View: 5298|Reply: 26
|
Fauziah Nawi Difitnah Kenakan Caj RM8,000 Untuk Kelas Teater!!
[Copy link]
|
|
Fauziah Nawi Difitnah Kenakan Caj RM8,000 Untuk Kelas Teater
Fauziah Nawi tidak pernah kenakan bayaran terhadap kelas teaternya.
PETALING JAYA: Pelakon Fauziah Nawi kesal selepas tersebar fitnah kononnya dia mengenakan caj tidak masuk akal bagi menyertai kelas lakonan teater sehingga mencecah RM8,000.
Fauziah berkata, tuduhan itu sama sekali tidak berasas kerana setiap kursus yang diadakan adalah anjuran sesebuah agensi atau syarikat produksi manakala khidmatnya sebagai tenaga pengajar untuk berkongsi tentang lakonan persembahan teater.
"Saya tidak pernah mengenakan bayaran secara individu terhadap pelajar yang memasuki kelas teater saya selama ini.
"Kelas teater saya dibuat secara percuma kerana saya dibayar oleh pihak tertentu seperti Finas atau produksi teater yang memerlukan khidmat saya untuk mengajar," ujarnya kepada mStar Online.
Fauziah berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengenai status tidak puas hatinya yang dimuat naik di Facebook miliknya berhubung tuduhan dia mengenakan caj tidak masuk akal sehingga mencecah RM8,000 bagi 16 jam kelas teater yang dianjurkan.
Fauziah Nawi menjelaskan tentang bayaran tersebut di laman sosial Facebook miliknya.
Dalam pada itu, Fauziah berkata, dia kecewa apabila ramai yang tidak bertanya dengannya terlebih dahulu sebelum mempercayai khabar angin tersebut.
"Saya didatangi oleh seorang pelajar yang memberitahu bahawa selama ini dia sangka yang saya meletakkan harga tinggi untuk kelas latihan teater.
"Saya sedar mungkin ada orang yang tidak suka kita dan memburuk-burukkan kita, malah orang lain pula tidak mahu tanya sendiri perkara itu kepada saya," katanya.
Dalam pada itu, Fauziah berkata, ketegasannya ketika bercakap membuatkan orang yang melihat caranya mengajar sebagai seorang guru yang garang dan mudah marah.
Jelasnya, pelajar yang berminat seharusnya bertemu dan mengenalinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi tentang dirinya.
"Saya dengar macam-macam yang buruk tentang saya, bukan mengenai harga sahaja, mereka juga takut kerana sangka yang saya garang dan suka marah.
"Sebaliknya, saya bukan begitu, suara saya yang kuat dan tegas membuatkan mereka fikir saya sedang marah," katanya.
Sementara itu, Fauziah berkata, dia bersama seorang rakan dalam perancangan untuk menganjurkan kelas latihan teater berbayar pada tahun depan.
Katanya, kelas tersebut akan diadakan dalam kelompok yang kecil bagi memudahkan dia mengenali setiap pelajar dengan lebih dekat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia
bersabar eh
tapi suara die mmg kuat dan org akan sangka die garang
tp sebenarnya karekter dan suara die mmg mcm tu walopon tgh melawak |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry ot jap. Oh @maxim ko kata aku gila eh. Dah knpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabah lah dikau kalau betul fitnah. |
|
|
|
|
|
|
|
Whatever. Dia ni host rancangan islamic kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ibu fauziah. Tabahlah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau caj pun - dah patut kot
dengan ilmu yang sheols ada - susahkot nak dapat mana2 pengjar yang ada pengalaman cam sheols ni
normah nordin tak kuar pun tv - fati abu bakar - pun tak sepoplarr FN |
|
|
|
|
|
|
|
kesian sapa la fitnah dia nih kan |
|
|
|
|
|
|
|
encikWawad posted on 14-12-2014 12:55 AM
kalau caj pun - dah patut kot
dengan ilmu yang sheols ada - susahkot nak dapat mana2 pengjar yang a ...
I akan join kelas dia kalau ada..
Nak acting skill for fun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih dah sekarang ni pelakon pengarah buat kelas berbayar. Haritu ada pengarah yg gamaknya mmg anak seni hencap semua ni. Sebab dah melampau sampai kena masuk kelas lakonan baru boleh join sessi casting. Ada pelakon ni gigih every weekend je dlm 3k masuk poket buat kelas lakonan. Mudah je tak perlu sekolah tinggi buat duit mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
aku smpi skrg anti ngan dia ni, pasai pa x tau |
|
|
|
|
|
|
|
sabar lah, biasa lah tu kalau ada yang tak senang tengok orang.... |
|
|
|
|
|
|
|
ayjay posted on 15-12-2014 08:19 AM
Gigih dah sekarang ni pelakon pengarah buat kelas berbayar. Haritu ada pengarah yg gamaknya mmg anak ...
selayaknyalah masuk kelas lakonan dlu..klo x makin ramai lak pelapis pelakon kayu spt lisakayusampahani
|
|
|
|
|
|
|
|
FN nie dulu penyanyi ok..pernah rakam Piring Hitam tahun 1974/1975..suara beliau best..lagi sedap dr nek Anita |
|
|
|
|
|
|
|
hensem2012: FN nie dulu penyanyi ok..pernah rakam Piring Hitam tahun 1974/1975..suara beliau best..lagi sedap dr nek Anita
no wonder suara & alunan dia sedap masa bernasyid & berqasidah... dlm one of her drama. |
|
|
|
|
|
|
|
suke sgt dgn fauziah nawi..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dia nk caj 10k pn..pe slhnya kot |
|
|
|
|
|
|
|
encikWawad: kalau caj pun - dah patut kotdengan ilmu yang sheols ada - susahkot nak dapat mana2 pengjar yang ada pengalaman cam sheols ninormah nordin tak kuar pu ...
Iya agreed sgt.
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu tertukar antara
fauzi nawi dgn fauziah nawawi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|