BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei mengharamkan perayaan hari Krismas kerana bimbang umat Islam di sana akan terpesong akidah, kata Kementerian Hal Ehwal Ugamanya pada Khamis.
Larangan tersebut diwartakan berikutan sambutan Krismas bulan lalu yang memperlihatkan ramai rakyatnya memakai pakaian menyerupai ‘Santa Claus’.
Fenomena ini menimbulkan kebimbangan kepada negara itu sekali gus memperkenalkan undang-undang baharu tersebut.
Pada April tahun lepas, Brunei turut mengumumkan pelaksanaan undang-undang hudud.
Jurucakap negara itu enggan mengulas secara langsung mengenai larangan tersebut, tetapi menyebut satu kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Disember oleh kementeriannya yang berkata perbuatan meniru ritual atau perayaan bukan Islam boleh dilihat sebagai penyebaran agama selain agama Islam."
"Sebagai contoh, pada sambutan Krismas, kanak-kanak Islam, remaja dan orang dewasa dilihat memakai topi atau pakaian yang menyerupai Santa Claus.
"Mengikut ajaran Islam, penganut agama lain yang hidup di bawah pemerintahan sebuah negara Islam, boleh menjalankan amalan agama mereka atau meraikan perayaan agama mereka dalam kalangan masyarakat mereka dengan syarat sambutan tersebut tidak didedahkan atau dipaparkan secara terbuka kepada umat Islam.
"Umat Islam perlu berhati-hati untuk tidak meniru perayaan seperti ini yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Islam, kerana tanpa disedari boleh merosakkan akidah umat Islam," kata kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu lagi, perniagaan yang mempamerkan hiasan Krismas sebelum ini telah diarah untuk diturunkan dan mereka yang terlibat memberikan kerjasama.
Berpeluk luar Brunei tak apa. Sama juga macam orang Arab tu. Yang jatuh haram, berdosa dan boleh memesongkan akidah tu kalau buat kat negara sendiri. Simple.
Sememangnya umat Islam sentiasa memerlukan penjagaan rapi kerana punya iman senipi ...
para pemimpinnya bukan tak confiden ngan rakyat...Tapi tak yakin dgn diri sendirik......bab terpesong akidah nee...hence enforced it upon it's people....
Orang tua tu klu pasal pompuan bukan main. Gila punya undang2 tak hormat langsung org lain. Itu saja cara dia nak control rakyat dia guna agama segala hudud mudud...dah mcm perangai ereb dia ni!
Dah macam negara komunis ala Korea Utara. Dia sendiri boleh buat haram jadah orang lain tak boleh..... lepas tu buat undang-undang ketat untuk rakyat tapi diri sendiri kebal......