:59 PM | Show all posts
harimau76 posted on 19-2-2014 05:49 PM
Yup.. Bdn agak big size and tinggi..

dah khatan lum?...bwk jmpa doktor , apa doktor tu ckp?

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 07:22 PM | Show all posts
harimau76 posted on 17-2-2014 02:34 PM
thanks for the tips..  ada sapa2 leh bg petua utk anak lelaki darjah 4 yg masih kencing mlm tak..  p ...

Darjah 4 dok masih kencing atas tilam
geraammm jerk ati rasa kan..hihi..

Ai tak tahulah petua apa untuk budak sebesar itu yg still takleh nak kontrol wee dia
Tapi apa yg ai buat utk anak teruna kecik ai (skrng dh 4 tahun tapi ai stat potty training umo 2 tahun setengah)
malam2 sebelum tido suh dia wee dulu siap2
tgh malam kang dlm pukul 12 gitu kejut lagi dia bangun tuk pi toilet
mmg berperang jugakla sbb dia sayang nak tinggalkan tido dia..
but i just have to
2 minggu konsisten buat gitu
lepas tu alhmdllah..malam dh tak yah bangun dh sbb dia dah leh kontrol 'paip air' dia..

even anak u dh besa
ai rasa u bule try cara tu juga
mana tau kan lepas ni dah xyah nk beli pempers lagi..


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 09:42 PM | Show all posts
mod....topik ni antaq pi bod mak bapak anak2 tu la...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2014 11:27 AM | Show all posts
gud tips for me.. tapi adoii la nak pupuk hati ni utk bersabar.

* aku pun ada anak 5 yrs kadang2 masih terkucil jugak.. tdo atas toto la dik oii. senang la nak basuh.. bayangkan kalu wee atas tilam.. mau ku haruk satu rumah..

- sebelum tdo aku paksa pi wee dulu..
- kadang2 bila aku terjaga tu. dgn dia dia sekali aku hangkut masuk jamban.
- tak kasik minum air sebelum tdo. hehehe.. (kejam mama dia...), mkn buah yg watery etc..

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
jerit wat sakit tekak je... huhu

i mmg ugut nk buang mainan klu x dgr kata... or kekadang janji nk kuar jln2..
tp klu dh janji kna tunaikan la.. klu x, nnti ank dh x caya kita...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 11:32 AM | Show all posts
kalau duduk kat tingkat atas, tangan sambil buat kerja iron baju ke ape ke
cam ner tak jerit, panggil suruh gantung baju sendiri dalam almari pun tak nak
dah jerit, buat buat tak dengar la pulak
lagi la sakit hati, sana sini nak kena buat kerja

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 10:18 AM | Show all posts
Mil aku ajar kalau rasa nak jerit je urut2 dada n istighfar..aku ni baran jugak , doter aku mmg baik alhamdulillah, tapi my son  aduh suka benor kacau adiknya..so kalau aku rasa nak jerit tu, cepat2 aku urut dada n istighfar, bila anak aku tgk dia pun slow down  n minta maaf..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054674 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list