BAZAR RAMADHAN
EMI mula senyum.Sejak dia pandai membuat kuih cek mek molek, dia merasakan ada satu keseronokan untuknya mencuba kuih lain. Otaknya mula ligat berfikir tentang rezeki bulan ramadhan. Balik dari kelas tadi, sempat dia mencari resipi di internet beberapa jenis kuih yang dirasakan dapat menarik pembeli untuk mencuba kuihnya nanti.
Kelasnya kebanyakannya akan habis awal bila bulan puasa tiba. Tambah-tambah kalau pensyarah yang suka batalkan kelas. Seawal pukul empat dia sudah ada di rumah. Kesempatan itu dia gunakan sepenuhnya untuk mempelajari cara untuk membuat kuih. Mencari duit lebih untuk menampung pengajiannya di kampus nanti. Emi senyum lagi.
Maka bermulalah misi Emi untuk menjadi seorang peniaga kecil-kecilan di rumah. Selalunya dia akan menjual kuih pada hujung minggu saja. Kebetulan ada satu gerai yang sudi memberinya tumpang di situ dengan membayar sedikit sewa.
“Err..kak..boleh saya tumpang berniaga kuih kat sini tak? Hujung minggu je. Nanti saya bayar sewa..boleh tak?” Emi mula bersemangat.
Kakak yang pakai apron di depannya senyum.
“Boleh..kebetulan hari minggu akak tak banyak kuih. Bila nak mula?”
“Hari sabtu ni!”Emi senyum lebar.
PAGI Sabtu, Emi bangun dengan perasaan semangat di dada.Dia melangkah ke dapur dengan senyuman. Kak Yati hanya senyum melihat Emi yang tersenyum-senyum begitu. Nor, Alin dan Shidah pula tiada di rumah. Mereka pulang ke kampung masing-masing. Maklumlah rumah mereka dekat saja dengan kampus. Hari ini hanya dia dan Kak Yati saja yang lepak di rumah. Emi senyum lagi. Terasa tiada gangguan.
“Emi, nak buat apa dengan bahan-bahan yang banyak ni?” kak Yati garu kepala melihat banyak bahan untuk buat kuih tersusun atas meja makan.
“Saya nak berniaga. Bulan puasa ni banyak rezeki. Ni! Saya dah salin semua resipi kuih yang saya nak buat nanti!” Emi hulur buku nota resipinya kepada Kak Yati.
Kak Yati membelek helaian demi helaian. Ada senyuman di bibirnya.
“Hmm..not bad! Tapi..banyak ni, larat ke buat nanti? Nak akak tolong?” Kak Yati mula menawarkan diri.
“Eh! Akak tak sibuk ke? Terima kasih daun keladi!” Emi melompat gembira. Pembantu sukarela sudah ada.
Bertungkus-lumus Emi dan Kak Yati membuat kuih mengikut resipi yang ditulis dalam nota kecil itu.Satu persatu bahan-bahan yang dibeli dari pasar raya tadi diletak di sekelilingnya.Setelah memastikan semua bahan sudah tersedia di situ, Emi mula memakai apron dan sarung tangan.Kebersihan perlu dijaga.
“Ok Emi! Let’s start the mission! ” Emi senyum sambil memberi kata semangat kepada dirinya sendiri.
Kak Yati hanya gelak melihat telatah Emi yang gila-gila. Happy go lucky orang putih kata! Dia segera menolong Emi membancuh tepung dan bahan-bahan lain mengikut sukatan. Ada lebih dari sepuluh jenis kuih yang kena buat hari itu.
“Emi! Banyaknya!Sempat ke nanti?” Kak Yati pandang senarai kuih dalam nota kecil.
“Ala kak..kuih cek mek molek tu saya dah pandai. Yang lain tu kita ikut jelah resipi dalam tu! Macam kuih seri muka tu..kan akak dah expert!” Emi senyum lagi.
Kak Yati sengih. Begitu bersemangat melihat Emi yang sentiasa riang dan berkobar-kobar menyediakan kuih.
“Semangat nampak? Puasa ke tak ni?” Kak Yati mula bergurau.
“Eh! Saya puasa la kak! Akak tu yang tak puasa! Nanti bolehlah akak rasa kuih ni nanti ya!” Emi sengih.
Kak Yati turut sengih. Terlupa yang dia masih dalam keadaan uzur.
Last edited by Ipo on 6-7-2014 10:41 PM
|