View: 12412|Reply: 208
|
[Tempatan]
Wanita Thai pandai berniaga, pandai jaga hati suami
[Copy link]
|
|
KANGAR – Wanita warganegara Thailand yang memiliki kemahiran perniagaan yang baik merupakan antara faktor utama mereka digilai oleh lelaki Malaysia hingga ramai antara mereka sanggup berkahwin sekali lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama dan Pembangunan Sumber Manusia Perlis, Khairi Hassan yang memaklumkan hal itu berkata, wanita-wanita di negara Gajah Putih itu hidup berdikari dengan membuka perniagaan restoran, butik kecantikan dan salun rambut.
“Keistimewaan itu yang menyebabkan lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an nekad menikahi wanita Thailand yang berusia 20 tahun ke atas,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
Selain itu, Khairi membe­ritahu, faktor sampingan yang turut mendorong warga tempatan berbuat demikian ialah pesona yang dimiliki oleh wanita di sana yang mempunyai wajah yang jelita dan penampilan lebih elegan.
“Ada juga yang mendakwa kononnya mereka lebih pandai menjaga hati suami berbanding wanita tempatan,” katanya.
Khairi berkata, pihaknya menerima lebih 3,000 permohonan pernikahan semula pasangan yang bernikah di Selatan Thailand di seluruh negara setiap tahun.
Meskipun denda seba­nyak RM1,000 dikenakan kepada setiap individu, itu ternyata tidak menghalang gejala terus berlaku kerana nilai denda itu mampu dibayar.
“Perkara ini terjadi sebab si lelaki takut untuk beritahu hasratnya berkahwin kepada isteri tua ma­sing-masing. Ada juga pasangan yang tidak dapat restu daripada keluarga,” jelasnya.
Antara lokasi-lokasi pernikahan popular pasangan Malaysia di Thailand ialah di masjid-masjid sekitar Songkhla, Narathiwat, Pattani dan Sadao.
Khairi berpendapat, sekiranya suami mahu berpoligami kerana ingin mengelak daripada melakukan perkara maksiat, tujuan itu perlu dicontohi.
“Namun, sekiranya suami hanya ­ingin mengambil kesempatan untuk berpoligami dan menambah isteri tanpa memaklumkan kepada isteri pertama, kedua atau ketiga hanya atas dorongan nafsu, ia suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
“Jangan ambil kesempatan kerana urusan pernikahan ini melibatkan hukum agama Islam,” katanya.
Khairi menambah, walaupun syarat poligami di Perlis tidak memerlukan kebenaran isteri pertama, namun ha­nya tiga peratus lelaki negeri ini yang berkahwin lebih seorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa lah hok selok bebenor nak berbini orang Telen ni ha?
Dah kawin jadi ayam dgn itik. Kalau perempuan Telen tu padai BI okay lah jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA posted on 28-10-2014 07:47 AM
Siapa lah hok selok bebenor nak berbini orang Telen ni ha?
Dah kawin jadi ayam dgn itik. Kalau p ...
The language of LOVE has no boundaries.....
Nko nak aku sambung lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Waaaa.... untung la adik aku dah dapat awek thai sorang buat bini... |
|
|
|
|
|
|
|
mengelak maksiat...bukan sbb nafsu kah maksiat itu berlaku?
|
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmmm......wanita tempatan wat gapo??? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sgtla yg kawen ngan pompuan thai atas 2 faktor tu sbb die lelaki haprak nk goyang telur tunggu bini kasi duit je. |
|
|
|
|
|
|
|
mereka juga pandai menjaga badan hari-hari terasa virgin |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rs bukan takat gan org siam je org laki malaysia suka, gan minah indon pon deme suka gak kawin buat madu x pun kawin gan budak2 muda tuk buat stok2 madu.. Banyak kes kan.. Pr nak heran.. China doll2 pon ramai yg langgan.. |
|
|
|
|
|
|
|
org lelaki ni klau dah nk kawin lg tak kiralah warga apa pun....takyahlah pelik sgt dgn warga thai ni |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 28-10-2014 08:47 AM
Nampak sgtla yg kawen ngan pompuan thai atas 2 faktor tu sbb die lelaki haprak nk goyang telur tungg ...
kan !? aku pun fikir bende yang same!
|
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA posted on 28-10-2014 07:47 AM
Siapa lah hok selok bebenor nak berbini orang Telen ni ha?
Dah kawin jadi ayam dgn itik. Kalau p ...
penari mak yong berjari lentik, lenggok tari membawa erti
apalah digusar bak ayam dn itik, orang bisu pun boleh mengerti
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu, Khairi membe­ritahu, faktor sampingan yang turut mendorong warga tempatan berbuat demikian ialah pesona yang dimiliki oleh wanita di sana yang mempunyai wajah yang jelita dan penampilan lebih elegan.
“Ada juga yang mendakwa kononnya mereka lebih pandai menjaga hati suami berbanding wanita tempatan,” katanya.
bengkek jah andartu dan anak dara tempatan membacanye...(termasuk juga bini2 org yg takut laki mereka gi selatan thai kawin)
hari tu kemboja, ni selatan thai pula....
|
|
|
|
|
|
|
|
statement yg sentap hati2 wanita malaysia .. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak ckp apa dah ...meme kenyataan. Pempuan Siam mmg lawa2....pastu ckp pun lemah gemalai. Aduhaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan thai awal2 aku rejek..bahasa thai buruk bunyinya bukan nak menghina tapi cuba korang dengar sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|