View: 25191|Reply: 160
|
Masalah Rumah Tangga Buat Awie Mahu Jadi Bapa Terbaik #pg6
[Copy link]
|
|
Awie: Tanpa Rozana..saya dan anak-anak bahagia
- Awie
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
KEMELUT rumah tangga membabitkan vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dan isterinya, Rozana Misbun, 36 kini menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi, Awie juga berdepan tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, dua minggu lalu.
Biarpun melalui satu tempoh yang sukar dalam hidupnya, Awie bersyukur kerana berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara ketiga-tiga anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Mendekati lelaki berusia 46 tahun ini, Awie mengakui kehidupannya tidak banyak berubah selepas dia dan Rozana tidak lagi tinggal sebumbung.
"Kehidupan kami berlangsung seperti biasa, tidak banyak yang berubah. Cuma pada bulan Ramadan lalu, buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya bangun pagi dan masak sahur buat mereka.
"Malah jika saya terlibat dengan penggambaran, bila ada masa rehat, saya akan pulang dan masak lauk untuk mereka berbuka. Saya mahu mereka rasa nikmat makan air tangan bapa mereka," ujarnya yang ditemui Zass di lokasi penggambaran Warna Cinta Impian, semalam.
Ujar Awie, anak-anak juga banyak memberinya kekuatan dan kehidupan mereka enam beranak cukup bahagia.
Selain tiga anak hasil perkahwinan dengan Rozana, dua anak perempuan hasil perkahwinan dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, dan Puteri Aleefa Antasha, 12 turut dijaga oleh Awie.
"Alhamdulillah setakat ini mereka tidak pernah komen apa-apa atau bertanya. Macam raya baru-baru ini mereka nyatakan hasrat untuk ke Legoland dan saya bawa mereka ke sana.
"Kami 'happy' hidup bersama dan saya kini hanya mahu kembalikan hak mereka yang hilang dan segala kerja keras saya selama ini dan seterusnya adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa akan datang.
"Saya juga bersyukur kerana hak penjagaan kesemua anak-anak diberikan kepada saya dan apa pun terjadi saya akan pertahankan. Saya mahu mereka membesar di depan mata saya dan kalau apa-apa berlaku biarlah berlaku di depan mata saya.
"Mereka nyawa saya, dunia dan akhirat," ujarnya yang turut meminta masyarakat tidak membuat telahan atau andaian terhadap segala yang berlaku dalam rumah tangganya.
Kembali bersama Erra
Berkongsi perkembangan terbarunya, Awie berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya, Warna Cinta Impian yang sudah memulakan penggambaran sejak 11 Ogos lalu. Lebih menarik, di dalam filem tersebut, Awie kembali bersama Erra Fazira setelah kali terakhir bergandingan dalam filem hampir 20 tahun lalu.
"Filem ini berkisar mengenai sebuah perkahwinan yang perlu diselamatkan oleh dua watak yang dijayakan oleh saya dan Erra. Selain itu untuk pertama kalinya, kami kembali bergandingan di dalam filem setelah sekian lama tidak berbuat demikian.
"Tapi bagi saya gandingan di dalam filem ini tidak terlalu mencabar seperti ketika kami menjayakan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya, baru-baru ini," katanya.
Tidak kisah andai kerjasama ini dijadikan umpan untuk menarik perhatian penonton ke panggung, Awie berkata, dia dan Erra kini berkawan baik dan kisah lalu yang berlaku antara mereka tidak perlu diungkit kembali.
"Apa yang berlaku biarkan berlalu. Saya pasti, sama seperti saya, fokus Erra kini adalah untuk mencari rezeki buat anaknya. Tapi bila bercakap soal jodoh, saya rasa Erra berhak dapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari saya.
"Tapi saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana semuanya adalah ketentuan ALLAH SWT," jelasnya yang mengakui serik untuk kembali berumah tangga andai perkahwinannya dengan Rozana menemui titik noktah.
Sementara itu filem ini merupakan produk pertama syarikat Touchtronics Entertaiment Sdn Bhd. Selain Erra dan Awie, antara pelakon lain yang akan turut serta menjayakan filem ini adalah pelakon dari Singapura, Erwin Shah Dawson, Shiqin Kamal, Nelydia Senros dan Azlee Khairi.
Tidak musuhi KRU
Selain sibuk dengan penggambaran filem, Awie berkata, dia juga kini sibuk dengan latihan teater SuperMokh The Musical yang bakal dipentaskan tidak lama lagi. Ditebak mengenai perkembangan karier nyanyiannya, jawab Awie, dia masih menerima undangan nyanyian secara solo pada hujung minggu dan kini dalam perancangan untuk mengadakan konsert jelajah bagi mempromosikan album terbarunya, Menakluk Kosmos.
"Saya jangka ia akan bermula Oktober hingga Disember ini membabitkan empat atau lima tempat termasuk Singapura. Manakala persembahan di Sabah dan Sarawak masih dalam perbincangan," katanya.
Mengerti persoalan yang bermain di minda penulis, Awie berkata, hubungannya bersama KRU Music sudah pulih dan pihak KRU sudah datang bertemunya memohon maaf.
"Soal hati saya letak ke tepi dan kami sudah pun bermaaf-maafan. Tapi promosi album Menakluk Kosmos perlu diteruskan, jadi album tersebut akan diuruskan promosi menerusi syarikat saya, Awie Entertainment," katanya yang juga dalam proses mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-30 penubuhan Wings dan sebuah persembahan amal mengutip bantuan buat Gaza.
Last edited by maxim on 20-8-2014 07:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Mgkn betul rozana pow duit saving utk anak2 kot, selari dgn statement " saya mahu kembalikan hak mereka yang hilang". Kesian anak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
dahsyatnya kau, mentekedarah anak sampai 200K, akak ni kerja 100 bulan baharu dapat sebanyak itu |
|
|
|
|
|
|
|
Erra dh lame menjanda. Awie plak ade krisis rumahtangga. Aku tgk awie ni mcm beria-ia nk berpisah dgn rozanna. Mgkn bila berpisah dgn rozanna, peluang awie kembali pada erra makin cerah. Ye la, dorang dulu kan hampir2 kawin. Mesti la sekarang ni mase yg sesuai utk cinta bertaut kembali.
Rasenyer kalo erra masih status bini emran, pasti awie akan beri peluang kedua pd rozanna utk berubah dan kembali pd keluarga. Tapi sbb erra dh janda, so xde maaf bg mu rozanna.
Ape2 pun, kalo ditakdir kan awie dan erra bersatu, aku suka jer. Mgkn perkahwinan ketiga bagi mereka akan bawa ke jannah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayyooo... Entahla... Jodoh semua kerja Tuhan, tp mahukah Erra? |
|
|
|
|
|
|
|
tgk pada anak2 dia kita dh bole tau awie ni bapa penyayang...
bgs awie ni..jarang lelaki nk jaga anak2 kalo bercerai...
slalunya mak yg dpt hak penjagaan... |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau apa yang awie masak untuk sahur dan buka.. tapi aku pasti mesti sedap.. air tangan ayah... |
|
|
|
|
|
|
|
Awie dan Erra memang nampak serasi. Tengok cara mereka berinteraksi di Meletop dan di program2 lain sebelum ini pun dah boleh nampak 'chemistry' dorang. Manalah tahu, jika mereka bersama kembali, ia akan berkekalan. Erra pun nampak mcm masih suka dgn awie...hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya juga bersyukur kerana hak penjagaan kesemua anak-anak diberikan kepada saya dan apa pun terjadi saya akan pertahankan. Saya mahu mereka membesar di depan mata saya dan kalau apa-apa berlaku biarlah berlaku di depan mata saya.
"Mereka nyawa saya, dunia dan akhirat," ujarnya yang turut meminta masyarakat tidak membuat telahan atau andaian terhadap segala yang berlaku dalam rumah tangganya.
tang ni aku betul2 respek kat awie...
tak macam edelnotelo dan ackiok tu... |
|
|
|
|
|
|
|
konsetrate jerlah dgn anak anak. tak payah nak bercinta cintun lg. |
|
|
|
|
|
|
|
New word yg buat aku terharu... AIR TANGAN AYAH
Penyayang Awie ni |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun awie garang tapi sangat sayang pada anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
....dalam hati ada taman |
|
|
|
|
|
|
|
Satu je iols nak cakap. Awie ni mmg syg mati sama anak2 dia. Walo gengster abang kwsn pukul2 org skalipun. Dlm hati tetap ada taman utk anak2 nya.
Semoga bahagia awie bsama anak2 beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 15-8-2014 07:54 AM
New word yg buat aku terharu... AIR TANGAN AYAH
Penyayang Awie ni
selalunya lelaki badan besar ni penyayang. |
|
|
|
|
|
|
|
terharu susah kot jaga ramai anak 5 orang
|
|
|
|
|
|
|
|
malu besar bagi bapak2 yang tinggalkan anak2 pada bekas isteri jaga sorang2
sampai ada yg tak menyumbangkan apa2 nafkah pun selepas bercerai
sebab asyik mashuk dgn girlfren baru |
|
|
|
|
|
|
|
bab ni memang aku respek awie |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga beliau terus pertahan hak anak2...
Mak teh jalan tgk budak2 yg xdak mak atau bapak mesti sedih.
Teringat kat cucu....harap anak menantu mak teh jaga anak depa elok2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|