Cuti sekolah dah habis ke belum? Tambang AirAsia ke Tanah Besar China masih ada yang murah lagi ke tak? Kalau ada, kami cadangkan di cuti sekolah ini, kamu melancong ke China bersama keluarga, kerana ada 5 perkara best yang kamu boleh alami dan pelajari di bumi oriental itu.
1. Bila naik kapal terbang, anda akan berjumpa penumpang yang bermacam-ragam
Jangan terkejut kalau nanti dalam perjalanan kamu ke China, kamu akan berjumpa pelbagai ragam penumpang. Kemungkinan kamu mengalami peristiwa seperti berikut adalah sangat tinggi:
Penumpang bergaduh dengan pramugari kerana tidak dapat bertukar tempat duduk
Kecoh baru-baru ini apabila ada pasangan penumpang dari China menyimbah pramugari AirAsia dengan mi segera panas akibat tidak dapat duduk bersama-sama. Mereka berdua kemudian mengugut pula hendak terjun keluar dari kapal terbang, selain dari mengugut hendak meletupkan kapal terbang tersebut.
Penumpang membuka pintu kecemasan sebab tak sabar nak keluar dari kapal terbang
Penumpang ini telah membuka pintu kecemasan dan ‘slide’ keluar kerana tak sabar-sabar nak keluar dari pesawat tersebut. Sekurang-kurangnya dia bersemangat patriotik dan nak jejak kaki di tanahair sendiri secepat mungkin, betul tak?
Penumpang membuka pintu kecemasan sebab nak menghirup udara segar
Nasib baik ia berlaku sebelum keberangkatan pesawat. Lelaki yang memakai baju biri seperti dalam gambar ini telah membuka pintu kecemasan kerana ‘nak menghirup udara segar’, dan wanita dalam gambar ini adalah pramugari yang nampaknya…macam nak tumpang sekaki.
Penumpang yang bergaduh dengan penumpang lain disebabkan oleh bayi menangis
Menurut sumber, penumpang-penumpang ini bergaduh kerana salah seorang wanita dalam kejadian ini tidak tahan dengan bunyi bising oleh anak penumpang lain, yang kemudiannya menyebabkan pergaduhan dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut.
2. Bila ada pergaduhan, mesti melibatkan kebogelan
Semalam, Coffeeticks.mytelah membuat laporan tentang seorang lelaki dan skandalnya dimalukan dan dibogelkan di khalayak ramai oleh isterinya sendiri. Dan kekasih gelap lelaki itu adalah kembar isterinya! Kalau ye pun nak berskandal, janganlah buat dengan kembar isteri, cubalah kreatif sikit!
Mungkin bila bergaduh tanpa seurat benang, lebih mudah untuk cool down balik kot.
3. Bila pergi ke tandas, tak jumpa pintu
Mana ada negara yang tandasnya tak ada pintu kecuali China? Memang best bila anda ingin melepaskan hajat tanpa perlu menutup pinta; masa boleh dijimatkan dan anda juga boleh berbual mesra dengan penduduk tempatan yang sedang melepaskan hajat di sebelah.
4. Semua orang rajin bekerja
Menurut seorang penulis blog kembara, rakyat China sangat rajin bekerja. Seorang guru bertugas 12 jam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad, setiap minggu. Dan sangat mudah jika nak berniaga kecil-kecilan di China, cuma perlu jual makanan dan sebagainya di jalanan. Masa berniaga mereka dari pukul 6 pagi hingga 10 malam, tanpa henti. Rajin kan? Ini satu contoh yang rakyat Malaysia patut contohi. Nak kaya, haruslah berusaha. Takkanlah selama-lamanya nak tipu orang di MLM dan meragut je. Eh.
5. Punca kematian dan kemalangan yang lain dari yang lain
Mati dilanggar troli pasaraya lah, tersepit di celah pagarlah. Semua kejadian yang pelik-pelik sebegini cuma berlaku di Tanah Besar China. Macamana boleh jadi macam tu? Mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran kamu. Kami mengandaikan mungkin kerana penduduknya yang ramai, jadi mungkin mereka bosan mati dengan cara biasa.
Mati dilanggar troli pasaraya
Bunuh diri sebab tak tahan teman wanita asyik shopping
Seorang lelaki pula mengambil keputusan terjun dari tingkat tertinggi sebuah pasaraya di China apabila teman wanitanya enggan berhenti dari membeli-belah, walaupun dah banyak membeli-belah untuk hari tersebut. Selepas bertengkar dan dituduh merosakkan mood Krismas, lelaki pun membunuh diri.
Mati dipatuk ular yang dah dipotong kepalanya
Seorang chef yang hendak memasak ular sawa telah mati dipatuk oleh kepala ular sawa tersebut. Rakyat negara China memang suka makan makanan yang merbahaya dan eksotik seperti ular sawa kerana menurut mereka, semakin berbisa atau bahaya sesuatu haiwan, semakin baik ia untuk kesihatan manusia.
kena tambah satu lagi..
route pergi /balik china- penumpang bersembang kuat macam kat kedai kopi, suara macam stereo surround sound harman kardon (betul ke ejaan) yg dah pecah...gila tensyen
Mati dipatuk ular yang dah dipotong kepalanya
Seorang chef yang hendak memasak ular sawa telah mati dipatuk oleh kepala ular sawa tersebut. Rakyat negara China memang suka makan makanan yang merbahaya dan eksotik seperti ular sawa kerana menurut mereka, semakin berbisa atau bahaya sesuatu haiwan, semakin baik ia untuk kesihatan manusia.
Yg ni bukan ular sawa tapi ular tedung. Ada dibincangkan kat CI. Ular sawa takde bisa
osundu posted on 18-12-2014 10:04 PM
kelakarnya. Rakyat Cina ramai yang pelik
Nasib baik datuk-moyang saya memilih pilihan bijak satu masa dulu, iaitu naik tongkang dari Tanah Besar terus ke Tanah Melayu. Hasilnya? Generasi Cina hari ini semuanya tak ada yang pelik selepas sekian lama mengikut cara hidup orang Melayu.