CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3352|Reply: 3

[Dunia] Harimau tak gigit kerana rongak

[Copy link]
Post time 17-11-2014 02:30 PM | Show all posts |Read mode

NEW DELHI: Seorang wanita India disahkan mati akibat dicakar seekor harimau, kes pertama seumpamanya kerana haiwan berkenaan tidak ada gigi untuk menggigit mangsa.

Harimau biasanya membunuh dengan menggigit mangsa.

Bagaimanapun, wanita berusia 34 tahun itu dicakar hingga mati, kejadian yang dianggap aneh.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam edisi terbaru Jurnal Perundangan Perubatan, harimau itu hanya mencakar mangsa hingga mati mungkin kerana dia rongak atau giginya tak berfungsi.

Dalam kejadian berkenaan awal tahun ini, wanita itu sedang memetik daun herba di hutan Bramhapuri apabila harimau berkenaan menerkamnya.

Harimau itu hanya melepaskan mayat wanita berkenaan selepas penduduk lain melontar batu bagi mengusirnya.

Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat dicakar dan tidak mempunyai kesan digigit.

Harimau itu ditemui mati keesokannya, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Pemeriksaan menunjukkan haiwan itu rongak. Dipercayai haiwan itu kelaparan dan melihat wanita itu sebagai mangsa mudah.


Harimau rongak

-mdigest, 17 Nov 2014




Last edited by Mary_jane on 17-11-2014 02:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 02:37 PM | Show all posts
rimau tua lah ni sbb tu rongak gigi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya sedih..da jd citer lawak lak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 03:34 PM | Show all posts
taktau nak gelak ke tak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 21338 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 83640 Replies : 390
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 1212 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1919 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1920 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 3031 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 3537 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 07:06 AM GMT+8 , Processed in 1.914653 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list