View: 5719|Reply: 22
|
Apa yang patut aku buat?
[Copy link]
|
|
As salam wat semua forummers....
Aku sedang berhadapan dengan masalah sekarang nih...
Hujung tahun lepas aku teringin nak beli rumah.. Memandangkan harga rumah yang semakin mahal dan syarat yang diletakkan oleh isteri (Tak mahu kawasan perumahan yang sesak dengan kenderaan, tak mahu rumah tak bertanah (apartment), tak mahu rumah yang jauh dari tempat kerja) aku akhirnya mengambil keputusan untuk membeli rumah di kawasan Salak Tinggi, Sepang.
Maka puaslah aku mencari rumah2 yang hendak dijual (ronda setiap hujung minggu dan melalui internet). Akhirnya aku jumpa satu iklan rumah yang akan dibina di kawasan berhampiran Desa Vista. Bila telefon pemaju dia punya staff minta aku datang pejabat mereka di Hulu Langat. Dah bayar booking RM1K kemudian dia minta 10% downpayment. Bila cakap dp bukan bayar waktu SNP depa cakap depa buat rumah dengan bilangan unit yang terhad sebab syarikat depa syarikat kecil. Kalu ragu2 boleh pergi ke lot yang dinyatakan untuk tengok proses site clearence yang dah dilakukan.
Kerana terdesak nak memiliki rumah aku pun keluarkan segala wang KWSP untuk bayar downpayment rumah tuh. SNP hanya ditandatangani pada bulan Mac. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan teringin pulak nak tahu perkembangan projek perumahan tuh. Setelah dihimpit kesibukan (tak sempat nak tengok tapak pembinaan) akhirnya 2 minggu lepas aku berkunjung ke tapak pembinaan tersebut. Terkejut n kecewa bila tengok tapak tu nak ditumbuhi pokok2, satu batang tiang pun tak dipacakkan. Sedangkan staff pemaju tersebut pernah berjanji rumah contoh akan siap pada bulan 6.
Sekarang ni aku xtau nak wat ape. Duit RM30k entah kemane, rumah entah kemane.. Nak beli rumah baru cash dh takde, tambah2 pulak umur aku dah nak pencen dah.. Nak wat report polis pun aku hanya ada resit bayaran RM30k tu saje, salinan SNP pun aku x terima2 lagi sampai la... Ada sape2 yang arif dalam bidang perundangan x dalam nih yang boleh bagi penyelesaian bagi kes aku ni? Tindakan undang2 yang aku boleh ambil.... |
|
|
|
|
|
|
|
Wsalam tt..
Dah try contact pemaju? Masa sign snp tu lawyer pun ada gak kan? Sorry i bukan arif sgt..penah beli umah sekali je. Tpi msa sign snp tu ada clause2 yg protect kite as buyer. Tt try check.
Nti otai2 msuk inAllah diorg ada cara yg lgi bernas.. gd luck tt |
|
|
|
|
|
|
|
ni kat depan kandang kambing tu eh?
mcm dah pacak tiang je tgok aritu.
nti aku usha lain klu rajin ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tt..harap ada forumer2 mahir yang ble tolong..semoga Allah permudahkan segala urusan tt,, |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
TT sudah buat laporan kpd Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan? |
|
|
|
|
|
|
|
divakah posted on 17-8-2014 11:22 PM ![](static/image/common/back.gif)
Wsalam tt..
Dah try contact pemaju? Masa sign snp tu lawyer pun ada gak kan? Sorry i bukan arif ...
Sebenarnya saya dah hubungi pemaju sejak bulan puasa hari tu... Malangnya no telefon pejabat sudah tiada dalam perkhidmatan. Telefon bimbit x pernah diangkat.
Untuk pengetahuan SNP antara saya dan lawyer dah buat tapi salinannya (bahagian pembeli) belum saya terima. Bila telefon lawyer telefon pun tak berjawab. Asyik masuk voicemail jer...
Last edited by jelbon on 18-8-2014 10:55 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
babablec posted on 17-8-2014 11:35 PM ![](static/image/common/back.gif)
ni kat depan kandang kambing tu eh?
mcm dah pacak tiang je tgok aritu.
Babalec warga salak tinggi ek?
Yang dekat kandang kambing tu projek OIB, projek saya kt hujung Desa Vista.. Kt selekoh rumah plg hujung Desa Vista...
|
|
|
|
|
|
|
|
Genkidesuka posted on 18-8-2014 07:29 AM ![](static/image/common/back.gif)
Salam,
TT sudah buat laporan kpd Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
Wsalam...
Saya belum buat laporan ke KPKT.. Sebab staff yang berurusan dengan saya sewaktu proses pembelian rumah tempohari bagitau ramai staff pemaju projek tersebut dah berenti. Dia sendiri dah berenti (saya dapat tau lepas sign SNP) n dia janji nak tolong sebab dia terlibat secara langsung untuk cari customer..
Saya bagi tempoh kepada dia (ex staff) sampai minggu nih.. Kalu xde perkembangan positif saya terpaksa ambil tindakan yang sepatutnya..
PEPUN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BAGI PENDAPAT DAN NASIHAT UNTUK SELESAIKAN MASALAH SAYA... TERIMA KASIH SEKALI LAGI...
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian dengan tt..
jangan tunggu lagi, terus pergi report ke KPKT..
KPKT boleh check senarai pemaju tu samada sah atau tidak, blacklist atau tidak..
kalau tunggu lagi, lagi lama pulak tertangguh..
|
|
|
|
|
|
|
|
As salam...
Lama x jenguk rumah sendiri...
Nampaknya masalah aku masih tak dapat diselesaikan.. Melalui maklumat pegawai KPKT yang berkenaan pemaju projek tidak berdaftar dengan KPKT. Ini menyebabkan tindakan sukar diambil.
Aku juga telah berkali2 menghubungi peguam namun sehingga kini salinan SNP belum lagi diterima. Macam2 alasan diberi oleh peguam. SNP masih dengan pemaju, pemaju janji dari minggu lepas untuk bagi SNP tapi sampai sudah tak bagi2..
Pemaju pulak tak pernah jawab panggilan telefon (henpon). Ex staff siap ajak aku cari pemaju untuk setel masalah sebab gaji dia pun tak dibayar.
|
|
|
|
|
|
|
|
jelbon posted on 3-9-2014 11:34 PM ![](static/image/common/back.gif)
As salam...
Lama x jenguk rumah sendiri...
apa kata ko share nama projek, pemaju & lokasi betul2.. share jelah senang kn.. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak hantar santau, aku boleh bagi jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
sila salahkan isteri anda kerana memaksa ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
isk isk lesap rm 30k.... ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah masih x selesai...
Aduan dah dibuat ke KPKT tapi depa xleh amik tindakan sebab Pemaju (GNS SDN BHD) tak berdaftar dengan KPKT... Projek dia betul2 dekat Desa Vista Bandar Baru Salak Tinggi.. Bukan dekat jalan masuk tu tp belah dalam kt selekoh hujung perumahan Desa Vista..
Aku tertipu sebab bila pergi tapak projek memang proses site clearance dh dibuat.. Menurut staff, depa suma dah berenti kerja, bila mintak nombor telefon pembeli2 lain sampai sudah depa x bagi.. Ada dalam fail lah, dalam no tipon lama n macam2 lagi.. Pemaju ni Melayu coz dia ada bagi nama n no telefon tapi sampai sudah x pernah jawab panggilan telefon n balas sms aku...
Aku rasa peguam yang disediakan pun bersubahat sebab sampai sudah macam2 alasan dia bagi bila aku mintak salinan SNP..
Ketensenan sedikit sebanyak menyebabkan rumah tangga aku bergoncang... Tambah2 bila isteri soh cari rumah lain sebab tahun depan dah nak implement GST kompem harga rumah akan naik... Tu x kira kenaikan tahunan lagi...
Arini disebabkan tensen aku bergaduh dengan isteri.. Sibuk nak suruh cari rumah tapi nak srh beli direct dengan owner.. x mahu guna ejen sebab ejen mark up banyak sangat katanya... Elok2 aku nak kawtim dengan ejen untuk tengok rumah dia membebel kata rumah tu harga murah tapi ejen dh mark up... Last2 meletop... Seb baik kedai mamak banyak kat rumah aku sewa sekarang nih... Hari2 aku lepak kedai mamak tiap kali ceta pasal rumah kuar...
Aku nak buat laporan polis tapi xde bukti untuk ditunjukkan sebab SNP peguam x bagi lagi.. Bila tanya peguam dia cakap SNP masih pada pemaju... Hmmmm...
|
|
|
|
|
|
|
|
I hate la ur wife. Sepatutnya memahami bukan mendesak lg. Bertabahlah TT. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak jenguk rumah sendiri.....
11 November 2014 ada ejen rumah mesej bagitau ada rumah teres yang hendak dijual berharga RM330k.. Aku tanya dia baper kos guaman yang harus aku sediakan selain daripada bayaran 10% yang aku kena bayar semasa nak sign SNP...
Kemudian aku bagitau ejen tu yang aku la ni xde simpanan@duit KWSP sebab duit tu sume aku dah bagi kt pemaju.. Pemaju yang hilang entah kemana. Memang salah aku jugak sebab takde peguam sendiri waktu nak beli rumah tu tempohari..
Ejen yang bersimpati dengan aku tu mintak aku buat laporan polis atau lapor kepada Majlis Peguam. Majlis Peguam akan ambil tindakan ke atas mana2 peguam yang tidak menjalankan amalan guaman dengan cara yang betul. Bayangkanlah dari bulan April sampai hari ini aku masih x dapat salinan SNP. Bila call dia cakap nanti nanti dan nanti... Ada dengan pemaju katanya...
Isteri aku daripada awal mengandung sampai dah selamat bersalin masih x dapat2 lagi SNP...
Kaco betul..... |
|
|
|
|
|
|
|
jelbon posted on 17-11-2014 01:02 AM ![](static/image/common/back.gif)
Dah lama tak jenguk rumah sendiri.....
11 November 2014 ada ejen rumah mesej bagitau ada rumah te ...
kesian kat kau
kitorg beli rumah pun pakai agen. mmg akan mark up 3%. tapi yg rugi adalah penjual sbb dia dpt kurang 3%.
aku nasihatkan kalo nak beli rumah lagi... pakai lawyer sendiri. tanya kawan2
jgn pakai lawyer agent atau pemaju. diorg bole ajer berpakat
walau pakai agent, ko mintak jugak no tel tuan rumah. ckp jer ko nak jumpa owner.. nak tanya masalah rumah ni etc... nak tengok geran/bil2 semua
yang duit RM30K tu... ko kene pelan2 lupakan. jangan berharap sangat. doa bebanyak ye
yang bini kau tu bising2 apahal? tak membantu betul![](static/image/smiley/default/curse.gif)
nak beli rumah ni jgn tergesa2. aku pun amek masa hampir 1 tahun nak carik rumah yg betul2 berkenan
tengok rumah banyak kali, dan walau aku guna agen, aku dptkan jugak no tel tuan rumah dari jiran2
ye... memang taun dpn GST naik whatever.... tapi ko jgn terdesak sangat sampai harung sume, tanpa check belaka
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah baru yang ko nak beli ni kat area mana?
RM330K boleh dpt rumah teres setingkat subsale kat kajang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|