CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13367|Reply: 81

{Contest AidilAdha} CAHAYA KORBAN (Tamat~18/10/2014)

[Copy link]
Post time 14-10-2014 10:12 PM | Show all posts |Read mode

Memandangkan tiada siapa yg menyahut cabaran contest By Momod Nayla, Ku sorang pom redah ajelah...
tahap boring dah rasa...baik perah otak taip citer ntah apa2 nih...enjoy ajelah yea...tak harpkn balasan kredit pom...tp, bg kredit penyertaan sekupg pom dah sujud syukur... TERIMALAH ~ CAHAYA KORBAN



SUJUDKU






Last edited by sellie003 on 26-10-2014 12:55 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2014 10:12 PM | Show all posts
Insan Tersayang.

Zul melihat hasil tanaman delimanya makin subur dan segar. Buahan dari syurga ini, agak mencabar bagi Zul untuk diusahakan. Memandangkan perlu perhatian teliti dan usaha yang gigih membuatkan Zul amat menghargai dan bersyukur hasil kurniaan buahan istimewa ini yang terkandung khasiat yang pelbagai. Zul benar-benar puas mengerah tenaga dan melihat keberhasilan ketekunan mengusahakan tanaman delima untuk pasaran tempatan.

Selain mengusahakan tanaman sayuran sebelum ini, dari saat itu dia berusaha selangkah untuk menghasilkan tanaman delima pula. Zul benar-benar berminat bergelumang dengan tanah. Bila berbakti pada tanah, kepuasannya tidak dapat digambarkan.

Zul mengelap renik-renik peluh didahi menggunakan tuala ‘Good Morning’. Keringat ditubuh langsung membuatkan dirinya lebih bersemangat dan tersenyum gembira.

Zul menapak pulang ke kediaman usangnya dengan menaiki lori. Dengan lori itulah dia kerap ke hulu dan ke hilir di mana sahaja. Jika sejengkal perjalanannya, barulah motorsikal kapcai Honda yang masih klasik menjadi pengangkutan hariannya. Kapcai  itupun kerap ‘sakit’ dan adakalanya dihantar ke garaj Abang Bob. Jika rosaknya remeh, dia repair sendiri.

Zul sangat sayangkan kapcai tersebut. Ada sentimental value untuk dikenang. Dia masih ingat lagi, betapa susah dia membeli kapcai ‘second hand’ daripada Tok Penghulu dahulu. Nasiblah Tok Penghulu tidak memerlukan kapcai itu lagi setelah dia memiliki motorsikal yang baru. Rezeki, rezeki…jual pun agak murah dalam RM200. Akan tetapi, nak dapatkan RM200 tu pun perlu dikerah tenaga untuk mendapatkan jumlah wang sebanyak itu. Lagi, lagi dia masih bersekolah.

Atas usahanya membantu Nek Teh menoreh getah diusianya masih bersekolah rendah lagi, memang suka menabung. Sedikit sebanyak meringkan beban kewangan menampung mereka dua beranak. Nek Teh tidak membantah cucunya turut membantunya menoreh. Baginya, anak muda yang cerdas seperti Zul sukar dilarang. Nak tak hendak dia membiarkan sahaja cucunya itu. Asalkan pandai jaga diri.

Setelah usianya menjangkau remaja 17tahun dia memiliki lesen menunggang dan memiliki sebuah kapcai. Senang juga bila ada kapcai tersebut. Senang hendak ke mana-mana. Lebih-lebih lagi ulang alik dari rumah ke sekolah yang agak jauh di pedalaman sewaktu jalan kampung belum bertar dan kelilingnya kebun getah.

Zul memberhentikan lori kesayangannya di halaman. Dia turun dari perut lori dan meninjau keadaan kediaman usang melalui ruang pintu yang luas terbuka. Kelibat insan tersayang muncul dimuka pintu.

Nek Teh tersenyum mesra melihatkan satu-satunya cucu lelaki yang dia ada muncul di depan mata tuanya. Kebiasaan, seperti biasa sebelum dan sewaktu sampai di rumah, Zul akan memaut dan menyalami neneknya  dengan penuh santun dan hormat.

“Assalamualaikum nek.”
“Wa’alaikum salam cu.”
“Nenek masak apa untuk malam ni?” Soalan yang hari-hari ditanyanya.
“Lauk kegemaran kamulah.” Jawapan yang tidak jemu-jemu diberikan.

Zul tersenyum menyeringai.

“Orang mandi dulu nek. Tak sabar nak makan.” Zul sempat menggosok perutnya.
“Iyelah, lepas makan nanti kita ke surau sama-sama. Dengarnya ada seorang ustaz nak ceramah sempena Aidiladha kat sana.”
“Lah, hampir orang lupalah nek. Okey, okey. Sekarang jugak orang ke bilik mandi.”

Berdesup Zul menghilang ke bilik tidurnya. Nek Teh sekadar menggeleng. Terhibur melihatkan keletah cucunya yang suka mengusiknya.  

Last edited by sellie003 on 11-10-2014 09:51 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 10:12 PM | Show all posts
Di Surau Al-Walid,

Suasana memenuhi ruang solat surau usai Maghrib tadi. Seperti kelaziman, bila ada sesuatu perayaan atau majlis keagamaan, barulah surau yang jarang-jarang dikunjungi lima kali setiap hariini meriah dengan kehadiran jemaah yang terdiri dari penduduk kampung tidak mengira usia dan jantina. Tidak kurang juga dari kampung seberang memenuhi kouta yang ada. Jemaah lelaki dan perempuan diasingkan dengan tirai yang dikuakkan luas-luas supaya jemaah perempuan dapat mendengar ceramah yang bakal disampaikan oleh ustaz jemputan.

Sementara menantikan kehadiran ustaz jemputan, Zul berkelapangan membaca Al-Quran secara hafazan dalam alunan perlahan. Di tepi sudut agak jarak dengan jemaah lelaki lain bagi mendapatkan kekhusyukan dalam bacaannya, sambil menghayati maksud ayat-ayat Al-Quran tersebut.
Sedari kecil Zul diasuh Nek Teh mengenal huruh hijaiah seawal 4 tahun. Setelah mahir akan huruf tersebut dia diajar Nek Teh yang kebetulan merupakan bekas guru agama mula mengajar Zul membaca, menghafaz dan memahami Al-Quran secara terperinci. Semenjak kelahiran Zul dan anak perempuannya meninggal sewaktu melahirkan, dari itu Nek Teh berhenti mengajar dan memelihara anak kecil itu hingga dewasa.

Semakin lama, semakin menyerlah kecerdikan Zul dari segi pelajaran. Masuk sahaja alam tadika, dia antara yang mudah belajar dan meninggalkan rakan-rakan sebaya yang lain. Hingga ke satu tahap dia mula bosan dengan pembelajaran di tadika. Seolah-olah apa yang dipelajari sudah pun dia mahir.

Apabila dia sudah bosan, dia sering memonteng dan kerap berteriak hendak mengikut neneknya pergi menoreh. Bertuah punya cucu. Puas dipujuk pergi tadika, haram nak dengar. Alasannya…

“Tak nak pergi sekolah. Diorang tak suka kawan dengan orang nek. Diorang selalu buli orang. Kata diorang lagi…tak suka kawan…orang pandai…betul nek. Tak tipu. Sumpah demi Allah.”

Zul mengangkat ikrar memantapkan lagi ‘sumpahnya’ itu. Sambil terkelip-kelip mengharapkan Nek Teh percaya dan diajak ke kebun getah. Entah apa yang seronok nak ke kebun getah yang semak samun, suram dan kemungkinan…ada rimau…huhu…

Yes, kegemaran Zul bila ke sana, suka kutip biji-biji getah untuk dibuat buah congkak atau buat batu seremban atau…main laga-laga biji-biji getah ala-ala main guli berseorangan. Dia lebih suka main seorang diri. Tak perlu gaduh-gaduh dengan kawan-kawan bila tak sekufu serta dia sendiri sesuka hati tetapkan peraturan permainan unruk dirinya sahaja.Yihaa….

Apabila kerap Zul tidak hadir ke tadika, Nek Teh menghantarnya pula belajar di sekolah agama yang menempatkan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun. Dari situ Zul makin dikenali dan namanya mula disebut-sebut di kalangan penduduk kampong atas kepintaran luar biasanya menghafaz Al-Quran 30 juzuk Al-Quran pada usianya 6 tahun. Dia dikagumi ustaz dan ustazah, termasuk penduduk kampong dan Nek Teh sendiri. Tidak silap keputusannya menempatkan Zul belajar di sekolah agama.

Di sekolah agama tersebut diajar pelbagai perkaratermasuk bersolat 5 waktu. Ternyata, Zul tidak menghampakan malah kian cemerlang sehingga dia mendapat liputan akhbar akan kepintarannya yang luar biasa sedari 4 tahun lagi.

Apabila dia semakin meningkat remaja, segala bidang akademik dan juga sukan yang diceburi membuatkan namanya kembali disebut-sebut sebagai remaja luar biasa dan pintar. Semenjak dia lepasan SPM, namanya makin kurang meniti dibibir orang kampong dan juga warga Malaysia yang sebelum ini berminat mengikuti kisahnya, semakin menyepi.

Sejak dia menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara yang dibiayai penuh oleh Kerajaan, membuatkan dia dicemuh masyarakat. Bermacam-macam cerita yang tidak enak keluar dan membuatkan maruahnya tercalar. Yang tidak patut, Nek Teh turut dikaitkan dengan berita berkaitan Zul. Antara tajuk sensasinya:

-Nenek penyumbang utama cucu enggan melanjutkan pelajaran.
-Remaja pintar makin berlagak sombong.
-Anak muda pintar, tidak tahu bersyukur.
-Remaja pintar mula terlibat dengan dadah akibat tekanan dalam pelajaran.
-Dan yang paling menyedihkan: Remaja pintar menggunakan khidmat bomoh untuk jadi pandai.

Setiap tajuk menceritakan segala keburukannya. Hanya segelintir akhbar menceritakan yang positif. Namun, yang negatif itu jugalah yang seronok nak dibaca. Dia jadi tertekan menerima lepas satu, satu tohmahan seperti dakwaan di akhbar-akhbar. Ada juga dikalangan penduduk kampong yang terpengaruh dan mudah percaya. Betapa besar fitnah ke atas Zul dan Nek Teh, kedua beranak.

Pada suatu masa, Zul tiba-tiba menghilangkan diri berbulan-bulan di dalam hutan. Apabila bertanya kepada Nek Teh, orang tua itu hanya menggeleng-geleng. Puas orang kampong menjejaki dan mencarinya serata kampung. Dan akhbar sebelum-sebelum ini mensensasikan cerita karut mula bersimpati dengan nasib anak muda malang itu.

Pernah salah seorang wartawan cuba menjejaki pemuda malang itu bagi mendapatkan bahan berita terkini akan kisah misteri kehilangan Zul. Alih-alih, orang kampong menghambat dan menghalau wartawan itu keluar dari kampong. Penduduk kampong tidak sanggup lagi membiarkan maruah Zul dan Nek Teh dijaja didada-dada akhbar yang ternyata suka mereka-reka cerita hanya nak mengaut keuntungan semata-mata.

Bukan hendak menyelami masalah anak muda yang enggan melanjutkan pelajaran di luar negara adalah disebabkan kasihseorang cucu kepada satu-satunya nenek yang dia ada. Tidak betah meninggalkanneneknya menjalani kehidupan seorang jika bertahun-tahun dia belajar di sana.Zul, benar-benar tak sanggup.
Last edited by sellie003 on 11-10-2014 10:57 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 10:12 PM | Show all posts
Sayang Di Sayang

Zul mencangkung sambil tersenyum kambing melihat kesayangannya enak mengunyah makanan asasinya tanpa sedikit pun menghirau si petani cabuk di depan mata.

“Amboi, amboi Anjelina Joling. Dah tak nampak abang tercongok kat depanmu ini. Taulah sedap, sekali-sekala pandanglah sini Anjelina Joling."

Zul memanggil manja kesayangannya. Sekejapan Anjelina Joling memandang Zul, kemudian mengunyah semula. Kaki pelahap betul. Langsung tak pedulik aku kat sini. Memanglah prinsip Anjelina Joling. Perut didahulukan, Makan diutamakan.

Zul bangkit dari menyangkung, lalu mendekati Anjelina Joling. Diusap-usap perlahan belakang tengkuk Anjelina Joling. Jangan kata meremang dengan sentuhan tangan kasar seorang lelaki bernama Zul. Nak bergesel manja jangan harap. Nampak benor Zul yang beriya nak gesel-gesel manja kekdahnya. Anjelina Joling….lebih berahi mengadap rezeki yang lebih mengiurkan.

Hai, mana nak jalan kalau kulitnya lagi kasor dari aku. Takpe, takpe…cuba cara lain pula.

Zul memeluk pula Anjelina Joling dan diusap tanpa putus harapan. Krup, krap, krup krap…berderup-derap mengunyah. Agak 3 minit……

Zul give up. Baru nak lepas lelah bermanja-manjaan dengan Anjelina Joling kesayangan. Boleh buat toya dari tadi. Penat aih nak mengusap bagai. Hampagas betui.

Zul mendengus sambil angkat bahu. Dan nak beransur pergi. Eh, eh…. Terangkat-angkat bahagian pinggul Zul seperti disondol-sondol. Keras semacam.

“Weh Anjelina Joling. Aku nak blah, tau pulak sondol-sondol aku yea.”

Mooo…! Anjelina Joling bergesel manja punggung Zul. Tersengih, mengih mengusap-usap kepala Anjelina Joling.

“Dah jom, kita pergi jalan-jalan satu kampong nak.”

Zul menggapai dan membuka ikatan tali di bawah tiang yang menambat leher Anjelina Joling. Dia menarik perlahan tali dan Anjelina Joling patuh mengekori. Mereka beransur ke jalan besar bersiar-siar pada petang yang damai dan hening.

Last edited by sellie003 on 14-10-2014 11:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 11:14 PM | Show all posts
Penat membanting tulang mengusahakan kebun sayurannya. Kebiasaan petang begini Zul membawa lembu betina kesayangannya yang dibela setahun yang lalu, bersiar-siar menikmati keindahan suasana kampong.



“Ko jolobak ko jolobu…
Tuai padi tigo tangkai..
Kalau kono komat jolobu..
Tak mati badan menghasai…
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai….
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai….”


Terapi melepaskan lelah satu-satunya disukai Zul. Lagu ‘Gadis Jolobu’ menjadi dendangan Zul buat halwa telinga yang sekali-sekala ‘dikepak-kepak’ (halau unggas dok menyelit telinga) Anjelina Joling.

Zul menjadikan belakang badan Anjelina Joling buat istirehat sambil-sambil mencuci mata melihat keindahan sekitar yang kehijauan.

Kalau ada dikalangan rakan kampong lalu-lalang menaiki motorsikal ataupun basikal, Zul hanya melambai-lambai disusuli sengihan panjang tak kunjung padam. Lagipun, orang kampong dah lali dengan peel Zul yang satu ini. Bersiar-siar dengan ‘awek Jolobu’nya spesis tak pernah dibuat orang. Ahaks…

"Woii...! Zull....baiknya ekau bercinto ngan awekkk… jolobu ekau..."
"Hoii...kang aku hambat korang dongan penanduk Anjelina Joling, juling karang.”
“Muleh ko kejor motor den ni…”
“Apo tak muleh…ni tahap leopard punya kaki tau.”
“Leopard ke lepat? Wakakaka….”

Mooo….! Anjelina Joling bagaikan tau dirinya dipertikai dan digelak kaw-kaw oleh dua ‘beghok’ pemuda sebaya Zul yang seorang penunggang dan seorang pembonceng sebuah kapcai Modenas.

Zul sudah terhempas, tergolek tepi parit dari badan Anjelina Joling bila kala lembu betinanya tiba-tiba mengamuk mengejar kapcai Modenas. Mencicit, memecut melarikan diri apabila dikejar garang si Anjelina Joling. Hambek kau.

Zul bangun dari tergoleknya. Ditepuk-tepuk punggung dan menyeringai sedikit sakit. Tetapi, tak ada lah sampai patah tulang belikat. Zul sudah menekan perut, terbahak-bahak mentertawakan karenah mat-mat motor tadi dikejar dek Anjelina Joling nun menjauh dipandangan. Baru padan muka. Ingat tak cerdik ke Anjelina Joling. Cerdik macam tuannya jugak. Miahahahaha….
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sellie003 posted on 14-10-2014 03:14 PM
Penat membanting tulang mengusahakan kebun sayurannya. Kebiasaan petang begini Zul membawa lembu bet ...

Kalo Nay kasi tema 18sg, dah lma Cik Es join..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2014 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 15-10-2014 12:07 AM
Kalo Nay kasi tema 18sg, dah lma Cik Es join..haha

Nak menulis tak smestinya kena ikut apa yang kita mampu... Apa tujuan contest sebenarnya? Untuk kita cabar diri kita yg kita mampu menulis di luar kotak kebiasaan kita.. Try dulu cik Es....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-10-2014 11:57 PM
Nak menulis tak smestinya kena ikut apa yang kita mampu... Apa tujuan contest sebenarnya? Untuk ki ...

ok....cuma tema deepavali tu..mesti fasal perayaan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 15-10-2014 08:00 AM
ok....cuma tema deepavali tu..mesti fasal perayaan ke?

UP to you      
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 08:38 AM | Show all posts


Anjelina tersenyum menyeringai memandang Mat Rempit itu...

Nice one Sellie. Tapikan...tapikan....

Adakah Anje bakal menjadi korban?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 08:44 AM | Show all posts
wah...lom apa2 dah ada komen...

igt habis cerpen nih nak try tema deepavali pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 08:54 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-10-2014 08:38 AM
Anjelina tersenyum menyeringai memandang Mat Rempit itu...

Nice one Sellie. Tapikan...tapi ...

.....menawannya senyuman....

tunggu dan lihat....

P/S ikutkn citer nih dah lama draf mggu lepas...tetiba jd jem lak otak nak sambung kisah apa...bling idea dah mai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 09:27 AM | Show all posts
Di Kala Malam Menjelang

Kelibat lembaga susup-sasap ke dalam semak belukar. Priitt…Prett…Piuu… Lega sungguh sedari tadi dia menahan dan tercapai jua melepaskan hajat besarnya tadi. Lembaga tak kenal siapa tetapi confirm penduduk setempat membetul-betulakan lipatan kain pelekatnya.

“Huh?” terkejut beruk melihat kelibat melintas lebih deras daripadanya tadi menyelinap di sebalik belukar sepelaung tempatnya berdiri. Berderau darah dan merinding tiba-tiba segala bulu-bulu roma tegak berdiri memberi amaran, ada bom jangka di hadapan.

Itulah yang selari dalam otak tak kenal siapa ini melihatkan lembaga hitam melintas bagai desupan angin lintang membikin semak belukar menjadi seram dan menakutkan bagai bom hendak meletup.  

Srrr…. Terdengar bunyi lalang-lalang saling berlaga. Sah-sah ada yang menggoyangkannya.

“Argghhh…!” Tak kenal siapa tak peduli siapakah itu berlari lintang pukang tatkala melihatkan lembaga tinggi, hitam, gelap dan hanya mata putih kelihatan sudah terpacak di hadapan mata.

“Hehehehe…hahah..wakakahkahkah….” Suara yang mengekek kemudian mengilai terus menjadikan malam itu semakin diseliputi awan hitam menutup keindahan bulan mengambang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 09:28 AM | Show all posts
sellie003 posted on 15-10-2014 08:44 AM
wah...lom apa2 dah ada komen...

igt habis cerpen nih nak try tema deepavali pulak...

nice one sis... cerdik plk si angelina joling tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 10:06 AM | Show all posts
tghari sambung ek...busy lak pepagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
errr anjelina joling tu embekk ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2014 10:12 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 15-10-2014 10:07 AM
errr anjelina joling tu embekk ke

tak, mengelemooo....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 10:14 AM | Show all posts
sellie003 posted on 15-10-2014 10:12 AM
tak, mengelemooo....

oooohhh... lembuu... kufikirkan unta (dialog cite P Ramlee)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 01:17 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 15-10-2014 10:14 AM
oooohhh... lembuu... kufikirkan unta (dialog cite P Ramlee)

caitt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 01:17 PM | Show all posts
“Mooo…mooo…”
“Janganlah buat abang macam ni Anjelina Joling. Makanlah…”
“Mooo….mooo…”
“Sikit je….nah, bagus ni... baik untuk kesihatan.”
“Moooo…” Anjelina Joling menggeleng-geleng enggan disuap sebiji pil vitamin.

Sebelum ke kebun, Zul akan memastikan Anjelina Joling diberi makan rumput segar, susu segar dan vitamin. Itulah rutin Zul sepagi bersama Anjelina Joling.

Setelah dipujuk dengan kata-kata rayuan, bisikan asmara bergelora dan usapan belaian, manja-manjaan. Akhirnya, Anjelina Joling akur jua apabila Zul sudah bercucuran air mata minta menelan vitamin tersebut. Mungkin kasihankan Zul dah macam nak suap bini makan tapi tak mau. Anjelina Joling tanpa ragu-ragu menelan tanpa dapat dikesan dalam rahangnya yang besar pemeluk kayu balak.

Apa susahnya. Pil vitamin tu sekali dijilat terus hilang. Cinonit jek pun. Aih, Anjelina Joling…nak aku nangis guling-guling baru sudi telan vitamin tu.

Selesai dengan rutinnya yang satu ini, Zul pun bergegas ke kebunnya seperti hari-hari berlalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.336089 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list