CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6406|Reply: 90

[Tempatan] "Pembuat filem gangster ambil lah sedikit tanggungjawab" -Wardina

[Copy link]
Post time 5-11-2014 08:44 PM | Show all posts |Read mode



Wardina Safiyyah OfficialPage
about an hour ago near Acacia Ridge, Australia · Edited

Kepada pembuat filem gangster ambil lah sedikit tanggungjawab kerana memberi "inspirasi" anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala gangster.. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan? Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikir lah sikit kesan pada MINDA nak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada "pengajaran" di hujung cerita? Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda...yang kadang kala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa 'bersalah sangat'. Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak. Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala samseng dan gangster yang kononnya "hebat" dan "cool" itu ...aduh...dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama. Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang..nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat2 tak tahu. Marilah buat filem yang boleh memberi inspirasi. Yang menaikkan semangat dan jati diri. Yang mengajar empati dan realiti dunia ini. Bagaimana? Itu kerja anda kerana anda bekerja di dalam industri kreatif maka seharusnya anda kreatif dalam mencari jalan. Moga keuntungan bukanlah agenda mutlak anda semua. Kajian psikologi menunjukkan terdapat kesan melalui pengaruh media terhadap tahap keganasan seseorang.

Kepada semua pemimpin baik bapa, ketua atau mereka yang berkuasa yang terus "membuli" mereka 'dibawah' ini.. nah inilah hasilnya. Terima kasih. Tapi carilah sekelumit rasa dalam hati untuk mengasihi anak bangsa sendiri.

Dan bagi mereka yang merasa bahagia melihat kesengsaraan orang lain baik di alam nyata atau sebaliknya. Yang penuh dengan cacian, nista dan hina dialam maya. Apa bezanya?

Kepada warden dan guru di asrama. Ini amanah dan taggungjawab anda. Kami merayu. Buatlah sesuatu. Hentikan budaya jijik ini selamanya. Kita boleh lakukan dan mengubahnya bersama.

Buat ibu bapa kenali lah anak anda. Kenalilah mereka.

Moga keturunan saya, anda dan kita dijauhkan dari menjadi pembuli yang merasa hebat tersenyum melihat air mata dan kesengsaraan saudara seagama. Kita semua manusia. Saya, anda dan dia. Menyakitkan manusia dengan kata-kata atau perbuatan anda bukanlah sesuatu untuk anda banggakan.... kerana sabda Nabi saw yang anda akui anda sayangi dan turuti berbunyi begini

Dari Abdullah bin Umar r.a. Nabi SAW bersabda, "Seorang Muslim adalah orang yang tidak menyakiti semua orang muslim lain baik dari lisan dan tangannya"

Maaf kalau ada tersilap dan terkasar bahasa.

https://www.facebook.com/WardinaSafiyyah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kak dina is back!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2014 08:50 PM | Show all posts
Sukan Star TV
Liked · 35 mins ·

Mengikut page tersebut, pelajar yang membuli junior dalam video baru2 ini telah ditangkap. Sama2 kita nantikan berita sahih dari pihak polis.

video berkaitan : https://www.facebook.com/video.php?v=764146363652384



https://www.facebook.com/SukanSt ... ?type=1&theater
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan peminat mokcik ni but I do agree with her.Kesan media ada benarnya.kalau ikut pada cerita tamil banyak ditunjukkan cara menentang penindasan adalah melalui keganasan.dengan bergaduh berparang.Lihat saja Rajnikanth pujaan rakyat negara India.Ditunjukkan cara Padayyapa melawan penindasan melalui tumbukkan dan tendangan padu.Bukan melalui penaklukan ekonomi etc.
Nah sekarang dah berjangkit dengan Malaysia.Cerita Melayu.Kalau hidup susah dan nak senang cepat sertai kongsi gelap.Penanaman minda berterusan macam cerita Young and Dangerous 1-6 xsilap.Hong Kong seolah jika lahir susah itu jalan untuk berkuasa.
Cerita Melayu gangster yang kita pun tahu bukanlah ada isi padat tentang kehidupan sebenar.
Mungkin percentage akibat movies itu tak banyak tapi lambakkan filem gangster sekarang seolah penonton dan pemerhati di perbodohkan adalah sangat menjijikkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju... Balik kampung suami baru baru ni.. Tekejut dengar bhs ank2 buah sepupu yg boys...pastu cr dorg main.. Bila tanya dr mn belajar..tgk movie katanya.... Sebijik ditirunya kta mak2 dorg sambil gelak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 posted on 5-11-2014 08:59 PM
Setuju... Balik kampung suami baru baru ni.. Tekejut dengar bhs ank2 buah sepupu yg boys...pastu cr  ...

Maknya hanya gelak adja? Bangga ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu drama melayu sekarang,filem cinta melayu sekarang.Lelaki pukul hentam perempuan.Berkasar dengan perempuan.Dan ditunjukkan seolah itulah cinta.
Sedangkan hakikat lelaki seperti aaron aziz dalam Ombak rindu adalah khayalan yang dimomokkan pada minda.
Kebelakangan ni untuk jual cerita,di hadirkan aksi wanita di pukul lelaki untuk tarik penonton.Macam iklan movie maya karin dengan apanama mamat tuh.yang ada bront palarae.
Lalu gadis2 pun percaya yang kalau jejaka bersikap kejam itu tandanya cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg cerita melayu gangster ni bg aku mcm haramjadah,budak2 suka terikut..sial la korang pengarah,produser dan penulis skrip cerita2 sampah,hampas dan najis ni..puiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2014 09:09 PM | Show all posts
benci dengan filem2 gangster melayu lebih2 lagi bila dgr budak2 sekarang yg suka tiru dialog kasar dari filem kl gangster ke hape tu, mmg betul2 bawak pengaruh buruk... kalau aku ada kuasa mmg aku haramkan pembuat filem buat filem2 bodoh mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:11 PM | Show all posts
Mohon sesapa tolong hantar video-video buli tu kpd shamsul yusuf dan sahiziy sam agar dia dpt bukak mata ttg apa kesan pengaruh filem gangster dia kpd anak bangsa Last edited by azre on 5-11-2014 09:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
azre posted on 5-11-2014 01:11 PM
Mohon sesapa tolong hantar video-video buli tu kpd shamsul yusuf agar dia dpt bukak mata ttg apa kes ...

Dia tak kisah sgt iols rasa.its about the money lah.Macam tu jugak David Teoh.its a business to them.Beza dengan yang mengarah movies yang ada essence dan bukan duit semata.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
emma.giggs posted on 5-11-2014 09:01 PM
Maknya hanya gelak adja? Bangga ke?

Aah..bangga...Citer anak dia suka tru citer2 yg dia tgk..
Me dgn biras senyum tawar jer...
Anak2 me tercengang2 sbb xtau...
Takut gak dorg ikut..setakt ni nmpk mcm xde terpengaruh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ke film gangster melayu? Hmm. Tapi sure beza kan when you watch bourne series, equalizer etc...the wits and etc tu easily displayed. Filem melayu...nak buat tahap mcm 'gravity ' tu bile? Just only a two or 3 a list Hollywood's actor or actresses je...konsep menarik...nilai kat situ..,best. Boleh , ke? Tak der wanita yg cantik, lelaki yg 'hot!, adegan yg inappropriate sangat, cuma midalkan ilmu basic physics, props, training may be, and pelakon yg intelligent yg mampu jiwai watak ?
Last edited by mbhcsf on 5-11-2014 09:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:33 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 5-11-2014 09:27 PM
Best ke film gangster melayu? Hmm. Tapi sure bwza kan when you qatch bourne series, equalizer etc... ...

bourne tu bukan cerita gangster la dik nonnnn.....tu action spy film.....the equal tu baru la cerita pasal mafia.....

cerita gengster ni contoh dia macam
the godfather 1,2 3,...scarface...bonnie and clide....lucky number slavin

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sekolah pun belajar
Anak Kita x tgk filem camtu
Anak org tgk, apply dialog tu
Anak kita join conversation

So, baik tgk sama sama n bincang apa betul apa salah
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:43 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 5-11-2014 09:41 PM
Kat sekolah pun belajar
Anak Kita x tgk filem camtu
Anak org tgk, apply dialog tu

kak melah..pahang power!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm cite rempit..nk bg pengajaran kat mat rempit?? diaorg lg bangga.
mcm cite juvana tu org lg layan nk lagak tiru mcmtu.

yg tgk ni ada 2 jenis.satu yg tgk setakat hiburan.satu lg yg tgok suka berangan2 n aplikasikan
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:50 PM | Show all posts
Semua elok diri kepit kepit. Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:51 PM | Show all posts
fire_place posted on 5-11-2014 09:48 PM
mcm cite rempit..nk bg pengajaran kat mat rempit?? diaorg lg bangga.
mcm cite juvana tu org lg laya ...

Setuju sgt... Takde pekdah pun tayang drama juvana tu selain anak anak remaja terikut ikut nak aplikasikan sbb nampak cool bila jadi gangster sekolah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:54 PM | Show all posts
aku suka citer gengster.tak kira la omputih ke,cina hongkong ke,asalkan bukan genster melayu.sapa suruh tgk filem gangster melayu.tgk mcm aku...darjah 6 dah tgk godfather 2.elok je aku jadi org takde pulak aku jadi betina pailang bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.296453 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list