CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13761|Reply: 127

Fahrin Ahmad Akui Dirisik Ibu-Ibu Menjadi Menantu

[Copy link]
Post time 20-6-2014 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Fahrin Ahmad Akui Dirisik Ibu-Ibu Menjadi Menantu

KUALA LUMPUR, 19 JUN 2014: Fahrin Ahmad pernah dikaitkan dengan selebriti-selebriti wanita seperti Linda Onn, Adila Ramly dan Scha Al-Yahya. Ironinya kesemua wanita itu sudah pun berkahwin malah Scha juga sudah sedia untuk menimang cahaya mata.
Manakala Fahrin pula yang masih lagi membujang sehingga kini. Namun Fahrin akui, dengan usianya yang semakin meningkat ramai para ibu yang datang merisik untuk menjadikannya sebagai menantu.

“Mereka tahu saya single lagi. Memang saya mengaku ada ramai yang datang untuk melamar saya jadi menantu. Bukan sekali, malah banyak kali. Tapi saya hanya menganggap itu sebagai doa untuk saya berumahtangga,”

“Buat masa sekarang kalau Tuhan takdirkan saya sesibuk ini, akan jadi masalah pada jodoh atau bakal jodoh saya sebab saya tidak dapat memberi fokus pada hubungan itu,” kata pelakon, pengacara dan pengulas sukan yang menginjak 35 tahun itu.

Fahrin juga akui yang dia lebih gemar menghabiskan masa di gymnasium atau bermain bola sepak dengan rakan-rakannya daripada berpacaran.
“Realitinya adalah saya memang tiada masa. Ramai yang bertanya kenapa saya tiada teman wanita, sedangkan masa pun saya tiada apatah lagi mahu keluar dating,” kata Fahrin.

Bila ditanyakan tentang perasaannya apabila mengetahui semua bekas teman wanitanya sedang bahagia berumahtangga, Fahrin meluahkan rasa gembira dan berbangga pada mereka.

“Saya uji diri saya untuk berhadapan dengan isu ini. Bila saya mendapat tahu yang mereka akan berkahwin, perkara pertama yang terdetik hanya perasaan gembira untuk mereka.

“Setakat ini kalau saya terserempak dengan mereka di mana-mana majlis, saya tiada masalah. Perasaan yang timbul hanya mungkin perasaan yang ‘kosong’ atau perkara buruk antara saya dan dia tidak terjadi,” ujar Fahrin.

Fahrin ditemui di Majlis penyampaian hadiah wang tunai Power Root, Jutawan 4 yang turut dihadiri oleh Y.M. Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah.



Last edited by maxim on 20-6-2014 12:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 12:46 PM | Show all posts
asal thread fahrin je, cite kawin..
bila nak kawin ni oiii!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:47 PM | Show all posts
kawin..kawin..kawin..kawin..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
korang bosan asyik pasal cita kawin jer.. aku pun sama.! ke korang mahu cita panas pasal bebird dia. ? yummy hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 01:42 PM | Show all posts
ellZack posted on 20-6-2014 12:46 PM
asal thread fahrin je, cite kawin..
bila nak kawin ni oiii!!

slagi dia tak kawin selagi itulah ceritanya pasal kawin
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress woo org asek tanya soklan tu..sabar tau habam. Muahhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2014 01:47 PM | Show all posts
itula yg mampu ko bgtau kat wartawan fahrin..muakk ok balik2 kawin..balik2 kawin
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 01:53 PM | Show all posts
ohsemmm posted on 20-6-2014 01:42 PM
slagi dia tak kawin selagi itulah ceritanya pasal kawin

patut dia elak kalau reporter tanya pasal kahwin..
ckp je la kalau ada jodoh, kahwinlah saya ke apa..
ni, 5 kali reporter tanya pasal kawin, ada je jawabnya.
nak cari wife cikgu la, mak org dtg minang la..
yg reporter pun, agak dah habis soalan nak tanya ke apa balik2 duk tanya cerita pasal kahwin..
kalau gap soalan kahwin tu 2, 3 tahun sekali lain gak cerita..
ni within a year, 2, 3 kali tanya bila nak kawin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 01:57 PM | Show all posts
dia juz nak bgtau yg dia masih laku... hohohooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi..klau fahrin je msti citer pasal kawin..
x malu ke uncle fahrin oi...
ckp no komen kan blh..
ni sndiri up kata ade org nak wat menantu la,...bosan weh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:12 PM | Show all posts
nmpk terdesak lak dia nih. asal kuar cerita jek pasal kawen. tp x kawen2
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:13 PM | Show all posts
ellZack posted on 20-6-2014 01:53 PM
patut dia elak kalau reporter tanya pasal kahwin..
ckp je la kalau ada jodoh, kahwinlah saya ke a ...

hurm.. nak jugak bgtau yang die hot and bukan sebab tak laku ...
hehe .. dgr kata die baran jugak .. but tercover disebabkan kehenseman .. walluhalam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:16 PM | Show all posts
makton posted on 20-6-2014 01:57 PM
dia juz nak bgtau yg dia masih laku... hohohooo

laku kah???


lbh baik la abam fahrin ckp - insyaallah, ada jodoh sy pasti akan kawen

drp dia merepek ckp segala ibu dlm donia ni nak jadikan dia menantu. sedeyyy sgt
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:17 PM | Show all posts
Aku pun nak soh mak aku masok minang dialah...........
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
samshik posted on 20-6-2014 02:13 PM
hurm.. nak jugak bgtau yang die hot and bukan sebab tak laku ...
hehe .. dgr kata die baran jugak ...

Hehhehe .... baran pon tak per.... ada jer yg sanggup klu yg lain tak sanggup ... muehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:21 PM | Show all posts
adelea posted on 20-6-2014 02:18 PM
Hehhehe .... baran pon tak per.... ada jer yg sanggup klu yg lain tak sanggup ... muehehehe

oh yesza.. tu sudah semestinya kan lea.. but die nie taste sume kurus tinggi and muke cine..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 02:24 PM | Show all posts
bang pahrin ni dah takde citer lain ke selain dari kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:24 PM | Show all posts
amir raja lawak and shuib sepahtu yg dua2 muka tak siap tu pun bleh je sangkut jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:24 PM | Show all posts
fahrinnnnnnnnnnnnn......................jom kawin
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:24 PM | Show all posts
samshik posted on 20-6-2014 02:21 PM
oh yesza.. tu sudah semestinya kan lea.. but die nie taste sume kurus tinggi and muke cine..

Aku pun kurus tinggi, rambut hitam, berombak-ombak
and muka cine........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4047 Replies : 179

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.074251 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list