View: 4521|Reply: 68
|
[Jenayah]
UMNO Parti Rasuah - Noh Udang bidas Che Det
[Copy link]
|
|
UMNO SELANGOR PERLU BERUBAH
Nov 5th, 2014 Written by Che Det
1. Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula. Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur.
2. Hari ini untuk mendapat calon Menteri Besar di kalangan pemimpin UMNO pun tidak ada. Ini boleh diadakan dengan ramai jika UMNO Selangor sedia menerima ahli baru. Pemimpin UMNO biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihanraya. Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan UMNO tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.
3. Penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh UMNO Selangor.
4. Ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran UMNO termasuk dan Bahagian lain. Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat UMNO untuk agenda peribadi mereka.
5. Yang kedua ialah tumpuan kepada Gen-Y. Pada PRU 14, 2.5 juta pengundi muda akan mengundi.
6. Gen-Y tidak berminat dengan UMNO. Mereka, terutama yang terpelajar di Barat sudah menerap budaya dan nilai-nilai hidup Barat. Bagi ramai dari mereka penghargaan terhadap parti dan pemerintah yang memberi peluang kepada mereka mendapat pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka tidak ada.
7. Jika disebut akan jasa parti UMNO kepada mereka, mereka menolak peringatan ini sebagai mengungkit. Lagi pun mereka berpendapat parti mana pun yang menjadi Kerajaan akan membuat perkara yang sama.
8. Pandangan cetek ini disebabkan mereka tidak membuat bandingan antara Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO dengan Kerajaan-Kerajaan negara-negara lain. Jika bandingan dibuat oleh mereka, sudah tentu mereka akan lihat bahawa negara-negara yang mencapai kemerdekaan bersama kita tidak pun dapat dimajukan, jauh sekali daripada memberi pelajaran, biasiswa dan bantuan lain supaya rakyat mereka dapat menikmati taraf hidup seperti rakyat Malaysia.
9. UMNO Selangor perlu berusaha menarik pemuda Melayu menyertai UMNO dengan mendekatkan diri dengan mereka yang bukan ahli bahkan yang menentang UMNO. Untuk ini kepimpinan UMNO harus tahu sejarah UMNO dengan mendalam. Pemimpin yang mampu menjelas kedudukan orang Melayu dahulu dan sekarang tidak ramai. Mereka juga perlu diberi kursus.
10. Ketiga, kikis imej UMNO sebagai parti rasuah. Cara hidup pemimpin UMNO perlu lebih sederhana. Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli UMNO. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung.
11. Sesungguhnya banyak lagi perubahan yang perlu dibuat oleh UMNO Selangor. Tetapi jika yang tiga ini dibuat sokongan rakyat akan lebih kuat.
mamak kerala ni cakap masa zaman dia, ameno tak rasuah...ni baru je bermula sejak zaman pak lah, kot....
Last edited by freebird on 6-11-2014 11:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila orang cop Umno parti rasuah, Noh Omar soal Dr Mahathir
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 6 November 2014
Menjawab kritikan bekas perdana menteri yang berpengaruh terhadap Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan sejak zaman bila orang ramai mula mengaitkan parti Melayu itu dengan rasuah?
Pengerusi Badan Perhubungan Selangor Umno itu turut menggesa agar Dr Mahathir memberi komen secara spesifik berhubung desakannya agar Umno Selangor dibubarkan semalam.
“Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?” katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Semalam, Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata Umno perlu mengikis imejnya sebagai parti rasuah dengan menasihatkan pemimpinnya supaya hidup dengan lebih bersederhana.
Bekas presiden parti Melayu itu berkata, banyak perubahan yang perlu dibuat Umno Selangor, tetapi jika mereka mengambil panduan nasihatnya, beliau percaya sokongan rakyat akan bertambah.
"Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli Umno. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung,” kata Dr Mahathir.
Noh berkata, pada dasarnya Umno Selangor menerima segala pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir namun saranan yang diberikan perlu lebih spesifik.
Katanya, pemimpin Umno di Selangor adalah pilihan ahli parti sendiri dan gesaan untuk berundur adalah satu pandangan yang subjektif.
“Kita Umno Selangor terima pandangannya. Kita akan buat pembaharuan.
“Dia suruh siapa berundur? Umno Selangor tu siapa? Saya hendak komen macam mana kalau tidak ada spesifik. Hendak undur apa? Yang duduk di Umno Selangor itu semua ketua bahagian. Ketua bahagian yang dipilih oleh orang Umno, oleh perhimpunan.
“Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?” katanya kepada The Malaysian Insider.
Dr Mahathir semalam berkata, Umno Selangor perlu menerima hakikat untuk berundur selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.
Katanya, Umno Selangor perlu berubah dengan melakukan pembubaran dan penyusunan semula, terutamanya dengan bersedia menerima ramai ahli baru, termasuk yang berbakat.
"emimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya.
"Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan Umno, tetapi memperkuatkan kedudukan mereka," katanya menerusi blog popularnya itu.
Noh turut menafikan dakwaan Dr Mahathir yang mendakwa parti Melayu itu tidak berminat menerima ahli baru.
Katanya, segala dakwaan yang diutarakan bekas presiden Umno itu perlu dibuat secara khusus agar pihaknya dapat mengambil langkah penambahbaikan.
“Saya hendak beritahu, kena spesifik. Kita di Selangor terbuka kepada semua orang. Di mana kita sekat jadi ahli?
“Kalau boleh spesifik, ahli Umno mana yang ditolak, kita bolehlah tahu. Setahu kita, kita buka semua,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hujung minggu lalu mengakui wujud perasaan malu dalam dirinya kerana Barisan Nasional (BN) menjadi parti pembangkang di Selangor.
Katanya, Umno Selangor perlu meningkatkan usaha merampas semula kuasa di negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana sekarang adalah masa yang sesuai mengambil kesempatan masalah dihadapi PR berdepan kemelut menteri besar Selangor.
"Saya rasa sangat letih dan ia sangat memalukan apabila kita (BN) disebut sebagai pembangkang. Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga.
"Kita perlu tunjuk kepada rakyat Selangor kepimpinan Umno lebih baik, lebih bermakna, lebih jujur pada rakyat, lebih mementingkan perjuangan untuk membela nasib rakyat.
"Tidak ada apa yang akan menggembirakan hati saya daripada melihat kita menebus maruah kita dalam PRU akan datang. Tidak ada yang akan lebih menggembirakan saya daripada melihat Umno berkuasa kembali (di Selangor)," katanya dalam ucapan di Konvensyen Umno Selangor hujung minggu lalu.
Pada PRU13 lalu, BN mengalami kekalahan terbesarnya di Selangor dengan memenangi hanya empat kerusi Parlimen – Sabak Bernam, Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sungai Besar dan hanya lapan kerusi Dewan Undangan Negeri – Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Semenyih, Dengkil, Jeram, Bukit Melawati, Sungai Burong dan Permatang. – 6 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.j7ozbasj.dpuf
jawab, mamak...jangan tak jawab...... Last edited by freebird on 6-11-2014 11:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
set2 caprut bergasak.. geng2 urban tepuk tangan |
|
|
|
|
|
|
|
ketulahan kau nohhhhhh lawan orang tua daripada kau...bapa legend tuuuu... Last edited by OmJualGas on 6-11-2014 11:45 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
imigran cina yang bawa budaya rasuah
di malaysia
cina pembuka thread
pun tahu hakikat itu |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah die pun Malaysia membangun,
Rasuah Anuar jubur yg diterime |
|
|
|
|
|
|
|
si noh ni jadi politician time zaman bila? |
|
|
|
|
|
|
|
Noh xsedar diri lg.. Haruslah selangor xkn dpt di ambil balik.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka tun M
setiap ulasan beliau
pasti tepat, padat dan straight
to the point |
|
|
|
|
|
|
|
freebird posted on 6-11-2014 11:49 AM
mamak kerala lawan noh udang, macai2 felda pprt rindu kat nuart jugak....
madey dgn noh udang kalah kpd belalai si nuart
|
|
|
|
|
|
|
|
sian dah nazak sgt umno selangor tinggai 4 kerusi parlimen |
|
|
|
|
|
|
|
“Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?” katanya kepada The Malaysian Insider.
betul jugak cakap noh udang ni...
yang mamak kerala dulu, bertanding nak jadi wakil kubang pasu ke persidangan ameno pun kalah teruk... |
|
|
|
|
|
|
|
pelik aku....knp pemimpin2 umno ni tak menyalahkan perti lain bile parti sendiri ade masalah.......
noh omar sentap ngan Tun M sbb kene tegur, tapi noh omar langsung tak menyalahkn parti lain.....
tapi terus serang Tun M semula.....pelik aku....
kalo la situasi ni kene kat anwar ibrahim atau nik aziz atau hadi awang atau stopa ali dan seangkatannye.....
pastinye umno dipersalahkan....... |
|
|
|
|
|
|
|
jika rasa tak mampu, noh
wajar bagi jalan kat orang lain
nak lawan PR di selangor,
jangan terikut rentak menipu auta
dan membodoh2 kan rakyat macam
derang
teguran dato' najib, dan terkini
tun M, dah cukup membuka mata
pfftt |
|
|
|
|
|
|
|
dalam dah nazak UMNO selangor masih nak eksyen tak mo terima teguran and cadangan org lain.. nampak sgt mmg nak jaga kepentingan sendiri.. bukan utk parti.. cadangan Tun M mmg bagus.. ni la masalah org lama.. masih tak paham2 dan suka sgt menolak perubahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
akughi posted on 6-11-2014 12:05 PM
pelik aku....knp pemimpin2 umno ni tak menyalahkan perti lain bile parti sendiri ade masalah.......
...
betul sgt tu uols..
patutnye ini semua salah belalai nuart brahim
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm byk2 point yg Tun hentam UMNO Selangor...tang rasuah tu gak Noh Omar sentap
pape pun syukur lah Noh Omar x nafikan psl UMNO rasuah tu |
|
|
|
|
|
|
|
noh omar for pm..lebih berani dari najib.. |
|
|
|
|
|
|
|
Noh udang nk lawan madey .. Bungkus la beliau |
|
|
|
|
|
|
| |
|