|
4 Mac 2014
Miri: Seorang ahli perniagaan membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan tindakan sepasang suami isteri warga emas lingkungan 80-an yang menguatkan suara aksi dalam video lucah yang ditonton di televisyen sejak beberapa bulan lalu.
Lelaki berusia 61 tahun dari sebuah taman perumahan, di sini, mendakwa gangguan bunyi bising daripada video lucah itu muncul antara jam 8 malam hingga tengah malam.
Menurut sumber, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mempunyai hobi pelik dengan menonton video lucah hampir setiap malam dan menguatkan suara aksi dalam video itu sehingga mengganggu jiran berhampiran.
Katanya, tindakan melampau pasangan terbabit menyebabkan lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.
“Beberapa jiran lain turut mengadu perkara sama serta pernah bertemu dengan pasangan itu supaya menghentikan tabiat mereka atau memperlahankan suara video lucah, namun tidak diendahkan.
“Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu mempunyai masalah mental atau sebaliknya, namun pengadu turut mendakwa pernah dimarahi lelaki berkenaan sebelum ini tanpa sebarang sebab,” katanya.-myMetro
p/s ahaks...samada dah nyanyuk atau memainkan semula video seks mereka sendiri !
|
|