CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11362|Reply: 23

lembaga persis lembaga Nina Bobo n kisah lain (Pocong Famous- 25/01...

[Copy link]
Post time 4-10-2014 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Leafumi at 5-3-2015 01:35 AM

Assalamualaikum.. petang tadi tt tengok movie horror Indonesia, Oh Nina Bobo di Astro Citra.. bagi tt boleh la layan buat hilang boring..mujurlah hantu dalam movie tu pun tak seram sangat.. n tt suka sebab tak ada adegan tak senonoh yang menjolok mata kan ? kebanyakan movie horror Indonesia penuh dengan babak tak senonoh, pakaian seksi menjolok mata. sangat tak sesuai untuk tontonan bawah umur dan sekadar taktik untuk melariskan movie.

Bila tengok Nina Bobo ni, tt teringat zaman tt kecik2 masa tadika rasanya. tt pernah nampak lembaga macam ni. seriously memang besar gila bapak tinggi nak mampos nak sama tinggi dengan pintu rumah tt. memang sebijik kecuali tak ada effect asap2 kat kain kelubung dia. hehe.. hobi tt suka bermain mainan anak2 patung sorang2. masa tu tt main anak patung di bilik stor di belakang. tt memang dah biasa main kat situ. situlah tempat simpan permainan2 tt. situ jugak tempat ayah tt buat kerja dengan dengan laptop dia sampai ke pagi buta.

kejadian masa tu, waktu magrib. macam biasa, tt main mainan sorang2 kat situ. langit di luar semakin gelap. tingkap belum ditutup. lama2 tt rasa nak keluar dari situ. tt pun pergi la ke pintu. tepi pintu pula ada besi penyidai tuala yang ringan separas pinggang tu. tt pun tolak tarik benda tu. saja la budak2 tak ada keja. tiba2 ada 1 lembaga warna hitam betul2 muncul tepi tt. tt tengok. memang tinggi.dengan kain kelubung hitam dia. siap pegang garpu besar yg panjang n tajam. dah mcm grim reaper. dia tak buat apa2 kt tt. just berdiri je. tt dah rasa takut. so apa tunggu lagi. cabut lari lah. tinggal segala mainan bersepah tak kemas lagi. menjerit2 lari ke ruang tamu.

kat ruang tamu tu, mak tt n kakak tt tengah tengok tv. diorang hairan kenapa dengan tt macam nampak hantu. tt pun terus marah2 tak tentu pasal. tt tuduh salah sorang dari mak n kakak yg nak mengusik tt. mak n kakak terkejut. diorang cakap mana ada. dari tadi diorang kat situ je. tt tak puas hati. tt pun cerita la apa yg tt nampak tadi. lepas tu tt n mak pergi check. tak ada apa. mak pun tutup tingkap bilik stor tu. lepas tu mak suruh tt kemas balik mainan semua. mak membebel tula main lagi sorang2 kat bilik stor magrib2. haishh tak pasal2 kena tadah telinga.

tulah kali pertama n terakhir tt nampak lembaga hitam besar camtu. fuh, nasib baik tak jadi apa2.. kakak tt cakap perasaan tt je tu. tak de nya tt nak perasaankan bendaa2 camtu. tengah elok2 main mana nak fikir benda2 hantu camtu. tiap2 kali tt bukak balik kisah penampakan lembaga ni, mak tt mesti cerita dulu mak selalu gak diusik bayang hitam. kadang2 masa mak tengah basuh pinggan di dapur, ada bayang2 di belakang. mak ingatkan tu ayah tapi bila toleh tak ada sapa2 pun. kejadian ni berlaku di rumah sewa tt yang lama. sekarang tt dah duduk di tempat lain. rumah sewa tt tu terletak di tepi selekoh. orang cakap berumah tepi selekoh ni tak baik. selalu juga kemalangan tepi rumah. ada sebuah rumah banglo dalam 20 meter dari rumah tt kata orang rumah tu ada membela lembaga. entahlah. kakak ttpun pernah terjaga waktu malam2 buta. dia tengok pintu ke dapur ada orang2 pendek mcm budak2 duk berulang alik di situ. yg menakutkan semua org pendek tu warna bayang2 hitam. sekian perkongsian tt.



Last edited by Leafumi on 4-10-2014 12:06 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2014 08:51 PM | Show all posts
seram betoii
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke umh tepi selekoh x elok?? Umh qt tepi selekoh... 2 thn siap.. xdee org nk beli.. bila qt beli.. ada satu cina ty.. jln2 dpn umh qt.. dia kata umh qt bagus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2014 10:16 PM | Show all posts
cubby_qt posted on 4-10-2014 02:01 PM
Betul ke umh tepi selekoh x elok?? Umh qt tepi selekoh... 2 thn siap.. xdee org nk beli.. bila qt be ...

entahlah.. dengar cakap2 org je.. tapi sepanjang pengalaman sendiri stay umah camtu biasa2 je.. kalau ada gangguan pun sikit2 je.. maybe gangguan2 yg suka menumpang..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 11:01 PM | Show all posts
Gambor yg TT tepek tu seram le...alahai
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 02:56 AM | Show all posts
yang penting kita jgn terlalu pikirkn sgt ye TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2014 02:57 AM | Show all posts
iggyevelyn posted on 4-10-2014 06:56 PM
yang penting kita jgn terlalu pikirkn sgt ye TT

dah lama lupa dah benda ni.. bila teringat balik rasa lawak.. tambah2 lepas tgk nina bobo nie
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat nina bobo adik beradik bobo mig :lol

first time dgr rumah tepi Selekoh x,elok..meaning byk rumah corner lot x elok ye.. Selalunya rumah tgh pertemuah 2 simpang yg x elok.. Cina pun ckp suwey.. Selalunya x laku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 08:40 PM | Show all posts
Haha. Cemana lah boleh dapat nama gitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 03:07 PM | Show all posts
haha nina bobo
ari2 ade kt yestero
tp tak penah tgk
seram sgt ke cite tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 04:34 PM | Show all posts
bagi org yg penakot mcm aku nie, crita nina bobo tue tak seram sgt..kira aku bole nengok pastu lena time nak tido..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:48 PM | Show all posts
best ke cite tu. balik nnti nak layan lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2014 12:43 AM | Show all posts
GadisShizuka posted on 6-11-2014 04:48 AM
best ke cite tu. balik nnti nak layan lah

biasa2 ja.. haha.. seram lagi pocong walaupun cerita pocong lawak, tt still tak boleh hadap muka2 hantu tu kat movie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 04:01 AM | Show all posts
Ni ada update tapi citer lain. bukan sambungan citer lembaga nina bobo yer..

tapi misteri taik

mintak maaf kalau ada yang tak lalu tapi ni memang kisah benar. saja je nak share. nk baca2 la, tak nak sudah. tak paksa k. mana lah tau kut2 ada yang pernah mengalami misteri taik ni.

buat masa ni citer hantu taik ni jelah saya nak share. kalau ada update citer lain, saya akan share ye. (saya pun tengah cuba mengumpul cerita2 misteri dari famili n kawan2 utk diletakkan kat sini.)

oh ya, pengalaman nampak lembaga nina bobo tu ialah aku kira pengalaman pertama aku nampak entiti. lagipun masa tu aku kecik lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 04:01 AM | Show all posts
Misteri Tahi Di Kem.. Tahi ?? (jangan baca kalau tak lalu & tengah makan)


Tahi ataupun taik. Mungkin kedengaran lawak & pengotor. Sesapa yang tengah makan or jenis sensitif bila cakap sal taik sila jangan baca ! kehkehkeh.. tak seram mana pun cita ni.. cuma pelik je.. korang ada tak berdepan pengalaman hantu taik nih ?

Ok, kisahnya macam ni. aku n budak2 batch aku pegi ke kem atas urusan esaimen dengan ditemani beberapa orang lecturers. kem tu pulak terletak di utara di Yan. kami pi selama 2 hari 1 malam je. berdekatan dengan kawasan kampung. kiranya kem tu dah macam tempat homestay2. dalam blog kem tu bukan main cun kemas n bersih gambar2 sekitar kem yang ditepek dalam tu. tapi mungkin gambar lama sebab tahun 2010 nyer gambar. padahal dah tahun 2014 masa kami pi tu. so agak kurang bersih & kemas. daun2 berguguran & berselerak di lantai & jalan. air di kolam ikan berlumut hijau. kesian kura2 dalam tu berenang dalam air hijau. masa kami pi tu memang tak ada pihak lain yang datang ke kem tu. hanya ada pihak kami saja. 1 batch seramai 60 orang. so tak takut sangat. tapi bila fikirkan kesunyian & tempat tu yang terpencil agak seram gak la. ada sangkar monyet tapi yang kesiannya sangkar dia penuh dengan botol n kertas2 surat khabar. hairan. kenapa diorang tak cuci ? kesian monyet tu. hidup dengan sampah.

Hari pertama kami ada kat situ,  student lelaki ditempatkan di 1 blok macam dorm. dalam tu ada banyak katil. sama lah gak dengan student perempuan, ditempatkan di dorm perempuan bersebelahan dengan dorm lelaki. lepas dah simpan beg2 baju n barang2, kami semua terus pi ke dewan. kunci lak dipegang oleh salah seorang dari batch kami yang telah dilantik untuk menjadi ketua bilik & pemegang kunci. masa di dewan kami adakan perbincangan kerja, pembentangan & macam2 lagi lah. ada jugak yang nak ke toilet. disebabkan kat situ tak ada toilet, kami pun terpaksa ke toilet yang ada dalam dorm. dorm dah dikunci. so kalau sesapa yang nak ke toilet kena lah minta kunci dekat ketua dorm - Ain. Tiba2 aku lak rasa nak terkucil sebab duduk dalam air cond, sejuk nak mampos. so aku pun mintak kunci kat Ain, nak masuk dorm pi toilet. Ain pun nak ikut sekali. aku n Ain pi berdua ke dorm.

Lepas selesai apa yang patut, aku kena tunggu Ain yang masih dalam toilet. yelah, dia kan pegang kunci. lagipun dia tak nak ditinggal sorang2. dia pun tengah melepaskan hajat. sabar jelah aku. dalam 10 minit camtu, kami pun keluar n kunci dorm. kembali ke dewan. masa kat dewan tu sambil tengok kawan2 buat presentataion kat depan, aku banyak kali tersengguk2 n tak perasan sapa yang ulang alik p ke toilet lepas tu. kadang2 aku tido pastu main game. bosan beb. 1 hari duk dalam dewan saja. lepas waktu makan n solat, semua kembali ke dorm. tak boleh nak lepak memana.

esok pulak hari kedua, macam biasa terperap dalam dewan je. last2 masa nak dekat balik, semua kembali ke dorm untuk bersiap2 n packing beg. masuk2 je dalam dorm, kecoh2 diorang cakap ada tahi dtinggalkan tak flush di toilet. baunya mengaum 1 toilet. semua orang pakat hairan. sapa pulak dah berak tak flush ni ? so, pembantu ketua dorm lak- Ati, arahkan sesapa yang telah membuang tu, sila la tolong pi cuci. dah besar2 ni takkan tak reti2 lagi nak jaga kebersihan kan ? tapi tak ada sorang pun yang mengaku. semua masih pelik n krikk krikk. then semua orang sambung packing barang. ada la 2-3 orang yang pi menjenguk tahi tu. aku tak de nya nak pi tengok ! gila tak sanggup aku ! nanti mimpi ngeri duk teringat2 ! pastu disebabkan tak ada sesapa mengaku tu taik dia, group yang pi menjenguk tu dengan rela hati tolong cucikan benda tu. rela hati tau, bukannya mengeku tu taik depa.hihi

lepas tu, masa dalam bas, kawan aku cakap, sebenarnya ada misteri di sebalik taik tu. dia cakap sebenarnya dari semalam lagi (hari pertama), dah ada taik dijumpai ditinggalkan di tempat yang sama untuk kali pertama. sama exactly macam tadi. tak tau sapa yang membuang macam tu. then macam biasa lah ada yang rela hati pi cucikan sebab yang lain tak sanggup. cuma masa tu terjadi ketika ramai berada di dewan so ramai yang tak tau pasal ni. kali kedua pulak, waktu pagi tadi, sebelum semua orang bangun subuh. ada lagi taik yang ditinggalkan kat situ. di tempat yang sama n still dengan bentuk yang sama terletak elok. bentuk dia besar gak lah seketul. ni telah diceritakan oleh saksi2 yang sanggup check taik tu. so orang2 yang rela hati ni sekali lagi cucikan benda tu. kali terakhir kemunculan taik tu pulak ialah masa nak packing barang sebelum balik tadi. entah sapa lah yang telah buat perangai bangang tu ?? sapa pun tak mengaku. 3 kali lak tu ? wtf ?? nak kata bodo, semua student u.

bagi korang misteri ke tak ? aku tak nak lah tuduh ketua dorm- Ain. dia memang kata sakit perut sikit tapi tu cuma masa hari pertama je. sebab dia ni bertudung labuh n menutup aurat takkan lah dia tergamak nak buat gitu kan ? habis sapa ?? nak kata tak da air,air ada je tanpa masalah. so taik sapa kah tu ? yang peliknya tiap2 kali kemunculannya dia di tempat yang sama n dalam bentuk yang sama ? tak berubah langsung. takkan ada hantu taik kut ? ada gak lah aku dengar mulut2 duk kata taik tu dari 'benda2' tu saja je nak kacau kami sebab kebosanan. erk ??

sorry kalau tak seram. ni sekadar berkongsi kepelikan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 08:14 AM | Show all posts
Leafumi replied at 14-1-2015 04:01 AM
Misteri Tahi Di Kem.. Tahi ?? (jangan baca kalau tak lalu & tengah makan)

Ada orang takut nak berak malam2 kot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Hah..mengundang kesukaran ke toilet neh..tambahl2 mlm
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Leafumi replied at 14-1-2015 04:01 AM
Misteri Tahi Di Kem.. Tahi ?? (jangan baca kalau tak lalu & tengah makan)



Masa duduk asrama dulu,ada gak insiden taik.
Letak taik dalam cebuk.

Padahal jamban punya berlambak
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 08:39 PM | Show all posts
Hmm so kesimpulannya x dpt la dipastikan angkara org @ makhluk lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 10:18 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 22-1-2015 10:22 PM

Akak Tenggek Rambut Panjang Menampakkan Dirinya.. Mungkin Kebosanan.


Ok, pengalaman ni biasa2 bagi sesetengah orang yang dah pernah nampak lagi yang dahsyat2.. hmm.. tapi tahap macam ni pun aku dah cuak.. hihi, nasib baik aku bukan jenis senang nampak.. setakat dengar2 je bunyi2an asing & pelik..

Benda ni jadi masa aku di semester 3 di ipt around 2013. Time tu dah pukul  11 malam ke atas. Aku masih gigih buat esaimen di laptop yang banyak berjasa ni dah 2 tahun lebih. Rasa2 tak lama lagi boleh almarhum laptop nih.. masa ni pun aku sorang2 dalam bilik, time ni aku duduk bilik untuk 2 orang. Roommate aku Si Ema ni dah ke bilik Nini di tingkat 2 awal2 lagi untuk buat esaimen sama2. Aku lak jenis suka duduk sorang2 buat esaimen. aku memang suka bersendirian. Sukakan privacy. Sambil2 tu duk berchatting dengan crush. Hihi..

Sedar tak sedar dah pukul 4 pagi. Aku baru teringat yang aku nak kena copy nota dari Nini & the gang. Tapi nota tu tak dak kat aku soaku pun dengan selamba nekad nak turun pi ambik kat bilik dia. Buka2 pintu,tengok keadaan amat sunyi. Aku tengok lampu2 kebanyakan bilik level aku tu semua dah padam.  Hanya ada lampu koridor. Untunglah depa boleh tido.. aku lak boleh kata hampir setiap malam berjaga buat esaimen yang tak pernah nak berkurang. Bukan aku tak takut. Takut jugak tapi disebabkan dah biasa berjaga pagi2 buta n pi toilet sorang2 even kul 3 pagi so dah jadi kebiasaan. Selalunya Ema akan tido dulu sebab dia selalu migrain. Aku tak sampai ati nak kejutkan dia so aku selalu p toilet sorang2. Kadang2 pukul 1 pagi pun aku pernah pi mandi. Hahaa.. giler.. nak kata kuat semangat tu tak de la kuat mana. Maybe sebab aku bukan jenis senang nampak, so aku rasa selamat dari gangguan. Tapi bila sekali benda tu tunjuk rupa kat aku, boleh kus semangat..

Blok bilik aku tu ada 4 tingkat. Bilik aku tgkat 3. Bilik Nini tgkat 2. Kena pulak bilik aku hujung kanan bilik dia lak hujung kiri. So aku ambik la tangga tengah2 blok yg aku dah biasa guna. Aku pun turun dengan confiden. Tapi time aku nak kona kat tangga tu, aku perasan yang kat pokok yang memang tepi tangga tu, ada sekujur tubuh berkain putih berambut panjang tengah duduk di dahan pokok. Pokok tu memang tinggi melebihi bumbung blok tu. Apalagi kau ? aku dah cuak. Bulu roma pun nak menegak tapi aku cuba paksa bulu roma aku turun. Kehkeh.. rambut dia memang panjang sampai ke paras hujung kain dia yang terjuntai-juntai tu. Muka tak nampak sebab rambut tu tutup. Lagi best dia duduk menghadap tangga kat mana aku duk turun tu. Aku tak pandang dah kat dia sebab orang cakap, kalau nampak, jangan duk nak tengok2 dah serupa macam kita tegur diorang.. aku sempat lagi fikir, ke dinding ? tapi aku  pasti tu bukan dinding sebab dinding blok2 kat situ warna peach, kain akak tu lak memang putih bersih clean n clear.


Dalam hati aku cakap ‘ lek.. lek.. buat taktau, kau jalan cepat2 dah le..’ aku ada perangai aku 1 nie, bila aku dah tau aku maybe dalam bahaya tapi kaki aku macam berat nak angkat..n aku cam teragak2 nak buat apa..contoh cam aku pernah terserempak dgn anjing, pastu anjing tu duk tenung je aku.. kawan aku dah lari cam lipas kudung tapi aku masih duk jalan pelan2 ala2 macam tak nak orang dengar tapak kaki kau. Heheh.. pastu kawan aku marah aku jalan lagi pahal nak kena gigit anjing ke ? haha.. aku bukan tak mau lari Cuma aku fikir kalau aku lari kut2 anjing tu kejar aku camne ? tapi kalau aku jalan pelan2 pun dia akan datang kat aku gak ke ? haha punya teragak-agak.. so berbalik pada citer asal, aku jalan laju2 tak lari.. dalam hati doa macam2 jangan la benda tu ikut aku pulak.. lagi beberapa meter nak sampai bilik Nini yang hujung dunia tu, aku baru boleh berlari. Sambil2 tu aku tengok2 belakang. Fuhh tak ada apa2.

Bilik Nini nasib baik tak berkunci sebab aku dah pesan kat dowang jangan kunci pintu sebab aku nak datang. Masuk je bilik Nini, aku tengok dorang semua dah tergolek tido. Aku kunci pintu & terus cari nota tu n copy. Masih terasa cuak. Dah la dorang semua ni tido. Ema pun tido situ. Aku malas nak kejut. Habis copy nota. Aku rasa dah lemah dah nantuk tak larat. Tengok jam dah pukul 5 lebih. Aku pun tido sat. nak balik bilik takut la pulak. Sedar2 kawan aku kejut subuh.

Lepas akak rambut panjang tu menampakkan dirinya di pokok tu aku dah tak guna tangga tu waktu malam2. Aku sanggup ambik tangga jauh sikit asalkan bukan tangga tu. Hihi… kalau siang2 pun aku guna tangga tu konfem aku tengok pokok tu aku teringat akak tu.. yang geng2 aku ni lak cakap pokok tu memang macam pelik je. Dah la dekat dgn tandas. Lagi suka la akak tu kat situ ek. tapi penampakan hanya sekali tu aje. aku masih teruskan rutin aku berjaga sampai pagi2 buta n pi toilet sorang2 lepas tu.. hati kering kut aku nih   aku tak pasti tu ponti ke langsuir ke. tapi belakang pokok tu ada macam kawasan luas macam padang n banyak katak kat situ. aku dengar langsuir makan katak ? yeke ?




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.060157 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list